Friday, 5 February 2021

reverse the hatred

 *sigh

there are time things that we hate will turn into things that we actually love.

aku benci bila benda ni berlaku.

sebab untuk membenci sesuatu perkara (selain apa yang Tuhan benci) atau seseorang, aku kira aku sudah menggunakan semua sel sel otak untuk membuat penilaian.

kau ingat aku benci fatah amin sebab cerita suri hati mr pilot? nope. i hate his first drama (playboy sth sth tu), i hate the first episode of suri hati mr pilot(and the whole drama), i hate how he make cringe book, and i hate how he write poem for neelofa.

tapi akhir-akhir ni, aku ternampak post kebahagiaan dia bersama isteri dan anaknya and i feel...okay lets end it here. he has move on, dah jadi bapak orang, suami orang dan tak kacau hidup aku dengan drama-drama entah apa2 . Jadi yup, the hate just turn into tak kisah.

move on from him.

ingat tak entri lepas aku cerita tentang apa? yup, tentang cerita hindustan sanam teri kasam.

dan, tipikal seorang aku, bila aku ada love hate feeling dengan sesuatu, aku cuba untuk beri peluang kedua supaya perasaan benci tu tak sebanyak perasaan suka. choose love instead of hate. jadi aku tengok balik cerita ni.

dan ia merubah 180 darjah pandangan aku tentang filem itu.

jadi tajuk filem itu adalah sanam teri kasam, dengan tagline 'a love story sealed with curse'. sebenarnya mula-mula aku rasa 'curse' tu adalah kebodohan Saru dan penyakit yang dihadapinya. tapi bila aku tengok balik, sumpahan itu adalah sumpahan paling legit pernah tercipta dalam drama Bollywood. 

Ingat tak filem Kal Ho Na Ho dimana watak SRK akhirnya mati lepas having a wonderful positive life. Atau watak lelaki dalam cerita The Fault in Our Star yang mati instead of the girl.  Itu semua bukan satu sumpahan. Tapi penyakit Saru adalah satu sumpahan. Dan sumpahan itu berpunca dari Inder juga, dari seorang lelaki yang mencintainya.

Bila Inder dan Saru ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan, ingat tak bapa Saru kata dia akan buat majlis pengebumian Saru. Masa tu, dia hanya cakap sebab dia marah dan malu sangat. Bila Saru keluar rumah dan duduk dengan Inder, dia tak ambil tahu pun pasal anak dia sampailah satu malam dia ekori Inder. Lepas tu dia nampak Saru peluk Inder di perhentian bas. 

At that moments, perasaan marah bapa Saru dah sampai tahap maksima, dia benar-benar nak anaknya mati dari memalukan keluarga dengan jadi perempuan jalang. Beberapa hari kemudian, bila Saru dah tukar imej dan nak balik rumah untuk teruskan rancangan bertemu dengan lelaki pilihan ayahnya, dia jadi sangat sedih bila tengok majlis pengebumiannya betul-betul dijalankan. Dalam agama Hindu, bila seseorang mati, mereka meletakkan kalungan bunga pada gambar si mati.

Saru betul-betul sedih, dia rasa macam dah jadi anak derhaka padahal dia memang nak berubah dan penuhi impian mak ayahnya. Disitulah sumpahan itu bermula. 

Abhimanyu tak berkahwin dengan Saru bukan saja sebab dia douchebag yang nak main-mainkan perempuan, tapi sebab keluarganya tak dapat terima Saru yang dah dianggap mati oleh keluarganya. Mungkin bagi orang Islam, ia boleh digambarkan bila bapak kau gigih gali tanah, tanam semua barang-barang kau dan buat pusara tulis nama kau kat tanah perkuburan yang betul. bukan takat belakang rumah je. Pastu siap panggil imam baca talkin dan sebagainya. 

Apa yang nak dihighlightkan disini adalah, kata-kata ibu bapa tu satu doa. Perkahwinan terbatal, kemudian Saru dapat tahu dia sakit tumor otak, semua itu adalah 'berkat' doa bapanya yang mahukan Saru mati. Sebab tu dia pasrah saja dengan takdir hidupnya, dan memang tak nak beri peluang pada Abhimanyu (yang datang minta maaf) bahkan Inder sekalipun (pada mulanya).

Dialah anak derhaka tu, dialah si tanggang. Dia redha dengan semua tu sebab dia sangat sayangkan dan hormatkan ibu bapanya. Jika kematiannya membahagiakan mereka, dia lebih rela begitu.

It makes sense that everytime Inder barge into Saru's family house, he not necessary say anything, tapi akan tanggalkan bunga pada gambar Saru. Sampailah at the end dia blew up cakap "Stop praying for her death, she still alive. I can kill just to make her live", sambil acu pistol kat bapa Saru dan dirinya juga.

