Monday, 22 January 2024

waves of life review

 lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa takkkkkkkkkkkkkkkk bloggggggggggggggggg.

whahaha

kembali kita dalam farhana tengah gilakan drama apa hari ini.

okay, i accidentally found this drama from thailand atau disebut lakorn bertajuk Khluen Chewit atau dalam englishnya Waves of Life. 

Bare to mind that sama macam Korea, Jepun, China, Thailand juga mempunyai drama soap opera yang kuat pengikutnya. I would say that sebab bila di google dalam setahun memang banyak drama soap opera seumpama ni yang dihasilkan di thailand sampaikan ada drama yang memparodikan tema ni iaitu Stupid Cupid lakonan Sunny. 

Okay I wont talk about Stupid Cupid sebab takde apa nak ditulis pasal cerita tu. Asyik gelak je terhibur tul. Aku nak cakap pasal cerita Khluen Chewit.


Memula aku tengok org review drama ni kat Youtube. Alih2 melekat juga. Let me tell you why

1. Aku rasa benda paling menarik ialah jalan ceritanya. Aku mula2 ingat cerita ini adaptasi cerita Korea 'Secret Love' lakonan Park Jisung tu. But only the premise kinda same. 

Jeerawat atau dipanggil Gee pelakon perempuan paling berjaya kat Thailand terlibat dalam satu kemalangan tanpa disengajakan dengan tunang Sathit, seorang peguam. Sathit dan tunang dia dah nak kahwin kot, tiba-tiba jadi macam ni member sedih campur marah. 

Then bermulalah adegan Catch Me if You Can. Gee bukan tak nak surrender ke polis tapi satu demi satu berlaku sampai ia bukan melibatkan dia dan keluarganya malah pembantu dan pekerjanya. And sememangnya Gee juga seorang mangsa keadaan. Jadi Sathit memang tak putus asa untuk bawa Gee ke muka pengadilan, tapi dia kekurangan bukti dan Gee juga tak nak mengaku.

Tambah parah, Gee dikatakan menjadi penyondol dalam rumah tangga sepupu Sathit iaitu Piak. Suami Piak, Cayan adalah pengarah filem dan juga kawan baik Gee. Tapi ramai sangkakan mereka berskandal sebab Gee ni memang tak banyak kawan. Jadi memang mereka rapat macam kawan dan adik beradik.

Dah nama soap opera, haruslah watak heroin ditambah masalah hidupnnya. Gee lahir dari keluarga susah, dia tak tahu siapa bapanya dan ibunya membesarkannya dengan menjadi pelacur. Ibunya Jariya berkahwin dengan seorang businessman berjaya iaitu Sitta. Sitta ni perangai dia bukan takat kaki perempuan tapi juga seorang haruan makan anak sebab dia bahkan nak 'bersama' dengan anak tirinya Gee. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan Gee, sehingga ke tahap upah anak buahnya stalk setiap gerak geri Gee dan suntik dengan dadah untuk buat Gee tak sedar diri. Tapi Gee as a strong woman berjaya loloskan diri setiap kali Sitta cuba perangkapnya. Itu yang dia nekad memandu kereta dalam keadaan mamai untuk larikan diri dari Sitta sampai akhirnya terlanggar tunang Sathit. 

Okay, aku tahu nama hero dan villian lebih kurang. 

Jadi Sathit ni memang betul-betul bencikan Gee. Punyalah dia marah, peras ugut Gee tapi Gee tak nak juga mengaku. Malah Gee makin baik dengan keluarga arwah tunang Sathit. Nawadee, mak si arwah mengusahakan rumah anak yatim jadi Gee banyak lawat dan bantu mereka. Sathit jadi angin sebab dia rasa kebaikan Gee tu takkan dapat kembalikan tunangnya dan dia hanya berpura-pura. 

Last step, Sathit cuba mengenakan Gee dengan menyiasat pula perniagaan haram yang dijalankan bapa tiri Gee. Lagipun dia memang ada dpt kes berkaitan pembinaan resort haram oleh syarikat Sitta di sebuah pulau. Tanpa disangka, dia jumpa Gee di pulau tu yang sebenarnya sedang melarikan diri selepas diculik Sitta. Aku tak tahulah perempuan ni memang bertuah atau apa. 

