where do i start?
Ia bermula pada satu hari, saat aku sedang kegelisahan menunggu tibanya hari Jumaat dan Sabtu untuk menonton When The Phone Rings, ada satu video pendek masuk ke fyp aku. Aku dah lupa babak yang mana but it is interesting.
Jadinya untuk mengisi masa lapang aku tengoklah drama tersebut yang berjudul Bad Memory Eraser. Rasanya macam pernah dengar tapi aku kan tengah hiatus dari tengok drama Korea sebelum munculnya WTPR jadi aku tak tahu pun siapa yang berlakon dalam cerita tu. Apatah lagi heroin tu aku memang suka sejak dari zaman Bridal Mask, memang aku layan lah.
Maka tuan-tuan dan puan-puan, my ship bukan setakat terhenti di drama. Dah tentu aku akan google video-video cerita tu kat Youtube. And little that I know, the main lead, our Hero Jaejoong adalah artis yang sangat aktif di tahun 2024.
First, dia ada buat rancangan Jaefriends di Youtube dimana dia akan masak untuk tetamu yang datang. Shit, lelaki hensem ni boleh masak? Tak guna betul. Eh tak cukup masak di situ, dia juga muncul di show KBS, Fun-restaurant. Kat situ banyak dedahkan sisi memasak dan personal dia. Dua show ni saja sudah cukup untuk membuatkan aku tiba-tiba rajin memasak bekal ke pejabat setiap hari.
Somehow aku boleh tengok sisi Jaejoong yang berbeza. Kalau zaman kegemilangannya di TVXQ (yang sebenarnya aku follow sebab roomate aku gilakan mereka), I just see him as gominam, lelaki lembut dan sewaktu dengannya. Which is not my type. Lagi pula dia kelihatan seperti chaebol yang tak pernah pegang senduk sepanjang hidup dia. Which turn to be wrong.
You probably wonder siapalah mak bapak dia yang dah melahirkan lelaki hensem gila camni? Well sejarah keluarganya agak menyedihkan. Dia ditinggalkan mak kandungnya pada seorang pemilik restoran yang mempunyai 8 orang anak perempuan. Which later di puncak kejayaannya, mak kandung dia claim she has a good reason to leave him and mempertikaikan kenapa Jaejoong guna surname keluarga angkatnya iaitu Kim.
*roll eye
Bapaknya sehingga kini tidak diketahui dimana dan siapa. Mak bapak angkat Jaejoong bukanlah orang susah, mereka ada restoran tetapi bila kau ada 8 mulut yang perlu disuap, dah tentu kehadiran Jaejoong sedikit sebanyak menambah beban. Tapi keluarga angkatnya tetap sayangkan dia dan besarkan dia macam darah daging mereka sendiri. Seawal usia 16 tahun, Jaejoong dah merantau ke Seoul untuk kejar cita-citanya nak jadi penyanyi. Dia jadi trainee di SM sambil buat banyak kerja separuh masa. Dalam pada masa yang sama, dia sangat bekerja keras untuk jadi penyanyi dan penari yang sangat bagus.
So the first myth about him yang he just got looks has been debunked. Lagi pula lepas apa yang dialami apabila dia keluar TVXQ, dia masih gigih teruskan perjalanan seninya menunjukkan dia sangatlah berbakat. Even sekarang, di usia 39 tahun, dia bukan saja jadi CSO (chief strategy officer) di syarikat recording dia sendiri tapi masih aktif menyanyi, buat album dan konsert jelajah.
Even the great GDragon pun tak sempat nak buat semua tu.
2024 saja dia dah keluarkan 2 album, buat konsert jelajah solo dan duo dengan Junsu, berlakon drama, host rancangan Youtube, buat variety show memasak, keluarkan buku masakan, produce lagu, manage artis rakaman, ulang alik Korea Jepun....man, lelaki ni memang gila. Memang patutlah dia jadi Idol paling kaya di Korea dengan anggaran harta 100M worth.
Macam apa yang aku cakap sebelum ni, pengalaman hidupnya yang pernah ditindas waktu jadi idol, diganggu peminat saesang sampai hari ini, hilang kawan, dikhianati orang dah cukup untuk buat seorang manusia depressi. Tapi dia bangkit weh, kalau kau perasan dulu kalau dia berlakon, dia mesti dapat watak yang tak meyerlah dan cerita yang tak hits pun. Tapi dia still buat sebab dia nak kekal relevan. Bila media Korea banyak banned kerjaya seninya, dia tak putus asa cipta nama kat Jepun dengan Junsu & Yoochun. Aku rasa dia memang seorang yang sangat kuat semangat dan pengalaman pahit tu semua yang menjadikan dia berada pada kedudukan yang lebih tinggi dari kawan-kawan sebayanya yang masih terikat dengan syarikat rakaman, yang masih ada restriction itu ini. He is born to shine dan dia bayar semua tu dengan harga yang sangat mahal.
Kes Burning Sun yang melibatkan Seungri dah cukup buat aku belajar macam mana kemasyuran boleh buat seseorang jadi jahat. Tak semua artis Korea boleh tahan dengan sepak terajang dunia hiburan mereka dan masih stay true to themselves. Beberapa artis yang aku rasa deserve to be called living legend is GD dan Jaejoong.
Dua manusia yang berbeza tapi dah tempuh macam-macam sejak dari remaja. Mereka paling terkenal dalam grup mereka tapi juga paling banyak diasak dengan dugaan and still masih boleh stay true to themselves.
Aku tahu what we seem might not be the truth. Mungkin ada juga tak betulnya si Jaejoong ni tapi bagi aku cukuplah aku sebagai orang luar ambil pengajaran dari apa yang dia lalui. Tak kisahlah kalau sebenarnya dia ditaja mak datin atau sebenarnya dua kali lima je dengan Seungri atau si tua Lee Soo Man (bos SM Entertainment) tu, kita ambil apa yang baik dari dia.
If life give you lemon, make lemonade out of it.
So here, my favorite photo of him
No comments:
Post a Comment