Thursday, 10 September 2020

For youuuuuuuuuu~

 here's is the post as i promised in my ig story.

*evil voice: citt. you think anyone care eh? You very popular meh that everyone read your ig story?

anyway, let get started


Meteor Garden 2018

Rasanya dulu aku pernah bebel macam mana aku jatuh suka pada Meteor Garden (2001) pada usia 28 tahun. Dan aku pernah berjanji takkan tengok versi 2018 sebab tengok barisan pelakon pun dah mengeluh.

Ada seseorang di ig telah upload satu video tentang cerita ni. dan melalui video itulah aku jadi curios nak tengok cerita ni. itu adalah tabiat nur farhana ye tuan-tuan dan puan-puan. tak kisahlah kalau orang sekeliling dia suruh tengok hospital playlist, prison playbook ,crash landing on you sampai ke cerita melayu tujuh hari mencintaiku 2, kalau tak ada benda yang trigger aku untuk tengok, memang sampai sudah aku tak nak tengok. dulu layan sweet dreams pun sebab tertarik dgn promo video.

anyway(lagi) where do i start about this drama?

Okay, sejujurnya aku baru tengok 8 episod. so komentari aku mungkin akan berubah tapi ini apa yang aku rasa. aku bukan nak membandingkan versi 2018 dan 2001. dua-dua aku akui ada kekuatannya.

Meteor Garden 2018 dibarisi dengan pelakon yang rata-ratanya lebih muda dari aku, bahkan ada yang lebih muda dari adik bongsu aku yang lahir tahun 2000. Mereka masih bayi dan kanak-kanak ketika kakak-kakak senior di sekolah rendah dan menengah sedang tergila-gilakan F4 (Jerry Yan, Vannes Wu, Vincent-something, dan tak tahu nama seorang lagi).

Dan waktu itu, kesemua pelakon rata-ratanya juga di awal 20 an, jadi tak adil untuk aku kata Meteor Garden 2018 ni terlalu kebudak-budakan. Cuma mungkin istilah lelaki berkarisma dan perempuan tabah telah berubah seiring dengan peredaran zaman. Lelaki-lelaki yang diminati anak gadis zaman sekarang adalah lelaki jambu yang seperti tidak pernah berjumpa dengan encik matahari dan barangkali mandi susu hari-hari. Tapi lelaki yang diminati zaman awal 2000 an adalah lelaki yang berkulit tanned seperti Jerry Yan, mempunyai rambut panjang seperti Vanness Wu dan lelaki pra-jambu seperti Vincent-something tu. Dan perempuan yang menarik adalah berkulit cerah, kurus tinggi dan berambut panjang mengurai seperti Barbie Hsu.

Itu bab penampilan. Okey takpe, kita jangan judge book by its cover.

Bab karakter, okey, i need a long paragraph for this. 

The original story adalah dari manga Jepun, jadi minta maaflah aku tak tahu bagaimana karakter dalam manga. Tapi kita boleh tengok dalam kesemua adaptasi Boys Over Flower (Korea, Jepun, China), karakter heroin adalah seorang yang miskin, kuat, tabah dan berani. 

Barbie Hsu sangat berjaya dalam membawakan watak ni. Dia cantik tapi tak bermekap kebanyakan masa, memakai seluar dan jika dia menjerit marah, memang dia all out takde nak cover-cover. People love her as Shancai sebab pembawakan karakter dia, cantik itu hanya satu bonus. Tapi untuk Shancai versi 2018, episod pertama ketika babak henfonnya terjatuh dan dia mengejar si pesalah yang memijak henfonnya, banyak kali aku lihat mulutnya ternganga seperti seseorang yang bingung nak bergerak ke mana dan nak buat apa. 

Dia tidak cakap "Oh,shit henfon aku jatuh. Aku kena dapatkannya!" dengan nada bersungguh,berani tapi lebih kepada "Alaaaa..henfon aku. Habislah. Macam mana ni..." dengan nada lemah. 

Dia tak tunjukkan ketegasan yang rigid pada kejahatan Daoming Shi, yang akan menyebabkan kita sama-sama membenci lelaki itu. Serius weh, aku tgk Meteor Garden 2001, episod pertama aku dah mempertikaikan Jerry Yan. Kenapa mamat ni jadi watak utama? Daoming Si ni bukannya hensem pun, dah la kejam berlagak semua tuhh. Paling benci bila dia nak kiss Shancai secara paksa sampai perempuan tu menangis. .

