kebencian yang kau berikan pada kami
adalah sesuatu yang tak berasas
kami dibenci hanya kerana perbezaan yang dimiliki
padahal memang Tuhan itu menciptakan setiap makhluknya istimewa
tersendiri, ekslusif, tak ada persamaan antara satu sama lain
kebencian yang kau berikan pada kami
bukan saja menumpahkan air mata malah darah yang tak berdosa
malah alam turut berduka cita atas kerosakan yang kau lakukan
kerana mereka sepatutnya dimakmurkan manusia, bukan dibinasakan
kebencian yang kau berikan pada kami
bukan melemahkan kami
malah makin menguatkan kami
mati kami digelar syahid
hidup kami digelar pejuang
Tuhan Maha Melihat
kebencian yang kau berikan pada kami
bertap kuat manusia berusaha
kun fayakun, hanya dia berhak menentukan takdir seterusnya
kami yakin dan percaya pada janjiNya
Ya Allah Kau letakkan anjing-anjingMu di leher mereka
No comments:
Post a Comment