Saturday, 8 October 2022

Azhar yang terpalit isu, kami yang panas (Bahagian 1)

 Lili sekadar memandang kosong pada Azhar yang nafasnya berombak turun naik selepas puas meluahkan perasaan. Dia rasa menyesal pula keluar minum mamak bersama rakannya Hanif dan Nana jika dia terpaksa berhadapan dengan kerenah pelakon lelaki tak popular ini.

Lili menyedut straw minumannya dengan kuat sehingga mereka berpaling padanya pula. Nana yang sememangnya berminat dengan Azhar mencerun marah padanya kerana tidak sensitif dengan Azhar yang ditimpa masalah itu.

"Apa?",ucap Lili membalas pandangan Nana dengan riak selamba.

"Kawan tengah ada masalah tu kau simpati la sikit",ucap Nana.

"Dia bukan kawan aku, dia kawan korang",jawab Lili, mencuri sotong dari pinggan nasi goreng Nana.

"Dah la korang, aku balik dulu. Aku kan bukan kawan dia",ucap Azhar seperti merajuk pula.

"Nanti aku bayarkan makanan kau ye",ucap Lili. Hanif dan Nana serentak memukul tangan Lili.

"Iye, aku bayarkan makanan korang semua. Jangan risau",ucap Azhar kemudian berlalu pergi.

"Kau ni kenapa? Simpati la sikit dengan dia",tegur Nana.

"Aku keluar dengan korang untuk makan sebab aku lapar. Dah la makanan sampai lambat lepas tu kena dengar luahan hati dia pula, kau ingat aku boleh sabar?",ucap Lili sambil menjulingkan mata tanda jengkel.

"Kalau ye pun lapar, janganlah sakitkan hati orang",nasihat Nana.

"Memang aku nak sakitkan hati dia pun. Dia sendiri buat salah, dia nak play victim pula. Memanglah dia tu pelakon tapi tak payahlah nak berlakon kat dunia nyata",ucap Lili.

"Iye, dia buat salah dan dah terima hukuman dia pun. Tapi mestilah dia rasa kesal sebab hanya dia yang diambil tindakan. Padahal dalam video panas tu ramai orang lagi yang terlibat termasuklah penerbit 'Islamik' sangat tu. Mentang-mentang perempuan tu ada duit, dia tak kena tindakan apa-apa",Nana meluahkan rasa geram.

"Tapi dari apa yang aku tengok, mamat perasan bagus tu bukan kesal dengan dosa dia peluk cium pelakon perempuan tu. Tapi lebih kesal sebab penerbit tu tak dikenakan tindakan. Nampak sangat dia  just feel sorry because he got caught",ucap Lili.

"Huh, ni korang pula nak sambung bergosip. Kau ni Lili, tadi dia dok luah perasaan tak nak pula kau tegur depan-depan. Dah tak ada baru bising",sampuk Hanif.

"Kau pun kenal dia kan. Dari zaman universiti manalah suka aku. Tiap kali kitaorang bercakap mesti last sekali aku keluarkan penumbuk aku. Aku kira considerate tak nak cari gaduh dengan dia sekarang memandangkan dia dah popular, tengah ada isu jadi aku cuba tak nak tambah isu",ucap Lili.

"Dia memanglah..macam drama sikit. Tapi kadang-kadang aku kesian kat dia. Dia struggle tau nak kekal dalam industri hiburan ni. Hari tu yang dia join tabligh, dia sebenarnya hampir masuk fasa depressi. Dia cuba untuk jadi baik, Lili. Janganlah sebab satu kesalahan kita nak hukum dia selamanya",Nana masih mempertahankan Azhar.

"Dia tak pernah berubah, Na. Aku tak nak sentuh pasal benda lain tapi ni, aku sendiri yang terkena dengan dia dulu. Masa fakulti kita buat camp fire kat Pangkor. Dia tiba-tiba tarik aku, dukung dan masukkan aku dalam laut. Dia tu memang tak tahu nak hormat perempuan dari dulu sampai sekarang",

"Li, benda tu dah lama jadi kan. Masa tu kan kita semua muda lagi lagipun dia buat lawak je masa tu sebab kau degil tak nak mandi laut...",

"Aku tengah period kot lahanat. Kau nak aku umumkan pada semua orang aku period jadi aku tak mandi laut?",

"Oh ya, okay sorry aku lupa. But benda tu dah lama, Li",ucap Nana.

"Benda memang dah lama, aku tak harap pun dia minta maaf dengan aku. Tapi tolonglah, jangan normalizekan benda-benda yang langgar syariat macam pegang tangan bukan mahram, peluk cium lelaki perempuan walaupun sekadar lakonan. Aku tahu aku sendiri jahil agama, aku sendiri struggle nak tutup aurat. Cuma dosa tu jangan riak sangat nak tunjuk kat orang",luah Lili.

"Okay, aku nak tanya korang lah. Macam mana nak tahu kalau seorang perempuan tu memang tak suka disentuh? Maknanya jenis yang menjaga batas pergaulan?",soal Hanif tiba-tiba.

"Kalau dia bertudung..tutup aurat...kot. Yelah takkan kau suka hati nak pegang tangan perempuan tudung labuh. Tapak tangannya pun kadang-kadang terlindung sebab jubah",jawab Nana.

"Okay, bagus",ucap Hanif.

"Jap jap..tapi tak semestinya perempuan tak tutup aurat tu lelaki boleh suka-suka pegang",bidas Lili.

"Pernyataan yang bagus. Kau ingat tak satu drama Azhar yang tajuk dia err..Perempuan Syurga kalau tak silap. Dia berlakon dengan Mia Faiqah.",soal Hanif.

