Tuesday, 31 December 2013

Pagi yang Gelap 2

Satu : Si gadis

credit to Google Image


Aminah menulis sesuatu pada buku catatannya. Angin pagi meniup perlahan dan beberapa daun pokok gugur di bangku yang sedang didudukinya.

"Kamu dah siap?",teriak seorang lelaki tua.
"Sudah, pak cik! Lepas ni nak pergi kawasan bukit tu ke?",soal Aminah, turut berteriak kerana jarak mereka yang agak jauh. Kawasan bukit yang dimaksudkan bukanlah semak samun gila babas pun, cuma sekangkang tanah lapang yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan pada keesokan harinya.
"Haah. Tapi pak cik nak pergi tandas sat ye", ucap Pak Hassan sambil meletakkan mesin rumput yang disandang di bahunya di atas padang yang sudah siap dimesin itu. 

Aminah menunjukkan tanda ok. Dia melirik pada jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 11. Tak sangka pula memesin rumput di kawasan padang itu mengambil masa tiga jam.

Err..lebih baik aku
"Pi dhuha dulu!",sempat Pak Hassan berteriak sebelum beredar dari padang.
Aminah tersenyum. Pak cik tu memang psiko.

Pekerjaan memesin rumput itu hanya dilakukan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dia dan Pak Hassan bukanlah seorang pekerja MBSA namun ia adalah sebagai satu langkah yang diambil oleh komuniti penduduk di kawasan perumahan itu untuk melakukan kerja terbabit sendiri. Ia untuk memberi peluang pekerjaan kepada beberapa penduduk yang kebanyakannya pesara. 

Dan adakah si gadis itu seorang pesara? Tidak, dia hanya seorang pekerja bebas yang komited pada aktiviti kemasyarakatan di situ. Dia seorang pereka laman web, editor manuskrip online, reviewer novel dan pekerjaan yang paling disukainya, penulis novel. 
Tapi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pekerjaan memesin rumput menjadi keutamaannya.

Itulah hidup seorang yang gagal.Yang harus bermula dari bawah, dari petak permulaan kerana satu kesilapan yang pernah dilakukan. Gadis itu hidup seperti sedang menjalani hukuman. 
Tapi kegagalan itu juga yang membawanya menyedari hakikat hidup sebenar. Hidup yang dalam setiap nafas mengharap keredhaan Allah. Hidup dengan hidung yang sentiasa direndahkan, dahi yang sentiasa tunduk sujud pada Allah dan tangan yang sentiasa menadah tangan berdoa.

 




Sunday, 29 December 2013

drama2 daebak


Aku mula mengutuk sinetron Indonesia sejak 'Red Onion White Onion' (the current one, not the classic one).
Terima kasih kepada Deddy Mizwar dan Zakia A Mecca kerana mengembalikan kepercayaan ku pada sinetron seberang.
Senarai drama-drama daebak:

1. Kiamat Sudah Dekat (Season 1)

Kiamat sudah dekat sih, tapi gue enggak bisa solat.

Tema & jalan cerita dia diperkembang sedikit dari versi filem. Dan aku suka dengan kehadiran banyak watak best kelakar seperti Kipli and his papa. Hehe. How a man change for a women, how his heart fluttered to see the way of the real Muslim's life. How he eventually fall in love with Allah. Honestly. Bukaklah kitab dari zaman Nabi Adam pun nescaya anda takkan temui formula tepat kepada ilmu Ikhlas. Ia datang tanpa kita sedar. Ideanya mungkin klise, tapi ia disampaikan dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan. Tak merepek terutamanya.

2. Para Pencari Tuhan
Aku tak tahulah season brapa yang aku tengok tapi cerita ni daebak lima bintang. 3 watak utamanya memang bodoh-bodoh alam ditambah pula dengan kesengalan watak seorang prebet or anggota RELA (x sure status beliau). Zakia A Mecca sekali lagi menghidupkan watak perempuan muslimah yang ayu plus berprinsip. Dan dia tak membosankan dengan sifat sarcasm dia kadang2. Idea dia simple, lawak sempoi yang memang sesuai tonton time tengah kunyah cekodok di ptg hari.

