Sunday, 29 December 2013

PAGI YANG GELAP



Pagi yang gelap di kawasan perumahan kos sederhana di bandaraya Shah Alam, berdekatan dengan satu institusi pengajian tinggi tempatan . Mendung berarak kelabu, tanda hujan lebat mungkin akan turun. Di satu deretan rumah berhampiran padang permainan, seorang perempuan sedang berjalan pulang ke rumahnya dalam pakaian sukan dan beg sandang yang mengandungi kain telekung. Rutin hariannya selepas solat subuh berjemaah di masjid dia akan berjoging di sekeliling taman.
Jam hampir menunjukkan pukul 7 pagi. Seorang lelaki sedang tergesa-gesa membuka pintu gril rumahnya dengan briefcase yang dikepit di celah ketiak , roti yang digigit di mulut serta memegang banyak gugusan kunci di tangan kirinya.
Plap! Briefcasenya jatuh ke lantai dan beberapa fail kerjanya terkeluar dari briefcase tersebut.
Si perempuan tadi tunduk mengutip sampah botol air mineral dan plastik keropok di tepi jalan yang menuju ke rumahnya.
Si lelaki menuju ke keretanya selepas berhadapan dengan pelbagai kesukaran . Dia membuka pintu pagar dengan alat kawalan jauh. Pintu pagar rumah nombor 1 jalan anggerik terbuka dengan enjin kereta Myvi bewarna biru dihidupkan di ruang porch.
Si perempuan membuang sampah sarap yang dikutip di dalam tong sampah di hadapan rumah nombor 2, jalan anggerik. Dia masuk ke rumahnya sementara jirannya si lelaki tadi memandu keluar keretanya dari perkarangan rumah.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin berikan yang lebih baik buat kita.
Ini cerita biasa, cerita oleh orang biasa dan kehidupan yang biasa. Cerita yang membawa kita untuk berhenti seketika, dan lihat orang disekeliling kita.
Be kind, for everyone you meet is fighting a hard battle- Plato.

No comments:

Post a Comment