Lili dan Nana mengangguk. 

"Aku tak tahulah jika skrip asal drama tu memang sangat teliti atau apa tapi aku tengok tak ada adegan yang tak sepatutnya dalam drama tu. Sebab apa? Kita tahu Mia memang jaga pergaulan dia dalam lakonan dan dia bertudung. Sama juga macam drama yang Azhar berlakon dengan Ulya. Ulya tu pun bertudung jadi memang tak ada babak pegang tangan pun. Tapi bila Azhar berlakon dengan Illyana yang memang kita tahu pakai pakaian terdedah dan selalu berpeluk sakan dengan teman lelaki dia, ada babak yang kontroversi dalam drama tersebut",cerita Hanif.

"Sebenarnya kau nak salahkan perempuan, kan?",ucap Lili mengepal penumbuknya.

"Nope. It takes two to tango. Aku tak cakap perempuan tak tutup aurat ni jahat tapi kadang-kadang lelaki pandang itu sebagai satu signal yang kami boleh bermesra tepuk tampar dengan mereka. Kalau perempuan tu tutup aurat, lelaki yang waras takkan suka-suka langgar batas. Penampilan perempuan itu saja dah macam lampu merah kepada lelaki. But again, not applicable to all situation. Dan kalau sampai dah tahap sexual harrasment atau kes rogol, mangsa tetap dikira tak bersalah walaupun dia berpakaian seksi sekalipun. Apa yang aku nak cakap kat sini, jangan mengundang lelaki untuk ambil mudah tentang kau. Aku bukan nak back up Azhar tapi Lili, kau dulu pun tahu kau jenis yang selamba lepak dengan lelaki kat kedai mamak tengok bola sampai larut malam. Aku yang rapat dengan kau tahulah kau ni jenis yang pantang disentuh secara fizikal. Tapi kawan lelaki lain kadang-kadang salah anggap keramahan kau tu adalah tiket mereka boleh bertepuk tampar dengan kau",ucap Hanif. 


Tuesday, 2 August 2022

the glimpse of us




aku tak suka lagu ni pada mulanya
sebab by just hearing this song aku rasa si lelaki ni loser gila sebab asyik teringatkan ex dia padahal dia dah dapat perempuan yang baik dari banyak segi.
he just stupid like typical man out there. 

k, that was harsh.
sorry. 

tapi bila tgk muzik video dia, kau akan rasakan the real meaning of 'kesusahan' si pelantun suara. mcm mana dia go through hard thing, terus menerus buat kesalahan, be bad person tapi sebenarnya dalaman dia miserable gila. 

semua orang boleh relate dengan keadaan macam tu.

kadangkala dengan sedikit kekecewaan itu boleh merubah kita.
kita rasa kalau kita tak dapat miliki that one thing yang kita nak, screw everyone and everything.
kita rasa kalau kita destined dengan seseorang tu, hidup kita akan lebih bahagia.
padahal Tuhan dah beri nikmat atau seseorang yang paling sempurna depan mata kita.
kita pilih untuk musnahkan diri sendiri hanya sebab kita kecewa.

glimpse of us
bila aku tengok cermin, aku nampak aku dan masa lalu aku
yang walaupun sukar dan memenatkan, tapi aku gembira
berbanding sekarang

aku selalu bermimpi tentang masa lalu aku
zaman sekolah, zaman universiti

maybe i am much happier back then than now
i crave to go back to that time

tapi Tuhan bagi aku macam-macam sekarang
duduk dekat dengan family
pekerjaan

Tuhan dah tunaikan few permintaan dan cita-cita aku
dengan cara Dia yang tersendiri

but still
entah apa yang aku cari lagi
mungkin seorang lelaki untuk bawa aku keluar dari keadaan ni

tapi aku tak boleh perjudikan kebahagiaan dan masa depan aku di tangan seorang lelaki
tidak dengan keadaan diri aku yang serba kekurangan saat ini
tidak dengan keadaan kesihatan mental yang tidak stabil macam ni

aku cuma
longing for someone
yup
mungkin the real reason lagu ni sedih adalah sebab perasaan longing to someone tu sangat kuat
someone yang aku tak tahu siapa
yang aku tahu aku cuma ada Dia
dan itu juga aku selalu khianati kepercayaan Dia
aku selalu lewakan tuntutan terhadap Dia
aku tak tahu jika Dia redha pada aku atau sebenarnya murka pada aku
yang menjadi asbab semua masalah ni tak pernah surut



 

what goes around always goes around

 in this life

the hardest thing to do is to live with something that you dont have

to accept your weakness

and to be remind of all that matter by the people that you love.

nobody knows what i have been going through in my university years

aku mencari dan terjumpa 'sesuatu' yang tak pernah aku fikir aku akan laluinya

Tuhan telah menjadikan aku lebih kuat kerana peristiwa itu

dan sejak itu hidup aku bukan lagi hidup biasa seperti teman-temanku

bahkan kawan baikku sejak kecil pun tak tahu akan hakikat ini

aku tahu aku seakan hidup di awang awangan

dengan angan-angan dan cita-cita yang tak kesampaian

aku usaha

aku akan terus usaha

walaupun jiwa dan mindaku berperang hampir setiap saat

hanya untuk mendapatkan sesaat ketenangan

ketenangan itu hanya ada disana kan, Ya Allah?

pada sisi-Mu

You are the last pieces of hope that left in me

tanpa Kau, aku dah lama mati

dah lama terkubur

baik jasad atau roh

aku ada Engkau sahaja

hanya Engkau

dan Engkau

Monday, 30 May 2022

JD as a womanizer

 Amboi tajuk. 

