Wednesday, 25 February 2026

Sambungan Aku tak boleh tidurrr

 Sakit tgn aku menaip kat phone.

Okay so bom apa yg dilemparkan Shen Ming?

The fact that adik angkat Shen Ming is actually anak dia. Anak luar nikah dgn gelfriend lama dia.

Bila Xu Yan dgr berita ni dari gadis penyondol, dia rs dunia dia mcm nk runtuh. Bukan sbb budak tu pun tp sbb benda ni satu fact yg besar kot and Shen Ming tak pernah berterus terang dgn dia.

Bila Xu Yan confront Shen Ming, lelaki tu drop another bom. Dia lemparkan semua bukti penipuan Xu Yan. Selama ni, sejak dari awal dia tahu Xu Yan bukan dari keluarga kaya. Tapi somehow Xu Yan berjaya tambat hati semua org dlm kluarga dan circle dia. Shen Ming tak perlukan isteri dari keluarga kaya yg tipikalnya berlagak dan ego, apatah lagi the fact yg dia ada anak tak sah taraf. Dia hanya perlukan seorang perempuan yg nampak sempurna di mata semua orang.

We assume Xu Yan akan mengamuk tp malah dia breakdown teruk. Dia tanya satu soalan yg sgt penting.

“Do you ever love me?”

“A liar like you? Never”.

Walaupun dah dikecewakan somehow Xu Yan put the blame on herself. Dia genuinely minta maaf, cuba pujuk Shen Ming utk cintakan dia as much as she love him. Dia kata ya dia mmg penipu, tapi dia tak pernah menipu sayangkan Shen Ming.

Tapi Shen Ming reject her. Which leads Xu Yan to a hell emotion. 

Selama ni dia fikir dia dah jumpa happy ending dia. Dah jumpa orang yg betul2 nmpak dia. Again, Xu Yan rasa terbuang, mcm mana parents dia buang dia dulu. Kali ni dia hanya ada diri dia, tanggung kesedihan seorang diri sbb dia tak sanggup bebankan nenek dia dgn semua kenyataan yg baru diterima. Dia tak ada kawan dan kakak dia pun tak rapat sgt dgn diri dia. Apatah lg lps dia dah neglect parents dia sendiri.

Shen Ming suruh dia terus berlakon, as a perfect couple. She manage to do that but just for a while. Kat sini kita selalu jumpa watak heroin akan terus berpura pura bahagia just to save the luxury life. Bahkan Shen Ming yakin gila Xu Yan takkan minta cerai sbb kalau dia buat mcm tu, its like finishing her life entirely. Dah la kena hidup sorang2, miskin pula tu. Lebih baik hidup berpura2 asalkan boleh kekalkan karier, luxury life.

Xu Yan lain. Dia pilih utk walk away. Dia masuk dalam dunia Shen Ming sbb cinta. Jadi skrg tak ada apa yg tinggal utk dia. Dia minta cerai tanpa mahu sesen harta Shen Ming. Dia pilih utk bebas dan restart a new life. 

Ini point cerita yg aku paling suka. Bukan senang nk adakan satu watak yg mmg baik hati dan jujur tanpa kau rasa irritating. Ramai org skrg suka power woman yg take revenge, yg savage. 

Kita akan nmpak semua penipuan yg Xu Yan buat, bukan utk kekayaan atau kesenangan hidup. Tapi dari kecil, dia mmg seorang yg selalu berusaha hanya untuk dapat kasih syg org sekelilingnya. Dia fikir kalau dia belajar pandai, parents dia akan sayangkan dia. Dia fikir kalau dia boleh jadi perempuan sempurna untuk Shen Ming, lelaki tu akan gembira. Xu Yan seorang people pleaser and it never about herself, but people that she love. 

Tahu kenapa dia berani minta cerai? Sebab dia fikirkan nenek dia. Dia tahu nenek dia plg kenal dia, tahu bila dia susah hati. Bila nenek dia sakit, dia rasa sangat bersalah sbb tipu nenek dia yg dia bahagia, padahal dia tak. Dia hanya nak jujur dgn org yg dia sayang. 