Dan di episod akhir, aku betul-betul jatuh suka kat karakter Daoming Si oleh Jerry Yan sampai sambung tengok drama dia Down With Love (cerita dia yang lain macam bosan plus aku suka Ella S.H.E). 

Aku nak ulas dari sudut karakter sebab ini adalah perkara pertama yang aku akan tengok kalau nak menghabiskan sesuatu drama. Kalau cerita kau sehebat Da Vincci Code pun tapi karakter tak menarik atau aku takleh brain, memang aku akan stop tengok.

Perbezaan MG dulu dan sekarang adalah bagaimana sesebuah cerita itu boleh bertahan dan popular disebabkan karisma yang dibawakan para pelakon. Tak perlu pun muka hensem tipikal, Jerry Yan tu contohnya. Muka macam budak Cina kat sekolah aku dulu je. Tapi aura dan keyakinan yang dia bawa tu boleh twist minda kita dan menyebabkan kita setuju dia tu hensem dan charming.

Gituh.

Tapi cerita sekarang, mereka terlalu bergantung pada populariti Dylan Wong (aku pun tak tahu siapa dia ni tapi fanbase dia ramai gak ah) dan pendukung lain, disamping efek istimewa yang kadangkala keterlaluan dan nampak kartun. Dan aku paling menyampah cerita sekarang mesti masukkan product placement. boleh je kan just tunjuk produk tu tanpa perlu terangkan details dia. 

Aku tak boleh nak root karakter Shancai untuk MG 2018 sebab macam yang seseorang comment di youtube, Shancai 2018 nampak kurang keyakinan diri dari mula. Bukan seperti Shancai 2001 yang berani pada tempat. Maknanya bukanlah dia berani membuta tuli tetiba nak lawan F4 tapi dia sangat tegas dalam membenci kegiatan buli yang dilakukan F4. MG 2018, jenayah paling berat pernah dilakukan F4 adalah suruh orang makan kasut. 

-_- ' are we in kindergarten?

Cuma apa yang aku puji, MG 2018 cuba membetulkan perkara absurd yang ada dalam MG 2001. Contohnya dlm MG 2001 mak Shancai suruh anak dia masuk sekolah Mingde sebab nak naikkan taraf kelas hidup mereka. Tapi dalam MG 2018, Shancai masuk Mingde atas kemahuan dia sendiri sebab reputasi universiti Mingde tu sendiri. Mungkin dalam MG 2018, dia akan tekankan kebolehan dan minat Shancai dalam nutrisi dan kulinari instead of a girl yang tak tahu nak buat apa dalam hidup selain selesaikan masalah  (happen also to BOF Korea & Japan). 

Dan, sungguh aku sangat tak berkenan dengan idea Poker game yang dicipta dalam MG 2018. They try to make perbuatan buli in more legal way, tapi sbnrnya itulah yang menjadi kekuatan francais Boys Over Flower. Sekumpulan anak orang kaya berlagak yang fikir mereka raja di sekolah elit tapi akhirnya ketua mereka tewas jatuh cinta pada seorang gadis miskin yang entah macam mana boleh masuk sekolah tu. Dan dalam kesemua francais BOF, keluarga F4 basically memiliki sekolah tempat mereka belajar tapi dalam MG 2018, perkara tu tak ditekankan sgt. Mereka tak tunjuk yang semua staff tunduk pada F4, yg pd aku masuk akal juga.tp aku rasa ada benda yang perlu ditambah untuk cover ketiadaan ciri itu.

Baru 8 episod jadi inilah yang aku nak komen kot.

Entahlah aku pun tak faham apa yang aku bebelkan. 

For the next entry, mungkin aku akan bandingkan semua francais BOF yang aku dah tengok. Eh, ke aku ada cerita eh sebelum ni?

Apa-apa jelah.


Oh, i guess kalau kau dengar lagu opening kat atas tu 8 kali, it will stuck in your head. Memula aku sungguh-sungguh fikir lagu ni tak sebagus Qing Fei De Yi oleh Harlem Yu. Tapi tengoklah sekarang aku asyik nak cakap For youuuuuu~











No comments:

Post a Comment