Friday, 23 August 2024

how i am right about liking and disliking ryan reynolds and blake lively

 gitu kan tajuk.

okay, biar aku ceritakan tentang apa yang berlaku sekarang, dimana bermulanya bibit tidak suka. i will go back to the past on why i like them.

seperti yang kita semua tahu, palestin masih berdarah. dan genosid ni betul-betul memberi kesan pada aku, dan mengubah perspektif aku tentang hidup.

boycott2024 bukan sekadar boikot, tapi banyak benda yang kita boleh belajar daripadanya.

ia bukan sekadar membenci artis, membenci jenama, tetapi ia buatkan kita menilai balik apa yang kita buat, apa yang kita suka, apa yang kita gunakan tiap hari. dan kadangkala benda yang biasa bagi kita boleh jadi sesuatu yang asing.

contoh aku makan kfc dari umur aku empat tahun (kot. masa tu dah boleh makan ayam goreng kan). dan pada umur aku 31 nak masuk 32, aku berazam untuk tidak makannya lagi. 

sebab apa?

sebab utamanya ia adalah satu syarikat yang menyokong rejim zionis bahkan bangga memaparkan kesolidaritian mereka

kedua sebab saiz ayam yang makin kecil dengan harga tak berpatutan.

sepanjang genosid hampir 12 bulan ni, ini pertama kali aku rasa yakin dengan diri sendiri untuk tak bergantung pada sesuatu yang common dalam hidup rakyat malaysia. aku boleh je hidup dan bernafas tak makan kfc, mcd. tak tengok disney. tak follow justin bieber (okay, i never follow him. ini contoh je). 

jadi aku rasa benda boikot ni boleh dilakukan oleh semua, and it really helps to lumpuhkan industri gergasi yang sokong zionis. bahkan boleh naikkan banyak jenama, nama tempatan.

bila mlstudio (ya, i am mentioning your company, mat) keluarkan few video tentang deadpool, game deadpool and kisah-kisah marvel hanya kerana nak hype kan filem baru deadpool, I AM FURIOUS.

aku jumpa ramai yang deaftone tentang perkara ni. di ruang komen teratas tak ada satu pun yang cuba membidas content tersebut as if genosid tidak berlaku.they dont realise (atau pura-pura buta) the fact yang Disney adalah pengeluar filem ini dan Ryan Reynolds adalah penderma untuk kanak-kanak di Izrael semasa tragedi 7 Oktober berlaku.

(He actually donate for both izreal and gaza kids foundation but seriously tunjuk kat aku seorang kanak-kanak izreal yang affected teruk dengan tragedi tu. he just playing pr stuff here, like hei i care about what happen in gaza but i dont fully agree with hamas either). 

HOW CAN PEOPLE UNSEE IT AND SIBUK CAKAP TENTANG PLOT DEADPOOL YANG BEST, GAME DEADPOOL YANG BEST? PERFORMANCE RYAN YANG BEST? HOW? TELL ME HOW? 

I used to like lagu Bye Bye dari NSYNC and now aku rasa macam menyampah dengar lagu tu lepas filem deadpool. 

and fun fact, i used to be the huge fan of filem deadpool yang pertama. it has the element of funny and sarcastic. both script and actors play well. aku rasa deadpool adlh superhero yang terbaik selepas batman. yup, aku tak pernah suka superhero marvel. oh ya, aku ada figurine deadpool sedang membaca yang aku simpan sampai sekarang.

i told you i was a huge fan of deadpool aka ryan reynolds.now i dislike him and deadpool too. so f off fan of that movie yg nak bercerita dengan aku tentang those two.

bila kita  tak suka seseorang, kita tak adalah bodoh sangat untuk membenci isteri anak dan segala tok nenek dia. itu tak matang namanya.

but blake lively has a share with this hatred too. 

first, yup dia co-joint donation untuk kanak-kanak di gaza dan izreal. kedua, dia just expose herself as an ignorant white people yang tone deaf dengan issue domestic violence. 