Gee dan Sathit yang saling membenci terpaksa rely on each other menyelamatkan diri lepas kuncu-kuncu Shihat tahu tentang tujuan Sathit ke pulau tu. They want to kill Sathit. Dalam pada benci tu. Gee sempat selamatkan Sathit yang hampir ditembak. Peluru tu kena tangan Gee. Sathit mula-mula bingung sebab kenapa tiba-tiba Gee nak selamatkan dia. Then Sathit balas kebaikan Gee dengan selamatkan dia dari mati lemas.

Starting from here bibit-bibit percintaan mula berputik. They spend time at fishing village and pulau yang tak berpenghuni. Mula-mula memang bertengkar je kerjanya, memang nampak la benci sungguh. Tapi lama-lama Gee boleh faham kenapa Sathit bencikan dirinya adalah sebab dia terlalu cintakan tunangnya. Apa yang Gee nak waktu ni adalah Sathit tak terlibat dengan dirinya, dengan bapa tirinya supaya dia boleh teruskan hidup yang aman dan bahagia macam dulu.

Sathit pula mula nampak Gee pada sisi yang berlainan. Dulu dia ingat Gee ni sekadar artis yang berlagak, jahat dan penyondol. Tapi sebenarnya Gee ni sangat lembut hati, dan sangat ikhlas menyayangi orang yang sayangkan dia macam Nenek Penjan (jiran dia yang selalu tengokkan dia masa kecil). Bila nenek Penjan meninggal dunia, Gee lah orang yang paling sedih lebih dari cucu Nenek Penjan sendiri. 

Waktu ni baru kedua-duanya mula terbuka hati untuk terima kehadiran masing-masing. They want to protect each other and offer comfort bila salah seorang ditimpa kesedihan. 

But then as always, mestilah villian takkan duduk diam terutama Sitta.Bila dia tahu Gee dan Sathit seperti ada hubungan istimewa, dia cuba taktik lain. Dia berikan bukti kamera CCTV pd Sathit yang menunjukkan Gee yang langgar tunangnya. Kemudian dia reka cerita bahawa Gee adalah perempuan jahat yang menggunakan kecantikannya untuk memperdaya lelaki. Konon Gee goda Sathit sebab nak terlepas dari tindakan undang-undang, Gee jgk lead Shahit utk siasat perniagaan Sitta sebab nak rampas harta bapa tirinya dan Gee memang ada hubungan dengan Chayan sebab dia memang bitch. 

Itulah belajar tinggi tinggi jadi lawyer tapi bodoh ya amat. 

Sathit percaya semua cakap Sitta tu. Dia buka semula kes Gee dan nak dakwa Gee berdasarkan bukti yang dia dapat tu. Tapi mak Gee, Jariya lebih cepat bertindak halang Sathit. Dia sanggup bayar berapa saja asalkan anaknya tak kena dakwa. Sathit provok Jariya, dia kata duit tak dapat beli nyawa orang mati, tak dapat beli maruah dirinya yang selama ni terpedaya dengan Gee. Jadi dia kata kalau nak bahan bukti dan kes tu digugurkan, Gee kena tidur dengan dia.

Gee yang masa tu sebenarnya tengah on call dengan Jariya sedih bila dengar Sathit cakap macam tu.Dia rasa Sathit sama je macam lelaki dalam hidupnya selama ni yang mahukan tubuhnya, suka hanya sebab nafsu. 

Gee ni dia bukan gadis lembik yang akan menyerah. Dia lebih suka mencabar musuhnya. Instead of datang minta maaf pada Sathit sebab dah terbukti dia yang langgar tunang Sathit, dia nak tidur dengan Sathit. Dia provok Sathit untuk tidur dengannya sebab dia akan lunaskan segala hutangnya dengan lelaki itu malam tu juga. Supaya lepas ni Sathit tak ganggu dia. Kalau tubuhnya yang selama ini Sathit mahukan, maka itu bayaran yang dia akan beri.

Sathit yang telah diprovok akhirnya tumpas. Masing-masing esok paginya menangis sebab menyesal, tapi tak tunjukkan to each other. 

Gee ingat semuanya dah habis. Tapi masalah dia, Cayan dan Piak makin menjadi-jadi pula sampai suami isteri tu hampir bercerai. Sathit tiba-tiba bersemangat nak bela nasib sepupunya Piak. Dia buat masalah kat lokasi shooting dan tuduh Gee penyondol, perempuan jahat. Cayan pun belasah dia dan Sathit memang betul-betul ingat mereka ada hubungan. Sathit dah jadi macam lelaki yang gila talak, cari apa-apa alasan untuk jumpa dengan Gee dan buat masalah. Sampai satu masa dia ceroboh rumah Gee. Gee mengamuk la baling-baling barang bila Shahit provok nak buat sesuatu kat dia. 

