aku rasa aku ratu drama.
aku masih ingat dulu waktu tadika, sekolah rendah, aku temankan mak aku tengok drama melayu kat tv2 pukul 9 malam. ada cerita tentang teman lelaki amnesia (this one aku ingat pelakon dia zamarul hisyam), ada cerita dua pelajar kelab drama yang gaduh bagai nak rak lepas tu end up bercinta, ada drama penyanyi muda yang terpaksa abaikan kebajikan bapanya sebab pengurusnya anggap bapa tersebut penghalang kejayaan penyanyi itu (lagu tema drama tu sekadar di pinggiran oleh francisca peter) sehinggalah di awal 20 an sepupu aku pengaruh aku untuk tengok drama korea dan india (drama medical sanjivani is my favorite).
waktu sekolah rendah dan menengah, satu-satunya cara untuk buat aku bercakap ialah bercerita mengenai drama yang aku tengok. aku ingat lagi satu petang masa tunggu bapak aku amik aku dari latihan silat, aku boleh rapat dengan fitriana sebab kitaorang menyembang pasal nodame cantabile. dan aku selalu karang sinopsis drama Sanay Wala Nang Wakas dalam surat yang aku bagi kepada kawan baik aku Farah yang duduk kat asrama waktu tu.
so yeah aku ratu drama. zaman kegemilangan aku adalah waktu di universiti. memiliki komputer riba, hard disk dan ketebalan muka meminta cerita dari rakan-rakan universiti menjadi kunci kejayaan aku pada waktu tu. kegemaran aku tentunya drama jepun sebab masa tu maki horikita (pelakon hanakimi), shon oguri, usamu mukai dan pelakon seangkatan mereka umpama goreng pisang panas, dengan skrip cerita yang segar dan menarik.
i have this one joke dengan housemate/roomate/clubmate aku nurul yang juga kaki drama, kaki kpop. tak ada drama yang kitaorang tak boleh cari.hehe. tak betul pun. sampai skrg aku tak dapat cari drama filipina 'you got to believe' yang ada subtitle melayu/english. dari asia...aku berjinak-jinak dengan drama turki waktu aku dah bekerja.
secara ringkasnya, pada kebanyakan waktu, aku dah boleh baca segala babak klise, perwatakan karakter dan pengakhiran sesuatu drama. dan sejujurnya, semakin aku dewasa semakin aku belajar untuk tak biasakan tengok babak yang terlalu banyak elemen seksual. boleh gelap hati.
kalau ada pengkarya yang kata babak jenis itu ada nilai estetikanya tersendiri, well kalau kau tengah lukis cerita kartoon, i dont mind. tapi bila kau menggunakan manusia untuk melakukan babak aku panggil babak sengal, itu aku SANGAT KISAH.
aku pilih untuk tengok drama asia sebab at least most of them masih ada adab. aku pernah cuba untuk tengok gossip girl but end up mencarut dan terpaksa lajukan cerita sebab TERLALU banyak babak sengal (aku berhenti tengok pada 10 episod awal musim 1). i dont find amusement in hollywood drama, even drama komedi macam big bang theory. the first season quite okay tp lama-lama ia dah jadi medan intelektual sex jokes.
lately, korea pun dah cuba menjadi barat dengan membiasakan elemen sex , lgbt sex dalam drama mereka. oh thailand pun sama (kalau tak sebab watak main hero & heroin dlm I Wanna Be Suptar best, memang tak lah aku nak tengok side story lgbt dlm cite tu).
Why is it even a thing? aku tak faham. dari scriptwriter, pengarah, krew & pelakon...dont they feel awkward? My heart can still fluttered watching Ketika Cinta Bertasbih yang sangat menjaga adab dan batas pelakon. Aku ingat lagi senyuman yang Anna berikan pada Azam masa dia datang ke rumah bapa Anna dengan lori delivery nya. Itu senyuman cinta pada lelaki yang dikagumi kerana akhlaknya, yang dia tak payah pun nak buat voice over hati untuk beritahu penonton hati dia milik Azam. Bak kata atuk Haliza Helmi dalam filem Syurga Cinta, itu adalah cinta dari Allah. Dimana perempuan dan lelaki sama-sama menjaga agama lebih dari perasaan cinta yang mereka ada.
Jadi aku rasa tak payah la mana-mana pihak lagi mengulas isu mengenai babak panas Zul Ariffin dalam drama Perempuan apatah. It is too disgusting to be talk about. Ia hanya akan menyebabkan drama tu dapat perhatian, & para penonton atau orang yang 'review' kes tu dapat dosa. Aku bukan meremehkan kemarahan semua orang. Cuma, kalau kau membebel marah tanpa ada tindakan, percuma saja.
Sebagai kaki drama, sejujurnya, aku bukanlah baik sangat. Kadang2 aku tertengok juga babak terpeluk, tercium dan sebagainya. Tapi bila ia dilakukan oleh orang Islam, bangsa Melayu sendiri, aku jadi geli. Ia sumpah tak romantik dan nampak murahan.
Novelis Anna Lee pun pernah cakap benda ni dalam novel dia dan di sosial media dia. Kekuatan sesuatu cerita tu terletak pada skrip yang ditulis penulis. Tak kisahlah drama atau novel. Penulis tak payahlah nak keluarkan imaginasi entah apa-apa dalam penulisan. Dalam dunia ni ada banyak cerita heartwarming yang tak ada pun elemen seksual. Dan the fact yang kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis, lagi-lagi menulis utk filem/drama, ia melibatkan ramai orang yang akan terpalit dosa kalau kita tulis sesuatu benda yang salah.
yup, aku masih tengok drama yang orang kecam mempunyai kesalahan dalam menyatakan hukum. bukan sebab aku menidakkan kesalahan itu tapi sebab ada isu lain yang aku fokus dalam drama itu. sebab aku curious tentang apa pengakhiran pada isu lgbt yang nak disampaikan oleh penulis drama itu. Kalau ikutkan novel, the conslusion is direct and clear. Kita tak sukakan dosa tapi kita tak boleh hukum si pendosa dengan penilaian cetek kita sendiri.
huh, if you guys ask cerita melayu apa yang caught my attention recently selain 'suami aku pendosa', it is telemovie 'aku cinta padamu' lakonan lisdawati & hasnol. walaupun cringe tapi aku suka dengan kejujuran cerita dan pembawakan pelakon dalam cerita tu.
ohh..aku rindu nak tengok drama melayu lama. cringe pun tak apalah janji jujur.
No comments:
Post a Comment