What up geng it's caprice
What is on the news today
*nope,i dont have intention to be the second caprice like the guy on caprice's ig
https://www.instagram.com/p/B-J4i3DBfrZ/?utm_source=ig_web_copy_link
Sejujurnya sejak aku kerja, aku macam dah hilang minat untuk jadi orang pertama yang tahu gosip selebriti bagai. Dulu aku selalu tahu info terkini (gitu) dari Motif Viral, IG Hazeman Huzir, Trollala dan BurukCantik. Pendek kata kalau nak diisi Literature Review aku dalam isu hangat adalah Thinker Studio. Bila Motif Viral dah habis, aku pindah ke Caprice. Sebab aku lebih rela menyumbang view atau like ke akaun orang yang menreview daripada si pelaku gosip tersebut.
Jadi aku sebagai orang yang selalu tertinggal kereta api baru tahu tentang isu Ustaz Ebit Liew hari ini. Rasanya aku ringkaskan saja kot entri ni sebab aku baru baca komen dari PU Amin berkenaan mungkin fakta yang Caprice dapat itu salah. I mean, kalau betul pun, pasti ada salah faham sebab Ustaz S yang menyelar Ustaz Ebit bukanlah calang-calang agamawan. Dia takkan saja saja menyelar agamawan lain sesuka hati. Walaupun dia suka angkat dumbell =)
Konklusi aku:
1. Jika benar seseorang itu berniat untuk memerli kebaikan yang ditunjukkan oleh saudara Muslimnya yang lain, maka ia adalah tidak baik.
Kau boleh cakap sedekah Alif Shukri tu fake, atau sesiapa saja ahli politik hanya berpura-pura prihatin pada golongan miskin. Itu hak kau untuk menilai tapi bukan hak kau untuk mempertahankan penilaian kau pada umum selagi mana kau tak ada bukti atau mengenali insan yang kau kata fake itu.
Ia, kalau dia nak bagi, silalah. Mari kita galakkan kebaikan dalam dunia yang semakin tenat ini. Dia tak curi duit kau waktu bersedekah, jadi biarlah.
2. Mengenali Ustaz Ebit Liew dahulu, melalui media sosial, aku nampak banyak kebaikan yang dia lakukan. Cara dia adalah menerjah golongan yang dia rasa perlu perhatian dan bersangka baik dengan semua orang termasuk mat rempit dan seumpamanya.
Suka hati kaulah kalau nak cakap dia fake bila buat semua tu. Sebab dengan 'ke-fake-an' (if you want to call it that way) dialah ramai hati yang tertarik untuk memeluk Islam. Itu sesuatu yang bagus.
Dia menyantuni mak nyah, menyantuni golongan miskin, gelandangan, artis yang bercerai, youtuber dari negeri Utara dan hampir semua golongan dia bersikap baik. Okey, aku tahu, semua itu aku dapat dari sosial media, bukannya aku benar-benar pernah berhadapan atau bekerja dengannya.
Tapi, 90 peratus dari Islam itu adalah akhlak. Maka akhlak yang baik adalah satu cara memperkenalkan atau mempromosikan Islam kepada orang bukan Islam. Aku percaya akhlak ni bukan boleh 'dilakonkan', tapi hasil dari pengalaman hidup, pendidikan dan semaian iman dalam hati.
Jadi biarlah saudara seIslam kita meneruskan dakwah Islam dengan akhlak baik yang dimiliki. Jika ia mendatangkan manfaat lebih dari mudarat, jika ia menceriakan lebih dari mendukacitakan maka biarlah.
3. Mungkin di sisi Ustaz S, dia hanya risaukan Ustaz Ebit kerana sanggup melanggar peraturan PKP hanya untuk menjalankan aktiviti dakwah dan sumbangannya pada frontliner Malaysia & orang susah. Kita berhusnuzon sajalah.
Dan tidak salah untuk kita mencemburui kebaikan seseorang itu dengan niat di dalam hati kita mahu lakukan benda yang sama sepertinya atau jauh lebih baik lagi.
4. Kembali pada Ustaz Ebit, aku tiba-tiba rasa aku boleh faham tindakannya menghulurkan sumbangan kepada frontliner dan golongan yang memerlukan.
Dia adalah jenis orang yang sukar untuk duduk diam, tak boleh tengok orang susah dan sukakan kebaikan.
Semua orang ada sifat itu selagi namanya manusia. Orang jahat sekalipun percayalah jika diberi peluang untuk ke neraka atau syurga, semestinya dia mahukan syurga, satu tempat yang dipenuhi dengan benda dan orang yang baik-baik.
Cuma, hanya beberapa pihak saja yang boleh menrealisasikan sifat itu dengan keupayaan dan kemampuan yang mereka miliki. Semua orang melakukan kebaikan, tapi yang bezanya adalah sejauh mana mereka sanggup berkorban untuk melakukan kebaikan tersebut.
Ustaz Ebit telah mengorbankan keselamatan dirinya (yang mungkin boleh terdedah pada Covid-19 walaupun langkah pencegahan telah diambil, dan pihak berkuasa pun tiada masalah tentangnya), mengorbankan tenaga dan wang ringgitnya, masa terluangnya bersama keluarga hanya untuk membantu orang ramai.
Lihatlah pada kebaikan yang dimiliki seseorang, walaupun secara jujurnya setitik kejahatan orang itu lebih jelas di mata kita. Ustaz Ebit selalu tekankan, jangan membenci penjahat, tapi benci perbuatan jahat yang dilakukan.
Sejujurnya (lagi), pandemik dan perintah kawalan pergerakan ini mengajar aku satu perkara.
Jangan keruhkan keadaan
Be nice to people. Even waktu kau post something di media sosial, kononnya marahkan orang yang degil mahu keluar dari rumah.
Little that we know some of us are less fortunate, they dont even have a home to sleep in. Sesetengah pula, terpaksa keluar mencari pekerjaan hanya untuk sesuap nasi.
Jadi jaga perkataan anda, jangan kerana beberapa individu, anda pukul semua orang sama rata. Jangan risau, sememangnya ada autoriti yang bertugas memantau kalian jadi tak perlu beremosi terlebih marahkan orang lain.
Jaga diri.
Moga Allah swt terus jaga kita juga.
No comments:
Post a Comment