Sunday, 25 May 2014

random

~random thought from someone..a blogger i guess

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda

Saturday, 24 May 2014

of victims, of little sister & me



Si aku hanya akan update blog bilamana beliau cuti panjang.
Of kos kerana beliau begitu miskin dengan internet & masa.
Dan ye, dalam kepala aku hanya ada dua benda tu saat ini.
Mungkin kena spill kat sini dulu sebelum fikirkan masalah assignment plak.
Duhh..*sigh

Bila mana diri terlalu sibuk dengan urusan diri sendiri yang kononnya payah sangat tu.
Bila mana diri terlupa nak ambil tahu pasal orang lain, pasal dunia sekeliling.
Aku dengar cerita housemate sahabat aku dikejar oleh lelaki berpisau bila dia pulang lewat ke rumah. Bagaimana gadis itu bertindak mengikut rasional dan mengetepikan perasaan giga takut semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Ya, tak tipu. Adegan kejar-mengejar macam dalam gerak khas tu memang menakutkan kalau kita letak diri kita di tempatnya.

Pulang ke rumah, cerita tentang manusia terdesak butuhkan wang sehingga sanggup merompak, mengikat satu keluarga mangsa & mengambil segala-gala yang berharga tidak jauh dari rumah ku.
Aku.. memang tak dapat membayangkan trauma yang terpaksa dihadapi si mangsa. Aku kenal mereka dan aku rasa bersalah, terkilan, kerana tak dapat buat apa-apa.

Kemanusiaan yang hilang bukan salah sesiapa. Bukan salah kerajaan yang menekan rakyat dengan pelbagai cukai dan undang-undang yang culas. Bukan salah rukun tetangga yang kebetulan bukan hari mereka untuk mengadakan rondaan di kawasan terbabit. Bukan salah si tuan rumah yang tak memasang alarm tahap bank dunia. Bukan salah pencuri yang terdesak perlukan duit, samada untuk kebaikan atau kejahatan. Bukan salah masyarakat sekeliling yang menekan dengan masalah gejala sosial lain. Tuding jari itu pada diri sendiri.

Aku hanya pandai menulis, Allah belum uji aku dengan ujian yang sebegitu berat maka aku tak layak untuk menghukum sesiapa.
Versus.
Between good and evil.
We choose.
You choose.
I choose.
And The Mighty Judge should always be Allah s.w.t.
Let's just beg for His mercy and hidayah for every hardship that we had.
Never forget Him.
Never feels bored to pray to Him.
At our happy and unfortunate moment.
We need Him.
That's all is enough to strengthen us.
Remember that nobody, no-syaitan, no whatever creature can hurt us , even ourselves, without His permission.
Allah, I'am a weak person. Astagfirullah.

*i try to speak malay but at the end, my mind just interprete it in english.
oh, yang pasal adik tu post seterusnya. hari ni double post ye.