Sunday, 4 April 2021

never have i ever..the review

 


so i watch this last night.

i mean the entire season 1 (eventhough i end up wake up with panda eye and it is working day)

aku suka cerita yang watak utamanya ada sense of humour dan sedikit sarkastik macam watak Devi. Dia ada rupa seperti tipikal India dengan rambut kerinting kusut dan kulit hitam manis yang mengingatkan aku pada kawan aku yang ada darah campuran India.

Ehem. Diri sendiri pun sebenarnya ada darah campuran India.

Aku tak sangka yang plot awal cerita ni bermula dengan satu tragedi menyedihkan, sebab kat trailer rasanya hanya tunjuk macam mana Devi dan rakan-rakan nerda nya mahu menjadi cool girl untuk tahun sophomore mereka kat high school. 

Tragedi itu tak berakhir begitu saja. Ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar pada Devi walaupun dia nampak seperti sudah move on.

So my dad had die, I feel sad to think about it so why should I think about it.

Ramuan jalan ceritanya sama je seperti kebanyakan cerita Amerika lain. Nerda nak jadi cool, nak date/having sex dengan lelaki paling popular kat sekolah...so tipikal. Apa yang menariknya, selain beberapa isu remaja yang dibangkitkan, adalah isu kesihatan mental.

Kadangkala kita rasa dengan tak bercakap mengenai perkara yang menyedihkan kita adalah satu bentuk move on. Tapi hakikatnya, itu menunjukkan kita masih menyimpan duka dalam hati. Menangislah, marahlah, keluarkan emosi itu. Betul kata kaunselor Devi, tindakan Devi yang tiba-tiba nak having sex dengan Paxton bukanlah satu jalan keluar kepada masalah emosinya. Devi seperti sedang membuat misi merosakkan dirinya kerana tidak kisah jika Paxton tidak mencintainya asalkan mereka berasmaradana. 

Kadangkala aku bersyukur yang watak Devi adalah gadis India Amerika yang mempunyai ibu yang masih berpegang pada adat dan budaya timur. Walaupun dia dah buat semua persediaan untuk melakukan seks dengan Paxton, dia masih tidak berani melakukannya. Cheer for her sebab aku benci watak perempuan yang acah bersemangat waja suci murni tapi selamba having sex as to prove point yang perempuan biasa pun boleh hilang virginity dengan cara yang cool.

Cool? You just lowered yourself.

So isu kedua adalah budaya. Memang tak mustahil, komuniti Asia yang tinggal di Amerika boleh terarah menjadi Amerika berbanding mengikut budaya asal mereka. Okay, first aku nak cakap Devi sangat cantik masa dia pakai Sari dalam majlis pemujaan dewa Ganesh mereka. Walaupun Devi watak utama, tapi penulis tidak hanya memberi sisi baik pada Devi. Dia jadi bitter dan sarkastik dalam majlis tersebut tapi kalah berhujah dengan dua rakan India yang ditemui.

Seriously, whereever you are, it doesnt kill you if you just be yourself. 

Sebelum aku pergi pada isu seterusnya, yang mana aku rasa sangat menjengkelkan, biar aku beritahu my next favorite character. 

Ben Gross. 

Ye, I still have nerd blood in me. I love nerd guy tapi Ben Gross ada lidah bercabang dan kemahiran sarkastik yang menghiburkan. So double like.

Okay, aku memang dah tertengok spoiler dan tahu who ended up with who. But it is really interesting to see the change of Devi and Ben relationship. Ben akan lakukan apa saja untuk dapatkan spotlight which annoy Devi, his nemesis. Menyakitkan hati Devi adalah kebahagiaannya tanpa dia sedar mereka bukan lagi budak hingusan sekolah rendah yang bergaduh sebab markah peperiksaan. 

Devi adalah seorang gadis yang dah melalui macam-macam hal despite her cool and sarcastic attitude. Ben calling she and her friend Unattractive Nerd is her boiling point. Devi tak sangka jiwanya rapuh dengar perkataan tu walaupun dia tahu dia tak patut pedulikan Ben. Bertitik tolak dari situ, dia mulakan rancangan menjadi cool girl dan having a courage untuk ajak Paxton lakukan seks dengannya. 

So we know that Ben did play important role in her life. Tapi tipikal Ben, he cant read this kind of sign. When Devi did cry and appologies to him sebab kata Ben patut dibunuh oleh Nazi, I guess that the point where Ben akan mula berlembut dengan Devi. Sebab dia baru sedar Devi masih seorang gadis yang mudah lembut perasaanya. Gitu.

Dont hate something too much or you will end up liking him or her so much. After different occasion we can see that Ben start to take care of Devi. Dia risau bila tengok Devi gelabah bila ambulans lalu tepi bas mereka, dia rasa bersalah sebab buka rahsia Devi yang dia tak tahu pun adalah satu penipuan, dia rasa senang berbual dengan Devi lepas makan malam dengan keluarganya dan lama-lama all we can see is Ben Gross seems to like and care about Devi a lot. 

Paxton othe the other hand, aku rasa sgt selfish, self centered dan suka beri harapan palsu.Ya, dia banyak kali selamatkan Devi, jadi kawan dia tapi at the same time masih ada sikap bongkak dia. Kononnya Devi tak setaraf dengannya iaitu budak cool walaupun dia sangat senang bila Devi baik dengan adik Paxton, Rebecca yang Down Sindrome. Quote Rebecca, 'You are just a douche'.

So lastly, the LGBTQ issue.

Guys, can we stop normalize this thing. Tbh aku tak suka dengan cara penyampaian penulis drama mengenai isu ni.  

"Mom, i am gay"
And so her mom hug her and say it is okay. 
Her friend accept her. 
She gets new gf. 
Everything seem fine. 

Inilah yg sering diwarwarkan oleh golongan liberal. Do what you want, what you love and throw away all those religion law. 

Aku takut nk cakap perkara ni sbnrnya. Cuma, tolong jgn normalise it. Empat agama utama manusia; islam,kristian,buddha, hindu...tak ada satu yg membenarkan perkahwinan sesama jenis. 

Allah melarang kita tiru perangai kaum nabi lut. Jadi jgn buat,jgn dekati. Aku pun rasanya, dah tiba masa utk buang semua benda hiburan yg berkaitan lgbt. Lelaki sesaja pakai perempuan, lelaki memondan kat soc media.

No matter how much they defend themselves, hakikatnya kalau mereka mati waktu sedang berpakaian berlainan jantina atau buat perkara memondan, we all agree that husnul khotimah wont look like that. 

Ya, aku ada je follow few celebrity yg suka memondan. As a fun. Tp hmmm kalau cakap je tapi tak nak menjauhi benda2 sebegitu, haiwan pun blh buat. 

So yeah, please dont normalise lgbt. Believe me the struggle you had while fighting all those unnatural feeling towards your own kind have a reward in hereafter. 

Overall, apart from the lgbt issue, i guess i cant wait for the second season of never have i ever. .




 

No comments:

Post a Comment