Saturday, 4 April 2020

v bukan untuk vandetta

Harini aku tak banyak buka instagram.
in fact sekali je kot.
itupun tak ingat aku baca post apa sebab masih mamai.

ye, pencapaian diri betul bila dapat tahan diri dari bukak sosial media.
kecuali youtube la.
sebab aku tengah layan drama siri turki
pergh..aku kalau 'bercuti' memang perangai kaki drama tu menjadi-jadi
sila salahkan youtube sebab bagi reccomended tetiba

anyway
aku sebenarnya tergerak nak tulis entri ni bila teringat entri aku yang lepas.
selepas perbahasan dengan beberapa orang kawan aku, memang ada pro and cons yang kita boleh dapat dari isu artis malaysia dan isu vivy yusof.
ada beberapa info tambahan yang aku dapat dari beberapa kawan aku, yang hampir membuatkan aku membetulkan beberapa fakta dalam entri yang lepas.
tapi setelah beberapa hari berfikir, aku rasa aku mahu biarkan saja.

memang sebenarnya cara penulisan aku tak dapat difahami oleh pembaca.
acah banyak pembaca =p
jadi terutama tentang isu vivy yusof ada beberapa kesimpulan yang aku buat mengenai isu tersebut.
yang mungkin aku akan jelaskan dengan ayat mudah dalam entri ni.

kenapa aku beria nak bela dia? kau ni duckies ke?
tak. aku tekankan disini aku rasa selebriti yang mempunyai bakat penulisan lebih dekat dengan diri aku. contoh lain adalah hanis zalikha, fynn jamal dan hazeman huzir.okay, matluthfi pun boleh masuk sekali. sebab tu dalam entri lepas, aku cakap aku sukakan vivy sebagai seorang blogger dan ibu.
aku susah nak suka manusia yang mempunyai latar belakang keluarga kaya. aku memang tak reti bergaul dengan golongan ini dan mempunyai stigma yang sama seperti rakyat marhaen lain terhadap golongan kaya. tapi melalui blog vivy dan hanis zalikha, aku seperti dapat belajar tentang dunia 'orang kaya' dan 'orang popular', yang mana sangat berlainan dengan dunia aku.
melalui gaya penulisan mereka yang quirky dan kelakar, aku seperti menemui titik keselesaan dan mengubah beberapa stigma negatif aku terhadap golongan ini.
mereka masih manusia biasa. malah hanis zalikha dah lama bincangkan tajuk ini dalam blog dia. semasa dia aktif menjadi model, ramai yang menyelar dia hanya menggunakan pengaruh keluarga kayanya untuk masuk dalam bidang seni. walhal, jika anda menonton episod perkongsiannya dalam naura share, anda perlu tahu dia juga pernah melalui rasa susah, sesuatu yang aku sendiri tak pernah rasa. bahkan jika dia sememangnya anak orang kaya manja yang dimandikan duit, dia takkan berusaha kuat untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM sehingga mendapat tajaan SPA, takkan mampu bertahan belajar di salah satu universiti di malaysia dengan yuran terendah dan menjadi pelajar cemerlang. jika kalian mengikuti dia sejak zaman blog, kalian akan tahu bahawa dia seorang yang restless, sentiasa mencari dan menggunakan peluang yang ada sebaiknya. kerana itu bila timbulnya cerita kononnya dia menipu pelanggan dengan produk minyak kurusnya, atau isu hairul azreen menimbang alisya dengan satu tangan yang mendapat tentangan dari golongan pakar, dia dan suaminya tidak cepat melatah. dia tahu isu-isu tersebut adalah satu ancaman, dan tidak membuang waktu untuk mempertahankannya, sebaliknya terus mencari peluang lain untuk mengembangkan perniagaan.
berbalik kepada vivy, jika mahu menyerangnya dengan perkara peribadi, aku boleh senaraikannya, dari sudut aurat dan juga gaya hidupnya. tapi itulah isu yang aku nak bincangkannya disini.

jangan pernah menyerang seseorang dari sudut peribadinya. dari mana dia datang itu adalah ketentuan tuhan dan gaya hidup yang dilalui adalah hasil didikan dan pengalaman hidupnya. kau tak tahu apa yang dilalui, dan tak semestinya kau boleh jadi lebih baik daripada dia jika kau berada di tempatnya.

