Idea ni datang masa aku termenung di 'bilik termenung'.
Banyak je idea-idea lain yang selalu datang tapi aku tak suka jadi writer yang pathetic hanya tumpukan pada scene-scene tertentu (selalunya di awal cerita) sementara klimaks dan ending cerita kelaut dan cliche.
Jadi idea hanya tinggal idea.
So untuk ia jadi sebuah cerita penuh....maybe yes and maybe no.
Selepas setahun dia tinggalkan aku, hari ni dia balik.
Masa aku tengah makan tengah hari kat kafeteria cekik darah bawah
bangunan ofis ni.
Maklumlah baru gaji.
Mungkin kerana aku baru gaji lah lelaki ini kembali pada
aku.
“Hai, awak”.
Gaya dia tegur macam lelaki autism yang popular di Youtube
tu. Macam tak ada apa-apa berlaku antara kami.
Aku pandang dengan muka tak berperasaan.
Pertama sebab sup ayam yang aku hirup memang tak sedap
langsung.
Kedua sebab gaya tak berperikemanusiaan dia itulah.
Dia duduk di kerusi hadapan aku tanpa aku jemput. Tangan aku
kat bawah meja mencapai phone di kocek baju kurung dan menguatkan volume suara
lagu yang aku tengah dengar. Aku pandang nasi aku dan menyuap perlahan.
“Awak, saya nak cakap sesuatu ni. Saya tahu awak marahkan
saya. Dan saya tiba-tiba muncul depan awak…saya tahu ia terlalu tiba-tiba. Saya
datang nak minta maaf”,ucap dia dengan suara selembut cecair pelembut yang mak
aku guna. Sayangnya suara itu tidak wangi.
Apa yang aku cakap ni?
Aku angguk perlahan. Masih menumpukan perhatian pada nasi
aku. Aku bukan sedih, bukan marah, bukan pasrah.
Aku cuma malas.
Aku cuma malas.
Aku bukan gadis mengasihankan yang akan senyum selebar alam
apabila dia berbicara, yang akan jadi chameleon, mengubah mood mengikut mood
lelaki itu. Menjadi teman wanita yang memahami bila dia sakitkan hati aku atau
tidak pedulikan aku.
Aku tak nak jadi wanita mengasihankan itu lagi.
Tapi aku bukanlah terlalu kuat untuk mengelakkan diri daripada dia.
Tapi aku bukanlah terlalu kuat untuk mengelakkan diri daripada dia.
Jadi…
“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”,ucap dia memetik
jari di hadapan mataku.
Aku pandang matanya, kemudian…
“Melepaskan….mu. Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati….Kala malam tidurku tak lena
terkenangkan mu….”, aku bersuara mengikut rentak lagu Sufian Suhaimi yang
sedang kudengari di cellphone.
Dia hampir ternganga melihat reaksiku. Mungkin tak menyangka
aku boleh jadi se-drama itu.
“Cuba pertahankan….separuh jiwa ku kini hilang terbang
bersamamu…Episod hitam cintaku kini berulang kembali…Berulang kembali menguasai
diriku ini…,”aku makin bersemangat menyanyi dengan muka tak berperasaan dan
sudu yang sudah sudah bertukar menjadi mikrofon.
Sesaat kemudian, aku fokus kembali pada makanan di
hadapanku.
Tak guna, memang tak sedap sungguh lauk hari ni. Bila nak
habis ni?
Dia ketawa. Terhibur barangkali. Dia tak tahu aku sungguh
malas melayan dirinya saat dan kala ini.
“Kenapa tak sambung sampai habis? Comel la awak nyanyi macam
tu”,ucap dia tersengih-sengih.
“Saya maafkan awak. Awak boleh balik sekarang. Saya nak
makan”,ucap aku dengan suara mendatar. Masih tiada perasaan.
“Saya tahu saya dah kecewakan awak dulu. Jadi sekarang saya
nak tebus kesalahan saya. Saya nak kembali pada awak”,
Aku pantas tukar lagu dalam music player cellphone aku.
“Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya? Kau
fikir kau siapa?”,aku menyanyi terus pada bahagian korus. Peduli apa. Lelaki ni
sudah keterlaluan. Dia buat selera aku mati terus. Aku pandang tepat pada
matanya kemudian berdiri dan menghentakkan tangan pada meja.
“Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba? Kau
fikir kau raja? Kuasa harta wanita mengaburi minda mengotori jiwa dan bicara.
Bila bicara bicaranya semua besar. Mendabik dada besar egonya. Lupa diri lupa
pencipta yang Maha Besar. Hatinya hitam kelam terbungkam. Jiwa tak tenang kalah
dalam menang”, aku menghabiskan nyanyianku dengan menghempuk kepalanya dengan
beg sandang ku dan terus meninggalkan cafeteria itu.
Geram.
Makanan tengah hari yang paling tak sedap dalam hidup aku.
…………………………………………..
No comments:
Post a Comment