Saturday, 4 December 2021

the tragic decision maker

 


Hari tu come accross this documentary. Tentang Anna Nicole Smith atau nama sebenarnya Vicky. Mungkin ada yang kenal dia sebagai model majalah Playboy.
Ada yang kenal dia sebagai perempuan muda yang sanggup kahwin dengan lelaki tua pangkat moyang kaya raya.
Ada yang kenal dia sebagai selebriti rancangan realiti The Anna Nicole Smith Show.
Paling penting, mungkin ramai tahu dia menjalani banyak pembedahan payu dara dan dikatakan meninggal dunia kerana ubat ubatan yang diambil prior to the surgeries she had. 

Tapi bagi aku, Anna adalah contoh bagaimana seorang gadis biasa berada dalam keadaan yang salah dan membuat pilihan yang salah berkali kali. 

Kita mulakan dengan latar belakang Anna atau waktu itu dikenali sebagai Vicky. Lahir di bandar kecil dalam broken family. Dia mengalami abuse sejak kecil, oleh ibu dan beberapa orang di sekelilingnya menyebabkan dia membesar dalam keadaan kurang kasih sayang dan perhatian. Kecuali dari keluarga kawan baiknya. Dari muda dia bekerja mencari duit, kemudian berkahwin dengan seorang lelaki tempatan. Waktu itu namanya bertukar menjadi Vicky Smith.

Tapi suaminya juga seorang yang tak bertanggungjawab, tinggalkan dia dengan anaknya sendirian. Vicky tiada pilihan lain selain keluar melakukan banyak kerja bawahan kerana dia tidak mempunyai pendidikan sekolah tinggi. Dia muda, kurang merasa hidup bekeluarga jadi aku boleh faham kalau dia tersalah pilih lelaki untuk dijadikan suami. Ternyata happily ever after belum tiba dalam hidupnya. 

Bila anaknya semakin besar, dia rasa lebih sukar untuk menampung kos hidup mereka. Saat itu dia membuat pilihan yang dia sendiri tak sangka dia akan buat. Bekerja di kelab malam sebagai pelayan dan pole dancer. Ia buat aku teringat lagu Rockabye. It give her much more money, dan dari situ dia belajar untuk melayan pelanggan kaya dan mendapatkan duit dari mereka secara berterusan. Dia cantik dan muda, dalam usia 20 an, jadi dia antara pekerja terbaik di situ. Rank dia dinaikkan melayan lelaki VVIP. Dari situ dia berkenalan dengan  J Howard Masrhall, bilionaire berusia 80 tahun. 

Pause it right here. Okay aku boleh faham bila kau dalam keadaan terdesak, you will do anything especially kalau kau seorang mak yang ada anak untuk dibesarkan sendirian. I dont judge her sebab bekerja di kelab malam. Tapi Tuhan dah gariskan yang wang hasil pekerjaan haram akan beri kesan pada keberkatan hidup bukan saja yang bekerja tapi sesiapa yang makan duit haram itu. Dia bukan lagi gadis innocent yang terperangkap dalam situasi kesusahan tapi perempuan yang berani. That kind of lifestyle do change her sebab dari situ dia mula jalani hidup yang mengamalkan hubungan bebas lelaki perempuan (yup dia jalinkan hubungan dengan perempuan juga). This documentary try to justify her actions is merely because of her child, not because she is a wild girl. Which aku tak setuju. Ada sebab kenapa Tuhan suruh kita jauhi zina, sebab once kita dah buat, sangat susah untuk patah balik. Dan Vicky tak ada niat untuk berpatah balik.  

J Horward Marshall melamar Vicky yang umurnya dalam 20+. Tapi Vicky tolak sebab dia mahu lakukan sesuatu dalam hidupnya untuk dirinya sendiri. Dia nak ada karier atas usahanya sendiri. Bukan setakat gold digger. Then one of her boyfriend (she got a lot) send her photo to Playboy Mags, yang mana dia terpilih. Mula dari situ namanya terkenal sebagai model, malah jadi model jenama Guess. Dari situ dia dapat nama Anna Nicole Smith. Lepas tu baru dia berkahwin dengan J Horward Marshall.

Aku tak faham bila dalam dokumentari ni, disebut berkali-kali oleh kawan dan teman lelaki Anna yang perkahwinan tu suci dan tulus atas nama cinta. Anna rasa sangat terhutang budi sebab Marshall yang banyak tolong dia dan anaknya, jadi dia decide utk jadi isteri Marshall. I get that, I am not judging her on that. Cuma tak perlu ditekankan berkali-kali as if to tell the young audience it is okay untuk melayan lelaki tua yang dah beri kau duit. I dont like that sebab realitinya, ramai perempuan yang ditindas dengan perhubungan sebegini.

Anna sebenarnya bijak. Biarpun orang cakap dia gold digger, tindakan dia untuk membina kerjaya sebelum berkahwin adalah betul kerana 6 bulan selepas perkahwinan tersebut, Marshall meninggal dunia. 

Tak, bukan dia bunuh lelaki tu. Lelaki tu memang dah sakit sejak awal. 

Sadly enough, dia tak dapat satu sen harta peninggalan Marshall sebab anak tirinya lebih bijak untuk dominate harta Marshall. 7 tahun naik turun mahkamah, walaupun pernah menang kes tapi kemudian anak tirinya berjaya sailang balik. So its like time utk Anna move on. 