jika seseorang membuat kesalahan dengan manusia, sehingga menyakiti hati atau memberi kesusahan pada orang lain, maka wajib untuk dia meminta maaf atau bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu. jika perkataan atau pernyataan vivy ada mengguris hati banyak pihak, dia sudah meminta maaf. pernyataannya itu malah tidak memberi kesan kepada para pekerja yang dia miliki, jadi kenapa orang lain pula yang perlu menggelabah. sejauh mana keikhlasannya, biarlah Tuhan saja yang menilai.

apa yang aku belajar melalui salah seorang penulis kegemaran aku iaitu Nurul Syahida adalah dalam setiap perkara sentiasa ada sisi baik dan sisi jahatnya. pernyataannya (pernyataan balasnya terhadap komen seorang selebriti lain. video facebook live nya aku tak dapat tengok kerana dia sudah pun memadamnya) jika dilihat secara kasar memang boleh disalah erti sebagai sesuatu yang negatif. tapi berdasarkan penerangan yang diberi vivy, kita boleh berfikir secara lebih mendalam dari sudut seorang ketua syarikat atau pemilik perniagaan. fashion valet sudah tertubuh hampir sepuluh tahun dan mungkin pekerjanya sudah masuk angka ribu. vivy pastinya sudah biasa meletakkan pekerja dan pelanggan dalam prioriti utama. apa yang dilihat dalam isu ini adalah rakyat malaysia yang diberi bantuan mungkin boleh survive dalam tempoh kuarantin ini. namun sebaik saja ia berakhir, kejatuhan ekonomi tidak mustahil untuk berlaku dan mungkin ada perusahaan yang terpaksa ditutup sehingga menyebabkan peningkatan kadar pengangguran. itu yang dimaksudkan, dan aku rasa melalui permohonan maafnya, dia sangat jelas menerangkannya.

aku cuma hairan mengapa secara tiba-tiba, saat ini segala kejahatan dan keaibannya diungkit kembali. isu modal perniagaan dari khazanah, isu cuti bersalin, isu makan dalam pampers...seolah-olah kita berada di padang masyar dan netizen adalah Tuhan yang akan menjatuhkan hukuman terhadap vivy. ironik sungguh kerana orang yang mengungkit segala 'dosa' beliau adalah orang yang sama membeli barangan duck setiap kali jualan murah (dan diposkan ke pejabat sehingga aku dan kawan pejabat yang lain tahu tentangnya) dan orang yang pernah menyatakan sendiri pada aku tentang kekagumannya pada vivy menguruskan kerjaya dan keluarga dengan baik.

iya, manusia berubah. dan kadangkala persepsi kita tentang seseorang manusia itu juga berubah. sesiapa yang kenal aku pasti tahu dahulu aku terlalu sukakan Trevor Noah dan rancangan The Daily Show. Tapi kini aku tidak lagi menjadi pengikut kedua-duanya kerana pada satu episod, Trevor Noah dan produksi TDS menyatakan sokongan mereka pada gerakan kebebasan berjantina (termasuk juga menyokong LGBTQ). Aku sangat tak bersetuju tentang tindakan mereka dan berhenti menjadi penyokong mereka. Cuma sejak akhir-akhir ini saja aku melihat kembali video mereka di Youtube hanya untuk mengambil tahu keadaan mereka menguruskan isu Covid-19 kerana Amerika mencatatkan bilangan kes tertinggi di dunia.

Aku boleh menerima pandangan Trevor Noah mengenai beberapa perkara namun aku  tak suka kadangkala dia menempelak golongan Arab Muslim dan menyokong LGBTQ. Cukuplah aku menyatakan 'kebencian' itu dengan tidak menjadi pengikutnya di media sosial.

