Sunday, 13 June 2021

miss you like crazy (the novel) 2

 2. Perkahwinan yang terjadi adalah teguran untuk ketiga-tiga watak utama. Aku suka dengan mesej yang disampaikan SR melalui perkahwinan tersebut.

Betul tak kalau aku kata Maisara tak pernah menjadi isteri yang nusyuz. Dia hanya jahat sebelum berkahwin, iaitu menjerat Nazril dalam perkahwinan hanya untuk jatuhkan reputasi lelaki itu. Tapi, selesai saja akad, dia tak pernah mengingkari segala arahan Nazril. Dia fikir dia boleh menguasai permainan yang dicipta tapi dia tak sangka keikhlasan Nazril merubah segalanya. Sedikit demi sedikit dia boleh mempercayai lelaki itu dan mencintainya. 

Nazril di awal perkahwinan menghapuskan stigma dalam masyarakat bahawa tugas menguruskan rumah tangga terletak di bahu perempuan. Aku suka bukan sebab aku feminis, tapi Rasulullah saw sendiri tak kisah membuat kerja rumah. Bahkan jika baginda saw lapar, baginda sediakan makanan sendiri sebab tak nak kejutkan siti aisyah yang sedang keletihan. Nazril bukan saja sayangkan Maisara tapi dia hormatkan wanita itu. Maisara bukan isteri yang nusyuz kerana tak membuat kerja rumah. Betul tindakan Nazril untuk menunjukkan contoh dan tauladan kepada isteri terlebih dahulu sebelum mengharapkan dia berubah. 

Kesalahan Maisara adalah dia tidak tahu banyak benda jadi dengan contoh dan tauladan dari Nazril serta nasihat berguna dari Qistina, dia banyak belajar untuk berubah. Dia adalah karakter yang mempunyai perkembangan yang baik sejak diawal cerita. 

Dari sudut watak Nazril sebagai suami pula, dia menjalankan peranan yang baik di awal perkahwinan. Cuma hanya kerana satu penipuan, dia mudah menghukum isterinya. Betul kata uminya, bila berhadapan dengan satu masalah perkahwinan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah tidak mudah melatah. Selesaikan dengan cara yang baik antara dua pihak, walau macam mana sakit hati kita rasa. Bak kata Aiman Azlan, perkahwinan tak menjadikan seseorang itu mind reader. Kau kena beri peluang pada pasangan untuk membela diri, kemudian menegur dengan nasihat yang baik, menyiasat dan kemudian baru menghukum jika dia tidak berubah. 

Kesalahan Nazril yang kedua adalah tidak mempercayai isterinya. Dia masih terperangkap dalam bubble nya iaitu orang yang baik hanyalah mereka yang bertudung labuh dan bersopan santun. Dia masih cintakan Maisara tapi dia sudah hilang hormat dan kepercayaan pada isterinya. Kalau dia hormatkan isterinya, dia takkan membiarkan seorang perempuan asing tinggal bersama mereka. Apatah lagi jika perempuan itu mungkin akan dikahwini. Bagaimana jika sebaliknya berlaku, iaitu jika Aidil tinggal bersama mereka? Dia mungkin akan rasa insecure sepanjang masa. Itulah yang dihadapi Maisara. Bersyukurlah kerana perempuan itu seorang yang penuh keyakinan diri, kerana jika perempuan biasa, dia mungkin boleh mengalami depressi. 

Kepercayaan Nazril pada isterinya juga kurang. Dia lebih mempercayai kata-kata orang luar berbanding isteri sendiri. Kesilapan yang sama dilakukan dalam setiap masalah yang mereka hadapi. Dia tak beri peluang pada Maisara membela diri, menuduhnya yang bukan-bukan dan kemudian meminta maaf selepas ditegur umi. Sampai bila umi perlu ada untuk menegur setiap kesalahannya pada si isteri? Kenapa kata-kata si isteri tak bermakna pada dirinya walaupun ia adalah kebenaran?

Benda yang membuatkan Maisara putus asa adalah kerana kesilapan yang sama dilakukan berulang kali, sehingga satu tahap kesabarannya sudah hilang. Penghinaan Nazril pada setiap kelemahan dirinya adalah titik akhir kesabaran seorang Maisara. Dia perlu fikirkan anak yang dikandungnya, dia tak nak hidup dalam keadaan tertekan dan tanpa sokongan si suami. 