Dia ada kerjaya sebagai model, pelakon, bintang realiti tv. Dia gadis Hollywood yang ada segala-galanya. Lelaki, kemewahan, karier, anak kesayangan. Tapi disinilah tekanan hidupnya makin terasa. Sejak bekerja di kelab malam, dia memang ada buat pembedahan membesarkan aset payudara. Dan bila menjadi model terkenal lebih banyak pembedahan dilakukan. Ia ternyata beri kesan pada kesihatan tulang belakangnya, buatkan dia cepat letih dan dapat migrain. Jadi Anna terpaksa bergantung pada banyak ubat. Keadaan kesihatan mentalnya pun tidak begitu baik. The only thing yang value her as a human hanyalah anak lelakinya Daniel. 

Anna jalinkan hubungan dengan banyak ramai sejak zaman dia bekerja di kelab malam. Tapi bila dia jalinkan hubungan dengan Larry, seorang jurugambar, waktu tu dia berhasrat untuk dapatkan anak perempuan. Ok pause here. 

Mungkin bagi orang Barat & orang yang tak ikut ajaran agama, it doesn't matter macam mana kau dapat anak. Kahwin ke tak kahwin, they treat is as normal. Dalam kes ni, kesan tindakan dia jalinkan hubungan dengan ramai lelaki menyebabkan tak tahu siapa bapa kepada anak perempuan yang dikandungkan sehinggalah ujian DNA dilakukan. Sebelum kematian Anna, Anna rasa (ye, dia rasa je) itu anaknya dengan peguamnya Howard. Tapi bila dia meninggal dunia lebih ramai lelaki yang tampil mengatakan anak itu anak mereka kerana hubungan yang pernah mereka jalinkan (termasuk bodyguardnya). 

Nampak tak tuan tuan dan puan puan. How bizarre her life and afterlife is dengan gaya hidup yang dia pilih. Fame and money come with price and lifestyle yang merepek. Thats how she stay in the show biz. Dia tak sedar yang sebenarnya dia sedang memusnahkan hidup dia dan anaknya, Daniel. Dan mungkin juga anak perempuannya Danielynn. 

Hanya beberapa selepas Danielynn lahir, Daniel meninggal dunia sewaktu sedang tidur di sisi katil ibunya. Dia dikatakan disuntik dengan pelbagai dadah sehingga menyebabkan jantungnya terhenti. Sampai sekarang polis tak dapat menyelesaikan kes tersebut. Kematian Daniel menyebabkan Anna depressed dan terpaksa consume lebih banyak ubat-ubatan. Ramai yang kata dia ambil drug tapi dia yakinkan semua orang dalam satu temubual yang dia tak ambil drug. Semua tu hanya ubat yang diberi doktornya. 

Walaupun masih bersedih, Anna cuba move on demi anaknya Danielynn. Dia bercuti, jumpa orang baru dan bergembira. Tapi semua tu tak lama bila dia berada di Hotel LA, sakitnya datang. Sebelum tu doktor psikatri dia terpaksa tinggalkan Anna seorang diri dalam bilik hotel sebab dia ada urusan kerja. Walaupun Anna merayu untuk jangan tinggalkan dia sebab dia rasa tak sedap badan. 

Anyway, sakitnya datang, and God know how suddenly dia pengsan seorang diri dalam bilik. Dia hanya ditemui oleh kawan baru yang dia jumpa sewaktu bercuti dan kawannya terus panggil bodyguard Anna dan peguamnya Howard. Suspiciously they dont immediately call 911 bila tgk Anna dah tak sedarkan diri. Mungkin kerana terlalu terkejut atau hmm.

Maka berakhirlah kisah hidup Anna Nicole Smith. Perempuan yang dilahirkan dalam keadaan terbuang dan terus membuat keputusan yang salah dalam mendapat bahagia. Perempuan yang memiliki segalanya kecuali ketenangan hidup dan keluarga. 

Akhirnya ujian DNA menunjukkan Danielyn adalah anak Larry, si jurukamera. Dan dokumentari ni dijalankan untuk memperkenalkan kehidupan Anna kepada Danielynn. Which pada aku...bukan not worthy cuma..knowing how hard Hollywood can be on her, lebih baik dia stay low. Biar dia kenal Anna sebagai seorang mak, bukan bintang popular. Jangan biar pisang berbuah dua kali. Tapi apa-apa pun aku gembira Larry jaga Danielynn dengan baik. Sekurang-kurangnya Danielynn dapat apa yang Anna/Vicky tak pernah dapat iaitu kasih sayang seorang ayah dan keluarga yang sayangkannya serta ketenangan. 

Okey aku ada terbaca satu tajuk video bercakap tentang how ugly Danielynn is compare to her mother. Masa tu Danielynn budak-budak lagi. I was like what? Seriously you need to downgrade a child like that? Anak kau cantik sangat ke? But now, seriously masa episod satu aku tgk dia, cantik weh. Pakai shirt dgn jeans & her cute braces.

Maybe betul kata Kak Fynn. In this shit world we face right now (ini ayat aku sendiri, bukan ayat Kak Fynn), dah tak ada masa nak layan cerita fiksyen berangan-angan (okey ni ayat Kak Fynn). Dokumentari adalah the best medium untuk belajar moral story dari hidup orang lain.