So aku nak sokong media mainstream ke untuk bash Johnny Depp?

No.

Even aku macam org gila yang dok tgk trial dia & movies dia back to back just to watch his charming face. Tak, aku malas nak bercakap tentang JD in real life or his trial. 

Aku nak bercakap tentang one of his movie. Harap-harap tak panjang berjela entri ni. 

Movie yg dimaksudkan ialah "Don Juan". From the cover & tajuk, mmg dh nmpk JD mesti bwk watak lelaki hensem kasanova. So aku macam tak minat nk tengok pd mulanya. Come on, minat JD tu memang minat. Tp aku masih cerewet tntg jalan cerita dan karakter yg dia bawa. 

But bila baca full sinopsis, mcm menarik sbb ia bukan tntg lagenda Don Juan, lelaki kasanova kat Mexico tu. Tp ia tntg seorang lelaki yg mengaku dia Don Juan, pakai baju zmn Mexico lama dan guna bahasa Spanish padahal dia sedang berada pd era 90 an di New York (kalau tak silap).  Tambahan dia ada suicide attempts sbb kecewa dgn perempuan,  jadi semua org rasa dia ni gila. So dia dibawa ke hospital psikatri dan disiasat status kesihatan mental dia. Makanya dia ceritalah kisah hidup dia kat doktor. 

Pada aku sinopsis ni dah menarik sbb ada kaitan dgn psikologi. Mungkin sama best dgn movie 'Casanova' oleh Health Ledger. 

Tapi hampeh. I mean okay mmg filem ni filem tahun 90 an, lebih lama dr Casanova versi Health Ledger tu. 90 an kan mcm era yg cringe skit tp ada je filem JD yg best mcm 'Benny & Joon', which ckp psl mental illness jgk. Tapi throughout  the film aku rs disgust weh dgn filem Don Juan ni. 

Satu ,banyak babak tak senonoh dan cringe. Just so you know i skip those part. I dont mind karakter Don Juan tu nak jadi pencinta wanita sbb dia "gifted" or somehow kekurangan kasih sayang wanita. The premise sama macam Casanova. 

Tapi karakter Don Juan tu xde perkembangan. Dia disukai prmpuan sejak kecik like all woman fall for him (iyolah tu), dia jumpa first love (cikgu dia yg jgk bini org, having forbidden love), frust sbb the rship gagal, then move on to be the man that fulfill all woman filthy desire. 

Disgusting nya. 

I mean aku boleh terima how Casanova being kasanova, ia bertitik tolak dr kekurangan kasih syg ibu. And he do want to find love among those woman, cuma dia tak jumpa prempuan yg sukakan dia sbb dia. Bkn sbb dia kasanova. 

Dlm Don Juan, first scene weh. Dia nk cari bgnn nk bunuh diri tp stop kat satu hotel. Dia nmpk ada sorg perempuan yg mcm dh tua jgk gelisah tunggu partner dinner dia. Pastu Don Juan ni pergi kat dia, terus mengayat. Pastu having sex.

And the words he said about "woman desire that have to be satisfied".....eww annoying kot.xde maknanya romantik -_-". masa ni aku harap sangat karakter Don Juan jumpa Amber Heard. Hurgh. 

Basically pd Don Juan, love tu bermakna having physical intimacy, dgn ayat manis 24 jam dan fikir psl kecantikan perempuan 24 jam. Aiyooo stress pula aku menengokkan. 

At last dia end up with Don Anna. Seriously aku harap sgt perempuan ni lain dari yg lain. Macam karakter heroin dlm Casanova. 

Tapi tak. Dorang jumpa kat pantai, dia belai2 Don Juan pastu having good time together. Then satu hari perempuan ni persoalkan cinta Don Juan as if tak percaya he can love one woman. 

Don Juan frust sbb tak dpt sepenuhnya hati perempuan ni. Long story short they mcm having love quarrels pastu Don Juan bawa diri ke NY. DJ realised he love her alone. Tapi tak pasti if he had enough time to reconcile back with her. 

Aku cam...apabenda la konflik engko ni. Konflik cinta dlm cite Gone with The Wind yg jadi ms WW1 tu pun lg best. 

The ending si Don Juan mengalah, mengaku dgn panel doktor yg dia sbnrnya bkn Don Juan tp lelaki biasa yg duduk kat Queens. But then itu sbnrnya taktik dia nk keluar dr hospital tu, buktikan yg dia sbnrnya tak gila. 

Throughout the story dia dibantu oleh sorg doktor lakonan Brandon Marlon kalau tak silap (pelakon cite Godfather. Wait Don Juan tu watak dia dlm Godfather ke? *aku mls check). 

Doktor ni is another character yg aku cringe. Ntah la get a room la kalau nk bermesra dgn isteri hang. 

So yeah i dislike cite Don Juan ni. Casanova is far more better. Mungkin sbb pd kbykan waktu aku lebih suka tgk karakter heroin. Dalam Don Juan, woman are just a hiasan yg perlu dibelai sentiasa. Mmg tak salah tp semua karakter perempuan dia xde isi, fungsi. Hanya cantik semata2 dan tunggu lelaki layan mereka. 

Tak, aku bkn feminist bila aku ckp aku suka heroin dlm Casanova. Karakter heroin tu bkn semata nk lawan dominasi lelaki kat Venice tp bljr utk percaya pd cinta seorang lelaki yg broken. They fight for each other at the end. Ending dia simple. They being far from the toxic environment of Venice, be with the one they love (family & friends)  & just live a simple life. 

