Friday, 9 June 2023

entahlah labu

 aku dah delete app youtube kat phone aku

sebab lately aku terlike content pasal piers morgan debate dengan pejuang lgbtq, vegan and feminist

satu dua okey lah.

tapi bila banyak pula yang membanjiri feed aku rasa annoying.

ia bukan soal siapa yang nampak 'menang' dalam perdebatan. tapi sebab aku rasa perdebatan tu adalah tentang isu basic yang sgt pointless dan useless. 

vegan vs meat eater.

lgbtq vs man & woman

normal guy vs feminist

No satu aku nak kupas isu lelaki perempuan ni. Rasanya sebelum ni ada je aku tulis cuma aku nak tulis lagi. 

Okey

Apa-apa isu pun aku stand pada pegangan agama. Allah kata Dia ciptakan Adam dan Hawa means Dia hanya ciptakan dua jenis kejadian. 

Stick to that.

Aku tahu ada manusia yang Allah uji dengan perkara basic macam ni. Aku baca je confession beberapa orang transgender termasuk Sajat (masa ni dia tak popular lagi) tentang how they thought it just a feeling but later on memang tak boleh perasaan suka sesama jenis that they decide to tukar jantina. 

aku boleh faham, aku sendiri ada battle aku. 

tapi bila mereka at one point melangkaui batas agama dan menormalisasikan benda tu, itu yang aku marah. tbh manusia zaman ni dah dont give a fuck about other people life. you do what you want. macam kat Jepun, ada je manusia luar tabii yang kahwin dengan binatang, dengan periuk nasi. 

biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. 

tapi bila kau nak normalisasikannya pastu kata orang yang tak menyokong lgbtq as no heart la, sok alim manusia syurgawi la...apa masalah kau ni? Tuhan tu dah jadikan hidup ni simple gila. 

Kau dilahirkan, ikut law Tuhan, kau mati then kau dapat ganjaran Syurga. Even our ruh memang dah berjanji dengan Tuhan sebelum lahir ke dunia. 

Kau jadikan benda simple komplikated, lepas tu kau konon jadi pejuang manusiawi then kau nak berlagak Tuhan pula. Apo. Banyak lagi isu kita boleh selesaikan dari gaduh pasal benda ni. 

Kedua isu vegan vs meat eater.

Again, makanlah apabenda kau nak makan. Kau nak makan taik pun itu tekak kau, bukan aku. Bak kata piers morgan "I have no problem with people eating vegetables. But I have problem with people that destroy art piece at gallery, that attack people in restaurant that serve meat and force us to not eat meat". 

Iye dowh. Makan ni jangan main-main. Kalau aku tengah lapar dan aku nak makan kambing, pastu kau halang dan cakap aku kejam la apa, aku boleh tusuk besi kat mulut kau dan jadikan kau kambing salai. 

Come on, setiap kejadian ada functionnya. Di India, lembu tidak disembelih kerana mereka percaya ia adalah Tuhan. But look at how they manage all the bangkai lembu yang mati. Sangat tak terurus. Itu baru lembu. Kalau memang semua orang kat dunia ni tak nak makan haiwan, macam mana kita nak manage populasi mereka. 

Aku akan sepak siapa yang kata Islam kejam sebab buat ibadah korban. Kami ada procedure kami sendiri untuk sembelih haiwan ternakan. Bukan macam orang bukan Islam yang procedure sembelihannya nya lagi menyakitkan haiwan tu. 

Allah tu Maha Bijaksana kot, Dia dah ambil kira semua points sebelum Dia turunkan sesuatu syariat atau ibadat.  

Ketiga isu feminis. Haha entahlah. Aku rasa banyak isu yang diperjuangkan feminis ni mcm not worth to fight for. Macam contoh yang Piers Morgan jumpa, sorang aktivis feminis ni kata contoh Barbie kan ada kuarkan satu edisi patung Barbie & peralatan memasak. Dia kata itu satu propaganda untuk slave kat woman hanya layak untuk duduk di dapur. Like cooking is one of type of slavery.

Adohai.

Tahu tak sebab utama manusia memasak. Sebab dia nak makan atau bagi orang makan. Lelaki perempuan pondan semua memasak sekurang-kurangnya air atau maggi bila dorang lapar. Lagi sekali tolong jangan up kan isu yang berkaitan makanan sebab bila aku lapar kalau kau datang depan aku dan kau mula membebel tentang perempuan tak patut masak, aku rendam kepala kau dalam air mendidih. 

 apa yang menakutkan adalah aku tak tahu nak beri reaksi bila isu-isu ni muncul di depan mata aku. contoh masa aku gi bandar hari tu aku ternampak transgender pakai baju perempuan dan ada perempuan yang look like tomboy or pengkid.

aku tak nak benci orang. aku cuma benci perbuatan mereka. dan aku tak nak jadi someone yang tiba-tiba tepuk bahu orang dan tempelak 'jangan menyerupai jantina yang selain Tuhan beri pada kamu!'. At the same time aku nak sangat they stop doing that. sebab ia berdosa. apa yang aku mampu buat hanya berdoa