Akhirnya ada orang dah tolong tengokkan untuk aku. I prefer him over other vlogger sebab dia ni kind of a person yang cakap sepatah sepatah dan tenang. aku mula tengok video dia dengan menekan butang dislike but then end up like video ni sebab aku bersetuju dengan konklusi yang dia bawakan.
berbanding dengan pendapat wanita berambut putih ini, aku lebih senang dengar pendapat pierre yang at least bercakap sebagai seorang pengkarya yang ada asas agama.
Melalui filem ni, aku tertarik untuk kupas tentang the idea of curiosity. Aisyah watak utamanya curious tentang banyak benda, especially dalam cerita ni dia curious tentang agama lain dan life after death.
Aku sebagai bekas remaja yang pernah curious banyak benda somehow boleh faham. Once upon a time, masa daftar masuk universiti dan tengok kakak-kakak Orientation Crew(OC), i was so curious on how cool if I can be an OC too. Tapi dah la aku ni pendiam ya amat memang taklah aku terpilih dikalangan beribu pelajar UiTM Perak masa tu. But somehow rasa curious aku terjawab bila Allah beri peluang untuk aku jadi OC at the end of my final year kat UiTM Perak.
I would say, jalan dia tak mudah. Aku bukan membuta tuli pergi pejabat HEP minta nak isi borang OC. In fact sebenarnya target aku bukanlah nak jadi OC pun, aku hanya nak lulus pengajian tanpa ada masalah. Being active in few society and club do help me to survive until at the end aku berjaya jadi OC (tanpa diduga).
Apa yang aku nak cakap is curiosity tu perkara biasa untuk kanak-kanak dan remaja terutamanya. Cuma jalan untuk menjawab curiosity kau tu berbeza dengan orang lain. Ada orang really do research about it dan ada orang just not bothered to take any action. But those two things do bring us to our answer based on what we believe and our principle.
Curiosity tanpa prinsip yang kukuh seperti kapal yang dipandu oleh Jack Sparrow. Terumbang ambing tanpa tujuan. The first thing bila kau mempersoalkan sesuatu, kau kena lihat dimana kau berpijak. Nak buat eksperimen sains pun kena buat hipotesis dulu deknon, bukan main redah je.
But this film, kalau aku nak husnuzon, Aisyah adalah remaja curious yang tanpa stand tetap. She got parents yang mengamalkan Islam tanpa faham erti sebenar Islam. Sembahyang lima waktu dan boleh recite ayat Quran tak semestinya buat kau seorang yang memahami Islam. The father seem like a liberal man, free thinking yang membenarkan anaknya memilih agama seawal usia 15 tahun. Kepala hotak hang 15 tahun aku hanya fikir crush aku notice aku je weh. Of course macam mana matangnya seorang remaja 15 tahun, they still need guide from the adult especially parents and teacher. Sebab itu curiosity Aisyah tak ditangani dengan baik sampai akhirnya dia seperti 'terpaksa' menerima Islam just to obey the existing law. Masa depan untuk remaja seperti ini boleh dilihat pada golongan Islam liberal yang dibawa oleh figura seperti Siti Kasim, Siti Asiah. Nope, i should not call it Islam liberal but golongan liberal yang acah Islam. Liberalism is not an Islam idea.
Tapi kalau nak bersangka buruk, boleh jadi juga Aisyah sebenarnya dah tetapkan stand dia dari awal lagi. Even if in real life, kau diletakkan dalam situasi masyarakat yang mempunyai Muslim yang jahat dan Non-Muslim yang baik, you yourself should know the limit.
Bagi aku agama aku, bagi mereka agama mereka.
Jiran Aisyah yang beragama Kristian dan kawan India Aisyah yang aku malas google namanya, let me just call him Suresh digambarkan mempunyai perangai yang lebih baik berbanding jiran Melayu Islam Aisyah. Kan aku kata tadi kan, Aisyah sebenarnya dah ambil stand dia sejak dari awal. Dia tak kisah jiran dia datang dengan anjing ke rumah dia siap dia bermain sama dengannya. Dia tak kisah berkongsi makanan babi dengan Suresh walaupun dia tahu dan Suresh pun dah larang tentang keharaman memakan babi. Tapi Aisyah tak boleh tahan dengan jirannya yang dirasakan begitu tertutup pemikiran terhadap agama dan bangsa lain.
If you want to make comparison, make it fair. Datangkan satu watak non muslim jahat dan muslim baik. Nak berhujah biar ada fakta, bukan berdasarkan sentimen. Sentimen ini yang aku lihat ada pada sesetengah orang Islam yang membenci agama mereka sendiri. Just because someone religous did something bad to them, they judge agama Islam ini jahat, jumud, zalim.