Aku bersyukur aku tak stop tgk filem 'Ed Wood' (another JD movie) tgh jln sbb that movie lg interesting dr Don Juan. So far my favorite JD movie is 'Benny & Joon' & 'Charlie & Chocolate Factory'. Franchise Pirate of Carribean aku hanya suka Curse of Black Pearl & Dead Men Chest. Yg lain karakter Jack Sparrow  dh terlalu cliche (konon dia mati at the end of film tp pastu next film eh rupanya hidup lg) & the fact dia ada love rship dgn prempuan. Tell you what, dalam semua drama atau filem, give a savage cool man love story then boom his character turn to idiot dan tak menarik lg. 

Cth karakter Barney dlm HIMYM, Doktor House dlm House. Cer tgk Sherlock Holmes versi Bennedict Cumberbatch (dan semua versi sebenarnya), dia remain jd lelaki cool sbb no woman have the same league. Irene Adler jela karakter yg setara tp they wont go far towards marriage. 





Tuesday, 26 April 2022

of sepi tanpa cinta first review

 Ia bermula dengan novel ini...


Yang aku baca way back masa sekolah rendah dulu. Mula2 nampak kat rumah jiran masa marhaban (gitu kan mata sibuk je tgk barang org) pastu dapat baca masa pergi rumah saudara di KL. Itupun tak habis sebab obviously mak aku paksa balik cepat.

Tapi bila dah besar takde nak cari novel ni ke apa. Just tahu ending through goodreads. 

Baru-baru ni dapat tahu ia didramakan. Agak excited la sebab ini antara novel lama dan aku mmg suka vibe novel dulu. Walaupun kebanyakan cringe tapi dia ada kejujuran. Waktu dulu, penulis menulis sebab mereka suka menulis. Bukan macam sekarang, lambakan penulis novel yang menulis hanya sebab populariti, keuntungan bila ia dilamar produksi drama.

Anyway, dapat tahu pula heroin adalah Cempaka (dari drama Sweet Dreams. Aku tak tahu nama betul dia apa but Cempaka suits her). Yang buat aku down skit adalah hero dia Nazim Othman. 

Di usia 30 an ini, aku cuba untuk menyukai apa yang aku tak suka waktu muda2 dulu as long as tak melanggar syariat. Jadi aku cuba jela tengok. Dont get me wrong, aku tak suka Nazim as a pelakon, not as a person. Vibe lakonan dia mcm tak masuk dengan jiwa aku. 

Anyway (lagi), first 8 episodes, okay la. Cuma aku rasa versi drama ada ubah plot dan latar sikit. Dalam novel kalau tak silap (aku malas nak semak) Haziqah dengan Fakhrul ni sepupu, dan Fakhrul mmg menggantikan pengantin lelaki done done tu  juga. Tapi dalam drama, mereka hanya kenal kerana ibu mereka pernah kerja bersama.Tapi (lagi) rasanya mereka masih sepupu sebab aku tengok Mak Long Fakhrul macam bagi hint yang sebenarnya Haziqah anak dia yang diserahkan kepada Mak Munah (eh ke Mak Minah eh. Lantaklah).

First episod aku banyak lajukan babak Haziqah dengan suami tak jadinya, Yusri. Aduhh, muka camtu digilai ramai. Macam muka adik lelaki aku pun ada (dan dia tak hensem). Tak hensem tak apa tapi entahlah personaliti pun takde. Dah la tak kelakar. Dia ingat kelakar atau sweet bagi soalan "sudikah awak, haziqah mengahwini saya" kat Pak Iman yang berceramah dan suruh Pak Imam tu announce kat semua orang? Kalau aku memang ada kerusi aku baling time tu juga. Aku tak nampak chemistry pun yang boleh buat aku empati dengan Haziqah yang kuciwa ditinggalkan di hari perkahwinannya. Tapi takpelah, watak sampingan je kan. 

Tentang plot cerita, again, okaylah dia ubahsuai part kahwin koboi dengan Fakhrul tu. Sebab memang taklah bila pengantin lelaki tak sampai kau main sebat je sesiapa utk kahwin dengan kau. Sedara tak sedara, kawan tak kawan, ingat kahwin ni main-main ke. Biarlah tanggung malu beberapa bulan dari terseksa seumur hidup.

Tentang karakter, aku rasa watak Haziqah yang dibawa Cempaka (sorry aku malas google nama sbnr dia)just nice. Yang penting tak kaku. Watak Fakhrul plak aku tak tahulah kenapa dia kena jadi lemau macam tu. Lelaki kalau nak heartbroken pun tak payahlah sampai gaya jalan pun nampak lemau. Haih cuba kuat semangat skit. Haziqah yang kena fitnah macam-macam pun tak lemau macam Fakhrul.

Tapi kan, karakter yang paling aku suka, Sue. Aku tak kenal pelakon dia. Tapi dari luar nampak baik, suci. Padahal dialah yang rancang semua onar. Bila ada babak dia bermesra dengan Haziqah, aku pun boleh tertipu yang dia ni sebenarnya baik. Baik yang mencurigakan. 

overall the first 8 episode ni aku rasa produksi drama ni cuba untuk menyentuh isu berkaitan hak wanita and such. Tapi huh..aku rasa macam tak sampai benda tu. Ia ada tapi aku tak rasa. And part yang Fakhrul sembang pasal bola, menari ala-ala La La Land dengan Haqizah kat bilik tu macam....haih cringe la. Banyak percubaan untuk menjadi kelakar, romantik, bagi aku...tak jadi. But aku rasa aku masih boleh tengok.

