Kebimbangan pada banyak hal, itu yang selalu tergambar pada wajah Rabiatul. Kehadiran Faid sedikit sebanyak mengubah perilaku dirinya yang selama ini 'jauh' dari realiti.
Dia belajar untuk menyedari orang sekeliling.
Dia belajar untuk memberi dan menerima.
Paling penting dia belajar untuk melepaskan sesuatu demi meneruskan kehidupannya.
Tapi kebimbangan pada banyak hal, itu yang Faid tak dapat ubah pada dirinya.
Dia masih lagi suka termenung memikirkan masalah diri, pelajaran, orang sekeliling dan keluarganya. Dan sejak berkawan dengan Khadijah, dia juga banyak memikir masalah umat.
"Berfikir ni baik, Bia. Tapi terlalu banyak berfikir akan menyebabkan masalah hati",pesan Khadijah apabila perasan muka keruh Rabiatul usai sesi usrah mereka petang itu.
"Saya berfikir tentang Faid",ucap Rabiatul berterus terang.
"Kenapa dengan dia?",
"Awak tak rasa kita perlu tolong dia?",
"Dia pernah ceritakan pada awak masalah dia?",
"Obviously, dia bermasalah. Saya makin risaukan dia yang sejak akhir-akhir ni menjauhkan diri dari saya. Selepas dia tengking saya hari tu",
"Bia, obviously juga dia takut nak tegur awak balik. Dia mungkin rasa bersalah",
"Tapi kami kan kawan. Biasalah kalau kalau marah kawan. Saya tak ambil hati pun",ucap Rabiatul. Malah Rabiatul berterima kasih. Tak semua orang, termasuk Khadijah mampu mengatakan fakta yang Huda sudah mati pada hadapan wajahnya seperti Faid. Fakta itu umpama kunci yang meleraikan segala masalah yang dihadapi Rabiatul, membawanya ke alam nyata.
"Jadi, awak boleh jumpa dia dan beritahu yang awak tak marah pada dia. Mungkin itu membantu",nasihat Khadijah.
Rabiatul mengangguk. Dia adalah orang yang paling memahami apa yang dirasakan dan dilalui oleh Faid. Mungkin dia juga manusia terbaik untuk membawa Faid kembali ke alam realiti.
.......................................
Faid dilihat sedang duduk berteleku di hadapan tasik seksyen 7 sambil mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Rabiatul sudah biasa melihat permandangan itu. Faid memang gemar bercakap seorang diri.
"Assalamualaikum. Jauhnya berjoging",tegur Rabiatul. Faid menoleh, raut mukanya nampak terkejut.
"Boleh aku duduk?",Rabiatul minta izin. Faid tak menjawab.
"Tak baik tak jawab salam tau. Berdo...",
"Waalaikumsalam",pantas Faid menjawab.
"Aid, sepatutnya aku yang merajuk dengan kau tau. Bukan kau. Kenapa dah tak nak bercakap dengan aku?",ucap Rabiatul.
"Kau sihat?",
"Alhamdulillah. Kau?",
"Aku macam nilah",
"Macam ni apa?",
"Biasa je. Tak sakit sangat, tak sihat sangat",
"Berapa pusingan kau joging tadi?"
"Tujuh",jawab Faid.
"Aid, aku nak cakap terima kasih. Mula-mula aku memang marah kat kau sebab tengking aku macam tu. Tapi lama-lama bila aku fikir, sebab kau tengking aku hari tulah aku mula sedar apa yang tak kena pada diri aku. Dan sekarang, aku nak kawan aku balik. Bukan Huda, tapi Faid",
Faid tersengih, cuba menyembunyikan mukanya yang sudah berona merah dipuji sebegitu.
"Kau beruntung, Bia. Ramai orang sayangkan kau. Kau ada family yang sanggup buat apa saja untuk kau, ada kawan macam Khadijah dan Farahanim...ramai lagi orang yang ambil berat pasal kau",
"Habis kau tak beruntung dapat kawan macam aku? Dah la cantik, baik,...hei betullah"
Faid sudah buat muka menyebabkan Rabiatul tidak meneruskan kata-katanya. Kemudian mereka tergelak.
