Ia bermula dengan novel ini...
Yang aku baca way back masa sekolah rendah dulu. Mula2 nampak kat rumah jiran masa marhaban (gitu kan mata sibuk je tgk barang org) pastu dapat baca masa pergi rumah saudara di KL. Itupun tak habis sebab obviously mak aku paksa balik cepat.
Tapi bila dah besar takde nak cari novel ni ke apa. Just tahu ending through goodreads.
Baru-baru ni dapat tahu ia didramakan. Agak excited la sebab ini antara novel lama dan aku mmg suka vibe novel dulu. Walaupun kebanyakan cringe tapi dia ada kejujuran. Waktu dulu, penulis menulis sebab mereka suka menulis. Bukan macam sekarang, lambakan penulis novel yang menulis hanya sebab populariti, keuntungan bila ia dilamar produksi drama.
Anyway, dapat tahu pula heroin adalah Cempaka (dari drama Sweet Dreams. Aku tak tahu nama betul dia apa but Cempaka suits her). Yang buat aku down skit adalah hero dia Nazim Othman.
Di usia 30 an ini, aku cuba untuk menyukai apa yang aku tak suka waktu muda2 dulu as long as tak melanggar syariat. Jadi aku cuba jela tengok. Dont get me wrong, aku tak suka Nazim as a pelakon, not as a person. Vibe lakonan dia mcm tak masuk dengan jiwa aku.
Anyway (lagi), first 8 episodes, okay la. Cuma aku rasa versi drama ada ubah plot dan latar sikit. Dalam novel kalau tak silap (aku malas nak semak) Haziqah dengan Fakhrul ni sepupu, dan Fakhrul mmg menggantikan pengantin lelaki done done tu juga. Tapi dalam drama, mereka hanya kenal kerana ibu mereka pernah kerja bersama.Tapi (lagi) rasanya mereka masih sepupu sebab aku tengok Mak Long Fakhrul macam bagi hint yang sebenarnya Haziqah anak dia yang diserahkan kepada Mak Munah (eh ke Mak Minah eh. Lantaklah).
First episod aku banyak lajukan babak Haziqah dengan suami tak jadinya, Yusri. Aduhh, muka camtu digilai ramai. Macam muka adik lelaki aku pun ada (dan dia tak hensem). Tak hensem tak apa tapi entahlah personaliti pun takde. Dah la tak kelakar. Dia ingat kelakar atau sweet bagi soalan "sudikah awak, haziqah mengahwini saya" kat Pak Iman yang berceramah dan suruh Pak Imam tu announce kat semua orang? Kalau aku memang ada kerusi aku baling time tu juga. Aku tak nampak chemistry pun yang boleh buat aku empati dengan Haziqah yang kuciwa ditinggalkan di hari perkahwinannya. Tapi takpelah, watak sampingan je kan.
Tentang plot cerita, again, okaylah dia ubahsuai part kahwin koboi dengan Fakhrul tu. Sebab memang taklah bila pengantin lelaki tak sampai kau main sebat je sesiapa utk kahwin dengan kau. Sedara tak sedara, kawan tak kawan, ingat kahwin ni main-main ke. Biarlah tanggung malu beberapa bulan dari terseksa seumur hidup.
Tentang karakter, aku rasa watak Haziqah yang dibawa Cempaka (sorry aku malas google nama sbnr dia)just nice. Yang penting tak kaku. Watak Fakhrul plak aku tak tahulah kenapa dia kena jadi lemau macam tu. Lelaki kalau nak heartbroken pun tak payahlah sampai gaya jalan pun nampak lemau. Haih cuba kuat semangat skit. Haziqah yang kena fitnah macam-macam pun tak lemau macam Fakhrul.
Tapi kan, karakter yang paling aku suka, Sue. Aku tak kenal pelakon dia. Tapi dari luar nampak baik, suci. Padahal dialah yang rancang semua onar. Bila ada babak dia bermesra dengan Haziqah, aku pun boleh tertipu yang dia ni sebenarnya baik. Baik yang mencurigakan.
overall the first 8 episode ni aku rasa produksi drama ni cuba untuk menyentuh isu berkaitan hak wanita and such. Tapi huh..aku rasa macam tak sampai benda tu. Ia ada tapi aku tak rasa. And part yang Fakhrul sembang pasal bola, menari ala-ala La La Land dengan Haqizah kat bilik tu macam....haih cringe la. Banyak percubaan untuk menjadi kelakar, romantik, bagi aku...tak jadi. But aku rasa aku masih boleh tengok.
So yeah till next time.