Sunday, 13 June 2021

miss you like crazy (the novel) 2

 2. Perkahwinan yang terjadi adalah teguran untuk ketiga-tiga watak utama. Aku suka dengan mesej yang disampaikan SR melalui perkahwinan tersebut.

Betul tak kalau aku kata Maisara tak pernah menjadi isteri yang nusyuz. Dia hanya jahat sebelum berkahwin, iaitu menjerat Nazril dalam perkahwinan hanya untuk jatuhkan reputasi lelaki itu. Tapi, selesai saja akad, dia tak pernah mengingkari segala arahan Nazril. Dia fikir dia boleh menguasai permainan yang dicipta tapi dia tak sangka keikhlasan Nazril merubah segalanya. Sedikit demi sedikit dia boleh mempercayai lelaki itu dan mencintainya. 

Nazril di awal perkahwinan menghapuskan stigma dalam masyarakat bahawa tugas menguruskan rumah tangga terletak di bahu perempuan. Aku suka bukan sebab aku feminis, tapi Rasulullah saw sendiri tak kisah membuat kerja rumah. Bahkan jika baginda saw lapar, baginda sediakan makanan sendiri sebab tak nak kejutkan siti aisyah yang sedang keletihan. Nazril bukan saja sayangkan Maisara tapi dia hormatkan wanita itu. Maisara bukan isteri yang nusyuz kerana tak membuat kerja rumah. Betul tindakan Nazril untuk menunjukkan contoh dan tauladan kepada isteri terlebih dahulu sebelum mengharapkan dia berubah. 

Kesalahan Maisara adalah dia tidak tahu banyak benda jadi dengan contoh dan tauladan dari Nazril serta nasihat berguna dari Qistina, dia banyak belajar untuk berubah. Dia adalah karakter yang mempunyai perkembangan yang baik sejak diawal cerita. 

Dari sudut watak Nazril sebagai suami pula, dia menjalankan peranan yang baik di awal perkahwinan. Cuma hanya kerana satu penipuan, dia mudah menghukum isterinya. Betul kata uminya, bila berhadapan dengan satu masalah perkahwinan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah tidak mudah melatah. Selesaikan dengan cara yang baik antara dua pihak, walau macam mana sakit hati kita rasa. Bak kata Aiman Azlan, perkahwinan tak menjadikan seseorang itu mind reader. Kau kena beri peluang pada pasangan untuk membela diri, kemudian menegur dengan nasihat yang baik, menyiasat dan kemudian baru menghukum jika dia tidak berubah. 

Kesalahan Nazril yang kedua adalah tidak mempercayai isterinya. Dia masih terperangkap dalam bubble nya iaitu orang yang baik hanyalah mereka yang bertudung labuh dan bersopan santun. Dia masih cintakan Maisara tapi dia sudah hilang hormat dan kepercayaan pada isterinya. Kalau dia hormatkan isterinya, dia takkan membiarkan seorang perempuan asing tinggal bersama mereka. Apatah lagi jika perempuan itu mungkin akan dikahwini. Bagaimana jika sebaliknya berlaku, iaitu jika Aidil tinggal bersama mereka? Dia mungkin akan rasa insecure sepanjang masa. Itulah yang dihadapi Maisara. Bersyukurlah kerana perempuan itu seorang yang penuh keyakinan diri, kerana jika perempuan biasa, dia mungkin boleh mengalami depressi. 

Kepercayaan Nazril pada isterinya juga kurang. Dia lebih mempercayai kata-kata orang luar berbanding isteri sendiri. Kesilapan yang sama dilakukan dalam setiap masalah yang mereka hadapi. Dia tak beri peluang pada Maisara membela diri, menuduhnya yang bukan-bukan dan kemudian meminta maaf selepas ditegur umi. Sampai bila umi perlu ada untuk menegur setiap kesalahannya pada si isteri? Kenapa kata-kata si isteri tak bermakna pada dirinya walaupun ia adalah kebenaran?

