Ia bukan review tapi komen tentang filem ni. Sebab aku tak tengok penuh filem ni tapi tengok few clips kat youtube yang begi full review.
Bila dengar atau baca isu kecurangan, I try not to generalized. Means aku takkan samakan karakter Aris dengan Alif Aziz or Alif Teega. All of them ada karakter dan cerita kecurangan yang berbeza.
I think, bak kata Zhaf, filem ni bagus dalam mengetengahkan isu ni dengan tak point finger pada satu pihak saja atau buat satu watak saja yang jahat. All of them kecuali Raya (Aris & Nisa’s daughter) is to be blamed.
1. Mak Nisa rasa ini semua salahnya sebab suruh Rani tinggal dengan Nisa bila dia dapat tawaran belajar di err Solo kot nama tempat tu. Dia tahu anaknya tu ada tendency utk buat yang bukan-bukan jadi tipikalnya dia percayakan si sulung untuk jaga si bongsu.
Rani salahkan mak dia sebab tak percayakan dia dan kata semua ni takkan jadi kalau mak dia tak paksa tinggal di rumah Nisa.
Despite losing her marriage, until the end Nisa tak pernah salahkan mak dia. Sebab dia pun seorang mak. Dia faham macam mana kerisauan seorang ibu terhadap anak yang takkan pernah putus walaupun dah besar panjang.
Dan sebagai anak sulung, aku nak cakap skit dengan orang macam Rani yang assume mak bapak trust lebih pada anak sulung so they are their favorite. Dengar sini budak, first of all aku percaya semua parents sayang anak-anak mereka. The fact yang parents selalu suruh anak sulung jaga adik beradik yang lain means kami dapat amanah untuk jadi pengganti sementara mereka. Ia adalah tanggungjawab, my friend. Bukan maksud mereka sayang kami lebih. And in fact as for me, kadang-kadang itu melelahkan as if anak sulung tak boleh ke buat sesuka hati mereka tanpa pedulikan adik beradik. Kami ni siapa nak jaga pula?
So yeah, whatever it is, kalau tak langgar syariat, jangan salahkan mak bapak.
Peringatan untuk diri sendiri.
2. Aris at one point salahkan Nisa sebab benarkan adiknya tinggal bersama mereka. Rani salahkan Nisa sebab abaikan suami dengan sibuk berniaga.
They are not wrong.
But let me remind you who the one yang sokong dan push Nisa untuk teruskan bakat membuat kuih dan berniaga. It is Aris, malah sebelum mereka berkahwin. I believe it yang drive Nisa utk bersungguh dalam perniagaannya. Dia cinta dan percayakan suami dia, dia tak nak hampakan harapan suaminya utk tgk dia berjaya.
But of course kejayaan tak datang tanpa pengorbanan. Salah Nisa di sini adalah tidak berbincang secara telus dengan Aris. Kadang2 orang lelaki ni poyo je cakap “I akan support you sayang, go chase your dream” tapi bukan itu yang mereka perlukan. Ada jenis lelaki yang hanya mahu isteri berada di sisi mereka, seperti tipikal perempuan tradisional. Which is tak salah tapi kau kena kabor la betul-betul. Sebab nampak sangat bila Nisa minta izin utk spend byk masa dalam perniagaan, Aris macam terpaksa setuju.
Salah Nisa lagi ialah terlalu percayakan suami dan adiknya. Tak terlintas di fikirannya yang hubungan ipar bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng dan biarkan saja mereka duduk berduaan di rumah. Nisa kena sedar Aris masih seorang lelaki dan Rani masih seorang perempuan.
Bila dia sedar benda ni, semuanya dah terlambat.
3. Of course bintang ketiga untuk dipersalahkan adalah Aris. Mak cik bawang yang tengok cerita ni mesti kata “Lelaki gatal, tak cukup satu”, sambil meludah muka Aris.
Lelaki ada satu nafsu dan itu adalah perempuan. Troy dimusnahkam oleh perempuan, hidup Macbeth kacau bilau sebab perempuan. Sebab itu lelaki kena berhati hati dengan sesiapa saja perempuan selain mahram mereka. Lelaki tak boleh tunjukkan concern yang lebih lebih sebab perempuan akan mudah untuk salah faham.