But then at one moment, bila masing-masing literally terluka, baru dua2 bertenang. They show care to each other tapi tak boleh nak berterus terang tentang perasaan masing-masing. They almost kiss but Cayan dan Suki pembantu Gee datang selamatkan Gee. They punch and beri amaran pada Sathit, tapi Gee hanya nak Sathit jangan jumpa dengan dia lagi. Cayan pun kata tak payah masuk campur hal dia dan Piak dengan cara harrass Gee.

Bila keadaan dah tenang sikit, Sitta mula merancang untuk dapatkan Gee dan hapuskan Sathit. Dia merancang untuk bunuh Sathit but luckily he just patah kaki. Gee confront dengan bapa tirinya tapi rupanya dia yang termasuk dalam perangkap Sitta. Sitta cuba rogol dia tapi Jariya datang selamatkan Gee dengan bunuh Sitta. Jariya larang Gee dari buat apa-apa pengakuan (yg mak dia bunuh Sitta sbb sitta cuba nak rogol gee) sebab tak mahu masa depan Gee berakhir di penjara (because she will be the saksi utk kes pembunuhan which is not easy) and kariernya berakhir. 

Bila tengok keadaan Sathit yang koma beberapa hari disamping patah kaki, Gee tahu dia kena jauhkan diri dari Sathit. Masa ni juga lah dia dapat tahu dia mengandung. 

They meet at hospital, at rumah Nawadee sebab dua-duanya tengah healing. Bila jumpa berdua first time lepas Sathit koma, Gee beritahu yang Sathit kena teruskan hidup, jangan terlibat dengan hidupnya lagi. Masa ni Sathit betul-betul ingat Gee memang nak end up dengan Cayan sebab waktu ni juga Cayan dan Piak dah bercerai. Sathit tak tahu pun sebenarnya Gee tengah mengandung anak dia. Dia sentiasa cuba nak cari kesempatan jumpa Gee tapi Gee sentiasa mengelak jadi hubungan dorang tergantung macam tu je.

Then at the end, Gee jatuh sewaktu shooting dan  perutnya terhentak. Dia dikejarkan ke hospital sebab pengsan. Semua yang tahu dia mengandung risau apa-apa jadi pada kandungannya tu. Waktu ni juga Cayan dan Piak berbaik, dan beritahu Sathit sebenarnya dia bapa kepada anak Gee. Sathit akhirnya buang ego dia dan decide akan pergi pada Gee, jaga Gee dan anak mereka. 

Tapi Gee berkeras tak mahu Sathit terlibat dengan anaknya. Dia kata semua tu salahnya jadi biar dia tanggung seorang. Kalau Sathit berkeras mahu anak ni, dia akan beritahu wartawan yang dia mengandung sebab dirogol Sathit. Hati Gee seolah dah tertutup untuk Sathit.

Sathit tak putus asa mengejar, dan Gee larikan diri ke satu tempat tanpa diketahui sesiapa. Dia banyak habiskan masa melukis tembikar di satu tempat, manakala Sathit pula setiap hari tak putus asa cari Gee. Akhirnya Jariya yang bantu Sathit untuk cari Gee berdasarkan alamat pada bungkusan yang dihantar Gee.

The ending semua orang tahu, Sathit pujuk Gee untuk hidup bersamanya sebagai sebuah keluarga. Gee ambil masa untuk bersetuju sebab dia masih takut akan kehilangan dan dikecewakan. Tapi lepas satu kejadian, dia rasa tak semua orang ada waktu yang cukup untuk bersama orang yang disayangi. Dia tak nak sia siakan masa yang ada, dia akhirnya ikut kata hatinya.

The end.

Always kan aku end up tulis full sinopsis. 

2. The chemistry between the lead cast and the supporting cast. Aku suka gandingan Mark Prin & Yaya. When the are bickering, dorang betul2 bickering mcm musuh. dan bila dah sayang alahai sweet namatey. They have reunite in new drama Love At First Night, which sampai skrg tak keluar. Tapi aku hangin bab jalan cerita dia. Macam murahan betul ceritanya. Bakal anak tiri tidur dengan bakal mak tiri ? eww

I watch My Husband in Law & Love Online lakonan Mark Prin (tp yg ni tak habis. I love Kim as his partner tp aku cam penat tgk jalan cerita yg byk pusing2).But seriously i still love Khluen Cewit the most.