Akhirnya ada orang dah tolong tengokkan untuk aku. I prefer him over other vlogger sebab dia ni kind of a person yang cakap sepatah sepatah dan tenang. aku mula tengok video dia dengan menekan butang dislike but then end up like video ni sebab aku bersetuju dengan konklusi yang dia bawakan.
berbanding dengan pendapat wanita berambut putih ini, aku lebih senang dengar pendapat pierre yang at least bercakap sebagai seorang pengkarya yang ada asas agama.
Melalui filem ni, aku tertarik untuk kupas tentang the idea of curiosity. Aisyah watak utamanya curious tentang banyak benda, especially dalam cerita ni dia curious tentang agama lain dan life after death.
Aku sebagai bekas remaja yang pernah curious banyak benda somehow boleh faham. Once upon a time, masa daftar masuk universiti dan tengok kakak-kakak Orientation Crew(OC), i was so curious on how cool if I can be an OC too. Tapi dah la aku ni pendiam ya amat memang taklah aku terpilih dikalangan beribu pelajar UiTM Perak masa tu. But somehow rasa curious aku terjawab bila Allah beri peluang untuk aku jadi OC at the end of my final year kat UiTM Perak.
I would say, jalan dia tak mudah. Aku bukan membuta tuli pergi pejabat HEP minta nak isi borang OC. In fact sebenarnya target aku bukanlah nak jadi OC pun, aku hanya nak lulus pengajian tanpa ada masalah. Being active in few society and club do help me to survive until at the end aku berjaya jadi OC (tanpa diduga).
Apa yang aku nak cakap is curiosity tu perkara biasa untuk kanak-kanak dan remaja terutamanya. Cuma jalan untuk menjawab curiosity kau tu berbeza dengan orang lain. Ada orang really do research about it dan ada orang just not bothered to take any action. But those two things do bring us to our answer based on what we believe and our principle.
Curiosity tanpa prinsip yang kukuh seperti kapal yang dipandu oleh Jack Sparrow. Terumbang ambing tanpa tujuan. The first thing bila kau mempersoalkan sesuatu, kau kena lihat dimana kau berpijak. Nak buat eksperimen sains pun kena buat hipotesis dulu deknon, bukan main redah je.
But this film, kalau aku nak husnuzon, Aisyah adalah remaja curious yang tanpa stand tetap. She got parents yang mengamalkan Islam tanpa faham erti sebenar Islam. Sembahyang lima waktu dan boleh recite ayat Quran tak semestinya buat kau seorang yang memahami Islam. The father seem like a liberal man, free thinking yang membenarkan anaknya memilih agama seawal usia 15 tahun. Kepala hotak hang 15 tahun aku hanya fikir crush aku notice aku je weh. Of course macam mana matangnya seorang remaja 15 tahun, they still need guide from the adult especially parents and teacher. Sebab itu curiosity Aisyah tak ditangani dengan baik sampai akhirnya dia seperti 'terpaksa' menerima Islam just to obey the existing law. Masa depan untuk remaja seperti ini boleh dilihat pada golongan Islam liberal yang dibawa oleh figura seperti Siti Kasim, Siti Asiah. Nope, i should not call it Islam liberal but golongan liberal yang acah Islam. Liberalism is not an Islam idea.
Tapi kalau nak bersangka buruk, boleh jadi juga Aisyah sebenarnya dah tetapkan stand dia dari awal lagi. Even if in real life, kau diletakkan dalam situasi masyarakat yang mempunyai Muslim yang jahat dan Non-Muslim yang baik, you yourself should know the limit.
Bagi aku agama aku, bagi mereka agama mereka.
Jiran Aisyah yang beragama Kristian dan kawan India Aisyah yang aku malas google namanya, let me just call him Suresh digambarkan mempunyai perangai yang lebih baik berbanding jiran Melayu Islam Aisyah. Kan aku kata tadi kan, Aisyah sebenarnya dah ambil stand dia sejak dari awal. Dia tak kisah jiran dia datang dengan anjing ke rumah dia siap dia bermain sama dengannya. Dia tak kisah berkongsi makanan babi dengan Suresh walaupun dia tahu dan Suresh pun dah larang tentang keharaman memakan babi. Tapi Aisyah tak boleh tahan dengan jirannya yang dirasakan begitu tertutup pemikiran terhadap agama dan bangsa lain.
