aku tak tahu nak share perkara ni dengan siapa.
jadi aku tulis di sini.
ia tentang apa yang jadi di dunia sekarang.
all eye is on palestine.
bagi aku isu ni besar sangat.
bukan sebab nak meminggirkan isu di syria, di uighyur.
tapi sebab palestine menjadi tempat yang dijejaki oleh kebanyakan nabi, terletaknya salah satu masjid suci umat Islam iaitu masjid al aqsa.
setiap umat Islam, perlu cakna dengan apa yang berlaku pd saudara seislam mereka yang lain. isu palestine tak pernah selesai sejak dari sebelum mak ayah aku lahir. bahkan sebelum negara ini merdeka, mereka terjajah dan ditindas.
ia isu sensitif.
aku tak suka nak ulang peristiwa back in few years yang menjadi titik tolak persengketaan influencer topi nasi dan ustaz EL. aku tak nak tahu apa yang berlaku antara mereka. cuma aku kesal isu palestine dijadikan taruhan.
mungkin aku boleh katakan, para sukarelawan yang berjuang untuk palestine, bukan calang2. tentera al qasam bukan calang-calang. sukarelawan, ikhlas atau tidak akan 'dibogelkan' oleh rejim dan mungkin media yang bersekongkol dengan rejim Zionis.
Iman dan keikhlasan setiap aktivis yang lantang melaungkan pembebasan Palestine di jalanan negara mereka pasti diuji apabila tiba di bumi Palestine. iman kita terlalu rendah jika dibandingkan dengan kekentalan semangat juang rakyat Palestine yang menghadap kezaliman Zionis sepanjang hidup mereka. Jiwa kita ni dah dikotori dengan dakyah barat berbanding jiwa rakyat Palestine yang merdeka dari pengaruh barat.
when it come to palestine issue, ramai insan terkemuka yang terdiam, seperti dipasung daripada bertindak. mereka boleh memberi komen tentang #blacklivematter tapi bukan isu #freepalestine.
pada detik 14/10/2023 jam 7.08 di Malaysia, bantuan dari mana2 masih tidak mampu masuk ke bumi suci itu. kita di Malaysia siap bersolidariti, berhimpun menyatakan sokongan kita pada perjuangan rakyat Palestine. Kita titipkan doa untuk mereka, saudara seIslam kita yang lebih dekat di hati kita berbanding isu kaum bukan Islam yang lain.
selain itu apa yang kita boleh buat untuk hadapi isu palestine ini, ubahlah sikap kita sebagai orang Islam. Berhentilah terlalu mengejar keduniaan, hiburan yang melalaikan. Aku minta maaf tapi waktu ni aku lebih risaukan rakyat Palestine dan malas mengambil tahu tentang selebriti perempuan yang tiba-tiba buka tudung, tentang kenaikan peratus cukai, tentang siapa yang yang akan jadi juara Gegar Vaganza.
Aku bukan baik sangat tapi aku harap in these moment aku mampu bersolidariti untuk Palestine dengan meninggalkan hal2 yang tak penting.
as much as media social become the medium between the world and palestine, i hope that certain people stop making this issue much worse
berhentilah menuduh orang itu tak betul, dana itu tak betul, tabung ini scammer. aku macam... if you want to slander other, please suggest a way yg boleh beri kebaikan untuk semua dan rakyat Palestine terutamanya.
i come across to one facebook account, yang sebelum ini gigih berjuang atas nama #justiceforbella. manusia itu memang selalu mengecewakan, dan itulah yang aku rasa bila lihat beberapa post tentang isu badan aktivis palestine yang scammer.
aku tak nafikan benda tu boleh berlaku. tapi bila dia pukul rata semua aktivis, aku rasa agak kecewa. bukan sebab aku minat dengan hazeman huzir atau farah lee atau aktivis lain. cuma aku rasa, apa yang si polan itu create hanyalah satu medan perdebatan yang tidak berpenghujung, yang tak mampu nak tegakkan keadilan atau menghukum yang bersalah.
aku serius tak kisah kalaupun apa yang si polan tu katakan betul. Tuhan akan ungkapkan semua ketidakadilan yang dunia lakukan terhadap Palestine. Jangan bimbang tentang itu.
but imagine kalau ia hanyalah fitnah semata-mata dan kau dah menghalang bukan seorang tapi ramai orang dari buat kebaikan yang mungkin boleh bantu rakyat Palestine. i believe a person cannot be right in all matter. bayangkan pertuduhan kau tu salah dan bila kau tgk balik kerosakan yang kau dah buat, bayangkan apa yang kau mampu buat untuk betulkan semuanya.
sebab tu untuk isu ustaz EL, influencer topi nasi,PU A***N, i take no stand. sebab aku tak tahu siapa orang yang bawa kebenaran dan difitnah, dan siapa si penipu yang menunggang agama. sebab diakhir zaman, memang hanya dua golongan saja yang tinggal. si penipu yang dijulang dan si jujur yang ditindas.
netizen perlu berhenti untuk menghukum seseorang terlalu berat seolah tiada hari esok untuk dia. kita bukan Tuhan.
and i will share one thought that a palestian share in her social media. if the world want to help them, the biggest help is when we can wake up to pray for our tahajud. she ask the world to be unity to pray for them. sebab tak ada penolong sebaik Allah swt.
aku percaya semua ni ujian bukan saja untuk palestine tp kita as a bystander, a muslim, a so called relatives.