Inder and Saru love story might not be perfect tapi aku rasa make sense dengan tema curse tu. Once Saru met Inder, her life become chaos. Tapi itulah dia lelaki yang sayangkannya lebih dari bapanya sendiri. Meeting Inder might make her close to death but also make her happy that she will not get from any other man.

Sebab tulah Allah dah gariskan batas hubungan lelaki dan perempuan bukan mahram. Jangan hampiri zina, tundukkan pandangan. Pada aku, ibu bapa Saru tak bersalah. Mereka hanya nak terbaik untuk anak mereka dan deep inside mereka sayangkan anak mereka lebih dari segalanya yang mereka ada. 

Cuma agama mereka dan budaya masyarakat sekeliling yang membuatkan mereka berfikiran agak sempit. Kedudukan perempuan dalam agama mereka seolah-olah hanya boleh diangkat jika mereka mempunyai jodoh lelaki yang baik. Ia bukan hanya berlaku dalam masyarakat India bahkan China yang merendahkan martabat perempuan (tengoklah video Vice News kat yt tentang 'perempuan tak laku' di China). 

Tapi dalam Islam, tiada jantina yang melebihi jantina yang lain. Lelaki sememangnya seorang pemimpin, tapi pemimpin itu datang dari perut seorang wanita. Lihatlah bagaimana Allah angkat darjat Mariam yang melahirkan insan hebat seperti Nabi Isa as sehingga merakamkan namanya dalam surah dalam Al-Quran.

Sekarang, aku rasa tak ada siapa yang salah. Cerita ini boleh beri pengajaran yang baik pada anak muda di luar. Saru, memang anak yang baik. Tapi dia culas dalam menjaga ikhtilat dengan lelaki bukan mahram. Memang mereka tidak lakukan apa-apa (pada mulanya) tapi ia jelas mencemarkan nama baik wanita suci sepertinya. Dia sepatutnya faham tentang kepentingan memperjuangkan maruah dirinya lebih daripada keperluan mencari seorang suami untuk memujuk bapanya. 

Dia tak menjaga kesucian dirinya, senang-senang membiarkan lelaki itu menyentuhnya, menerima saja sebarang lamaran lelaki asalkan dia berpendidikan dan memberi harapan palsu pada Inder....semua itu bukanlah langkah untuk memperjuangkan maruah dirinya.

Aku suka satu filem India, tak ingat tajuk tapi berkenaan seorang permaisuri yang sangat menjaga maruah dirinya sehingga tak ramai yang tahu kecantikan wajahnya kecuali keluarga, suami dan beberapa orang di istana. Apabila seorang pemimpin dari negara lain ingin menatap wajahnya kerana nafsu, dia tak membenarkan walau sekali wajahnya terlihat pada mata pemimpin itu. Walaupun pemimpin jahat itu membunuh si raja (suaminya) dan hampir menawan negaranya, permaisuri itu bertindak menyelamatkan maruah dirinya dan semua wanita dalam negaranya  dengan membakar diri mereka. 

Ye, itu agak ekstrem. 

Tapi you got my point kan. Perjuangkan maruah diri kau hingga ke titisan darah terakhir. 

Dan Inder, dia patut belajar menjadi seorang lelaki yang matang. Ada masalah minum arak, sedih minum arak, gembira pun minum arak. Kau rasa ada ke lelaki yang nak serahkan anaknya pada orang macam kau. 

And if I could ask a man like him who love an ordinary woman like Saru, apa yang dia expect dari perempuan itu sebenarnya? Adakah dia jatuh cinta dengan Saru sebab Saru baik, dan boleh melembutkan hatinya yang keras? The old theme of bad guy good girl? 

Adakah kategori perempuan baik termasuklah bila dia rela serahkan maruah dia pada kau? Dari sudut lain, aku tak rasa Saru melayan Inder dengan baik. Dia dengar cerita Inder, dia tak judge Inder, dia selalu tegur tentang tabiat minum araknya tapi dia masih tak boleh baca isi hati Inder. Dan 'baik' Saru pada Inder seolah-olah beri harapan palsu pada lelaki itu. Kenapa nak cintakan seseorang yang tak nampak pun diri kita, bahkan sentiasa susahkan hidup kita, butuhkan pengorbanan dari kita sedangkan dia tak buat apa-apa?

Yeah, Inder come hell high water untuk selesaikan masalah hidup Saru. Tapi Saru tak buat apa pun untuk Inder selain ubatkan luka badan dia dan itupun jadi punca masalah hidup mereka. Bahkan bukan Saru yang bantu pulihkan hubungan Inder dan bapaknya. Plot dalam cerita ni bergerak kerana Inder. Kalau nak harapkan Saru yang asyiklah sedih menangis 24 jam, sampai bila ntah nak habis. 

Kan aku dah jadi bitter balik. 

And I would say, this kind of relationship is toxic. Nama lain untuk hubungan ni adalah kegilaan. Kegilaan pada sesuatu yang kita tak kenal.So that feeling is just... a hormone?

Dahlah. penat aku membebel.


No comments:

Post a Comment