Benda yang membuatkan Maisara putus asa adalah kerana kesilapan yang sama dilakukan berulang kali, sehingga satu tahap kesabarannya sudah hilang. Penghinaan Nazril pada setiap kelemahan dirinya adalah titik akhir kesabaran seorang Maisara. Dia perlu fikirkan anak yang dikandungnya, dia tak nak hidup dalam keadaan tertekan dan tanpa sokongan si suami. 

Tbh, aku tak kisah jika kisah ini ditamatkan begitu saja. Sebab di alam realiti, one is enough. Twice is forgiven. Tak ada istilah peluang ketiga. Betul kata Maisara, Nazril adalah tipikal lelaki yang sentiasa memberi kata-kata manis tapi tak ubah seperti tin kosong. Dia tak walk the talk, entah kenapa sifat menunjukkan tauladan yang dia ada di awal perkahwinan hilang begitu saja. 

3. Dari sudut watak Nurul Huda, okey yang ini memang pengajaran yang betul-betul berkesan untuk aku. Sebenarnya pada mulanya aku memang tak gemar jika pembuat drama tunjukkan watak perempuan bertudung atau bertudung labuh seorang yang jahat. Aku bukan nak judge book by its cover. Tapi tbh, lebih ramai perempuan bertudung labuh yang baik berbanding yang jahat aku kenal. Pemakaian tudung labuh atau purdah senang untuk menjadi fitnah dalam masyarakat, jadi jangan keruhkan lagi keadaan. 

Nurul Huda, gadis baik yang bertudung labuh, ustazah pilihan yang mana-mana lelaki baik boleh jatuh suka. Satu, dia hipokrit. Macam Nazril, dia tak walk the talk dan hanya baik dari luaran.Aku tak suka manusia yang suka membawa mulut. Kalau kebaikan yang disebarkan tak apalah juga. Kebencian Sara pada Nurul Huda bukan sesuatu yang tak berasas, mungkin sepanjang dia duduk sebilik dengan Huda, dia boleh rasakan perempuan itu tidak ikhlas dalam setiap kebaikan yang dilakukan. Cuma cara Sara menunjukkan kebenciannya agak kebudak-budakan, jadi tak ramai yang percaya padanya. 

Kedua, satu pesanan untuk diri aku juga. Jaga diri. Kau ada master, kau cukup sifat, kenapa masih nak bergantung pada orang lain lagi? Entahlah aku rasa kekok gila dengan fakta yang seorang perempuan baik rela duduk serumah dengan lelaki bukan mahram hanya kerana dia mahu jadikan lelaki itu mahramnya. Faham tak?

Ya, aku tahu kau cintakan dia dan kau dah jaga hati kau untuk dia. Tapi girl,jangan jatuhkan maruah kau sebab seorang lelaki. Tak kisah kalau bila kau putus tunang tu, kau masih simpan perasaan dan harapan pada dia. Tapi jadikan diri kau sendiri seseorang yang worth to be own.Kau boleh tumpukan untuk tingkatkan segala kekurangan yang kau miliki, belajar berdikari dan jangan sempitkan dunia kau hanya dalam lingkungan kampung itu saja. Dunia ni luas. Beri peluang pada diri kau sendiri untuk cari kehidupan yang lebih bermakna dari sekadar menjadi isteri Nazril Nazim. 

Cinta suci dari zaman remaja tu dah berubah jadi cinta toksik yang merosakkan Nurul Huda sendiri. Dia semakin hilang malu, lidahnya semakin tajam menuduh, menabur fitnah. Jujurlah, kita takkan bahagia dengan memijak kebahagiaan orang lain. Kalau betul nak rebut cinta Nazril, play a fair game. You prove yourself first instead of suka bawa berita untuk jatuhkan pihak lawan. Lagi satu, kita ni orang perempuan kan. Sedihlah tengok orang perempuan yang suka nak jatuhkan maruah perempuan lain. 

Tahu tak bagi aku, betullah satu ayat yang mengatakan kejahatan bermula bila kau rasa kau lebih baik daripada orang lain. Tengoklah macam mana syaitan yang pada awalnya paling soleh, jadi paling hina hanya sebab ada sifat 'aku lebih lebih baik dari Adam yang dijadikan dari tanah'. Bangsa Yahudi Israel yang terbaik tu jadi sehina-hina bangsa dan terus buat kerosakan hanya sebab rasa mereka lebih baik dari rakyat Palestin. 