Aku bukanlah orang yang paling sempurna menguruskan kebencian terhadap sesuatu. Tapi aku tahu kita sebaiknya janganlah mendoakan sesuatu yang tak baik tentang seseorang itu hanya kerana satu kesalahannya. Kita bukan Tuhan untuk menghukum. Bak kata Matluthfi, yang rasanya aku pernah katakan dahulu "apabila kita menegur, kita sepatutnya memberi ruang kepada si pesalah untuk berubah. menghukumnya tanpa henti seolah membawanya ke tebing curam dan menyuruhnya menyerah diri atau mengaku salah saat itu dihadapan kita."
jangan terkejut jika ada manusia yang sanggup terjun dari tebing curam itu daripada mengaku kesalahannya. dan saat itu kita baru saja menyebabkan si pesalah melakukan dosa paling besar iaitu membunuh diri.

kerana itu aku rasa netizen tidak patut menjatuhkan hukuman mahu melucutkan jawatan vivy sebagai lembaga pengarah uitm. pihak uitm semestinya mempunyai alasan kukuh meletakkan vivy pada jawatan itu. menjadi lembaga pengarah masih menjadikan seseorang itu terlibat dalam pengurusan dan operasi sesuatu syarikat atau pertubuhan. ia tidak sama dengan jawatan bukan eksekutif yang disandang neelofa dalam syarikat Air Asia. Uitm bukan semata-mata menggunakan nama vivy yusof tapi wanita itu sendiri mempunyai tugas tertentu yang perlu dilaksanakan dalam lembaga tersebut.

jadi dengan penurunan vivy sebagai ahli lembaga, mungkin beberapa kepentingan yang diperoleh uitm daripada vivy akan terjejas. pernahkah netizen dan ahli masyarakat memikirkan mengenai perkara tersebut. jikapun pihak uitm mahu melucutkan jawatan beliau, sudah pasti bukan semata-mata mengikut kata netizen melalui petition tersebut atau kerana isu-isu kecil berkaitan dirinya. jika sememangnya vivy terlibat dengan isu modal dari khazanah dan dikatakan makan duit rakyat, dia hanya boleh diadili oleh mahkamah. bukan semata-mata khabar angin. dia tidak bersalah selagi tidak dibicarakan dengan undang-undang.

dunia memang tidak pernah adil. mungkin betul segala-gala yang vivy ada 'dibeli' dengan duit dan mungkin dia boleh terlepas dari diadili mahkamah dunia. tapi tetap kita bukan Tuhan untuk menjatuhkan hukum sesuka hati. mengapa perlu menyerang seseorang muslim jika kita boleh beri dia peluang dan kemaafan selagi dia tidak melanggar syariat tuhan. bayangkan apa berlaku jika rakyat kononnya mahu menjatuhkan golongan 'aristokrat' kaya muslim di malaysia ini hanya berdasarkan hujah dangkal berunsur peribadi dan sentimen, dan akibatnya golongan aristokrat tersebut berpaling menyokong orang kafir yang lebih menerima mereka.

islam itu bukan hanya untuk golongan hamba seperti bilal bin rabah, tapi juga mengikat hati golongan berada seperti saidatina khadijah supaya islam juga boleh dibela dari segi duniawi.


satu kisah tragik mengenai manusia dan sifat hasad dengki. raja nicholas tsar II memang seorang pemimpin yang gagal, hampir menyerupai diktator. tapi kemarahan rakyat waktu itu dimanipulasikan oleh golongan tentera yang sebenarnya ingin menghapuskan terus sistem monarki di negara Rusia. Maka kerana sentimen dendam, seluruh keluarga Raja Nicholas dibunuh, walaupun mereka tidak bersalah. Adakah pembunuhan itu menyelesaikan masalah negara waktu itu?
Tak.
Ia hanya menimbulkan kepuasan sementara waktu beberapa pihak. Rakyat masih terus terseksa dan pemerintahan tentera yang bersifat komunis bukanlah sesuatu pengakhiran yang bahagia selama-lamanya.
Pada tahun-tahun terkemudian, barulah rakyat sedar tentang ketidak adilan yang berlaku pada keluarga diraja berkenaan. Raja Nicholas Tsar II adalah seorang suami dan bapa yang baik kepada isteri dan lima orang anaknya sehingga gereja ortodoks Rusia memberikan ketinggian kesucian pada keluarga mereka yang dinamakan Kanonisasi Romanovs.

Tontonlah filem ini dan lihat balik apa kebencian yang ada dalam diri kita ni boleh beri kesan bukan saja pada orang yang dibenci tapi seluruh sistem masyarakat dan negara.


No comments:

Post a Comment