So yeah till next time. 
 


Saturday, 19 March 2022

the drama's drama

 aku rasa aku ratu drama.

aku masih ingat dulu waktu tadika, sekolah rendah, aku temankan mak aku tengok drama melayu kat tv2 pukul 9 malam. ada cerita tentang teman lelaki amnesia (this one aku ingat pelakon dia zamarul hisyam), ada cerita dua pelajar kelab drama yang gaduh bagai nak rak lepas tu end up bercinta, ada drama penyanyi muda yang terpaksa abaikan kebajikan bapanya sebab pengurusnya anggap bapa tersebut penghalang kejayaan penyanyi itu (lagu tema drama tu sekadar di pinggiran oleh francisca peter) sehinggalah di awal 20 an sepupu aku pengaruh aku untuk tengok drama korea dan india (drama medical sanjivani is my favorite). 

waktu sekolah rendah dan menengah, satu-satunya cara untuk buat aku bercakap ialah bercerita mengenai drama yang aku tengok. aku ingat lagi satu petang masa tunggu bapak aku amik aku dari latihan silat, aku boleh rapat dengan fitriana sebab kitaorang menyembang pasal nodame cantabile. dan aku selalu karang sinopsis drama Sanay Wala Nang Wakas dalam surat yang aku bagi kepada kawan baik aku Farah yang duduk kat asrama waktu tu.

so yeah aku ratu drama. zaman kegemilangan aku adalah waktu di universiti. memiliki komputer riba, hard disk dan ketebalan muka meminta cerita dari rakan-rakan universiti menjadi kunci kejayaan aku pada waktu tu. kegemaran aku tentunya drama jepun sebab masa tu maki horikita (pelakon hanakimi), shon oguri, usamu mukai dan pelakon seangkatan mereka umpama goreng pisang panas, dengan skrip cerita yang segar dan menarik. 

i have this one joke dengan housemate/roomate/clubmate aku nurul yang juga kaki drama, kaki kpop. tak ada drama yang kitaorang tak boleh cari.hehe. tak betul pun. sampai skrg aku tak dapat cari drama filipina 'you got to believe' yang ada subtitle melayu/english.  dari asia...aku berjinak-jinak dengan drama turki waktu aku dah bekerja. 

secara ringkasnya, pada kebanyakan waktu, aku dah boleh baca segala babak klise, perwatakan karakter dan pengakhiran sesuatu drama. dan sejujurnya, semakin aku dewasa semakin aku belajar untuk tak biasakan tengok babak yang terlalu banyak elemen seksual. boleh gelap hati. 

kalau ada pengkarya yang kata babak jenis itu ada nilai estetikanya tersendiri, well kalau kau tengah lukis cerita kartoon, i dont mind. tapi bila kau menggunakan manusia untuk melakukan babak aku panggil babak sengal, itu aku SANGAT KISAH.

aku pilih untuk tengok drama asia sebab at least most of them masih ada adab. aku pernah cuba untuk tengok gossip girl but end up mencarut dan terpaksa lajukan cerita sebab TERLALU banyak babak sengal (aku berhenti tengok pada 10 episod awal musim 1). i dont find amusement in hollywood drama, even drama komedi macam big bang theory. the first season quite okay tp lama-lama ia dah jadi medan intelektual sex jokes. 

lately, korea pun dah cuba menjadi barat dengan membiasakan elemen sex , lgbt sex dalam drama mereka. oh thailand pun sama (kalau tak sebab watak main hero & heroin dlm I Wanna Be Suptar best, memang tak lah aku nak tengok side story lgbt dlm cite tu). 

Why is it even a thing? aku tak faham. dari scriptwriter, pengarah, krew & pelakon...dont they feel awkward? My heart can still fluttered watching Ketika Cinta Bertasbih yang sangat menjaga adab dan batas pelakon. Aku ingat lagi senyuman yang Anna berikan pada Azam masa dia datang ke rumah bapa Anna dengan lori delivery nya. Itu senyuman cinta pada lelaki yang  dikagumi kerana akhlaknya, yang dia tak payah pun nak buat voice over hati untuk beritahu penonton hati dia milik Azam. Bak kata atuk Haliza Helmi dalam filem Syurga Cinta, itu adalah cinta dari Allah. Dimana perempuan dan lelaki sama-sama menjaga agama lebih dari perasaan cinta yang mereka ada.

Jadi aku rasa tak payah la mana-mana pihak lagi mengulas isu mengenai babak panas Zul Ariffin dalam drama Perempuan apatah. It is too disgusting to be talk about. Ia hanya akan menyebabkan drama tu dapat perhatian, & para penonton atau orang yang 'review' kes tu dapat dosa. Aku bukan meremehkan kemarahan semua orang. Cuma, kalau kau membebel marah tanpa ada tindakan, percuma saja. 

Sebagai kaki drama, sejujurnya, aku bukanlah baik sangat. Kadang2 aku tertengok juga babak terpeluk, tercium dan sebagainya. Tapi bila ia dilakukan oleh orang Islam, bangsa Melayu sendiri, aku jadi geli. Ia sumpah tak romantik dan nampak murahan. 