Sejujurnya, template yang diguna pakai dalam RASN sama je macam drama-drama lain. Cuma kekuatan ada pada watak-wataknya dan cara mesej baik itu disampaikan. Kita dah penat tengok watak perempuan baik kena buli jadi SR berikan watak Maisara yang kuat dan yakin diri walaupun dibuli. Yang menariknya, kekurangan dirinya yang kadangkala 'slow' dan terlalu kebudak-budakan itulah yang buat kita tak rasa stress. 

So yeah, the book and drama are worth to be read and watch. Highly recommended.


miss you like crazy (the novel)

 ahaha suka hati aku je tukar tajuk novel eh.

sebab 'rindu awak separuh nyawa' bunyi cheesy sangat utk tajuk entri blog aku. 

so where do i start?

Aku sebenarnya ada love hate relationship dengan setiap karya Siti Rosmizah. Selalunya aku akan tak suka sangat dengan novel dia but akhirnya end up suka. 

In a short word, pandangan aku tentang resepi karya SR adalah dia ratu drama. Semua watak-watak dalam novel dia sangatlah drama sampai kau rasa weii betul ke ada manusia macam ni. 

Tiga novel dia yang aku baca, Andai itu Takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu dan terbaru Rindu Awak Separuh Nyawa.  AIT berkisar tentang Aleya yang dikahwin paksa dengan seorang anak orang kaya yang angkuh dan macam-macam penghinaan yang dialami selepas kahwin. Drama babak2 'kejam' tu satu, lepas tu datang pula babak penyakit yang hampir meragut nyawanya. Aku cam...wtf. Eh, tak cukup dengan itu, ada plak sambungan novel tersebut dimana lelaki itu buat hal lagi. Aku cam SERIOUSLY JANTAN. Wont you take lesson?

LKC pula watak heroinnya sanggup pakai baju serupa badut dengan mekap opera cina setiap hari hanya untuk menutup wajah sebenarnya. Dia tak nak bapanya teringat pada arwah ibunya jika pandang mukanya. Aku cam...hmm k. 

Aku tak suka elemen drama dalam novel2 tersebut tapi aku baru sedar sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan disebalik semua drama2 itu. Yang sampai kadangkala walaupun aku rasa jalan ceritanya agak hiperbola, aku tak perasan yang ia juga boleh buat aku menangis. Itulah powernya SR. Mula2 kau akan perlekehkan jalan ceritanya tapi at the end kau macam 'Shit this thing really good'. Gitu. 

Back to the topic. 

What I dont like about RASN the novel?

1. Gaya bahasanya yang aku rasa agak berterabur. Aku bukanlah grammar nazi tapi seriously kadangkala kita perlu hadkan penggunaan bahasa pasar macam kekwat sebab some of the people cant understand the slang. Target novel ni memang seratus peratus orang Melayu, sebab tak semua boleh faham dengan singkatan dan slang yang digunakan. I mean, kalau proper slang macam bahasa Kelantan "Mu dok reti", that is still understandable. Tapi kalau slang macam "Kau ni kekwat la, Sara", the non Malay reader might dont get the point. So ya, gaya bahasanya saja dah mengecilkan skop target novel ini. 

Kedua, susunan sesuatu plot. Mungkin aku je yang rasa benda ni tapi kadangkala aku tertinggal kereta api sebab tak perasan rupanya perenggan yang aku baca adalah satu imbasan. She should consider to write the flasback scene in italic form. Like seriously.

Lagi mengenai stail penulisan SR adalah dia jarang memberikan maklumat tentang sesuatu setting. Yup, ketepatan mengenai sesuatu setting cerita tak perlu dilakukan secara tepat. Contohnya katakan penulis beritahu babak ini berlaku di Universiti Malaya, it would be good kalau tempat-tempat yang dikatakan adalah benar dan mereka yang belajar di UM boleh relate. Tapi SR lebih senang untuk membiarkan pembacanya membayangkan sendiri setting untuk sesuatu babak. And thanks to the drama, it quit help me untuk imagine semua setting dalam novel itu. 

