Friday, 3 January 2014
Pagi yang gelap 3
Tipikal heroin filem Malaya, aku tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam hidup aku. 'The plain jane' orang putih kata. Satu-satunya cara untuk aku jadi lain daripada orang lain adalah melalui pelajaran. Aku si ulat buku, tapi bukan si otak cair. Bukan hyperaktif dan bukan anti-sosial juga. Tapi aku berjaya buktikan diri aku sebaris dengan kehebatan si ketua pengawas, si ketua atlet sekolah bahkan juga si ketua budak skema peringkat daerah . Setelah hampir 10 tahun di bangku sekolah, aku lulus dengan cemerlang dalam SPM.Straight A's.
Aku macam 'buzzer beat', pemain yang jaringkan gol di saat-saat akhir. Budak plain jane ni naik pentas ambil anugerah, duduk di sebelah si ketua pengawas yang pandai tu. Yang dapat sok-sek sok sek dari guru dan pelajar lain yang tak sedar pun kewujudan aku kat sekolah selama ni. Kawan-kawan aku yang sama-sama memprotes dalam Myspace tentang kesukaran soalan SPM Matematik Tambahan turut ternganga melihat keputusanku.
Aku puas hati. Sekurang-kurangnya zaman persekolahan aku yang dipenuhi dengan pembulian secara psikologi berakhir dengan jayanya. Aku dapat tawaran Asasi dalam bidang Sains Fizik dan terimanya walaupun aku was-was juga dengan kepakaran aku dalam subjek nan satu itu. Aku berjaya buktikan sekali lagi aku mampu cemerlang dalam pelajaran. Perfect 4 flat.
Itu zaman sekolah dan asasi. Aku mahu lakukan perubahan untuk zaman ijazah nanti. Aku tak mahu jadi orang yang terus memulun buku.
"Chase after excellent, and success will ran after you"- 3 idiots.
Aku nampak diri aku seperti Farhan. Bidang sains fizik hanyalah satu angan-angan ayah aku untuk tengok anaknya jadi seorang jurutera. Aku tahu bidang kejuruteraan itu sangat jauh dari minat dan cita-cita aku. Aku buat keputusan untuk pilih bidang Aktuari. Dan itulah permulaan kepada 'Aku' yang hari ini..
"Kau dengar tak apa yang aku cakap?",soal Halimah menepuk bahu Aminah. Sahabatnya itu tersedar dari lamunan yang panjang. Tidak sedar Halimah berdiri di sebelahnya dan ada parang di tangannya.
"Weh, kau nak buat apa parang ni?",soal Aminah terkejut.
"Lah, kau yang minta tadi. Rasanya tadi kau ada bagitau nak potong dahan pokok depan rumah tu",ucap Halimah.
"Oh, ye ke? Okey",itu saja yang mampu dijawab Aminah yang masih terpinga-pinga. Dia mengambil parang di tangan Halimah.
"Kau ni, boleh pula hilang akal petang-petang macam ni. Kau ada tidur waktu asar tadi ke?"
"Tak adalah. Aku tengah fikir pasal sesuatu tadi.",ucap Aminah. Dia berfikir seketika, apa yang menyebabkan dia berfikir sejauh itu..
"Weh, kurang ajar posmen ni main campak je surat-surat kat bawah pagar ni. Macamlah rumah kita tak ada peti pos..", Halimah membebel sambil mengambil beberapa pucuk surat yang bertaburan di lantai.
Aminah baru teringat. Dia sedang membuka pagar untuk menebang pokok di luar rumah (setelah melaung meminta Halimah yang sedang terbongkang di ruang tamu mengambil parang). Dia terpandang surat-surat itu dan mengambilnya. Satu surat hutang pembiayaan pembelajaran yang tertunggak,yang membuatkan dia berfikir jauh.
"..aku macam risau je semak samun kat rumah sebelah ni. Rasanya kalau ada anaconda duduk kat situ pun orang takkan sedar..", Halimah membebel pula tentang jiran sebelah rumah mereka sambil menyarung sarung tangan. Mak cik ni memang suka membebel dan mengumpat tentang jiran mereka nan satu itu. Lelaki bujang yang jarang nampak mukanya, jika tak seharian berkurung di rumah, pasti keluar berhari-hari lamanya. Keadaan rumahnya jadi tak terurus, macam rumah terbiar pun ada.
"..kalau kita dapat rumah lot tepi macam tu boleh juga buat tanam cili ke..",ucap Halimah yang mencekak pinggang menunggu untuk Aminah memotong dahan pokok yang menganggu permandangan dan menyukarkannya sewaktu ingin mengundurkan kereta.
"Lebih baik aku yang pakai sarung tangan tu, aku yang nak potong pokok ni",
"Alah..aku tolong kutip dahan-dahan tu, tangan aku yang kotor nanti",ucap Halimah.
Aminah sekadar menggeleng, mengalah dengan sahabatnya nan satu itu.
..............................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment