Saturday, 5 August 2023

tiada tajuk

 dalam drama korea Celebrity, ada satu scene, watak Angela bertembung dengan Seo Ari kat luar office Angela. then Seo Ari tanya dia dari mana. Angela jawab dia dari gereja.

Then bila diorang berbual, Seo Ari beritahu dia tak tahu pun Angela ni katholik. Which to Angela reply, dia memang tak bercakap benda ni kat social media walaupun dia adalah pengikut gereja katolik yang setia. Her words that struck in my head is "the people on social media dont like when we (the influencer) talk about religions and politics. that's the two thing that people should not talk if they want to stay relevant".

lebih kurang ayat dia macam tu.

to which aku macam terpaksa mengiyakan kebenaran kata-kata tu.

influencer baik di malaysia atau luar negara boleh bercakap atau 'memperjuang' kan sesuatu isu asalkan tidak melibatkan pentadbiran negara atau agama.

contoh #blacklivesmatter atau #metoo movement. #justiceforbella pula hanya mendapat sambutan selepas kemenangan berpihak pada bella. sebelum itu baik orang biasa mahupun orang politik senyap seribu bahasa kerana kes tersebut berkaitan dengan banyak flaw yg ada dalam sistem pengurusan negara. 

few years back, seluruh malaysia boleh bersatu hati bersimpati dengan tragedi yang berlaku pada adik nurul huda, adik nurin jazlin dan mengutuk si pelaku jenayah.  semasa tsunami melanda pada 2004 pula, solidariti yang kukuh diberikan pada mangsa tragedi itu.

semua orang boleh menunjukkan sokongan pada kes kemalangan, jenayah, bencana alam tapi bukan isu yang berkaitan dengan agama dan politik. 

apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya?

aku cuma rasa terkilan bila seseorang di media sosial mendedahkan tentang kepincangan politik negara dan few figura, they are being condemned, sue, and be taken off from the internet. sama juga untuk orang yang memperjuangkan hak Islam dengan menentang anasir yang bertentangan dengan agama Islam, like LGBTQ, they are be seen as extremist dan dikenakan tindakan undang-undang.

artis serta influencer sekalian tak berani untuk menyokong mana2 pihak kerana takut kerelevanan mereka ditarik. paling gangster sekalipun mereka hanya berani bercakap isu pengacau rumah tangga. 

aku tahu, bahkan ramai influencer senior ada beri peringatan memang di malaysia ini, jika mahu buat content menyentuh hal agama dan politik, ada akibat buruk yang akan ditanggung. matluthfi, anwar hadi, kyopropaganda is one of the pioneer social media influencer yang pernah dikenakan tindakan kerana membuat content yang menyentuh isu ini.

but ironically, nur sajat , pembikin filem mentega terbang dan beberapa politician bukan Islam yang terang-terangan membuat penghinaan pada agama Islam dilihat mempunyai kad pelepasan dari sebarang tindakan undang-undang. 

tapi few politician, ustaz asatizah yang menegur pentadbiran negara dan isu berkaitan Islam pantas saja diambil tindakan sehingga menjatuhkan maruah mereka. 

what a country we live in. 

and thats why aku dah tawar hati nak follow few influencer di social media. sebab they are posting sth yang bagi aku tak penting dan bagai buih di lautan. it is not that aku tak pandang mereka sbg manusia yang perlu bercuti dan buat aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan, cuma entahlah. aku serius tak berminat nak tahu kau dah tengok filem barbie atau tak, or your explaination tentang sebab kau buka tudung.

i dont have time for that. 

maybe one day, aku boleh sepenuhnya log off dari social media. sebab tempat tu dah jadi macam tempat pembuangan sampah.