2. Aku masih terganggu dengan fakta kemalangan boleh menyebabkan rahim seorang wanita terjejas. Like if you pregnant and having miscarriage sebab accident, I totally can accept it. Tapi kalau kau bujang, tiba-tiba accident dan doktor kata 'Oh awak mungkin akan susah mengandung'. Like...where's the fire?

What I like about RASN?

1. The characters. Aku perasan semua watak perempuan dalam novel SR , normally a loud woman with strong attitude. Aku tak pernah baca 7 Hari Mencintaiku & Curi-curi Cinta, tapi aku tahu watak perempuannya adalah jenis sebegitu. The one lady that dare to do anything just to get what she want. Dan disitulah masalahnya bermula.

Kasih Maisara pada permulaannya nampak seperti gadis shallow yang manja dan tipikal sifat-sifat brat spoil child. Tapi aku perasan that she actually quit brilliant and her action is based on strong reason. 

Contoh, kenapa dia beria nak kenakan Nazril at the first place? Satu sebab dia sebenarnya sedang cuba nak tutup rasa bersalahnya langgar Nazril. She might hurt many guy's feeling before this but not physically hurt them. Dia bijak dalam mengelak dari bertanggungjawab untuk semua perbuatannya. Walaupun dia suka hati batalkan pertunangan dengan Aidil, dia masih berkawan baik dengan lelaki itu dan keluarganya. Sebab itu mereka tak pernah simpan dendam pada dia sebab Maisara melakukannya dengan cara straight to the point tapi dengan imej manja kebudak-budakannya. Jadi tiada siapa berasa terancam jika dia mengenakan mereka. 

Tapi Nazril, walaupun pada pertemuan pertama, dah menghamburkan segala kemarahan pada gadis itu. He is being at the wrong place in the wrong time, masa tu Maisara memang dalam keadaan bad mood. Nazril cuba untuk jadi pak ustaz yang menasihat tapi Maisara merasakan semua itu dilakukan dalam keadaan angkuh dengan tujuan untuk menghinanya. Jadi dia mahu mengajar Nazril untuk jangan hakimi seseorang berdasarkan luaran. 

Maisara being Maisara, the shady and tricky girl yang buat apa saja untuk kekalkan reputasi dirinya. Sebelum dia selamatkan Nazril dari kemalangan, dia dah putus asa untuk kenakan Nazril sebab dia tahu he wont budge with his principle. Dia hanya gunakan peluang kemalangan itu dan kelemahan Nazril untuk menjerat Nazril ke alam perkahwinan yang tak diingini. She seem bad, kan. Tapi bak kata Taylor Swift,

"Dont say I didnt say, I didnt warn ya"

Dia dah berhujah dengan Nazril tapi lagi dia berhujah lagi dia tahu Nazril sendiri mahukan perkahwinan itu. Dia sudah memberi worst situation kepada lelaki itu tapi Nazril tetap degil. Ya, aku bukan nak menangkan perempuan tapi lelaki lebih berfikiran jauh kan. Jadi kenapa dalam hal ni, tak reti nak buat penilaian dengan baik. 

Watak Nazril sebagai lelaki baik di permulaan cerita tapi mudah melenting apabila berhadapan dengan masalah dan suka buat keputusan terburu-buru. Aku syak hormon estrogennya lebih tinggi berbanding Maisara. Nazril adalah contoh golongan yang suka duduk dalam 'bubble' mereka sendiri. 'Oh, aku baik jadi aku hanya akan kawan dengan orang baik dan akan end up dengan orang yang baik'. Ramai je kawan lelaki aku yang dikategorikan sebagai 'pak ustaz' tapi elok je berkawan dengan semua orang tanpa prejudis. The same thing happen to watak Nurul Huda. 'Jadi aku tudung labuh, sopan santun maka aku lebih baik dari orang lain'. 

Jadi perkahwinan Nazril dan Maisara adalah satu teguran dari Tuhan untuk ketiga-tiga karakter, Nazril, Maisara dan Nurul Huda. 

bersambung...

gitu.

Friday, 11 June 2021

Miss you half of my life (drama)

 Bak kata pujangga, janganlah kamu membenci sesuatu sungguh2 benci, nescaya satu hari nanti kamu akan menyukainya sungguh2 juga. 