Tbh, aku tak kisah jika kisah ini ditamatkan begitu saja. Sebab di alam realiti, one is enough. Twice is forgiven. Tak ada istilah peluang ketiga. Betul kata Maisara, Nazril adalah tipikal lelaki yang sentiasa memberi kata-kata manis tapi tak ubah seperti tin kosong. Dia tak walk the talk, entah kenapa sifat menunjukkan tauladan yang dia ada di awal perkahwinan hilang begitu saja. 

3. Dari sudut watak Nurul Huda, okey yang ini memang pengajaran yang betul-betul berkesan untuk aku. Sebenarnya pada mulanya aku memang tak gemar jika pembuat drama tunjukkan watak perempuan bertudung atau bertudung labuh seorang yang jahat. Aku bukan nak judge book by its cover. Tapi tbh, lebih ramai perempuan bertudung labuh yang baik berbanding yang jahat aku kenal. Pemakaian tudung labuh atau purdah senang untuk menjadi fitnah dalam masyarakat, jadi jangan keruhkan lagi keadaan. 

Nurul Huda, gadis baik yang bertudung labuh, ustazah pilihan yang mana-mana lelaki baik boleh jatuh suka. Satu, dia hipokrit. Macam Nazril, dia tak walk the talk dan hanya baik dari luaran.Aku tak suka manusia yang suka membawa mulut. Kalau kebaikan yang disebarkan tak apalah juga. Kebencian Sara pada Nurul Huda bukan sesuatu yang tak berasas, mungkin sepanjang dia duduk sebilik dengan Huda, dia boleh rasakan perempuan itu tidak ikhlas dalam setiap kebaikan yang dilakukan. Cuma cara Sara menunjukkan kebenciannya agak kebudak-budakan, jadi tak ramai yang percaya padanya. 

Kedua, satu pesanan untuk diri aku juga. Jaga diri. Kau ada master, kau cukup sifat, kenapa masih nak bergantung pada orang lain lagi? Entahlah aku rasa kekok gila dengan fakta yang seorang perempuan baik rela duduk serumah dengan lelaki bukan mahram hanya kerana dia mahu jadikan lelaki itu mahramnya. Faham tak?

Ya, aku tahu kau cintakan dia dan kau dah jaga hati kau untuk dia. Tapi girl,jangan jatuhkan maruah kau sebab seorang lelaki. Tak kisah kalau bila kau putus tunang tu, kau masih simpan perasaan dan harapan pada dia. Tapi jadikan diri kau sendiri seseorang yang worth to be own.Kau boleh tumpukan untuk tingkatkan segala kekurangan yang kau miliki, belajar berdikari dan jangan sempitkan dunia kau hanya dalam lingkungan kampung itu saja. Dunia ni luas. Beri peluang pada diri kau sendiri untuk cari kehidupan yang lebih bermakna dari sekadar menjadi isteri Nazril Nazim. 

Cinta suci dari zaman remaja tu dah berubah jadi cinta toksik yang merosakkan Nurul Huda sendiri. Dia semakin hilang malu, lidahnya semakin tajam menuduh, menabur fitnah. Jujurlah, kita takkan bahagia dengan memijak kebahagiaan orang lain. Kalau betul nak rebut cinta Nazril, play a fair game. You prove yourself first instead of suka bawa berita untuk jatuhkan pihak lawan. Lagi satu, kita ni orang perempuan kan. Sedihlah tengok orang perempuan yang suka nak jatuhkan maruah perempuan lain. 

Tahu tak bagi aku, betullah satu ayat yang mengatakan kejahatan bermula bila kau rasa kau lebih baik daripada orang lain. Tengoklah macam mana syaitan yang pada awalnya paling soleh, jadi paling hina hanya sebab ada sifat 'aku lebih lebih baik dari Adam yang dijadikan dari tanah'. Bangsa Yahudi Israel yang terbaik tu jadi sehina-hina bangsa dan terus buat kerosakan hanya sebab rasa mereka lebih baik dari rakyat Palestin. 

Sejujurnya, template yang diguna pakai dalam RASN sama je macam drama-drama lain. Cuma kekuatan ada pada watak-wataknya dan cara mesej baik itu disampaikan. Kita dah penat tengok watak perempuan baik kena buli jadi SR berikan watak Maisara yang kuat dan yakin diri walaupun dibuli. Yang menariknya, kekurangan dirinya yang kadangkala 'slow' dan terlalu kebudak-budakan itulah yang buat kita tak rasa stress. 

So yeah, the book and drama are worth to be read and watch. Highly recommended.


No comments:

Post a Comment