3. Islam KTP
          *Gambar tak cantik

Tengok IC anda, ada tak tulis ISLAM. Tengok surat beranak pula. Kalau ya, tahniah kerana dilahirkan sebagai umat Muhammad yang beragama Islam. Tapi sejauh mana kita amalkan Islam dalam hidup kita? Tepuk dada, sakit jantung. Idea asal tentang seorang lelaki nak berubah sebab seorang perempuan. Tapi aku lebih tertarik dengan isu sosial yang dipaparkan. Life are not easy, but Allah is there to lighten your burden. Mungkin tak terasa sekarang tapi kalau kita duk senyap2 muhasabah diri barulah kita jumpa 'wonderful'nya hidup ni kalau kita tak lupa Allah. 

Malaysia? Sejak dari zaman Nur Kasih sampai Tentang Dhia, drama Islamik Malaysia sama je tema dan jalan ceritanya. But recently just found an awesome movie from my awesome fevret actor, Beto Khusyairy.*(i neveer spell his name right)

4. Pencari Jalan Lurus

Basically pasal tema Hijrah, dalam alam pekerjaan. Kita mungkin just kerani kilang, kuli batak, posmen cikai tapi kita akan jadi super giga hebat punya manusia kalau kita praktikkan the true traits of Muslim. Semestinya, tokoh kita paling daebak Nabi Muhammmad s.a.w. Watak Beto selalu ingatkan orang2 sekelilingnya untuk do their best in their job, be sincere, be knowledgeable in the sempoi-est way. Ada dialog yang aku rasa baku skema gila babas tapi at least ada juga wakil sutradara Malaysia buat cerita best mcm ni. I love Al-Hijrah. 

And..I announce you, the most legend movie ever created........
5. Ketika Cinta Bertasbih (sorry, ni dari Indon)


love the movies, irritates by the drama (for it's long narration and additional of non necessary character). first, filem ni menjaga ikhtilat dengan sebenar2 istilah menjaga. second, the production itself really care of their ikhtilat. third, ia mengangkat darjat seorang wanita solehah yang dalam kepalanya lebih memikirkan ummah dari kepentingan diri (anna attofunnissa). dia bukan perempuan perfek, dia emosional jadi itu menunjukkan dia masih seorang wanita. tapi dia cuba untuk positif dan just relay on Allah in every her decision.I love her. And Ayatul Husna. And Ustaz Illyas.
oh ya, did i mention this movie never underestimates free hair women through character of... sapa nama pelakon perempuan tu. *serius x ingat
so love it like a love song. xoxo. hehe
sekian dari saya yang mencipta rekod 3 post dlm ms sehari. poyo gile

Drama2 Klise

Minggu peperiksaan nilah idea mencurah-curah ke ladang gandum dan puff lahirlah entri ni yang sengaja bertujuan mengutuk beberapa drama yang sedang rancak dijalankan.

Yes,I'm drama queen. 
  
Tapi bak kata pepatah melayu, ambil yang jernih, buang yg keruh. Tak guna mengutuk sana sini tntg kesalahan org lain. Let's hijaukan pemikiran kita dengan idea2 atau falsafah hidup yang lebih bermanfaat. Mungkin kita boleh tukar tajuk cerita tersebut dan hasilkan cerita dengan idea yang lebih best.

Playboy es mi marido (google translate dari bhs Spanish)
-How about change it to 'That mujahid is my husband'. Menceritakan bagaimana perit getir seorang isteri kepada tentera Hamas memperjuangkan kemerdekaan tanah Palestin. Aku ada buku 'Gadis Kecil di Pinggir Gaza' tapi tak habis baca. But the beginning plot of the story really interesting. Kalau seorang budak kecik boleh ada semangat juang tahap giga, apatah seorang lelaki yang katanya maskulin guna Garnier 4 Men.

                                                                  Dia lelaki lejen

Mahilig ka sa mr mayabang
 -How about 'Sederhana itu indah'. Macam style Nabi Muhammad s.a.w. Simple, cool, tenang je hidup dia walaupun cabaran datang macam halilintar memecah bumi masa robot Power Rangers nak  keluar dari tanah. At least Power Rangers berpijak pada tanah, tapi somehow idea ni macam bawa penonton keawang-awangan dengan tema yang klise. 
 *Perempuan yang setuju kahwin dengan lelaki yang maha annoying asalkan dia kaya. That's an insult to women, okay. But if you agreed with it then you're tulala. 
*Lelaki angkuh hanyalah dapat dibetulkan peel nya oleh ceramah UAI yang maha berbisa dan latihan ketenteraan 2 tahun macam kat Korea. Nak jadi lagi tawaduk pi berperang kat Palestin sana.