Novelis Anna Lee pun pernah cakap benda ni dalam novel dia dan di sosial media dia. Kekuatan sesuatu cerita tu terletak pada skrip yang ditulis penulis. Tak kisahlah drama atau novel. Penulis tak payahlah nak keluarkan imaginasi entah apa-apa dalam penulisan. Dalam dunia ni ada banyak cerita heartwarming yang tak ada pun elemen seksual. Dan the fact yang kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis, lagi-lagi menulis utk filem/drama, ia melibatkan ramai orang yang akan terpalit dosa kalau kita tulis sesuatu benda yang salah.

yup, aku masih tengok drama yang orang kecam mempunyai kesalahan dalam menyatakan hukum. bukan sebab aku menidakkan kesalahan itu tapi sebab ada isu lain yang aku fokus dalam drama itu. sebab aku curious tentang apa pengakhiran pada isu lgbt yang nak disampaikan oleh penulis drama itu. Kalau ikutkan novel, the conslusion is direct and clear. Kita tak sukakan dosa tapi kita tak boleh hukum si pendosa dengan penilaian cetek kita sendiri. 

huh, if you guys ask cerita melayu apa yang caught my attention recently selain 'suami aku pendosa', it is telemovie 'aku cinta padamu' lakonan lisdawati & hasnol. walaupun cringe tapi aku suka dengan kejujuran cerita dan pembawakan pelakon dalam cerita tu.

ohh..aku rindu nak tengok drama melayu lama. cringe pun tak apalah janji jujur. 

Friday, 4 March 2022

sedutan dari cerita "Sang Pengembara Mimpi".

 Kebimbangan pada banyak hal, itu yang selalu tergambar pada wajah Rabiatul. Kehadiran Faid sedikit sebanyak mengubah perilaku dirinya yang selama ini 'jauh' dari realiti. 

Dia belajar untuk menyedari orang sekeliling.

Dia belajar untuk memberi dan menerima.

Paling penting dia belajar untuk melepaskan sesuatu demi meneruskan kehidupannya. 

Tapi kebimbangan pada banyak hal, itu yang Faid tak dapat ubah pada dirinya.

Dia masih lagi suka termenung memikirkan masalah diri, pelajaran, orang sekeliling dan keluarganya. Dan sejak berkawan dengan Khadijah, dia juga banyak memikir masalah umat.

"Berfikir ni baik, Bia. Tapi terlalu banyak berfikir akan menyebabkan masalah hati",pesan Khadijah apabila perasan muka keruh Rabiatul usai sesi usrah mereka petang itu. 

"Saya berfikir tentang Faid",ucap Rabiatul berterus terang.

"Kenapa dengan dia?",

"Awak tak rasa kita perlu tolong dia?",

"Dia pernah ceritakan pada awak masalah dia?",

"Obviously, dia bermasalah. Saya makin risaukan dia yang sejak akhir-akhir ni menjauhkan diri dari saya. Selepas dia tengking saya hari tu",

"Bia, obviously juga dia takut nak tegur awak balik. Dia mungkin rasa bersalah",

"Tapi kami kan kawan. Biasalah kalau kalau marah kawan. Saya tak ambil hati pun",ucap Rabiatul. Malah Rabiatul berterima kasih. Tak semua orang, termasuk Khadijah mampu mengatakan fakta yang Huda sudah mati pada hadapan wajahnya seperti Faid. Fakta itu umpama kunci yang meleraikan segala masalah yang dihadapi Rabiatul, membawanya ke alam nyata.

"Jadi, awak boleh jumpa dia dan beritahu yang awak tak marah pada dia. Mungkin itu membantu",nasihat Khadijah.

Rabiatul mengangguk. Dia adalah orang yang paling memahami apa yang dirasakan dan dilalui oleh Faid. Mungkin dia juga manusia terbaik untuk membawa Faid kembali ke alam realiti. 

....................................... 

Faid dilihat sedang duduk berteleku di hadapan tasik seksyen 7 sambil mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Rabiatul sudah biasa melihat permandangan itu. Faid memang gemar bercakap seorang diri. 

"Assalamualaikum. Jauhnya berjoging",tegur Rabiatul. Faid menoleh, raut mukanya nampak terkejut.

"Boleh aku duduk?",Rabiatul minta izin. Faid tak menjawab.

"Tak baik tak jawab salam tau. Berdo...",

"Waalaikumsalam",pantas Faid menjawab.

"Aid, sepatutnya aku yang merajuk dengan kau tau. Bukan kau. Kenapa dah tak nak bercakap dengan aku?",ucap Rabiatul.

"Kau sihat?",

"Alhamdulillah. Kau?",

"Aku macam nilah",

"Macam ni apa?",

"Biasa je. Tak sakit sangat, tak sihat sangat",

"Berapa pusingan kau joging tadi?"

"Tujuh",jawab Faid.

"Aid, aku nak cakap terima kasih. Mula-mula aku memang marah kat kau sebab tengking aku macam tu. Tapi lama-lama bila aku fikir, sebab kau tengking aku hari tulah aku mula sedar apa yang tak kena pada diri aku. Dan sekarang, aku nak kawan aku balik. Bukan Huda, tapi Faid",

Faid tersengih, cuba menyembunyikan mukanya yang sudah berona merah dipuji sebegitu.

"Kau beruntung, Bia. Ramai orang sayangkan kau. Kau ada family yang sanggup buat apa saja untuk kau, ada kawan macam Khadijah dan Farahanim...ramai lagi orang yang ambil berat pasal kau",

"Habis kau tak beruntung dapat kawan macam aku? Dah la cantik, baik,...hei betullah"

Faid sudah buat muka menyebabkan Rabiatul tidak meneruskan kata-katanya. Kemudian mereka tergelak.

