aku realise aku semakin takut dengan benda ni. bila garisan antara yang salah dan yang betul semakin menipis. manusia semakin menafikan hak sebagai hamba Tuhan dan lebih mengagungkan hak kebebasan asasi mereka.
i am not the right person to give opinion. aku tahu. aku tak pernah rasa struggle mereka. struggle aku lain, boleh la sembang cakap mereka salah.
tapi.yes, dia boleh buat cara dia. you do you, i dont mind.
cuma untuk muslim yang terperangkap dalam masalah yang sama, yang sedang mencari diri dan jawapan, tolong.
mengubah ciptaan tuhan bukan jalan penyelesaiannya.
you can take a retour atau jalan jauh dalam hidup, tapi pastikan kau masih keep track pada jalan yang lurus. jangan bermain jauh sangat dari hakikat kehidupan. sebab kalau kau sesat, takut tak jumpa jalan balik.
ustaz nouman ali khan pernah beritahu dalam salah satu lecture dia di youtube. kita takkan jumpa kebahagiaan dalam dunia ni. hakikat dunia memang akan penuh dengan rasa positif dan negatif. sesaat kita suka, sesaat kita mungkin berduka. bahkan perjalanan hidup Rasullullah saw bukalah sesuatu yang dihamparkan ros tapi lebih banyak duri. itu Kekasih Allah tu. Kita ni manusia biasa.
Kebahagiaan sebenar kat akhirat sana. So kejarlah ia.
aku tak kata mereka yang terlibat dalam masalah begini adalah mereka yang kurang beragama. bahkan ada je orang beragama yang mempunyai masalah yang sama. bezanya, mereka lawan perasaan itu sebab keyakinan pada agama dan Tuhan itu lebih tinggi. kata kak fynn, semua orang buat dosa. cuma yang membezakan seorang pendosa dengan pendosa yang lain adalah bagaimana dia melawan dan kuatkan hati dari tunduk pada bisikan syaitan itu. dia mungkin terjatuh berkali-kali tapi untuk menyerah kalah pada kebatilan tidak sesekali.
untuk aku pula, aku sedang cuba memadamkan perkaitan dengan beberapa individu yang menjurus kearah ini di media sosial. aku bukan buang mereka, tapi aku kenal diri aku yang mudah terpengaruh. jadi lebih baik aku putuskan perkaitan itu dahulu.
kau tahu tapi kau tak akukan.
lelaki yang berpakaian seperti wanita atas nama seni persembahan, ia kedengaran tidak membahayakan. tapi ingatlah apa yang kita amalkan dalam hidup seharian akan menjadi sebati dalam diri kita. macam aku kata tadi, you do you. terutama untuk selebriti dan public figure, aku tak mengenali mereka secara personal dan begitu juga mereka. boleh saja aku menulis di media sosial mereka dan menegur tapi aku lebih memikirkan tentan diri aku.
apa yang aku rasa selepas menegur tu? aku rasa hebatkah?
apa yang dirasai atau tindakan yang diambil oleh individu tersebut? dia akan terus berubah selepas teguran tu?
kalau aku sudah tahu jawapannya, aku tak perlu buang masa dengan mereka. hanya doa sebagai saudara seIslam mampu aku beri.
ini pula hak yang mereka minta, iaitu hak sama seperti perempuan biasa walaupun sudah terang-terangan menjadi trans.
apalah yang kamu mahukan, aku pun tak faham.