few days, youtube asyik feed aku dgn video tentang how everyone hate her now. aku yang baru lepas dengar ceramah agama feel that 'tak baik tengok video tentang orang menjatuhkan orang'. jadi aku ignore. but harini aku just click out of curiosity about the lala thats going on with her. 

so yes, blake lively layak dibenci. okay, i mean by dibenci is not throwing rocks at her. tapi, just put in your mind, she not a really good person to look up too.

her new movie, it ends with us sedang ditayangkan. tema filem itu adalah tentang domestic violence. ia adalah adaptasi buku popular 2020 semasa pandemik (walaupun buku tu dah release tahun 2016). the story is about how a woman get out from a domestic violence cycle. 

of course aku tak baca lagi tapi dari feedback ramai orang, buku tu bukanlah yang terbaik dari yang terbaik, tapi buku tu sekurang-kurangnya ada mesej dan jalan cerita yang jelas, yang realistik dan paling best, menjadi rujukan dan inspirasi untuk perempuan keluar dari dv. which bagi aku, itu adalah satu kepuasan penulis untuk tahu mesej cerita mereka diterima baik dan digunakan bagi mereka yang memerlukan. macam kau dah buat satu kebajikan tolong insan lemah.

tapi si blake ni, during film promotion, being tonedeaf about the theme and purpose of this movie. dia, yg juga one of the producer, made this film all about herself. dari poster filem hingga ke jawapan di pc, dia hanya fokus pada dirinya sebagai seorang perempuan cantik. 

ada lah sekali dua dia buat statement pasal dv, tapi at most time bila orang tanya soalan serius tentang dv dia just gelak dan jawab tak endah.

'how would you react or say to dv victim if they come to you after watching the film and share their thought'

'i would leave my number and address (so they can contact me if they having problem)'

tak kelakar.

kemudian dia sempat launch produk arak dan produk kecantikan semasa tempoh promosi filem, which dua benda yang takde kaitan dengan dv. so kau kena cantik jadi kau takkan jadi mangsa dv? arak jenama kau boleh kurangkan adrenaline abuser jadi mereka takkan abuse org?

it is so stupid, pentingkan diri sendiri dan hodoh. 

ya, dulu aku suka blake dari zaman gossip girl sebab dia cantik gila. sekarang aku rasa dia perempuan paling hodoh. 

jadi kenapa aku rasa aku betul tentang menyukai dan tidak menyukai ryan dan blake?

aku suka mereka kerana appearance luaran, which zaman sekarang obviously itu yang manusia pandang. kau funny, peramah, cantik...orang suka kau. kau ada kerjaya yang successful, orang suka. kau kaya, orang suka. i do the right thing as typical human should react.

aku juga betul untuk benci mereka sebab perangai ignorant mereka. which is the thing yang human sepatutnya buat, like people because of their kind heart. but the two of them are just famous people who did not give a f about people.

kalau ada orang nak debate dengan aku 'hei kau tak patut boikot seseorang hanya sebab mereka tak sokong palestin'.

well, isu palestin dah tanggalkan semua topeng hipokrit yang konon memperjuangkan hak asasi manusia, yang konon mereka kaya tapi baik hati sebab menderma pada banyak organisasi.

aku takkan judge kalau mereka hanya berdiam dan tak gunakan platform mereka untuk suarakan keadilan. 

tapi aku marah sebab mereka gunakan platform mereka untuk cakap benda bodoh, untuk tunjuk perangai pentingkan diri sendiri, untuk kaut keuntungan dari filem superhero yang tak membantu apa pun di dunia realiti. you are not close to superhero ryan. you just a funny yet ignorant guy. 

tahu tak siapa yang aku lagi marahkan?

those people yang support mereka, masih tengok cerita atau filem mereka, masih percaya they are good people. yes, they maybe good people to certain thing or people. only if those thing give them benefit. else, they just dont care

jadi apalah beza mereka dengan setanyahu atau biden tu hah. 

#freepalestine

No comments:

Post a Comment