"Keadaan kita mungkin nampak sama, tapi hakikatnya kita berbeza, Bia. Aku gembira kau..makin sihat dan gembira. Aku cuba untuk gembira sama, Bia. Tapi aku tak boleh",
"Boleh tak ceritakan aku apa sebenarnya masalah kau. Kita sama saja kan, kehilangan orang yang tersayang sampai...menjejaskan emosi dan psikologi kita. Kau pun perlukan bantuan, Faid",
"Tak semudah itu, Bia. Kau ingat rawatan psikologi yang kau dapat tu murah? Tak ada siapa boleh faham aku, tak ada siapa tahu apa aku perlukan",
"Aid, semua masalah ada jalan penyelesaian. Itu yang kau beritahu aku dulu kan. Tak kisah macam mana susahnya soalan Calculus, kalau kita ambil take five, tengok soalan tu dari angle yang berbeza, insyallah kita dapat idea untuk selesaikannya",
"Masalahnya, aku tahu jawapan yang aku nak, tapi aku tak tahu soalan atau jalan kerja untuk sampai pada jawapan tu",
"Apa yang kau nak?",
"Aku nak mati, Bia",
"Aid! Apa ni cakap pasal mati? Kau pun kata...",
"Memang senang aku cakap pada kau sebab aku nampak banyak potensi pada diri kau. Kau ada masa depan yang cerah sedangkan aku...aku dah tak ada...tak ada hati nak teruskan hidup",
"Aid, aku ada untuk kau. Kalau kau boleh beri aku semangat untuk teruskan hidup kenapa aku tak boleh beri benda yang sama pada kau",
"Kau rasa kau boleh teruskan hidup sebab kau ada keluarga, ada kawan-kawan. Tapi aku, apa yang aku ada?",
"Kau ada aku! Aku sanggup kongsi semua yang aku ada dengan kau. Aku sanggup pergi jauh untuk kau. Tolonglah Aid, jadi kuat sekurang-kurangnya demi aku. Aku mungkin tak kuat kalau tak ada kau",
"Aku jauhkan diri dari kau sebab aku tak nak kau terus berharap pada aku, Bia. Aku tahu, kau mengharapakan sesuatu yang lebih dari sebuah persahabatan dari aku. Itulah benda yang menakutkan aku sebab aku tak dapat buat perkara yang sama, aku tak rasakan benda yang sama. Kau mungkin akan rasa patah hati tapi, aku hanya anggap kau sebagai pengganti arwah kakak aku. Tak kurang dan tak lebih. Kau dah tak ada hak untuk masuk campur dalam hidup aku, Bia. Aku minta maaf",
"Kau cakap apa ni hah setan? Kau orang yang dulu sibuk cakap dengan aku tentang kehidupan, tentang masa depan yang lebih baik no matter how shit things are! Sekarang kau pula tak percayakan semua tu. Ba**. Dan kau fikir kau hebat sangat ke sampai aku nak cintakan kau lah apa benda lah. Siapa cakap aku sukakan kau? Pergi mampus dengan kau dan hidup kau! Kau nak sangat jauhkan diri dari aku kan. Tak apa. Mulai hari ni bayang aku pun kau takkan nampak",marah Rabiatul, kemudian menendang Faid masuk ke dalam tasik.
Bia...apa kau buat ni? Kau bukan sepatutnya pujuk dia ke. Dia tengah terganggu emosi dan psikologi tu. Memanglah dia akan cakap benda yang bukan-bukan.
Rabiatul dah berair mata. Dia sangat terasa hati apabila Faid dapat menebak perasaan cinta yang dia sudah simpan jauh di dasar hati, hanya untuk meremehkannya. Dalam beberapa minit lelaki itu sudah berjaya menghancurkan semua harapannya pada manusia, pada dunia ini. Selama ini Rabiatul percaya tiada siapa pun manusia yang mampu menerima dirinya sebagai kekasih hati melainkan Faid. Kerana hubungan mereka terlalu istimewa di hatinya.
Kakak? Kau kakakkan aku? Pergi mati kau dan kakak kau!
No comments:
Post a Comment