If you want to make comparison, make it fair. Datangkan satu watak non muslim jahat dan muslim baik. Nak berhujah biar ada fakta, bukan berdasarkan sentimen. Sentimen ini yang aku lihat ada pada sesetengah orang Islam yang membenci agama mereka sendiri. Just because someone religous did something bad to them, they judge agama Islam ini jahat, jumud, zalim.
Aku tak salahkan mereka untuk pengalaman buruk yang mereka dapat. In fact aku sedih sebab those religious person yang sepatutnya kita percaya menjadi fitnah kepada agama sendiri. Tapi sampai bila untuk golongan pembenci Islam ini meletakkan kesalahan pada Islam, pada Allah swt dan pada umat Islam walhal yang membuat kesalahan pada mereka adalah seorang dua manusia yang beragama Islam.
Macam senior aku pernah kata, nak berada dalam jalan dakwah Islam ni, kekuatan kita harus terletak pada keyakinan pada Allah swt, Rasul saw dan Islam. Bukan pada Muslim, bukan pada jawatan malah bukan pada sahabat sejati till jannah abadan abada. Aku pernah terduduk menangis bila diberi taklifan di tempat baru sebab di tempat baru aku tak ada lagi sahabat-sahabat lama aku yang sebelum ni jadi asbab aku aktif dalam persatuan. Dari situ aku mula faham maksud kata senior tersebut malah aku guna sampai sekarang di dunia nyata.
No man can dissapoint me sebab aku dah lama putuskan pengharapan pada manusia. Sebagai manusia biasa, ya, aku boleh sedih. Tapi bila awal-lagi kita set kan di minda untuk berharap hanya pada Allah swt, it will make us easy to let go people.
Jadi kalau nak berhujah tentang agama dalam filem ini, let it be a fact, ayat Quran dan hadis. Bukan hanya tunjuk perangai satu pihak ni, satu pihak itu. It is so shallow untuk bandingkan agama based on perangai penganut saja.
Faham tak kenapa authority Islam kata filem ni bercanggah dengan akidah? Sebab kau nak bawa isu berat tapi kau hanya main sentimen. Tambahan kau persendakan peraturan Islam macam pegang anjing makan babi. Kau bagi soalan tapi kau tak beri jawapan pada penonton. Malah kau buat dorang jadi pesimis dan skeptikal.
Aisyah seem muda tapi aku tahu dia bukan naif. Kalau dia tahu makan babi itu haram, dia mesti tahu pegang anjing itu pun haram. But she did it anyway. Mungkin sebab dia degil. Ada sesuatu tentang isu pengharaman babi dan anjing yang dia rasa tak adil, tak puas hati dan tak ada orang dewasa yang arif agama untuk terangkan dia tentang kenapa ia haram. Malah banyak lagi peraturan Islam yang dia rasakan meyusahkan dan kejam.
Tak tahu, tanya. Kalaupun tak ada orang yang boleh berikan jawapan terbaik, kau sepatutnya kena ada kerendahan hati dalam bertanya dan menuntut ilmu. Bukan buta-buta menolak dan buat konklusi sendiri. Kalau ada ego dan kesombongan dalam hati sewaktu menuntut ilmu, susah untuk kau dapatkan jawapan hakiki dari Tuhan. Malah kalaupun jawapannya diberi jelas depan mata, you will pretend like you dont see it sebab kesombongan yang kau ada.
Aku kebetulan dengar video ni pagi tadi. How gratitude tu sangat penting untuk hidayah dan pertolongan Allah tu sampai pada kau.
Sebab tu konklusi aku untuk karakter Aisyah dalam Mentega Terbang ni, kalau kau tak tahu, bertanya pada orang yang arif. You dont even see an ustaz, a pastor or sami. Kau hanya jumpa orang di sekeliling kau yang tak semestinya arif dan betul.
Dan membaca kitab agama lain dalam keadaan kau sendiri tak pasti tentang kitab agama kau sendiri, minta maaf dik, itu adalah langkah yang sangat bahaya.
Lagi satu, jangan buat konklusi awal tentang isu yang yang besar pada usia kau belum cecah 18 tahun pun. Kau kena letakkan kerendahan hati untuk belajar. Beri peluang diri kau untuk kenal agama sendiri. Curiosity adalah benda biasa untuk remaja seusia kau. But take it slowly. Allah swt tu akan tolong orang yang betul-betul nak tahu, orang yang betul-betul nak cari Dia.