The fact that dia abandon parents dia bukan sebab dia benci mereka tapi sebab dia tak nak disakiti. The same reason dia walk away dari Shen Ming dan semua kesenangan hidup. Kali ni, dia nak sayangkan diri dia pula. 

Untuk aku…this is a great story. Revenge story might be interesting with all the dramas but love yourself story is more meaningful. Berapa byk revenge story yg end up watak utama dia menyesal sbb ikutkan hati sgt utk bls dendam, bila keadaan jd sgt worse that they expect. Xu Yan tak nak terperangkap dlm hidup mcm tu. Dia tak nak bls dendam, tak nak pura2 tabah. Dia hanya nk hidup bahagia sejujurnya, even if it just with herself and her grandma.


Aku tak boleh tidurrr

Aku tengah cari buku utk dibaca. 

Then aku baru dapat tahu ada Gantung 3. Aku bukan tak suka karya Kak Neddo cuma tak tahulah lepas movie Gantung hari tu aku mcm dh lost interest dgn Musketeers. 

Ini semua salah kamu, Randy Pangalila!

Pastu aku gi lah kat Goodreads nk tahu the sinopsis sebab aku pelik kenapa cerita Musketeers masih 'hidup'? Are we going to the ghost spiral again? 

And now I know the answer. But not going to spoil it here. Lol. 

Then I come across few novel yg balik2 cerita cinta orang kaya orang miskin, kahwin kontrak & balas dendam. 

Bercakap tntg balas dendam aku teringat a chinese drama, Love Ambition lakonan Zhao Lusi. 

Kalau kau tengok trailer atau sinopsis, you would guess it is the typical perempuan cantik dgn masa lalu yg gelap then nk bls dendam dgn kahwin lelaki kaya and show her power. 

Yes and no. 

Yes, Xu Yan perempuan yg membesar dgn childhood trauma disisihkan oleh ibu bapa sendiri sebab dia ada sakit jantung. Dia tinggal dengan nenek dia dari kecik sampai sekolah rendah. 

After that, her parents decide utk jaga dia balik sbb ekonomi keluarga mereka dh stabil. Xu Yan okay je tinggal dgn parents dan kakak dia. Terutama kakak dia, mereka semua mmg terima dia dan layan dgn baik. Cumanya parents mereka terbiasa hidup dgn seorang anak sampai dlm kbykn situasi Xu Yan tersisih. 

Kau bayangkan rumah dorang kebocoran gas dan parents dia selamatkan kakak dia je. Xu Yan seorang yg pendiam, penyedih tak mcm kakak dia yg trouble maker dan riuh serta happy go lucky. Dia cuba buktikan kemampuan diri dia dlm pljrn, tp benda tulah yg parents dia cuba patahkan. 

Xu Yan sgt pandai tp bpk dia ckp dia tak mampu tanggung kos pljrn dua org anak perempuan. Jadi dia tak bagi Xu Yan sambung pljrn. Biar kakak dia je (yg tak brp pandai) sambung bljr. 

Xu Yan sgt heartbroken, dia confront dgn bpk dia dan lari balik rumah nenek dia. Waktu tu dia nk putuskn sbrg hbgn dgn parents dia, sampai sanggup tukar nama family ikut nenek dia. Nenek dia walaupun susah, tak pernah berhenti support Xu Yan. 

Fast forward to waktu terkini, dia dh jadi perempuan yg sgt stylish dan ada boyfriend kaya. Dia tgh berusaha nk impress keluarga boyfriend dia, Shen Ming ( yg kaya ) ,supaya mereka dpt berkahwin. 

Obviously mak bf dia, sorg yg sgt susah nk terima Xu Yan yg biasa2 dlm family mereka. Dia bkn jht tp dia realistic, dia tak rasa Xu Yan sesuai utk digandingkan dgn anaknya. Dia rs Xu Yan hanya perempuan cantik yg takde function. 

Time ni, Xu Yan rs tercabar. Jadi dia beritahu satu kenyataan palsu. Bahawa dia dari keluarga kaya cuma dia tak suka nk exposekan mereka. 

We get this story a lot kan. Perempuan biasa yg try hard nk masuk kumpulan elit sampai sanggup menipu. Yes, she lied, upah pelakon berlakon sbg mak bpk dia. 

And somehow it works. 

