Thursday, 28 November 2019

drama review: i wanna be suptar

yes, i spell it correctly. thats the title of the drama.



sebenarnya aku nak post benda ni dulu sebelum meteor garden. tapi aku tak seexcited mcm lepas tengok meteor garden.

one word after watching this drama..Gay.
-_-

aku memang annoying dengan tema gay dalam cerita ni. semua lelaki nak jadi gay aku macam .... bangang punya kaum lelaki.

ha kan dah termencarut.

pastu watak second heroin tu memang tak cukup kain gamaknya. aku tahulah thailand tu panasnya sama dengan malaysia tapi tak payahlah pakai skirt pendek tengah hari buta. kau tak takut sunburn ke? pakaian macam minta dirogol je.

*dah tu kalau kau tak suka kenapa kau tengok?

sebab aku suuuuuuuuuuuuuuukaaaaaaaaaaaaaa watak heroin dia. nama pelakon tu gypsy kalau tak silap. aku tengok dia dalam filem Lovesick. which is aku tak tahu kenapa dalam biodata wikipedia dia takde filem tu padahal best kot.

as usual, karakter dia sangat gila-gila dan selamba tapi dia masih nampak stunning. dia macam jung jihyun thailand.

bila kau tengok drama ni, kau takkan dapat halang diri kau dari kaitkannya dengan cerita full house. plotnya hampir sama, two stranger forced to live together in a house cuma yang ni dorang tak kahwin. yang ada hanya perjanjian teman serumah dan hanya beberapa orang saja yang tahu mereka tinggal serumah.

karakter heroin iaitu wan neung sangat bersungguh nak jadi pelakon atau dorg panggi Dara (like primadona title). so dia gigih try setiap audition, menyanyi, berlakon, MV, iklan...semua dia try. tapi dengan bakat yang sikit dan connection yang hampir tiada, susah untuk wan neung berjaya. dan ofkos dia nak jadi pelakon dengan hasil usahanya sendiri, bukan sebab keluarga dia yang kaya atau sebab dia tinggal serumah dengan pelakon popular,Win.

Win seperti watak Young Jae dalam Full House pelakon popular yang sudah semakin kurang tawaran berlakon. Kalau populariti Young Jae merudum sebab dia dah berkahwin, Win pula sebab terpalit kontroversi dengan video gay nya. Sampai awek sendiri pun kahwin dengan orang lain.

Jadi Win ni macam dah penat dengan dunia hiburan, mereka hanya offer job kepada dia sbb dia popular dengan video gay dia tu. Tapi sebab dia tengok kesungguhan WanNeung nak jadi pelakon, dia mula jadi mentor kepada gadis tu. They do script reading together, transform WanNeung character and style, dan lindungi gadis tu dari orang-orang jahat dalam industri termasuklah bekas pengurus Win.

Win mula terbuka hati nak terima tawaran berlakon sebab dengan cara tu dia dapat lindungi WanNeung. Mula-mula dia suka mengusik Wan Neung yang hanya akan mengalah dengan dia kalau dia ugut nak kiss atau hug perempuan tu. Tapi lama-lama dia memang jatuh suka dengan Wan Neung sebab kepolosan perempuan tu despite karakter gila-gila dia. Wan Neung tak expect dia akan bercinta atau dicintai Win sbb dia betul-betul ingat Win lelaki gay. So dia jadi stress bila sedar dia suka lelaki gay dan cuba tolak lelaki tu jauh-jauh.

Plot paling bodoh dalam cerita ni adalah Win decide cium kawan baik lelaki dia, Tom (yang juga gay dan sukakan Win) depan wartawan hanya untuk alihkan perhatian media pada gosip negatif yang jadi kat WanNeung.

-_-" apabenda seh. kau ingat sweet?

pastu as we all expected, Win biar diri dia terpalit kontroversi, dan hilangkan diri sekali lagi dari media. Dan WanNeung jadi pelakon yang semakin popular dan dalam satu temuramah, akhirnya dia dapat bersihkan nama Win.

So Win comeback and they live happily ever after.

the only thing that make me stay to watch this is because WanNeung karakter. Yang lain boleh dibaling ke longkang. haha

*admit la kau sebenarnya ada selebriti crush dengan Push (pelakon watak Win) jugak kan kan kan? Walaupun dia nampak macam bapok tapi kau tetap suka dia kan kan

okey, aku tak nak debatkan hal tu. dia memang nampak macam bapok. tp abs dia...shush shush dirty mind. okay, kena buat chant menghalau rasa 'suka' macam WanNeung selalu buat

"he is gay gay gay gay gay..."


No comments:

Post a Comment