Mitos Cinta (dan apa-apa sajalah)
1. Dalam filem atau drama, orang yang paling tak percayakan cinta atau ikatan perkahwinan akan sentiasa end up dengan perhubungan yang bahagia dan hampir sempurna.
Sisi baiknya, ia mengajar kita untuk sentiasa berjaga-jaga.
Sisi buruknya adalah dalam realiti, orang yang tak percayakan cinta ni akan membujang dan hidup sendiri sampai ke hari kematiannya.
2. Lelaki seorang makhluk yang bermulut manis. Salah. Realitinya lelaki hanya akan bermulut manis dengan perempuan yang cantik. Atau mungkin masa tu dia sangat bosan.
3. Lelaki mempunyai 'visual attraction' manakala perempuan lebih memandang perkara sentimental. Seorang perempuan boleh jatuh cinta pada lelaki yang dengan gentleman nya membantu mereka mengangkat barang yang berat atau membantu mereka menukar tayar kereta.
Seorang lelaki pula boleh angau dan jatuh cinta pada seorang wanita cantik walaupun wanita itu sendawa dengan gaya paling tak senonoh.
4. Lelaki yang memuat naik status kecewa dan marah dengan teman wanita yang tidak jujur...saya ada satu soalan untuk awak.
Mesti teman wanita awak tu cantik kan? Seseorang takkan bodoh-bodoh bercinta dengan perempuan tak cantik hanya untuk dicurangi. Jadi jika awak nak bercinta buat kali kedua awak tahu kan dengan siapa awak patut bercinta. Again, salahkan visual attraction.
5. Dalam drama atau filem selalu ditunjukkan watak lady boss, perempuan jahat, cerewet, panas baran, perfectionist seorang yang cantik. Bagaimana jika seorang perempuan yang tak cantik memiliki semua ciri diatas? Adakah kaum lelaki akan melakukan demonstrasi tunjuk perasaan secara besar besaran?
6. Untuk perempuan yang mempunyai banyak skandal, tidakkah kalian kasihan dengan rakan kalian yang masih membujang?
7. Kepada penduduk negara media sosial Instagram, Facebook dan lain-lain lagi....sila senyap dan berambuslah kalian ke dunia realiti.
No comments:
Post a Comment