Aku benci setiap kali benda ni jadi kat aku. 

Things i hate about this drama at first:

1.Dari azali, aku tak suka uqasha senrose. Aku rasa dia fake, overacting and such. But i realised she actually a very good actresses. She just a need a one role that fits her well. 

But 'Rindu awak separuh nyawa' did give her the best role. Pendapat aku la. Sebab aku masih tak terbuka hati utk tgk drama dia yang lain. 

2. Aku ada neutral feeling tntg shukri yahya. His best acting bagi aku adlh cerita telemovie"abang beduk sth sth"( lupa tajuk.lama dah weh cite ni), gandingan dia dan mira filzah. 

He is fine, tp tak tahu kenapa aku tak adalah terlalu meminatinya. I watch none of his previous drama yg kbyknnya meletup. 

But i like him as a person. Dia loving dgn isteri dan family dia,as far as he shown in social media la. 

Sebabkan itulah aku tak berapa berkenan bila dia yg bwk wtk nazril nazim ni. Sbb aku pernah tgk iklan, teaser drama ni secara kebetulan, ada babak2 yg peluk, duduk atas katil. 

Tbh, aku agak pantang kalau pelakon lelaki/ perempuan yg dah berkahwin tidak menjaga batas pergaulan dgn partner lakonan mereka. I mean, kalau ungku ismail yg bujang tu blh elak dr scene2 sebegitu, why not him. Even aku rs kdg2 UIA terbabas jgk pegang2 partner lakonannya. 

Tp seriously aku tak boleh bygkan org lain utk bwk wtk nazril ni. Shukri yahya really have that innocent lurus looking guy (mcm dlm telemovie abg beduk) but at the same time can be badass (seriau weh bila tgk satu drama dia yg dia jadi suami kaki pukul tu).

Okay itu je sebab aku tak suka psl drama ni. Tentang hal storyline, aku akan tulis dlm entri seterusnya, yg lebih byk berkisar drpd novel. 

Things i like about this drama:

1. Perfect actor for each character. Even bila aku bc novel, aku tak blh berhenti bygkan how uqasha & shukri fit the role. 

Yg bahagian 'bahaya' tu kita skip sajalah ye. 

2. Aku tak suka watak Qistina dlm novel. Sebab dia mcm byk sgt benda nak dicakap, aku jadi pening .In fact aku bukan a big fan of Noreen, si pelakon yg bw watak tu. 

Tapi aku suka Noreen sbg Qistina. It just fit her well. Dia as individuals mmg jenis yg byk ckp, like if you dont know her well kau akan kata dia poyo, perasan bagus (ms dia dtg motif viral aku agak annoying sbb dia act mcm dia popular. Padahal ramai komen kat yt channel thinker studio yg dorg tak kenal pun noreen ni sapa). 

But as a defense, yeah skrg i like her as individuals and her as 'Qistina'. 

Sama juga mcm watak Izudin. Mula2 aku rs dia mcm try hard sgt. But lama2, best jgk watak dia. 

3. The quality of the drama. Dari teaser, sinematography, ost, pemilihan pelakon dan susun atur skrip, kau blh tahu yg semua org dlm drama ni make their best effort despite we are in the middle of pandemic. I can accept yg some of the setting lebih nmpk mcm sekolah drpd universiti. i can understand mungkin susah utk dptkan setting yg betul2 extravaganza. 

4. They follow the novel almost 90%, and ada scene romantik yg digantikan dgn scene lain yg lebih menjaga batas antara pelakon. But still mcm aku ckp td, ada jgk scene romantik yg aku rs tak perlu. 

So yeah. Cerita ni lah yg aku kutuk kaw kaw masa tgk kat tv haritu. Serius wehh ms tu aku rasa semua watak mcm bodoh dan over. Tp bila go through story tu dari awal & baca versi novel, now i kinda know why it is antara drama terbaik yg dihasilkan pd 2021. 


Oh btw, aku maraton almost 45 episode cerita ni semalam, dari ptg sampai pukul 5 pagi. 


Kadang2 aku kagum dgn sifat curiousity aku. Hehe