"Keadaan kita mungkin nampak sama, tapi hakikatnya kita berbeza, Bia. Aku gembira kau..makin sihat dan gembira. Aku cuba untuk gembira sama, Bia. Tapi aku tak boleh",

"Boleh tak ceritakan aku apa sebenarnya masalah kau. Kita sama saja kan, kehilangan orang yang tersayang sampai...menjejaskan emosi dan psikologi kita. Kau pun perlukan bantuan, Faid",

"Tak semudah itu, Bia. Kau ingat rawatan psikologi yang kau dapat tu murah? Tak ada siapa boleh faham aku, tak ada siapa tahu apa aku perlukan",

"Aid, semua masalah ada jalan penyelesaian. Itu yang kau beritahu aku dulu kan. Tak kisah macam mana susahnya soalan Calculus, kalau kita ambil take five, tengok soalan tu dari angle yang berbeza, insyallah kita dapat idea untuk selesaikannya",

"Masalahnya, aku tahu jawapan yang aku nak, tapi aku tak tahu soalan atau jalan kerja untuk sampai pada jawapan tu",

"Apa yang kau nak?",

"Aku nak mati, Bia",

"Aid! Apa ni cakap pasal mati? Kau pun kata...",

"Memang senang aku cakap pada kau sebab aku nampak banyak potensi pada diri kau. Kau ada masa depan yang cerah sedangkan aku...aku dah tak ada...tak ada hati nak teruskan hidup",

"Aid, aku ada untuk kau. Kalau kau boleh beri aku semangat untuk teruskan hidup kenapa aku tak boleh beri benda yang sama pada kau",

"Kau rasa kau boleh teruskan hidup sebab kau ada keluarga, ada kawan-kawan. Tapi aku, apa yang aku ada?",

"Kau ada aku! Aku sanggup kongsi semua yang aku ada dengan kau. Aku sanggup pergi jauh untuk kau. Tolonglah Aid, jadi kuat sekurang-kurangnya demi aku. Aku mungkin tak kuat kalau tak ada kau",

"Aku jauhkan diri dari kau sebab aku tak nak kau terus berharap pada aku, Bia. Aku tahu, kau mengharapakan sesuatu yang lebih dari sebuah persahabatan dari aku. Itulah benda yang menakutkan aku sebab aku tak dapat buat perkara yang sama, aku tak rasakan benda yang sama. Kau mungkin akan rasa patah hati tapi, aku hanya anggap kau sebagai pengganti arwah kakak aku. Tak kurang dan tak lebih. Kau dah tak ada hak untuk masuk campur dalam hidup aku, Bia. Aku minta maaf",

"Kau cakap apa ni hah setan? Kau orang yang dulu sibuk cakap dengan aku tentang kehidupan, tentang masa depan yang lebih baik no matter how shit things are! Sekarang kau pula tak percayakan semua tu. Ba**. Dan kau fikir kau hebat sangat ke sampai aku nak cintakan kau lah apa benda lah. Siapa cakap aku sukakan kau? Pergi mampus dengan kau dan hidup kau! Kau nak sangat jauhkan diri dari aku kan. Tak apa. Mulai hari ni bayang aku pun kau takkan nampak",marah Rabiatul, kemudian menendang Faid masuk ke dalam tasik.

Bia...apa kau buat ni? Kau bukan sepatutnya pujuk dia ke. Dia tengah terganggu emosi dan psikologi tu. Memanglah dia akan cakap benda yang bukan-bukan.

Rabiatul dah berair mata. Dia sangat terasa hati apabila Faid dapat menebak perasaan cinta yang dia sudah simpan jauh di dasar hati, hanya untuk meremehkannya. Dalam beberapa minit lelaki itu sudah berjaya menghancurkan semua harapannya pada manusia, pada dunia ini. Selama ini Rabiatul percaya tiada siapa pun manusia yang mampu menerima dirinya sebagai kekasih hati melainkan Faid. Kerana hubungan mereka terlalu istimewa di hatinya. 

Kakak? Kau kakakkan aku? Pergi mati kau dan kakak kau!

Friday, 11 February 2022

Dialah Balqis

 Hola.

Lama tak tulis blog.

Sebenarnya nak tulis ni kat status whatsapp tapi macam panjang la pula idea

So tulis kat sini sajalah.

Ia tentang isu adik Balqis dan adik Mia Sara. I wont put any video or link sebab aku rasa pergaduhan budak-budak tak perlulah dipanjang-panjangkan. Cukup sajalah kita tahu fakta kejadian.

Ia bermula apabila adik Balqis membuat sesi Ask di Instagram. Salah satu soalan dari pengikutnya ialah 'Apa pandangan dia mengenai LGBT'.

Yang mana dia jawab 'Tuhan tak kejam untuk seksa manusia. Manusia berhak cintakan sesiapa yang mereka mahu'.

Which in my pemahaman dia membenarkan that kind of thing. 

Which (lagi) membuatkan aku takut. 

Serius. 

Few days ni bila tengok short kat Youtube, keluar video tentang LGBT eventhough video paling hedonisme aku tengok lately ialah video Tony Talks. Ia tentang Tony yang suka pakai rambut palsu perempuan dan menganjing few stereotypical America girls. 

Bila aku search movie terbaru Rajkumar Rao, ia tentang seorang gadis yang tak nak kahwin sebab dia lesbian. Then she decide to marry a guy yang tak kisah kahwin dengan perempuan sebab dia dah malas dengar mak dia membebel. 

Kiranya even lepas kahwin, perempuan tu still boleh bercinta dengan kekasihnya. 

I kinda dissapointed. 

So faham tak kenapa aku takut bila kes kenyataan adik Balqis ni dipanjangkan dan membuatkan golongan liberal mula menunjukkan taring mereka.