At this point semua expect dia as just a mere gold digger. Apa yg semua tak tahu, dia tak pernah mengurat Shen Ming. Mereka berjumpa atas urusan kerja. She never buta2 throw herself at this man, malah mula2 tak tahu Shen Ming ni kaya. 

Tapi Shen Ming lelaki pertama yg boleh nmpk kesungguhan dia, yg pertama menghargai diri dia yg sbnr. She genuinely fall in love with him dan sanggup buat apa saja asalkan mereka boleh hidup bersama. 

Apa yg Xu Yan tak sedar, penipuan dia tntg ltr blkg keluarga dia bukanlah satu yg kecik, apatah lg dia kini dh jd satu figura tv dan bakal berkahwin dgn satu keluarga kaya di China. 

Ada ramai org cuba jatuhkan dia, plus parents dia yg sbnr pun not make things easier. Tp dia still berkahwin dan hidup bahagia dgn Shen Ming. She fit well in his world, selalu berusaha utk buat yg terbaik utk suami dan keluarga mertua dia. 

Sampailah satu bom dilemparkan oleh Shen Ming. 

Jeng jeng jeng


Sunday, 21 September 2025

rabu

 baru habis tengok wednesday season 2

despite all the criticism, aku rasa cerita dia masih okey dan ikut selera aku. 

but i do want to highlight certain issue, inside and outside the drama.

1. inside the drama

- Alex Meyers ada beri pendapat yang Wednesday seem hilang identiti dia sikit. In first season, she is really passionate about her writing, cello and resenting the world. 

i get that now lepas apa yg dilalui dgn kwn2 dia, dia bersifat lebih terbuka. but should she just focus on the entire drama to save enid? aku rasa lebih banyak isu boleh dikupas. the first 4 episode is quite good dan tak sangka the climax of the serial murder that happen is in on episode 4.after that it is focus on tyler thing. 

- watak xavier dimatikan. which mula2 aku cam kuciwa juga tapi tyler berjaya isi kekosongan with his love hate relationship dgn wednesday. and jenna ortega sendiri cakap dgn the writer dia harap the love triangle thing tak berkekal lama sebab benda tu akan jejaskan keistimewaan dan peribadi wednesday. it will turn the drama into another cliche rom com mcm kissing booth, after, the summer i turn pretty, to all the boys that i love and many more.

- i love the love hate relationship wednesday & tyler. dan aku harap ia kekal begitu. sebab come on, bila rship tu dah sepenuhnya jadi love, it will be boring. apa salahnya ada seorang musuh yg kau tahu kau benci tapi trust him or her lebih dari kawan baik kau sendiri. kau boleh simpati dan empati dgn penderitaan dan perasaan dia, tapi kau takkan pernah setuju dgn tindakan dia yang dah langgar prinsip hidup kau.  

2. outside the drama

- ada sesiapa boleh terangkan kat aku kenapa jenna ortega takde kening?

- xavier in real life being sexual abuser is a red flag, and now you tell me tyler in real life is a married gay? shut up. 

the thing yg turn me off is this , the lgbtq thing. 

you can call me transphobic tapi untuk aku bersetuju, aku harap selamanya pendirian aku tetap. 

kau hensem macam mana pun kalau kau lgbtq, aku tak benci kau tapi aku akan anggap kau mcm batu di jalanan. ada, tapi tak dipedulikan.

sebab tu aku akan dislike video atau short dari modern family. it is stupid and disgusting.

Friday, 25 July 2025

red line

 aku tengok drama korea, s line out of curiosity.

drama tu tak teruk, tapi tak tahulah rupanya ada juga manusia bodoh kat malaysia ni pergi buat trend letak gambar dengan pasangan dan letak red line aka s line antara mereka.

hei celaka, tahu tak s line tu satu metafora yang zaman sekarang ni ramai sgt orang yg gembar gemburkan cerita dalam kain ke social media. tulisan, gambar, video dan macam2 lagi. somehow they are proud of it walaupun benda tu memalukan mereka, hanya mereka tak nak benda tu diperbesarkan sehingga they lost their family, career and such.

and bagi aku, utk org yg ‘ada kelebihan’ nampak s line ni mggambarkan sifat manusia sekarang yang suka jaga tepi kain orang. oh, i know some you do that no one else do so i will use that to bring you down. or kadang2 kita hanya leka tengok kelemahan orang, sampai rs diri lebih hebat dan abaikan tanggungjawab. 

lagi, dengan berfokuskan sebuah sekolah, adalah sgt membimbangkan kalau this spiteful thing, zina, is happen at the very young age. pelajar sesama pelajar, okay it is a lust, hormone…whatever you call it. but orang dewasa dan pelajar bawah umur…now thats a crime that we should take it seriously. 

