Tuesday, 25 February 2014
monolog lagi
assalamualaikum.
kembali pada mode normal.
selepas seminggu dilanda kegilaan 'itu'.
i'm that.
rapuh. seperti lagu opick.
kadang2 rasa minat dengan sesuatu 'keduniaan' yang kalau tak dapat, aku akan meratapi macam kucing ilang anak.
dan kegilaan itu akan berterusan sehingga aku bosan
kemudian aku akan lupakan kegilaan itu terus selepas muncul kegilaan baru
si M buat video dakwah cara sempoi. hampir sejuta subscriber
si B buat blog dakwah ala2 street dakwah. dua ribu lebih follower
si R buat lukisan dakwah di facebook. friends & follower berbondong-bondong. tak termasuk pen-likes sekali.
si H tulis novel remaja islamik. pembaca & peminatnya ada di merata dunia.
si 'aku' pula hanya bersembunyi di balik skrin laptop
mengkomen, mencebik, mendengus pada facebooker yg ada kegilaan & kebodohan masing2.
tanpa mengambil sebarang tindakan
si 'aku' cuba menulis, tapi dia tiada pembaca
si 'aku' cuba memberi, tapi tiada siapa menerima
si 'aku' cuba menjerit, tapi hanya pada bantal
dia terlalu takut untuk keluar dari tilam Vono yang empuk itu
terlalu takut untuk berhadapan dengan homo-sapien di luar
dia seperti kura-kura yang hidup dalam cangkerangnya
tak mahu buktikan kuasa si 'ninja turtle'
si 'aku' akan cuba bangkit dari lena yang panjang ini.
terima kasih kepada semua yang memberi inspirasi
My anthem is my syahadah-Hlovate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment