Okay, mari kita cerita pasal si pematah hati nombor dua dalam siri Yumi Cells ni.
I dont know but siri Yumi Cells, terutama siri kedua mengingatkan aku tentang the twist that I get reading novel Plain Jane back in 2006.
You know, you think you have a perfect boyfriend, perfect love story but sebenarnya it kills you silently.
But first let me introduced you to this namja.
They meet at the park while both of them enjoy their jogging activity. Masa ni Yumi is with Woong and Yumi being the typical old school very cautious with other man selain Woong. Sebab dia rasa, bila in relationship, dia tak patut pandang orang lain. Bilamana orang sekeliling dia puji Ba Bi melangit, dia rasa lelaki ni biasa je.
Mungkin itu salah satu sebab Ba Bi boleh tertarik dengan Yumi juga. Sebab he can be himself without think perempuan depan dia hanya mahu menagih cintanya. Gitu.
And Ba Bi being Ba Bi, a sweet gentle guy yang rasanya tak pernah pijak semut dalam hidup dia. He is perfect. Soft spoken, considerate, friendly and good to other yang bagi aku some of the time buat orang salah sangka dengan dia. In short word, he is the perfect guy for woman to make friend, boyfriend.
One event leads to another. Dengan konflik Woong dan Yumi, dan Ba Bi juga at the same time putus dengan girlfriend dia yang selalu sibuk, Ba Bi jadi makin tertarik untuk berkawan dengan Yumi.
Banyak deeds yang dia dah buat kat Yumi. He see the potential in her, he cheer her gloomy day bila Woong tinggalkan dia, dia bagi peluang pekerjaan lebih baik pada Yumi, dia payungkan Yumi dalam hujan. Adoyai...aku rasa nak tumbuk je kalau jumpa lelaki baik sangat macam ni. Yumi juga rasa macam ni, like what did she do that this perfect man treat her well.
Behold ye my friend. Kita akan bercakap tentang semua yang indah tentang Yoo Ba Bi dahulu sebelum kita hempaskan karakter dia ke tanah.
Dan Yumi being as cautious as she is, of course reject Ba Bi. Which then leads them to permainan tarik tali dengan perasaan masing-masing. Sampailah satu hari Yumi give up dan luahkan je perasaan dia pada Ba Bi.
Rasa nak tampar je this perfect boyfriend. Dah la baik, romantik, hensem. Pokoknya bagi aku, the most flutter thing he do is yakinkan Yumi untuk teruskan impian dia jadi writer. Then,few things happen dan they have a PJJ relationship. Ba Bi di Jeju, Yumi di Seoul. But they are good sebab hari-hari vc, facetiming. Sampaikan Yoo Ba Bi boleh perasan kalau mood Yumi swing, dia akan belikan kek untuk ceriakan mood Yumi.
Then, di Jeju, bila Yumi officially jadi writer, they celebrate together dan having the time of their life. Like the inseparable happy couple. And here the downfall begin.
Ini Daeun, intern di pejabat Ba Bi di Jeju. Siapa yang pernah tgk drama Jinyoung sebelum ni mesti kenal this actress pernah bawa wataj Yoo Jae In dalam He is Psychometric. Which is a brilliant idea sebab peminat mereka pasti teruja utk tgk dorg berlakon sama sekali lagi. Walaupun kali ini this actress bawa watak antagonis yang comel.
Daeun sama je macam gadis muda naif yang lain. Dia comel, periang dan sangat mudah dibaca tindak tanduk dan fikirannya. Tak ada apa yang pelik tentang Daeun melainkan dia sudah jatuh hati dengan Yoo Ba Bi.
Semua orang mesti nak baling batu kat dia kan, dan kata dia penyondol la apa lah. Sabar dulu mak cik. Yumi pun mula-mula rasa macam tu tapi she being a classy woman cuba untuk jadi rational. Yelah, kita hidup dalam masyarakat. Takkanlah kau nak jadi pyscho sampai tak bagi pasangan kau bekerja atau bergaul dengan perempuan lain.
So kita rileks dulu. So ini adalah senarai test yang Yumi buat untuk memastikan kesahihan firasat buruknya. And kesalahan Yoo Ba Bi menggagalkan dia dalam semua ujian ini.
1) Yumi: Daeun is cute
Ba Bi : Yeah, she cute. But you are adorable. *kiss lips
Ulasan: Ba Bi konon nak jadi lelaki bijak dengan jawab macam lelaki kasanova kelas satu. But here the thing, kau terlalu berfikir tentang apa untuk dijawab instead of jujur dengan perasaan kau. Kau tahu soalan itu adalah soalan cari gaduh but you are giving answer yang lebih kepada untuk mengelak Yumi jadi marah. Kau tak ulas tentang why Yumi ask that question suddenly or ask if Daeun bothered her.
Kau tak menjawab soalan, tapi mengelak.
2) Yumi: When did you first like or love me?
Ba Bi: I dont remember *dengan lambat lambat
Few hours later, Babi answer," When I see you dancing in pantry. You look adorable".
Ulasan: Okay, aku tahu tak semestinya everything yg jadi dalam relationship kita kena ingat. Aku boleh faham jawapan yang pertama tu. Tapi lepas few hours dia jawab semula soalan tu as if to make up the first one, aku rasa fishy.
Like why he make such an effort to be perfect. Macam dia tengah duduki peperiksaan dan kena pastikan semua jawapan dia betul.
3) Yumi: Are you feel bothered by Daeun? Is that why you move?