Ohohoi..sapa kata drama Korea terkecuali.

Die Erben
- 'Die Erben'; He who gain wealth bears the weight (of amanah). Yes, aku suka sesi mengutuk filem2 lakonan Pak Cik 'M'. Tema & jalan cerita tak habis2 pasal harta kekayaan dengan niat menunjuk2. Mereka adalah golongan kapitalis yang realitinya sgt ignorance. Tengok Malay Insider or Sinar Harian pun sudah terang tang tang siapakah golongan itu. 

*Kate Middleton memang rakyat biasa tapi tengoklah background keluarga dia dan kat mana dia belajar. The heirs sure have some standard.

I hear your voice
-'Saya dengar suara awak';  Memimpin untuk rakyat. Well the original drama is quit interesting, about jusice yada yada.. tapi kalau nak sesuaikan kat Malaysia mungkin boleh jentik skit isu yang kononnya sensitif sekarang.  'Listen or you get out of this country'.. aku fikir MatLuthfi dan habis kaw-kaw menempelak orang dari kalangan macam tu. Nampaknya dia tak tengok YouTube.


Harga rumah naik tahun depan.So jemputlah datang ke rumah saya di 63rd Street in Park Laurel, 
New York- MR Anonymous 

 Ohoi, saya sudah seminimum mungkin mengumpat, menganalisa dan memberi inferens di sini. Realitinya, memang saya adalah antara golongan yang pernah menonton drama2 diatas. Tengok untuk ambil tahu & kerana kejahilan kadangkala melanda jiwa nestapa. *Rasanya rakyat Malaysia harus berhenti tonton tv yang hanya menayangkan 'sampah' dan beralih kepada pemasangan WIFi gile laju babas di rumah anda untuk menonton YouTube. 

Change your mind. Your thought. Your attitude. 
For the sake of our ummah.


 

Monolog hati


apabila pandora box dibuka
apabila buku yang kosong ditulis
apabila akal mengeluarkan buah fikiran dan idea
apabila mulut membuka bicara
tatkala itu terlihat sifat sebenar seseorang
dia si bodoh, dia si bijaksana, dia si jujur, dia si pembelot

Observe the stupid but not become one.

Itu kata-kata aku.
Tak puitis pun
Berusaha mencari alasan atas kesalahan diri
Seperti menegakkan benang yang basah

I do judge people, so they do judge me too.
They do pretend to be nice, so do I
This is the repeat sins of hypocracy

PAGI YANG GELAP



Pagi yang gelap di kawasan perumahan kos sederhana di bandaraya Shah Alam, berdekatan dengan satu institusi pengajian tinggi tempatan . Mendung berarak kelabu, tanda hujan lebat mungkin akan turun. Di satu deretan rumah berhampiran padang permainan, seorang perempuan sedang berjalan pulang ke rumahnya dalam pakaian sukan dan beg sandang yang mengandungi kain telekung. Rutin hariannya selepas solat subuh berjemaah di masjid dia akan berjoging di sekeliling taman.
Jam hampir menunjukkan pukul 7 pagi. Seorang lelaki sedang tergesa-gesa membuka pintu gril rumahnya dengan briefcase yang dikepit di celah ketiak , roti yang digigit di mulut serta memegang banyak gugusan kunci di tangan kirinya.
Plap! Briefcasenya jatuh ke lantai dan beberapa fail kerjanya terkeluar dari briefcase tersebut.
Si perempuan tadi tunduk mengutip sampah botol air mineral dan plastik keropok di tepi jalan yang menuju ke rumahnya.
Si lelaki menuju ke keretanya selepas berhadapan dengan pelbagai kesukaran . Dia membuka pintu pagar dengan alat kawalan jauh. Pintu pagar rumah nombor 1 jalan anggerik terbuka dengan enjin kereta Myvi bewarna biru dihidupkan di ruang porch.
Si perempuan membuang sampah sarap yang dikutip di dalam tong sampah di hadapan rumah nombor 2, jalan anggerik. Dia masuk ke rumahnya sementara jirannya si lelaki tadi memandu keluar keretanya dari perkarangan rumah.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin berikan yang lebih baik buat kita.
Ini cerita biasa, cerita oleh orang biasa dan kehidupan yang biasa. Cerita yang membawa kita untuk berhenti seketika, dan lihat orang disekeliling kita.
Be kind, for everyone you meet is fighting a hard battle- Plato.