“kenapa ia jadi? kenapa pelajar ni tak ada protection?” adalah persoalan yang masyarakat sendiri kena cakna. kalau dua soalan tu tak ada jawapan atau jawapan yang diberi tak memuaskan, masyarakat sendiri kena hadap kesan perlakuan s tersebut.

bunuh diri. low self esteem. more sexual activity, mungkin kat workplace pulak. jenayah pelacuran. anak luar nikah. jenayah abortion. human trafficating. rape. underaged marriage. 

mcm najwa latif ckp “banyak soalan byk juga jawapannya”. 

and honestly aku rs, the drama do exegerate few thing. like, if the setting take place in America, it quite realistic. tp ini Korea, i believe org kebanyakan masih tebal sifat ketimuran mereka. and the fact that pelajar sekolah di korea spend most of their time belajar, sebab nak exam, sebab nak masuk Uni Seoul, sebab nak kerja bagus, sebab akan naikkan taraf hidup mereka. itu adalah cycle kebanyakan warga korea. kalau mereka tak hempas pulas jadi idol, mereka akan henmpas pulas at least dpt kerja corporate. 

entahlah penulis cerita ni mcm membesar tgk Gossip Girl dan XOXO Kitty kot.

Wednesday, 16 July 2025

Bds

Dulu masa kecik, KFC adalah satu jenama fast food yang dekat di hati rakyat Malaysia. Sampaikan tiap kali balik kampung, mak cik aku selalu bawa aku dan sepupu makan KFC dengan duit belanja sekolah yg kitaorg simpan. 

Masa di sekolah rendah, jamuan KFC dah cukup mewah untuk pelajar kat kampung. Tambah lagi bila jamuan tu ditaja sepenuhnya oleh seorang parent classmate aku (maknanya kami boleh simpan duit kelas dan spend on beli hadiah utk each budak kelas). 

Masa di universiti, KFC satu2 nya kemewahan yang ada di Seri Iskandar,Perak. Lepas balik dari Ipoh atau sekadar jalan di Bandar U, mesti singgah dah tapau utk kwn2 sekali. Kadang, kalau rajin belanja adik usrah sekali makan KFC. 

Dekat UiTM Shah Alam pun sama, selalu singgah KFC seksyen 2 atau Seksyen 7 kalau teringin nak makan nasi ayam atau cheesy wedges nya. Ms intern, sbbkan tmpt keje lebih dekat dgn restoran Bob-something (aku lupa), jadi tak pandang sgt KFC. 

Disitulah bibit2 kejatuhan KFC di mata aku. Ayam makin kecik, resepi kadang merepek Dan harga tambah yahudi. Bila kerja di Jabatan Perangkaan Kluang, aku belajar mkn MCd pula sebab masa tu tgh viral Ayam spicy.

Aku pun beralih arah kepada Mcd. Dari ais krim hingga ke ayam goreng, aku rs Mcd lebih baik dr KFC. Saiz besar, resepi menarik Dan sedap serta harga yg okay. I don't know why knp sepanjang aku membesar aku jarang makan Mcd. 

Oh tahu tak aku pernah ajak seorg rkn kerja order aiskrim Mcd. Nak tahu dia jawab apa? "Akak tak makan McD"
"Kenapa?"
"Kita boikot apa yang kita mampu"
"Ohhh okay". 

Ya pernah dengar psl Mcd ni yahudi punya dan penyumbang pd Izrael. Masa serangan di Palesti 2014 mmg ada org keluarkan senarai boikot. Senarai tu aku pndg sepi 

Fast forward to 2020, ms mula2 kerja di tempat skrg pun, few time order Mcd utk lunch gathering. And guess what, aku selalu order Americano & hash brown dia as breakfast, sblm aku decide nk cut coffee & berjimat  (gila apa spend rm10+ utk sarapan saja). 

7 Oct 2023 happen. Kali ni lebih dasyat genosid yg dilakukan ke atas Palesti. 

BDS movement makin rancak. By hook or crook kita kena buat untuk lumpuhkan ekonomi Zion.
Every sane Malay Muslim Malaysian bersodiraliti utk Palesti. Semua influencer Malaysia mula hari2 terima job. Siapa yg masih kerja dgn produk yg diboikot kena hencap kat X dan IG atau mungkin juga Fb yg penuh dgn mak cik bawang maksum. 

Malaysia tak ketinggalan sertai demonstrasi aman sambil laungkn Free Palestin. Tapi tak lama lepas tu seorang politikus melaungkan "Hidup Izreal". Para penonton tercengang. 

Tambah hairan lagi dlm satu perhimpunan aman, penganjur event mengeluarkan kata2 kesat kpd peserta,"perangai jangan macam Israel ya" hanya sbb crowd mula chant and keadaan jd hype. 

Sejak tu demonstrasi atau himpunan jlnn utk palestin terhenti di Malaysia. Rakyat luar negara makin perhebat solidariti mereka sampai hilang scholarship, hilang ijazah Dan hilang kerja, tp rakyat Malaysia hanya menggelupur tak dpt mkn MCd. 

KFC dan Mcd pernah jadi sebahagian dari hidup aku, dari kecik sampai besar. But knowing that the parent company tanpa segan silu menaja makan tentera IOF slps membedil Palestin, I just can't accept it. 

Aku tak turun demo, aku tak berpuasa atau solat hajat utk Palestin, aku selalu lupa bc doa rabitah. The only thing yg aku boleh buat adalah tak benarkan duit aku disalurkan ke sana, walaupun aku tahu here and there ada terlepas juga. Aku masih is minyak di Shell, aku kerja guna Microsoft, printer aku jenama HP. 

The only thing I can constantly do is tak beli KFC, Mcd atau barangan Nestle & Unilever. Susah sgt pd mulanya, lagi2 aku sgt sukakan coklat dari Nestle. 

Tp bila aku research, byk sebenarnya keburukan

mknn Mcd Dan Nestle (they are usually high in sugar) Dan jenayah yg dilakukan mereka (sila kaji sumber coklat Nestle). 

Jadi, aku dh tak nak jadi cikgu yg mengajar org utk boikot. Tapi itu bukan bermaksud aku berhenti boikot. I just give up on people. 

You do you. 

As much as Idgaf about you, kau pun tak perlu nk desak aku utk ikut cara kau. I hope we agree with that term. 

Nah, siapa nak guilty pleasure comfort. 





Saturday, 17 May 2025

Influen..ce..rr

 Cerita mengenai seorang influencer diceraikan melalui live mengganggu fikiran aku harini. 

Honestly, I do sympathize with her. Umpama jatuh ditimpa tangga, not only her marriage destroyed and been watch by thousand people, tapi susulan itu ramai juga dapat tahu dia mengidap mental illness dan perniagaannya sedang diuji. 

Honestly I don't know who she is. But bila tgk psl abang oku dia, I think ms pandemic aku ingat ada someone selalu post tntg abg oku nya.  Maybe she is the one yg aku tgk, I don't remember. 

Bukan sejarah hidup dia atau apa yang berlaku pd dia yg aku nk bincang. But the fact that kehidupan dia umpama satu buku yang terbuka dan dia sendiri yg membukanya. Dan org sekeliling dia take a ride on that. 

Aku bukan menidakkan apa yg berlaku, apa yang dia rasa atau alami. Cuma aku skeptical bila semua tu dirakam. Beza betul artis dgn influencer ya. Diana Danielle tak pernah post psl mslh rumah tangganya, to be specific a video of kekacauan yg berlaku dlm rumah tangganya. So thus Emma Maembong and of course Mizz Nina.

Yes, keadaan live itu mungkin tak disengajakan. And mangsa mungkin berada dlm keadaan tak stabil utk terus stop kan live tu. I get that. 

