Sejujurnya (lagi), walaupun aku follow IG Noh Hujan, Altimet, dan beberapa artis otai yang buat persembahan pada anugerah tu, aku tak rasa teruja pun untuk tengok balik persembahan mereka. Hujan kot, aku dengar lagu dorang tiap hari kat pejabat. Mungkin sebab aku rasa semua benda tu pointless, apatah lagi dengan keadaan pandemik yang melanda ni. Ya, aku tahu menyanyi itu kerja mereka dan bila mereka ada persembahan, maka mereka akan dapat duit untuk sara hidup.
Tapi aku rasa, bayangkan kalau kau tengah susah, adakah kau akan berdoa pada Tuhan atau bernyanyi pada Tuhan? Jangan salah faham, ya aku tahu part of them sebenarnya masih jadi orang yang sembahyang lima waktu, rajin sedekah dan banyak lagi kebaikan yang ada pada mereka. Cuma, aku rasa kekok untuk melihatnya. Apa yang masyarakat perlukan sekarang adalah healing process, which is kembali pada Tuhan. Sebab dunia ni dah rapuh, dah teruk, dah busuk. Jadi tak perlu kejar benda yang tak penting.
Jadi itu pandangan aku tentang bidang nyanyian dan hiburan secara am nya. Mungkin aku sedang belajar untuk hilangkan minat pada semua benda tu, which is a tough struggle.
Berbalik pada dua insan dalam gambar ni, untuk yang menang tu, kalau itu sesuatu yang bermakna bagi dia maka tahniah. Mungkin usaha yang dia lakukan selama ini membuahkan hasil dan membuka satu lembaran baru yang lebih baik dalam hidunya. Mudah mudahan.
Untuk seseorang yang dikecam kerana suaranya yang terpeleot itu, okay ini misalan yang aku bagi. Aku bukan bencikan dua manusia ini tapi aku bencikan the hype of the situation.
Bayangkan ada dua orang pelajar dalam kelas kau, si A yang mmg usaha untuk skor dapat nombor satu. Sorang lagi, si B pula lebih aktif dalam kokurikulum sampai semua kenal dia walaupun dia tak terror sangat dlm pljrn.
Mereka berdua terpilih dalam satu program akademik yang tawarkan biasiswa pelajaran. Si A dapat tempat pertama dengan jayanya dan menang biasiswa.Tapi si B kecundang sebab dia terlupa sifir (contoh). Maka satu sekolah mencanang kenapalah si B ni boleh masuk program akademik tu kalau sifir pun tak hafal. Sampai berita kejayaan si A dah tak bermakna pada sekolah sebab cikgu-cikgu lebih back-up si B yang kena kecam dgn student lain.
Aku rasa aku takkan suka dengan keadaan tu jika aku jadi si A. Cemburu, mungkin, dengan perhatian yang semua orang bagi pada si B hanya sebab dia lagi femes, lagi byk jadi wakil sekolah.
Dan aku tahu si B tak patut dikecam dengan teruk hanya sebab kesilapan kecil. Mungkin kecaman yang dibuat itu hanya sebab perasaan iri hati manusia dan kesalahan tu sebenarnya tak jejaskan apa-apa pun pada sekolah dan warganya.
Jadi aku rasa, cikgu-cikgu perlu berhenti puji, back-up si B secara berlebihan hanya untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan iaitu memilih si B untuk masuk program tu. Mereka patut lebih mengetengahkan dan menggilap bakat si A supaya dia jadi lebih bagus.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagi aku, si B mungkin hebat dalam bidang kokurikulum tapi tak bidang akademik. Jadi dia tak layak masuk program tu. Cikgu-cikgu patut beri peluang pada pelajar lain yang lebih berbakat dalam akademik.