Tuesday, 31 December 2013

Pagi yang Gelap 2

Satu : Si gadis

credit to Google Image


Aminah menulis sesuatu pada buku catatannya. Angin pagi meniup perlahan dan beberapa daun pokok gugur di bangku yang sedang didudukinya.

"Kamu dah siap?",teriak seorang lelaki tua.
"Sudah, pak cik! Lepas ni nak pergi kawasan bukit tu ke?",soal Aminah, turut berteriak kerana jarak mereka yang agak jauh. Kawasan bukit yang dimaksudkan bukanlah semak samun gila babas pun, cuma sekangkang tanah lapang yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan pada keesokan harinya.
"Haah. Tapi pak cik nak pergi tandas sat ye", ucap Pak Hassan sambil meletakkan mesin rumput yang disandang di bahunya di atas padang yang sudah siap dimesin itu. 

Aminah menunjukkan tanda ok. Dia melirik pada jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 11. Tak sangka pula memesin rumput di kawasan padang itu mengambil masa tiga jam.

Err..lebih baik aku
"Pi dhuha dulu!",sempat Pak Hassan berteriak sebelum beredar dari padang.
Aminah tersenyum. Pak cik tu memang psiko.

Pekerjaan memesin rumput itu hanya dilakukan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dia dan Pak Hassan bukanlah seorang pekerja MBSA namun ia adalah sebagai satu langkah yang diambil oleh komuniti penduduk di kawasan perumahan itu untuk melakukan kerja terbabit sendiri. Ia untuk memberi peluang pekerjaan kepada beberapa penduduk yang kebanyakannya pesara. 

Dan adakah si gadis itu seorang pesara? Tidak, dia hanya seorang pekerja bebas yang komited pada aktiviti kemasyarakatan di situ. Dia seorang pereka laman web, editor manuskrip online, reviewer novel dan pekerjaan yang paling disukainya, penulis novel. 
Tapi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pekerjaan memesin rumput menjadi keutamaannya.

Itulah hidup seorang yang gagal.Yang harus bermula dari bawah, dari petak permulaan kerana satu kesilapan yang pernah dilakukan. Gadis itu hidup seperti sedang menjalani hukuman. 
Tapi kegagalan itu juga yang membawanya menyedari hakikat hidup sebenar. Hidup yang dalam setiap nafas mengharap keredhaan Allah. Hidup dengan hidung yang sentiasa direndahkan, dahi yang sentiasa tunduk sujud pada Allah dan tangan yang sentiasa menadah tangan berdoa.

 




No comments:

Post a Comment