Cuma aku paling tak boleh terima bila kawan baik dia dtg then rakam dia yg tengah meltdown. Ya Allah, silalah tanya pesakit mental yg lain, tanya Arlina Banana, even Sharifah Sakinah. The least thing they want is dirakam ketika meltdown. 

How do a friend have the audacity to record it. Once upon a time,bila aku stress menangis nk jumpa kawan baik aku utk luahkan, bila kami jumpa,both of our phone was in our bag. Tak sempat nak rakam atau even post about it. I just cry, cerita dan kami berbual seperti manusia normal. 

Semua benda ni kalau dibawa ke mahkamah, mmg lawyer senang2 boleh sue mangsa for defamation. Kenapa semua kejadian tu dirakam dan ditonton kpd umum? Adakah itu disengajakan utk memburukkan suami? Adakah semua ini dirancang so mangsa blh menang public interest dan play victim? 

Itu yg ramai persoalkan tentang influencer2 yg mmg mencari drama. Dari drama ex wife seorang ex husband kepada ini, just please society dah penat. I don't even know you, what you sell and really tak best utk kenal you melalui drama realiti ni. 

And people around her, stop being toxic. None of you including the mother is helping her. They just menambah perencah dlm cerita ni. Shut up dan simpan statement tu utk pendakwaan di mahkamah. Kalau tak, semua statement yang dikeluarkan ke umum blh digunakan balik oleh si bekas suami tu utk sue not one but all of you. 

Penatlah, tu pun nak ajar ke. Duit banyak tapi tak boleh nak spend duit hire PR, hire lawyer utk ajar you guys semua ni. 

And reading her marriage story,to be specific where they get married, I cannot even brain how it is even allowed and everyone okay with it at the first place. Itu tanda pertama red flag dan semua org just ignore it? Now, as an observant lagilah aku sangat yakin yg syariat Allah dan peraturan perkahwinan Muslim di Malaysia ni dah cantik. 


Tuesday, 14 January 2025

tajuk tesis: kim jaejoong

 where do i start?

Ia bermula pada satu hari, saat aku sedang kegelisahan menunggu tibanya hari Jumaat dan Sabtu untuk menonton When The Phone Rings, ada satu video pendek masuk ke fyp aku. Aku dah lupa babak yang mana but it is interesting.

Jadinya untuk mengisi masa lapang aku tengoklah drama tersebut yang berjudul Bad Memory Eraser. Rasanya macam pernah dengar tapi aku kan tengah hiatus dari tengok drama Korea sebelum munculnya WTPR jadi aku tak tahu pun siapa yang berlakon dalam cerita tu. Apatah lagi heroin tu aku memang suka sejak dari zaman Bridal Mask, memang aku layan lah.

Maka tuan-tuan dan puan-puan, my ship bukan setakat terhenti di drama. Dah tentu aku akan google video-video cerita tu kat Youtube. And little that I know, the main lead, our Hero Jaejoong adalah artis yang sangat aktif di tahun 2024.

First, dia ada buat rancangan Jaefriends di Youtube dimana dia akan masak untuk tetamu yang datang. Shit, lelaki hensem ni boleh masak? Tak guna betul. Eh tak cukup masak di situ, dia juga muncul di show KBS, Fun-restaurant. Kat situ banyak dedahkan sisi memasak dan personal dia. Dua show ni saja sudah cukup untuk membuatkan aku tiba-tiba rajin memasak bekal ke pejabat setiap hari.

Somehow aku boleh tengok sisi Jaejoong yang berbeza. Kalau zaman kegemilangannya di TVXQ (yang sebenarnya aku follow sebab roomate aku gilakan mereka), I just see him as gominam, lelaki lembut dan sewaktu dengannya. Which is not my type. Lagi pula dia kelihatan seperti chaebol yang tak pernah pegang senduk sepanjang hidup dia. Which turn to be wrong.

You probably wonder siapalah mak bapak dia yang dah melahirkan lelaki hensem gila camni? Well sejarah keluarganya agak menyedihkan. Dia ditinggalkan mak kandungnya pada seorang pemilik restoran yang mempunyai 8 orang anak perempuan. Which later di puncak kejayaannya, mak kandung dia claim she has a good reason to leave him and mempertikaikan kenapa Jaejoong guna surname keluarga angkatnya iaitu Kim. 

*roll eye

Bapaknya sehingga kini tidak diketahui dimana dan siapa. Mak bapak angkat Jaejoong bukanlah orang susah, mereka ada restoran tetapi bila kau ada 8 mulut yang perlu disuap, dah tentu kehadiran Jaejoong sedikit sebanyak menambah beban. Tapi keluarga angkatnya tetap sayangkan dia dan besarkan dia macam darah daging mereka sendiri. Seawal usia 16 tahun, Jaejoong dah merantau ke Seoul untuk kejar cita-citanya nak jadi penyanyi. Dia jadi trainee di SM sambil buat banyak kerja separuh masa. Dalam pada masa yang sama, dia sangat bekerja keras untuk jadi penyanyi dan penari yang sangat bagus.

So the first myth about him yang he just got looks has been debunked. Lagi pula lepas apa yang dialami apabila dia keluar TVXQ, dia masih gigih teruskan perjalanan seninya menunjukkan dia sangatlah berbakat. Even sekarang, di usia 39 tahun, dia bukan saja jadi CSO (chief strategy officer) di syarikat recording dia sendiri tapi masih aktif menyanyi, buat album dan konsert jelajah. 

Even the great GDragon pun tak sempat nak buat semua tu.

2024 saja dia dah keluarkan 2 album, buat konsert jelajah solo dan duo dengan Junsu, berlakon drama, host rancangan Youtube, buat variety show memasak, keluarkan buku masakan, produce lagu, manage artis rakaman, ulang alik Korea Jepun....man, lelaki ni memang gila. Memang patutlah dia jadi Idol paling kaya di Korea dengan anggaran harta 100M worth.

Macam apa yang aku cakap sebelum ni, pengalaman hidupnya yang pernah ditindas waktu jadi idol, diganggu peminat saesang sampai hari ini, hilang kawan, dikhianati orang dah cukup untuk buat seorang manusia depressi. Tapi dia bangkit weh, kalau kau perasan dulu kalau dia berlakon, dia mesti dapat watak yang tak meyerlah dan cerita yang tak hits pun. Tapi dia still buat sebab dia nak kekal relevan. Bila media Korea banyak banned kerjaya seninya, dia tak putus asa cipta nama kat Jepun dengan Junsu & Yoochun. Aku rasa dia memang seorang yang sangat kuat semangat dan pengalaman pahit tu semua yang menjadikan dia berada pada kedudukan yang lebih tinggi dari kawan-kawan sebayanya yang masih terikat dengan syarikat rakaman, yang masih ada restriction itu ini. He is born to shine dan dia bayar semua tu dengan harga yang sangat mahal.

Kes Burning Sun yang melibatkan Seungri dah cukup buat aku belajar macam mana kemasyuran boleh buat seseorang jadi jahat. Tak semua artis Korea boleh tahan dengan sepak terajang dunia hiburan mereka dan masih stay true to themselves. Beberapa artis yang aku rasa deserve to be called living legend is GD dan Jaejoong. 

Dua manusia yang berbeza tapi dah tempuh macam-macam sejak dari remaja. Mereka paling terkenal dalam grup mereka tapi juga paling banyak diasak dengan dugaan and still masih boleh stay true to themselves. 

Aku tahu what we seem might not be the truth. Mungkin ada juga tak betulnya si Jaejoong ni tapi bagi aku cukuplah aku sebagai orang luar ambil pengajaran dari apa yang dia lalui. Tak kisahlah kalau sebenarnya dia ditaja mak datin atau sebenarnya dua kali lima je dengan Seungri atau si tua Lee Soo Man (bos SM Entertainment) tu, kita ambil apa yang baik dari dia.

If life give you lemon, make lemonade out of it. 

So here, my favorite photo of him


Hahaha. Sorry la adik2 idol yang lain. Lambert lagi anda nak jadi so manly macam ni


Aku paling suka lagu ni dari album terbaru dia Flower Garden.


Kalau nak tengok Jaefriends, bagi aku ni episod plg best


And somehow aku rasa ini interview paling best dia sbb he seem more relax dan jadi diri dia sendiri instead of people pleaser

K bye