Cerita ni cerita biasa tentang seorang perempuan lewat 20 an, Nagi, yang akward dan satu hari dah mencapai limit kesabarannya dengan perangai collegue & boyfriend yang macam celaka.
Haha marah benar bunyinya.
Sebab akulah si awkward tu. Satu lagi perangai si Nagi ni adalah dia suka baca atmosphere dan akan beri reaksi ikut orang sekeliling. Macam contoh kalau tengah berbual, semua macam nak persendakan dia, dia ikutkan saja gelak konon tak terasa sebab tak nak spoil the mood.
Her boyfriend, sorry ye Issey Takahashi. Awak hensem tapi karakter Shinji dalam cerita ni memang minta maki je. Terutama pada awal cerita.
Then, seperti tajuk, Nagi tinggalkan Tokyo dan pergi bercuti dengan duit simpanannya untuk berubah jadi Nagi yang baru. Dia jumpa dengan ramai orang dan dari situ belajar untuk menikmati hidupnya.
The same old story tapi masih interesting. Apa yang aku nak review kat sini adalah hubungan antara Shinji dan Nagi.
Mereka bermula sebagai rakan sekerja, dimana Shinji saja je 'jual minyak' kat Nagi masa mereka dalam bas balik dari kerja. Dia rasa Nagi cute, rambut Nagi lawa, dan mereka tinggal berhampiran...that leads to their love life. Tapi Shinji rahsiakan hubungan mereka sebab dia seorang Ace di pejabat, jadi tak nak kredibiliti dia terjejas sebab office romantic.
And I told you why, episode pertama aku rasa nak hempuk kepala Shinji ni sebab berperangai annoying sangat. Dia datang apartment Nagi hanya untuk 'play' dengan Nagi, makan makanan yang dimasak dan esoknya kat pejabat buat macam tak kenal Nagi. Then one night, malam hari jadi Nagi, dia kerja overtime. Nagi pun kebetulan tak balik lagi. Then Nagi terdengar perbualan Shinji dengan kawan-kawan dia. Dia terdengar part yang Shinji dating dengan girlfriend (iaitu Nagi tapi Shinji tak sebut nama depan kwn2 dia) just for sex.
Mana bom atom yang jatuh kat Hiroshima tu? Aku nak pinjam.
Then bila Nagi pindah, he act like the creepiest ex-boyfriend dengan terjah masuk apartment baru Nagi, buat seolah tak ada apa jadi dan nak 'play' dengan Nagi.
I mean get the fuck out of here,b***. Yang kau Nagi pergi jemput dia masuk kenapa!
Later we will realise setiap perbuatan jerk Shinji tu sebenarnya adalah sebab dia tak reti nak ekpresskan perasaan sebenar dia. Dia terlalu terikat dengan protokol upper class society nya padahal memang deep down dia cintakan Nagi. Evertime he hurt Nagi dia menangis mcm apa.
You are not going to get my sympathy, mister.
Kalau kau rasa cerita ni adalah tentang bagaimana mereka memperbaiki hubungan toksik mereka dan kemudian akan hidup bahagia selamanya, maka kau salah. Cerita ni adalah tentang bagaimana mereka belajar dari setiap kesilapan dalam perhubungan mereka dan teruskan hidup ke fasa seterusnya.
Yup, Shinji is a crap boyfriend, but sebenarnya lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dia sentiasa jadi penyelamat Nagi, penyelamat maruah keluarganya, penyelamat di tempat kerjanya. Dia adalah Shinji yang sentiasa boleh diharap. Penolakan Nagi utk kembali pada dia sebenarnya dah cabar egonya dan dari situ satu persatu kelemahan dirinya diungkai. Kalau nak bandingkan Gon (hero kedua) dan Shinji, aku rasa Shinji lebih matang dalam memperjuangkan cintanya berbanding Gon yang seperti lelaki baru lepas akil baligh yang baru belajar tentang tanggungjawab.
Yelah yelah, aku memang berat sebelah ke karakter Shinji sebab aktor Issey Takahashi. Kali ni juga (lepas Tengoku To Jigoku) dia dapat partner heroin yang different but somehow complete to each other. Writer, why cant you let him to have happy ending?
Ye, kalau aku Nagi aku dah choose Shinji sebab karakter dia best. Titik. Tak payah la nak acah girl power sangat dengan pilih untuk hidup sendirian. Haha.
Hmmmmm kenapa kau tak pilih Shinji, perempuan? Kenapa? Why? Nande?
*masih tak move on dgn ending cerita ni
No comments:
Post a Comment