Adik Mia kemudian membuat kenyataan di Tik Toknya "Dia mungkin kurang didikan agama. Berikan dia peluang".

Which dibalas dengan adik Balqis

-Mia gadis bertudung yang tak sensitif

-Mia sesuka hati bercakap tentang ibu Balqis sedangkan Balqis rasa ibunya adalah orang yang sudah banyak memberi tunjuk ajar dan kasih sayang kepadanya

-Balqis menyelar perbuatan Mi membuat Tik Tok membuatkan dia mendapat banyak ancaman dari pengikut Mia

Haih.

Sebagai seorang guru, kakak, perempuan dewasa, kalau budak berdua ni adik aku, memang aku geleng kepala je.

Isu kenyataan Balqis tentang LGBT tu memang menarik perhatian aku, tapi aku sekadar tinggalkan komen aku mengenai isu LGBT. Dari atas sampai bawah, rata-rata netizen dewasa menyekolahkan Balqis kerana tak sensitif, tak matang dan perlukan bimbingan. Disinilah kesalahan netizen yang Mia sepatutnya ambil tahu.

Bila seseorang buat kesalahan, dan anda ingin menegurnya sebagai orang asing, cuba berikan fakta atau hujah tentang kesalahan itu. Bukan si pelaku. 

Anda tidak mengenalinya secara rapat, ada dengannya saat susah senang jadi anda tak ada hak bercakap tentang peribadi dirinya. Kerana itu dia rasa dirinya terancam sebab seseorang yang sebelum ni tak pedulikannya tiba-tiba memberi 'nasihat; pada dirinya.

Yup. Aku tahu Mia berniat baik. Dia tak ada menyerang peribadi Balqis pun sebenarnya atau bercakap tentang ibu Balqis . Point dia sebenarnya adalah meminta netizen berhenti mengecam Balqis dan berinya peluang untuk belajar dari kesilapannya itu. 

Cuma pernyataan "Dia kurang didikan agama" itu yang kurang sesuai digunakan, menyebabkan Balqis rasa dirinya dikecam. Kemudian menyerang Mia Sara secara peribadi juga. Dua dua menyerang peribadi masing-masing, tipikal untuk remaja yang sedang meningkat usia. 

Siapa je di usia belasan dan awal 20 tahun tak pernah rasa mereka paling betul, paling puitis, paling deep. Dan cara kita mengendalikan masalah secara emosi. Ia hanya nampak besar kerana mereka adalah selebriti dan pergaduhan ini berlaku di laman siber dimana berjuta orang menyaksikannya, 

So I really dont have problem with any of their behaviors. Dua-dua salah dan dua-dua kena belajar dari kesilapan masing-masing.

Balqis, yang tahu dia adalah public figure, sama ada dia suka atau tak, perlu sedar apa yang dia cakap tu memberi impak besar kepada remaja lain atau peminat yang menyokongnya selama ni. Bila seseorang bertanya tentang sesuatu isu yang melibatkan hukum, diam jika kita bukan orang yang fakih mengenainya. Jika anda rasa anda mempunyai hak untuk menyatakan pandangan sendiri dalam sesuatu hukum (tanpa merujuk kepada mana-mana cabang ilmu yang berkaitan) maknanya anda sombong bodoh. Your life story, your struggling apapun alasan you, you cannot lawan hukum Tuhan.

Ye, akak pun guna bahasa Inggeris hancur tapi tolonglah faham satu perkara tu. 

You try to normalize apa yang geng Barat, liberalisme cuba doktrin pada umat Islam dan manusia sejagat. Bahawa LGBT itu dibolehkan kerana salah satu hak asasi manusia, padahal hukum Tuhan jelas menunjukkan bagaimana Allah memberi malapetaka pada kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan sejenis. 

Zaman sekarang pun Tuhan dah turunkan malapetaka pada golongan ni, dik. Tengok apa sebenarnya yang sepatutnya berlaku di Palu kalau Tuhan tidak turunkan tsunami & gempa bumi yang lebih dasyat dari tsunami di Acheh. Jadi janganlah normalize kan benda yang Tuhan tegah, itu je. You can give your opinion on everything, tapi jangan lawan hukum Tuhan. 

Kalau on your every poem, stories ada bercakap pasal Tuhan, you tahu kan bertapa baiknya-Dia. Berkenalanlah dengan Dia, dik. Bercakap dengan Dia dalam solat, membaca kisah cinta-Nya dalam Al-Quran. Satu hari adik akan faham kenapa semua orang cuba nak tegur adik sekarang ni. 

Like everyone else, akak pun pendosa, dik. Ye, akak pun bertudung macam Mia Sara, akaklah tu perempuan bertudung yang banyak dosa. Kalau Tuhan tak tutup aib akak, jumpa kan akak dengan orang yang baik, akak mungkin dah tak ada lagi kat dunia ni. Ya kadangkala orang menegur dengan kebongkakan hati, itu yang awak tak suka kan. Tak apa, akak pernah dan masih rasa benda yang sama pada beberapan teguran yang orang berikan. 

Cuma...jangan lawan Tuhan, dik. Jangan. Dia sayangkan awak sangat-sangat, Dia sayangkan kita sangat-sangat. Lebih dari Rasulullah saw sayang kita, lebih dari ibu kita sayang kita. 

Awak cuma perlu duduk, berfikir dan luahkan apa yang awak nak pada Dia. Cakap apa awak nak cakap pada Dia, cakap apa kesakitan yang awak alami. Mengadu pada Dia. Insyallah awak akan jumpa benda yang awak cari tu.

Entahlah. aku cuma nak semua kegilaan dunia ni berhenti