Thursday, 28 November 2019

drama review: i wanna be suptar

yes, i spell it correctly. thats the title of the drama.



sebenarnya aku nak post benda ni dulu sebelum meteor garden. tapi aku tak seexcited mcm lepas tengok meteor garden.

one word after watching this drama..Gay.
-_-

aku memang annoying dengan tema gay dalam cerita ni. semua lelaki nak jadi gay aku macam .... bangang punya kaum lelaki.

ha kan dah termencarut.

pastu watak second heroin tu memang tak cukup kain gamaknya. aku tahulah thailand tu panasnya sama dengan malaysia tapi tak payahlah pakai skirt pendek tengah hari buta. kau tak takut sunburn ke? pakaian macam minta dirogol je.

*dah tu kalau kau tak suka kenapa kau tengok?

sebab aku suuuuuuuuuuuuuuukaaaaaaaaaaaaaa watak heroin dia. nama pelakon tu gypsy kalau tak silap. aku tengok dia dalam filem Lovesick. which is aku tak tahu kenapa dalam biodata wikipedia dia takde filem tu padahal best kot.

as usual, karakter dia sangat gila-gila dan selamba tapi dia masih nampak stunning. dia macam jung jihyun thailand.

bila kau tengok drama ni, kau takkan dapat halang diri kau dari kaitkannya dengan cerita full house. plotnya hampir sama, two stranger forced to live together in a house cuma yang ni dorang tak kahwin. yang ada hanya perjanjian teman serumah dan hanya beberapa orang saja yang tahu mereka tinggal serumah.

karakter heroin iaitu wan neung sangat bersungguh nak jadi pelakon atau dorg panggi Dara (like primadona title). so dia gigih try setiap audition, menyanyi, berlakon, MV, iklan...semua dia try. tapi dengan bakat yang sikit dan connection yang hampir tiada, susah untuk wan neung berjaya. dan ofkos dia nak jadi pelakon dengan hasil usahanya sendiri, bukan sebab keluarga dia yang kaya atau sebab dia tinggal serumah dengan pelakon popular,Win.

Win seperti watak Young Jae dalam Full House pelakon popular yang sudah semakin kurang tawaran berlakon. Kalau populariti Young Jae merudum sebab dia dah berkahwin, Win pula sebab terpalit kontroversi dengan video gay nya. Sampai awek sendiri pun kahwin dengan orang lain.

Jadi Win ni macam dah penat dengan dunia hiburan, mereka hanya offer job kepada dia sbb dia popular dengan video gay dia tu. Tapi sebab dia tengok kesungguhan WanNeung nak jadi pelakon, dia mula jadi mentor kepada gadis tu. They do script reading together, transform WanNeung character and style, dan lindungi gadis tu dari orang-orang jahat dalam industri termasuklah bekas pengurus Win.

Win mula terbuka hati nak terima tawaran berlakon sebab dengan cara tu dia dapat lindungi WanNeung. Mula-mula dia suka mengusik Wan Neung yang hanya akan mengalah dengan dia kalau dia ugut nak kiss atau hug perempuan tu. Tapi lama-lama dia memang jatuh suka dengan Wan Neung sebab kepolosan perempuan tu despite karakter gila-gila dia. Wan Neung tak expect dia akan bercinta atau dicintai Win sbb dia betul-betul ingat Win lelaki gay. So dia jadi stress bila sedar dia suka lelaki gay dan cuba tolak lelaki tu jauh-jauh.

Plot paling bodoh dalam cerita ni adalah Win decide cium kawan baik lelaki dia, Tom (yang juga gay dan sukakan Win) depan wartawan hanya untuk alihkan perhatian media pada gosip negatif yang jadi kat WanNeung.

-_-" apabenda seh. kau ingat sweet?

pastu as we all expected, Win biar diri dia terpalit kontroversi, dan hilangkan diri sekali lagi dari media. Dan WanNeung jadi pelakon yang semakin popular dan dalam satu temuramah, akhirnya dia dapat bersihkan nama Win.