Aku tak salahkan mereka untuk pengalaman buruk yang mereka dapat. In fact aku sedih sebab those religious person yang sepatutnya kita percaya menjadi fitnah kepada agama sendiri. Tapi sampai bila untuk golongan pembenci Islam ini meletakkan kesalahan pada Islam, pada Allah swt dan pada umat Islam walhal yang membuat kesalahan pada mereka adalah seorang dua manusia yang beragama Islam.
Macam senior aku pernah kata, nak berada dalam jalan dakwah Islam ni, kekuatan kita harus terletak pada keyakinan pada Allah swt, Rasul saw dan Islam. Bukan pada Muslim, bukan pada jawatan malah bukan pada sahabat sejati till jannah abadan abada. Aku pernah terduduk menangis bila diberi taklifan di tempat baru sebab di tempat baru aku tak ada lagi sahabat-sahabat lama aku yang sebelum ni jadi asbab aku aktif dalam persatuan. Dari situ aku mula faham maksud kata senior tersebut malah aku guna sampai sekarang di dunia nyata.
No man can dissapoint me sebab aku dah lama putuskan pengharapan pada manusia. Sebagai manusia biasa, ya, aku boleh sedih. Tapi bila awal-lagi kita set kan di minda untuk berharap hanya pada Allah swt, it will make us easy to let go people.
Jadi kalau nak berhujah tentang agama dalam filem ini, let it be a fact, ayat Quran dan hadis. Bukan hanya tunjuk perangai satu pihak ni, satu pihak itu. It is so shallow untuk bandingkan agama based on perangai penganut saja.
Faham tak kenapa authority Islam kata filem ni bercanggah dengan akidah? Sebab kau nak bawa isu berat tapi kau hanya main sentimen. Tambahan kau persendakan peraturan Islam macam pegang anjing makan babi. Kau bagi soalan tapi kau tak beri jawapan pada penonton. Malah kau buat dorang jadi pesimis dan skeptikal.
Aisyah seem muda tapi aku tahu dia bukan naif. Kalau dia tahu makan babi itu haram, dia mesti tahu pegang anjing itu pun haram. But she did it anyway. Mungkin sebab dia degil. Ada sesuatu tentang isu pengharaman babi dan anjing yang dia rasa tak adil, tak puas hati dan tak ada orang dewasa yang arif agama untuk terangkan dia tentang kenapa ia haram. Malah banyak lagi peraturan Islam yang dia rasakan meyusahkan dan kejam.
Tak tahu, tanya. Kalaupun tak ada orang yang boleh berikan jawapan terbaik, kau sepatutnya kena ada kerendahan hati dalam bertanya dan menuntut ilmu. Bukan buta-buta menolak dan buat konklusi sendiri. Kalau ada ego dan kesombongan dalam hati sewaktu menuntut ilmu, susah untuk kau dapatkan jawapan hakiki dari Tuhan. Malah kalaupun jawapannya diberi jelas depan mata, you will pretend like you dont see it sebab kesombongan yang kau ada.
Aku kebetulan dengar video ni pagi tadi. How gratitude tu sangat penting untuk hidayah dan pertolongan Allah tu sampai pada kau.
Sebab tu konklusi aku untuk karakter Aisyah dalam Mentega Terbang ni, kalau kau tak tahu, bertanya pada orang yang arif. You dont even see an ustaz, a pastor or sami. Kau hanya jumpa orang di sekeliling kau yang tak semestinya arif dan betul.
Dan membaca kitab agama lain dalam keadaan kau sendiri tak pasti tentang kitab agama kau sendiri, minta maaf dik, itu adalah langkah yang sangat bahaya.
Lagi satu, jangan buat konklusi awal tentang isu yang yang besar pada usia kau belum cecah 18 tahun pun. Kau kena letakkan kerendahan hati untuk belajar. Beri peluang diri kau untuk kenal agama sendiri. Curiosity adalah benda biasa untuk remaja seusia kau. But take it slowly. Allah swt tu akan tolong orang yang betul-betul nak tahu, orang yang betul-betul nak cari Dia.
Dan bak kata Ustaz Nouman Ali Khan dalam satu lecture dia berkenaan Ramadhan, Quran hanya akan tunjukkan keajaibannya pada orang yang betul-betul membaca, memahami dan mengambil pengajaran dari ayat-ayat yang dibaca. No one else yang boleh tolong kau dapatkan perasaan mendapat nur dari Quran, melainkan kau sendiri kena lalui perjalanan mencari nur tu.
Untuk anak muda di luar sana, jangan pernah berhenti bertanya dan berhenti mencari ilmu.
Untuk orang dewasa pula, persiapkanlah diri kita dengan segala ilmu dan amal untuk menghadapi cabaran di akhir zaman ini.
No comments:
Post a Comment