Friday, 4 September 2020

bebelia uncounted

 where do i start?

bangun dari tidur, selepas solat dan mandi apa yang kita selalu buat? 

tengok telefon, buka sosial media. 

oh orang ni pergi bercuti. orang ni lepak dengan kawan. orang ni sambut hari jadi. orang ni kerja. orang ni jual barang. orang ni cancel orang tu. 

semakin lama aku tengok, manusia dah semakin tak jadi manusia. mereka jadi seperti kera yang asyik bermain dengan bunga yang ia dapat. padahal ia tak perlukan bunga tu, tak boleh makan pun. 

betul cakap cico dalam filem Puteri Impian 1, "manusia apapun perasaan mereka ketika itu (gembira atau sedih) akan berubah apabila berhadapan dengan kamera. mereka mahu dunia melihat sisi diri mereka yang tertentu sahaja".

aku tahu aku ketinggalan dengan semua trend yang ada di media sosial. aku masih rasa trend berswafoto adalah sejanggal zaman 1990 an, ketika Mr Bean gemar mengambil gambar dirinya menggunakan kamera kodak.

itu memang salah diri sendiri yang ketinggalan zaman, aku tak adalah mahu mengencam sesiapa yang suka berswafoto. tapi aku setuju dengan kebaikan tidak selalu berswafoto seperti yang dikatakan kak fynn jamal. kurangnya kita mendedahkan diri di media sosial, maka kurang jugalah bahaya dari jenayah seksual dan sebagainya. 

aku setuju dengan dia bukan sebab aku nak semua orang cancel trend berswafoto tapi sebab aku tahu hakikat yang pemangsa takkan pernah tidur dan sentiasa mencari peluang yang ada untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. nauzubillah min zalik. 

tentang penularan video sepasang uda dan dara (mungkin boleh tengok ulasan di IG Caprice bagi sesiapa yang nak lindungi diri dari melihat video sebenar yang menjijikkan) menjadi bukti bagaimana perempuan sentiasa akan berada pada pihak yang disalahkan. 

geng feminisme, kau diam kejap.

itu hakikat yang berlaku di seluruh dunia. bahkan manusia terawal dijadikan Tuhan, iaitu Adam & Hawa, yang dibuang dari syurga kerana Hawa memujuk Adam untuk makan buah larangan. Semua akan menunding jari pada perempuan jika sesuatu perkara buruk berlaku. 

Isu rogol; memang manusia yang masih berperikemanusiaan takkan menyalahkan si mangsa  (perempuan). tapi berapa ramai anggota masyarakat yang mahu menerima seorang perempuan yang tidak lagi suci. 

Isu anak luar nikah; berapa ramai yang sanggup membantu remaja perempuan yang mengandung luar dari ikatan perkahwinan? jalan senang, mereka buang/ bunuh bayi itu kerana tidak mahu menanggung malu. ada ke lelaki yang akan merasa derita pergolakan emosi mereka dan bantu mereka?

cukuplah aku berbahas tentang isu ni. 

lagi di sosial media, apa yang ada disitu hanyalah seperti barang-barang yang kau lihat di supermaket. apa yang berdiri di depan kamera itu bukan manusia tapi patung pameran. apa yang dipakai, apa yang dimakan, dimana mereka berada semuanya lebih diutamakan daripada nilai mereka sebagai seorang manusia.

aku tak ada masalah tentang teknik pemasaran di sosial media, malah ramai saja individu yang aku ikuti melakukannya. bisnes adalah tentang menarik perhatian seseorang, jadi memang tepatlah jika cara itu digunakan. 

cuma, bila ia berlaku dikalangan kawan-kawan aku sendiri, aku jadi kekok untuk melihatnya. seseorang yang dahulunya aku kenali suka menulis status tentang kemanusiaan, hal agama dan filsuf kehidupan sekarang sudah memenuhkan notifikasi aku dengan produk jualan mereka.

kawan-kawan, aku sungguh tak kisah, aku hanya rasa kekok. aku tahu di alam dewasa ini, kita bukan lagi remaja yang memasang angan-angan dan harapan setinggi langit. kita berdepan dengan pertarungan dan realiti hidup yang kadangkala meragut jiwa remaja atau kanak-kanak kita.

aku tahu benar kesakitan ekonomi yang individu biasa seperti kita rasa, sebab aku pun merasakannya. kalian adalah penyambung legasi Rasulullah saw yang turut mengamalkan sunnah berniaga, itu adalah sesuatu yang besar.

rasa kekok itu datang kerana mungkin kita tak boleh berbual seperti dahulu. kita yang sekarang bukan kita yang dahulu. aku tak tahu apa yang menjadi kepentingan dalam diri kau sekarang, jadi mungkin aku tak tahu apa yang mahu dibualkan. cuma aku mohon kau juga memandang aku sebagai seorang kawan. bukan semata seorang pelanggan yang perlu diajak untuk membeli produk kalian. itu saja aku minta.

kelmarin, aku ada dengan podcast Lepak One Korner. Isu tentang manusia toksik. Sejujurnya, ada terdetik dalam diri aku yang sebenarnya akulah manusia, kawan yang toksik itu. 

Aku yang selalu cemburu dengan apa yang ada dalam pinggan orang lain. Aku yang sentiasa mahukan perhatian. Cuma, mungkin aku tak suarakan atau tunjukkan secara direct pada orang lain. 

Untuk kawan bernama S, yang sepertinya aku mahu putuskan hubungan dengan dia, aku minta maaf. Minta maaf kerana hanya mampu menulis disini. Maaf jika selama ini akulah si toksik yang kau sengaja jauhi. Maaf kerana dunia kita berbeza sehingga kita tak mampu untuk bersua muka tanpa rasa kekok. Tipu jika aku katakan aku tak pernah cemburu pada kau, bahkan dari dulu aku sentiasa jadikan kau idola. Tapi mungkin, ia semakin teruk sehingga aku jadi seperti seorang stalker. Dan aku putuskan persahabatan ini kerana aku rasa kita lebih baik dengan haluan masing-masing. Bukan jalan seiringan atau sentiasa bersama seperti dahulu. Aku tak kisah jika nama aku tidak ada lagi dalam senarai kawan baik kau. terima kasih untuk semua kegembiraan yang kau bawa dalam hidup aku. terima kasih kerana kau selalu jadikan aku lebih kuat dengan cerita hidupmu yang lebih mencabar. sayonara. 

untuk F, aku minta maaf jika aku nampak seperti menjauhkan diri. aku tahu, aku toksik, aku akan jauhkan diri dari terus jadi bebanan kau. aku tahu kau tak pernah kisah untuk jadi bahu tempat aku bersandar, tapi aku juga tahu di bahu yang sebelah lagi, kau sudah cukup lelah dengan bebanan masalah lain. 

i know i am not a good friend to many people. but you can count on me that i will never intentionally be a burden to someone else. 

dan aku harap, aku berdoa untuk hari-hari terakhir dalam hidup aku, biarlah tiada siapa yang rasa susah atau terbeban. terutama ibu bapa aku. 

i am used to be loner, weirdo and will always be a traveller in this world. aku mungkin tak ada tempat di dunia ni, tapi aku harap sangat aku dapat tempat di akhirat sana. mungkin kebahagiaan paling hakiki adalah dapat bersama dengan semua orang yang aku pernah berkawan, sayang bergembira di syurga sana. 

a true happiness.

No comments:

Post a Comment