So Win comeback and they live happily ever after.

the only thing that make me stay to watch this is because WanNeung karakter. Yang lain boleh dibaling ke longkang. haha

*admit la kau sebenarnya ada selebriti crush dengan Push (pelakon watak Win) jugak kan kan kan? Walaupun dia nampak macam bapok tapi kau tetap suka dia kan kan

okey, aku tak nak debatkan hal tu. dia memang nampak macam bapok. tp abs dia...shush shush dirty mind. okay, kena buat chant menghalau rasa 'suka' macam WanNeung selalu buat

"he is gay gay gay gay gay..."


drama review: meteor garden


yup
drama tahun bila la tu.
rasanya drama taiwan ni keluar tahun 2001.
aku darjah 3 masa tu.
dan ia mula popular kat malaysia (at least dalam circle kwn2 aku) tahun 2002, 2003 camtu.

dan aku masih tak terjebak dengan drama taiwan atau korea masa tu. bila kawan aku tunjuk video f4 aku cam 'seriously ni yang korang minat?'.

sekarang sila gelakkan diri sendiri sebab dah terjebak dengan the original f4.

ohmaigod, this is the best version of boys over flower series. i mean meteor garden 2001, bukan yang 2018 tu. kalau dulu aku paling minat dengan hana yori dango (boys over flower japan) tapi sekarang aku surrender dengan watak daoming si & shancai.

MG season 1
Mula mula aku paling menyampah dengan gaya f4 kecuali watak Lei. I mean, rambut Jerry Yan dalam citer tu sangat hodoh dan bodoh. Like seriously anak orang kaya mana yang ada rambut macam tu? Dan dua lagi f4 mei zuo (dear god, idk my ex-crush vanness is actually in this series) & xi men punya gaya sangat....hmm budak cina nerd sekolah aku dulu lagi hensem kot.

aku suka the reason shancai masuk sekolah ni. ia direct tanpa belok2 iaitu sebab mak dia ketegaq sangat nak naikkan taraf hidup dorg dari rakyat marhaen ke elit. lagipun shancai satu2 nya anak dorg so benda ni boleh diterima akal. bukan pretencious macam jandi yang konon masuk sekolah kaya sebab dia dah jadi heroin yang selamatkan sorg pelajar dari bunuh diri (haha aku tak tahu kenapa aku memang tak boleh suka karakter Jandi ni).

but the storyline, the character....are the best thing that i get. i expect shancai character to be more drama & pitiful than Jandi (BOF korea) or less funny than Makino (BOF japan). but it turn that she is the most strong character from those two and more towards tomboyish character. she always wears trousers but look so beautiful in dress. she often shout and scream but not in annoying way. you know like kirsten dust character as mary jane in spiderman series.

season 1 ni lebih banyak tunjuk drama keegoaan shancai nak mengaku cinta dia pada daoming si. in reality i will support her. but in dramaland, tbh it is tiring to watch it. memang kalau tengok drama ni aku rasa lebih banyak tunjuk drama cinta dorang lebih banyak dari komitmen dorang sebagai seorang pelajar. memang nampak kenaifan budak-budak kolej ni yang menjadikan cinta sebagai agenda utama dalam hidup diorang.

i am quite surprise yang cerita karakter sampingan meizuo dan xiao you tak dikembangkan sebagaimana dalam BOF korea dan japan. Mungkin Korea dan Japan lebih mengikut versi manga.

Kerana kenaifan budak-budak kolej nilah ending cerita ni jadi sesuatu yang simple but nice. bukan berakhir dengan perkahwinan or such. and i am glad takde plot hero terpaksa ke NY untuk komitmen kepada syarikat keluarganya dan melupakan si heroin kerana tanggungjawab itu.

which is aku rasa plot yang sangat annoy. "kau kata kau cinta aku, nak kawin dengan aku bagai lepas tu tetiba bila kau rasa kau terikat dengan komitmen pada keluarga dan syarikat kau nak buang aku. fuck ah". 
gitulah reaksi aku pada gu jun pyo (BOF korea) & damyouji (BOF japan).

but wait. where is the 'hilang ingatan' plot? adakah ia berjaya dihapuskan? nope. plot tu bersambung ke season 2.

MG season 2
Ia dimulakan dengan graduasi F4 dari kolej Yeng Di. So the couple daoming si & shancai merancang bercuti ke barcelona (wuuuu rindu cerita filipina Barcelona). Dua episod pertama the couple enjoy their sweet vacation together and suddenly bamm! reality bites.

Daoming si accident (bodoh gila kereta rosak pastu beli kereta orang lain tepi jalan) ketika on the way nak propose shan cai. pastu macam siri BOF yang lain dia lupa ingatan.

ketahuilah bahawasanya plot lupa ingatan ni adalah benda paling annoying selain plot hero tak pedulikan heroin dalam siri BOF. the good thing about the korea and japan version, plot ni sekejap je tapi dalam MG 2, hampir 20 episod si daoming si ni lupa ingatan.

ni yang aku benci ni. "huh kau dah buat aku suka gila kat kau pastu kau lupa aku. fucking asshole". gitulah reaksi aku.

