Sebenarnya aku nak bincang isu berbeza dari gambar di atas ni. Tentang viral seorang guru agama dipaksa merangkak oleh seorang ibu yang tidak puas hati anaknya mendapat trauma didenda sehingga tak mahu datang sekolah.
Dear si ibu, hang pernah pergi sekolah tak? Ke macam emma maembong, home schooling je? Hang tau kan perangai pelajar boleh jadi sangat teruk, lagi-lagi dengan sistem pendidikan am di negara ini yang memaksa seorang cikgu mengawal sehingga tiga puluh pelajar dalam satu masa.
Hang nak kawal anak hang yang seorang pun tak larat.
Jadi cikgu tu buat satu kesalahan yang membuatkan anak hang trauma. Okey, aku guna hang-aku sebab aku tengah tahan diri aku dari panggil kau dengan panggilan lebih teruk.
Jadi anak hang trauma. Hang datang sekolah dan only god knows what you doing with that teacher sampai dia merangkak. Hang duduk dalam kelas tu,hang rakam.
Hang rasa hang hero , dah tunjuk kat satu Malaysia bertapa tak gunanya cikgu tu. Hang suruh la orang lain tepuk, aku tak nak jadi penonton atau penyokong hang.
Jadi beberapa benda aku nak soal kat sini:
1. Bagaimana seorang ibu atau bapa boleh masuk ke sekolah, masuk ke bilik darjah dan buat perkara yang sedemikian?
Teori aku, ia mungkin berlaku di sekolah agama kerajaan. Kenapa? Cuba korang tengok srk,smk kat malaysia, semua ada pengawal kesalamatan. Aku nak dapatkan cop pengesahan sijil pun kena isi borang kat guard dan disoal selidik.
Realiti sekolah agama aku dulu, kami hanya ada sebuah bangunan 4 tingkat. Masa mula dibuka, hanya ada empat org ustazah, ada dua sesi darjah 1-3 sesi pertama, darjah 4-5 sesi kedua (darjah 6 tiada lagi sbb kekurangan guru).
Ini sekolah agama kampung yang yang dibuka. Anak muridnya boleh tahan ramai, 20 orang satu kelas. Seorang ustazah boleh mengajar straight 3 subjek dalam satu hari. Oh walaupun sek agama waktunya agak pendek, tapi aku pasti kesukarannya sama saja dengan sek keb.
Jadi, kecerlusan institusi dan sistem pendidikan itu sendiri membuatkan perkara ini terjadi. Menyebabkan tak ramai guru sekolah agama diambil, kerana tiada bajet. Kalau ditanya, ramai anak muda yang berpotensi untuk menjadi pendidik dalam aliran agama, tapi peluangnya tiada. Seorang kenalan aku bekerja di koperasi sekolah agama selama bertahun-tahun sebelum akhirnya permohonannya mengajar di sek tersebut diterima.
Enough of that. Aku tak berniat nk downgrade kan lagi sistem pendidikan sek agama yang kita ada. Cuma, jika ia diperkemaskan, mungkin kejadian ibu bapa menerjah bilik darjah tidak akan berlaku.
Jika si ibu mahukan keadilan untuk anaknya, lakukanlah dengan cara seperti orang dewasa yang yang matang. Jumpa pengetua, jumpa si guru di bilik perbincangan. Biar ia jadi perbincangan orang tua yang jika mahu meroyan mengamuk pun, anak anak kecil tidak melihat.
Apa yang hang mahukan wahai ibu? Orang menyanjung anakmu seperti raja kerana harta yang kau miliki? Keadilan? Atau ia hanya untuk puaskn hawa nafsu kau semata-mata. Tak fikir kesannya pada anak kau yang bila keesokan harinya datang ke sekolah dipandang serong oleh rakan-rakannya
"Eh, kenapa mak awak jahat sangat semalam? Dia paksa ustazah merangkak"
Oh,hang boleh pindahkan sekolah anak hang. Hang boleh pecat cikgu tu. Hang boleh saman sesiapa saja yang mengadu tentang hal tu. Hang memang boleh buat semua tu tapi untuk apa? Supaya anak hang membesar dengan pemikiran dialah raja dan semua orang harus tunduk padanya, mungkin termasuk hang.
Supaya apabila Tuhan mengujinya dengan sesuatu, dia bertindak di luar kawalan hingga merosakkan diri, dan orang sekeliling? Untuk menimbulkan trauma pada semua guru di dunia ni dari mengajar anak hang menyebabkan dia tidak berilmu atau ilmu yang tidak berkat?
Ilmu itu tinggi nilainya hingga ia buatkan kita jatuh sujud pada Yang Maha Mengetahui. Ilmu dan iman lah yang boleh menyelamatkan umat hari ini. Tapi sayang manusia lebih memandang orang yang berharta daripada orang yang berilmu.
Sudahlah Malaysia. Jangan keruhkan lagi nilai manusiawi di atas muka bumi ini.
Tentang gambar diatas tu, itulah aku 11 tahun dulu. Aku yang naif, yang hanya ada cita-cita kecil menjadi seorang guru matematik. Tapi Tuhan ada perancangan lain untuk aku. 10 tahun kemudian, aku baru beranikan diri untuk mengajar. Bermula dengan seorang saja pelajar, di pusat tusyen.
Aku masih belajar untuk menjadi pengajar. Kerana itulah satu-satunya benda yang aku boleh buat. Aku bukan mengejar A+ untuk anak muridku. Cukup sekadar mereka faham dan yakin dengan diri sendiri untuk bertarung dalam peperiksaan.
A penuh bukan bererti berjaya, tapi ia pemudah cara untuk kau teroka dunia luar yang makin mencabar. Dan jika kau tak mampu untuk menjadi pandai di atas kertas, amalkan ilmu 'luar kelas' yang kau dapat dalam kehidupan. Apa yang penting adalah ilmu dan iman jangan dipisahkan.
No comments:
Post a Comment