Ba Bi : 10 minit kemudian masih terdiam
Mulut Ba Bi nak jawab tak, but the fact yang dia ambil masa untuk jawab soalan tu dah membuktikan dia memang terpengaruh dengan Daeun.
Then we can see flashback yang dia sentiasa tolong Daeun dengan kerja, pergi makan sama2, teman dia buat kerja, shopping dengan dia. The fact yang dia diam diam tengok Daeun yang nak naik bas untuk ke Busan as if risau, bimbang akan gadis itu (walaupun ada je mak bapak Daeun temankan anak mereka naik bas) is the biggest red flag.
After that satu demi satu red flag muncul dalam minda Yumi, yang bring Yumi to their history.
1) Daeun pakai baju sejuk yang Ba Bi memang simpan dalam kereta dia
History: Ba Bi pernah insist Yumi pakai sweater dia masa dorang tunggu bas lepas minum minum dengan Woong, Ruby dan Woogi.
2) Ba Bi being nice to Daeun macam tumpangkan dia ke tempat kerja, puji Daeun, laugh at her jokes. Dan the fact yang keluarga Daeun malah pinjamkan tools dan beri hadiah pada Ba Bi as if they treat him as a family.
History: Ba Bi memang baik dengan Yumi dan kawan-kawan perempuan. Bahkan dia baik dengan Woong yang jadi boyfriend Yumi.
Dan red flag terakhir bila Ba Bi buat keputusan nak pindah apartment. Yumi ingat how Ba Bi love his house, the environment, the joy of going to work everyday sambil tengok pemandangan indah. Dan dia tak fikir panjang pun tentang perkara tu.
Sampailah dia dapat tahu Daeun actually secara tak langsung confess dengan Ba Bi. Daeun secara tak sengaja beritahu mungkin dia adalah punca Ba Bi nak pindah rumah.
Perempuan biasa akan brush off that kan. Like bukannya Yumi tangkap Ba Bi berduaan bermesraan dengan Daeun.
Tapi orang yang berjiwa penulis ni lain sikit. They are not complicated, tapi mereka dah fikir segala kemungkinan yang akan terjadi based on one event. Sebab minda mereka memang berfungsi untuk mewujudkan kemungkinan yang berlaku pada plot cerita mereka.
Yumi boleh bertolak ansur dengan fakta seorang perempuan jatuh cinta dengan boyfriend dia. Ba Bi hensem dan baik, of course benda tu akan terjadi. Tapi dia tak boleh terima yang partner dia adalah seseorang yang sangat mudah terpengaruh terutama bab perasaan.
Dia mula memikirkan yang apa yang terjadi antara mereka sebelum ni, sebenarnya bukan sebab Ba Bi cintakan dia. His kind action pada Yumi bukan sebab cinta tapi lebih kepada kebaikan yang seorang manusia buat untuk manusia lain. Can you imagine your partner layan kau sama macam dia layan perempuan lain yang takde kena mengena pun dalam hidup dia. It is kind of tricky tapi aku boleh faham kenapa Yumi fikir macam tu. She think she is not someone special for Ba Bi, she just... a rebound untuk Ba Bi, a good friend yang Ba Bi enjoy to spend time , a good collegue yang Ba Bi suka untuk beri nasihat.
Macam Zaniel yang anggap Balqis adalah satu masalah yang perlu diselesaikan, macam tu juga Yumi rasa Babi just being in relationship with her because she seem like a damsel in distress.
Yup, again dia boleh brush off semua prasangka tu demi cinta pada Ba Bi. In fact dia agak sway masa Ba Bi pujuk dia untuk pulang ke rumah dia. Tapi Yumi juga tak boleh ketepikan perasaan dia sendiri. Kalau dia teruskan dengan Ba Bi maknanya dia tak hormatkan perasaan dia sendiri. Mungkin dia perlukan masa, mungkin semua ni salah faham, tapi apa yang Yumi tahu, dia tak boleh nak balik ke rumah bersama Ba Bi dan fikir ia tak pernah berlaku.
"Jadi perempuan sentiasa betullah? How does Yumi dont see that all I need from her is her trust. Like how I trust her when she see Woong while still be in relationship with me. How can she not see my effort to make our relationship perfect?"
Okay, yup Yumi memang ada salahnya. Like other woman, dia buat deduksi dalam kepalanya sampai tak sedar in relationship it takes two to tango. Even kalau dia dah kesan red flag dalam Ba Bi, she should alert Ba Bi. They should discuss any issue within them, bukan hanya dengan buat kesimpulan dalam otak.
But yeah, perasaan cinta pada Ba Bi sebenarnya dah bertukar jadi marah, sebab tu Yumi tak nak berada dalam relationship tu lagi. Kalau dia ikutkan perasaan cinta, Ba Bi buat taik pun dia boleh telan. Tapi this time dia nak beri peluang pada dirinya sendiri. How about giving herself chance untuk pulih, untuk redakan kemarahan, untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan cinta sempurna dari Ba Bi.
You know, when you love someone, let him go. If he come back to you, hold him.
Sebab tu walaupun ada peminat yang menentang pertemuan semula Ba Bi dan Yumi, aku rasa they really need to reconcile sbb they dont end their relationship well last time. Aku pun rasa bila Woong dan Ba Bi datang semula dalam hidup Yumi, instead of Woong, I would prefer to be with Ba Bi.
Sebab past is past, bro.
No comments:
Post a Comment