karakter daoming si bertemu dengan karakter yen sha, gadis yang sangat baik hati dan rambut pendek yang cool. mula-mula aku nak benci karakter dia tapi bila dia tahu yang shancai (they met in unexpectedly and become good friend) adalah girlfriend lama daoming si, dia rela lupakan perasaan dia pada daoming si. dia decide nak travel ke serata dunia dan lupakan cintanya pada daoming si.

tapi daoming si tak nak lepaskan dia. yen sha lah perempuan yg dah tolong dia masa dia sakit, sabar dengan karenah dia selama ni. nak dijadikan drama, alasan lain yen sha nak blah sebab dia sebenarnya sakit. tp mak daoming si rasa yen sha perempuan terbaik untuk daoming si. dia lebih rela kawinkan anaknya dengan perempuan yang dah nak mati dari shan cai yang miskin.

apa punya mak.

so dia cipta background yen sha di mata media sebagai princess dari luar negara. dan yen sha tetiba berubah karakter lepas dia bertunang dengan daoming si atas sebab sbnrnya dia tak rela nak tipu daoming si macam tu. dia expect daoming si akan putuskan pertunangan mereka & balik dengan shancai. so dia tak kisah pun bila shan cai keje kat company daoming si & rapat dengan daoming si.

tapi daoming si tetap tekad nak cinta dan jaga yen sha. dia tak nak imbau balik masa lampaunya walaupun makin lama ingatannya masih pulih. aku suka the fact yang daoming si jadi seorang yang bertanggungjawab compare to karakter gu junpyo & damyouji. dia cuba menolak shancai tapi bila ingatan dia pulih sepenuhnya, dia sedar yang hatinya masih cintakan shancai.

kalau dia ni islam dah lama aku suruh dia kahwin dua.

shancai rela berkorban demi kebahagiaan daoming si. dia cuba nak move on dan pergi ke lei, tapi semuanya tak jadi macam yang dia nak.

ya, aku sebagai penonton pun rasa benda yang sama. barbie hsu sangat pandai berlakon wehh.

bila daoming si dapat tahu yen sha sakit, lagilah susah dia nak pilih. dia akan jadi manusia tak berperikemanusiaan kalau dia pilih shancai, tapi dia akan jadi manusia hipokrit kalau dia pilih yen sha. so at last dia pilih yen sha. dia nak jadi manusia yang bertanggungjawab. kalau cerita dia dan shan cai berakhir, dia tak kisah sebab sekurang-kurangnya dia jadi manusia yang bertanggungjawab macam yang shancai nak dia jadi.

beberapa bulan lepas tu, yen sha meninggal lepas travel satu dunia dengan daoming si. seperti yang semua orang harapkan, we want shancai & daoming si back!!!!!

shancai jadi travel agent ke barcelona, dan daoming si ikut dia sampai ke sana. they met tapi mula-mula dua-dua tak expect apa-apa dengan perhubungan mereka. kemudian shancai turun dari bas pelancong dia dan lari ke arah daoming si. kyaaaaaaaaaaaaaaaaa...i love you girl.

they decide to be together. the scene end dgn dorg bickering with each other at church (menunjukkan the old shancai & daoming si is back) and kiss.waaaaa so sweet.

aku suka season 2 punya plot dan ending. in the korea & japan version, gu junpyo dan damyouji masih seorang anak orang kaya yang mengharap harta mak bapak. ye, they take over the company tp macam tu jela. watak daoming si lain, dia sanggup tinggalkan keluarga dan syarikat dia sbb dorang hanya mempergunakan dia sbg heir. bila dia bekerja kat syarikat dia tak buat kerja apa-apa pun as if dorg tak percayakan kemampuan dia. dan dia tak boleh terima mak dia masih nak tentukan arah hidup dia tanpa pedulikan perasaan dia.

daoming si ended be a very responsible guy, yang down to earth, kenal erti susah payah hidup dan makna cinta sebenar. the things yg tak ditunjukkan pada gu junpyo dan damyouji.shancai ended be a tough girl yang jadi pencinta sejati, tak ragu-ragu dengan cintanya pada daoming si. dia bukan lagi perempuan yang hanya tunggu untuk diselamatkan tapi berusaha untuk dapatkan cintanya balik. dia tak kisah mereka jadi kawan asalkan daoming si bahagia. dia kena move on dengan hidup dia walaupun dia masih cintakan daoming si. the prize for her tough and kind heart is she ended together with daoming si.

so at this point aku paling suka BOF versi ni. BOF japan is more towards funny humour love story, BOF korea mengannoyingkan aku dengan kebongkakkan mereka pada kemewahan dan the pretencious of the characters.

meteor garden begins with a childish love story but turn to teach you about responsibility in love.