Dan bak kata Ustaz Nouman Ali Khan dalam satu lecture dia berkenaan Ramadhan, Quran hanya akan tunjukkan keajaibannya pada orang yang betul-betul membaca, memahami dan mengambil pengajaran dari ayat-ayat yang dibaca. No one else yang boleh tolong kau dapatkan perasaan mendapat nur dari Quran, melainkan kau sendiri kena lalui perjalanan mencari nur tu.
Untuk anak muda di luar sana, jangan pernah berhenti bertanya dan berhenti mencari ilmu.
Untuk orang dewasa pula, persiapkanlah diri kita dengan segala ilmu dan amal untuk menghadapi cabaran di akhir zaman ini.
shuib sepahtu banyak menghiasi tabloid online sejak akhir-akhir ni.
daripada kes dia konon menjalin hubungan cinta dengan few perempuan sampai kisah persahabatannya dengan jep dan kumpulan sepahtu.
aku sebenarnya tak berminat nak tahu kisah dia
sebab it seem like a repetative same ol story
i just wonder kalaulah dia tak berduit macam dulu, would he have a more peaceful life dari semua kontroversi ni
aku cuma tak suka how media actually rosakkan persahabatan dia dan sepahtu, terutama jep. sejak dia muncul dalam sepahtu last two season rasanya, dia dah cakap yang he 90% sure to not joining sepahtu. dan jep ketika ditemu bual pun kata dia faham situasi shuib yang perlu menjadi ibu dan bapa anak-anaknya, apatah lagi his newborn child waktu tu mmg perlukan perhatian.
jadi aku tak faham kenapa tiba-tiba jadi isu bila dia memang takkan masuk sepahtu lagi. orang banyak mempertikaikan kenapa dia boleh masuk kumpulan ubi tapi bukan kumpulan sepahtu.
for me, bila kita dah move on dengan sesuatu, terus je ke depan. kadang-kadang ada benda yang kita jumpa, hanyalah satu persinggahan. Bukan destinasi. bagi aku istilah bersama kawan baik selamanya bukanlah beerti you have to be with him or her forever. kau ada hidup kau, kawan kau ada hidup dia. no matter what happen, you have each other when needed. dan kalaulah kawan kau happen untuk tak ada waktu kau perlukan dia, a true friend would understand thats it is okay. you know him/her well that you can come out with many reason kalau dia tak boleh commit dengan kau.
dan media seriously make things worst. interview org ni tanya soalan provokasi berbunyi 'awak tak kisah ke dia buat macam ni' atau 'apa komen awak bila dia cakap macam tu macam ni'. bullshit la media. orang tu takde apa-apa sampai korang api-apikan mereka. dulu pun happen to shiro and ajak which really make me sad.
i am not the best kind of friend to my friends. in fact i almost dont have friend yang tahu 100 peratus hidup dan permasalahan aku. bak kata trevor noah, manusia ni tend to pecahkan diri mereka kepada hocrux dan beri different pieces to different person. especially dikalangan kawan, aku tunjuk sisi yang berbeza just so aku tak nak susahkan mereka dengan masalah yang somehow i know they cant handle it.
aku ada kawan untuk melagha, kawan untuk bergosip, kawan just so my work become easy, kawan yang mature. dan in my 31 years old, frankly speaking banyak juga kawan yang aku dah let go. not just because we fight or what, tapi sebab situasi hidup aku tak memungkinkan untuk aku rapat seperti dulu dengan mereka.
aku perasan, kadangkala aku terlalu menagih perhatian seseorang kawan. i want her to read my message, to share story and such with me. sampai satu tahap aku tahu dia penat dan aku pun penat. friendship tu dah bertukar jadi satu beban. so aku let go. aku simpan saja nombor mereka cuma we are not as close as before. aku penat nak kejar orang yang memang dah lama bersedia untuk terbang tinggi sedangkan aku penuh dengan luka pada badan yang tak memungkinkan aku untuk terbang.
you know when love someone, but you have to let them go just so both of us can grow. aku yang badan penuh luka ni hanya mampu doakan kawan-kawan aku beroleh kebahagiaan yang mereka cari. aku tak nak jadi kawan parasit yang bukan saja menyusahkan tapi seksa diri untuk berasa cemburu dengan apa yang rakan mereka ada.
aku okey, kawan. aku masih ada Tuhan.
Dia je yang akan tolong aku in all time.
aku turut harap kita berkongsi cinta yang sama pada Pencipta.
insyaallah kat syurga esok, kalau ada jodoh kita jumpa.