Sunday, 13 June 2021

miss you like crazy (the novel)

 ahaha suka hati aku je tukar tajuk novel eh.

sebab 'rindu awak separuh nyawa' bunyi cheesy sangat utk tajuk entri blog aku. 

so where do i start?

Aku sebenarnya ada love hate relationship dengan setiap karya Siti Rosmizah. Selalunya aku akan tak suka sangat dengan novel dia but akhirnya end up suka. 

In a short word, pandangan aku tentang resepi karya SR adalah dia ratu drama. Semua watak-watak dalam novel dia sangatlah drama sampai kau rasa weii betul ke ada manusia macam ni. 

Tiga novel dia yang aku baca, Andai itu Takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu dan terbaru Rindu Awak Separuh Nyawa.  AIT berkisar tentang Aleya yang dikahwin paksa dengan seorang anak orang kaya yang angkuh dan macam-macam penghinaan yang dialami selepas kahwin. Drama babak2 'kejam' tu satu, lepas tu datang pula babak penyakit yang hampir meragut nyawanya. Aku cam...wtf. Eh, tak cukup dengan itu, ada plak sambungan novel tersebut dimana lelaki itu buat hal lagi. Aku cam SERIOUSLY JANTAN. Wont you take lesson?

LKC pula watak heroinnya sanggup pakai baju serupa badut dengan mekap opera cina setiap hari hanya untuk menutup wajah sebenarnya. Dia tak nak bapanya teringat pada arwah ibunya jika pandang mukanya. Aku cam...hmm k. 

Aku tak suka elemen drama dalam novel2 tersebut tapi aku baru sedar sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan disebalik semua drama2 itu. Yang sampai kadangkala walaupun aku rasa jalan ceritanya agak hiperbola, aku tak perasan yang ia juga boleh buat aku menangis. Itulah powernya SR. Mula2 kau akan perlekehkan jalan ceritanya tapi at the end kau macam 'Shit this thing really good'. Gitu. 

Back to the topic. 

What I dont like about RASN the novel?

1. Gaya bahasanya yang aku rasa agak berterabur. Aku bukanlah grammar nazi tapi seriously kadangkala kita perlu hadkan penggunaan bahasa pasar macam kekwat sebab some of the people cant understand the slang. Target novel ni memang seratus peratus orang Melayu, sebab tak semua boleh faham dengan singkatan dan slang yang digunakan. I mean, kalau proper slang macam bahasa Kelantan "Mu dok reti", that is still understandable. Tapi kalau slang macam "Kau ni kekwat la, Sara", the non Malay reader might dont get the point. So ya, gaya bahasanya saja dah mengecilkan skop target novel ini. 

Kedua, susunan sesuatu plot. Mungkin aku je yang rasa benda ni tapi kadangkala aku tertinggal kereta api sebab tak perasan rupanya perenggan yang aku baca adalah satu imbasan. She should consider to write the flasback scene in italic form. Like seriously.

Lagi mengenai stail penulisan SR adalah dia jarang memberikan maklumat tentang sesuatu setting. Yup, ketepatan mengenai sesuatu setting cerita tak perlu dilakukan secara tepat. Contohnya katakan penulis beritahu babak ini berlaku di Universiti Malaya, it would be good kalau tempat-tempat yang dikatakan adalah benar dan mereka yang belajar di UM boleh relate. Tapi SR lebih senang untuk membiarkan pembacanya membayangkan sendiri setting untuk sesuatu babak. And thanks to the drama, it quit help me untuk imagine semua setting dalam novel itu. 

2. Aku masih terganggu dengan fakta kemalangan boleh menyebabkan rahim seorang wanita terjejas. Like if you pregnant and having miscarriage sebab accident, I totally can accept it. Tapi kalau kau bujang, tiba-tiba accident dan doktor kata 'Oh awak mungkin akan susah mengandung'. Like...where's the fire?

What I like about RASN?

1. The characters. Aku perasan semua watak perempuan dalam novel SR , normally a loud woman with strong attitude. Aku tak pernah baca 7 Hari Mencintaiku & Curi-curi Cinta, tapi aku tahu watak perempuannya adalah jenis sebegitu. The one lady that dare to do anything just to get what she want. Dan disitulah masalahnya bermula.

Kasih Maisara pada permulaannya nampak seperti gadis shallow yang manja dan tipikal sifat-sifat brat spoil child. Tapi aku perasan that she actually quit brilliant and her action is based on strong reason. 

Contoh, kenapa dia beria nak kenakan Nazril at the first place? Satu sebab dia sebenarnya sedang cuba nak tutup rasa bersalahnya langgar Nazril. She might hurt many guy's feeling before this but not physically hurt them. Dia bijak dalam mengelak dari bertanggungjawab untuk semua perbuatannya. Walaupun dia suka hati batalkan pertunangan dengan Aidil, dia masih berkawan baik dengan lelaki itu dan keluarganya. Sebab itu mereka tak pernah simpan dendam pada dia sebab Maisara melakukannya dengan cara straight to the point tapi dengan imej manja kebudak-budakannya. Jadi tiada siapa berasa terancam jika dia mengenakan mereka. 

Tapi Nazril, walaupun pada pertemuan pertama, dah menghamburkan segala kemarahan pada gadis itu. He is being at the wrong place in the wrong time, masa tu Maisara memang dalam keadaan bad mood. Nazril cuba untuk jadi pak ustaz yang menasihat tapi Maisara merasakan semua itu dilakukan dalam keadaan angkuh dengan tujuan untuk menghinanya. Jadi dia mahu mengajar Nazril untuk jangan hakimi seseorang berdasarkan luaran. 

Maisara being Maisara, the shady and tricky girl yang buat apa saja untuk kekalkan reputasi dirinya. Sebelum dia selamatkan Nazril dari kemalangan, dia dah putus asa untuk kenakan Nazril sebab dia tahu he wont budge with his principle. Dia hanya gunakan peluang kemalangan itu dan kelemahan Nazril untuk menjerat Nazril ke alam perkahwinan yang tak diingini. She seem bad, kan. Tapi bak kata Taylor Swift,

"Dont say I didnt say, I didnt warn ya"

Dia dah berhujah dengan Nazril tapi lagi dia berhujah lagi dia tahu Nazril sendiri mahukan perkahwinan itu. Dia sudah memberi worst situation kepada lelaki itu tapi Nazril tetap degil. Ya, aku bukan nak menangkan perempuan tapi lelaki lebih berfikiran jauh kan. Jadi kenapa dalam hal ni, tak reti nak buat penilaian dengan baik. 

Watak Nazril sebagai lelaki baik di permulaan cerita tapi mudah melenting apabila berhadapan dengan masalah dan suka buat keputusan terburu-buru. Aku syak hormon estrogennya lebih tinggi berbanding Maisara. Nazril adalah contoh golongan yang suka duduk dalam 'bubble' mereka sendiri. 'Oh, aku baik jadi aku hanya akan kawan dengan orang baik dan akan end up dengan orang yang baik'. Ramai je kawan lelaki aku yang dikategorikan sebagai 'pak ustaz' tapi elok je berkawan dengan semua orang tanpa prejudis. The same thing happen to watak Nurul Huda. 'Jadi aku tudung labuh, sopan santun maka aku lebih baik dari orang lain'. 

Jadi perkahwinan Nazril dan Maisara adalah satu teguran dari Tuhan untuk ketiga-tiga karakter, Nazril, Maisara dan Nurul Huda. 

bersambung...

gitu.

No comments:

Post a Comment