Jadi mereka tak boleh ditinggalkan sendirian untuk mengurus nafsu mereka. Kena ada iman di dada, kena ada pengawasan dari isteri atau autoriti yang lebih tinggi macam ibu bapa. Itupun at some cases, it cannot stop them to do bad things to woman.
Yup, lelaki kesunyian bla bla bla just to protect the sister like his own yada yada pastu tak sangka terjatuh suka sampai cakap “Kamu memberikan aku kebahagiaan berbeza”.
Wak lu.
I dont care you want to love anybody selain isteri kau tapi boleh tak jangan buat dosa? Boleh tak jadi gentleman? Kau ada banyak akal tahu, gunakan sebaiknya.
Aku paling nak tumbuk muka dia bila dia menangis menggila cakap “Maafin aku Nisa”, merayu bagai. I was like, no you are not sorry mister and right now you are not being man too. Nisa punya respon more to emotional cause, tapi bagi aku what hurt is he has violated Allah’s law.
Aku letakkan diri aku sbg seorang kakak, mcm Nisa. Minta dijauhkan jadi pada aku dan keluarga aku. Aku tak marah kau sebab kau bercinta dengan adik aku. Aku marah kau sebab kau rosakkan maruah adik aku, bangsat. Kenapa masa kau tiduri adik aku lepas tu kau tak menangis menggila kat tikar sembahyang sebab dah buat dosa?
A true man will stand up dgn kesalahannya, dan bertanggungjawab utk konsekuens kesalahannya. Bukan menangis merayu si isteri yang dikhianati dan berharap si isteri maafkannya.
This is fucking her sister, her own blood, how can you unsee the damage that has been done? Cuba kalau Nisa tidur dgn abang kau, kau koyak tak?
I dont care kalau ada isteri yang masih nak terima kesalahan yang macam ni. You do you, I respect your descision. Even ada isteri yang masih terima suami walaupun suami dah buat benda tak senonoh kat anak. But for me, it is a NO. Aku mohon sangat Tuhan tetapkan hati aku utk say No pada benda benda macam ni. It is never a Yes kalau kau langgar hukum Tuhan. Apatah lagi kalau ia melibatkan jenayah macam pencabulan ke atas kanak kanak dan kes rogol.
I mean yes, penzina boleh berubah. Silakan berubah, aku doakan yang terbaik utk kau. Tapi untuk berada disisi kau menyaksikan semua itu, aku tak mampu.
As much as I had my anger towards this man, I know apa apa pun dia masih ada hak pada Raya. Raya perlukan seorang bapa. Kalau Nisa teruskan kebenciannya dengan tak benarkan Raya berhubung dengan Aris, apa yang jadi pada Rani boleh berulang pada Raya. As long as he is a good father, Raya berhak dapat kasih sayang Aris.
4. Dan ini dia, perempuan ketiga dalam perkahwinan kakaknya sendiri, Rani. Masyarakat sekarang lebih senang menyalahkan si perempuan dengan gelaran penyondol and such.
but here, maybe aku akan meletakkan sedikit saja kesalahan pada Rani. Aku percaya semua ini berlaku bukan kerana dia saja saja nak runtuhkan rumah tangga kakaknya macam seorang artis perempuan malaysia buat pada kawan baiknya.
Tapi kerana Rani, sesuai usia mudanya adalah seorang perempuan yang naif dan kekurangan kasih sayang seorang bapa. Di entri aku yang lepas, as I said, mula mula Rani see Aris as a father figure yang dia tak pernah dapat. Aris lindungi dia dari budak lelaki yang nak buat jahat padanya, Aris be kind to her like a big brother hantar dan ambil dari universiti. Tapi lama kelamaan dia mula nampak sosok Aris yang tampan sebagai lelaki yang dia perlukan sebagai partner dalam hidup.
Aris seem tampan dan ‘baik’, and ‘need her’ the way she need him.
So put two lonely human together plus syaitan then boomed, keselingkuhan terjadi.
I wouldnt say she bad for teruskan hubungan terlarang tu. I would say she, again, naive and delusional. She dont know what this relationship will take her but she like it. Dia tak fikir kalaupun they end up together, realiti yang mereka perlu hadapi sangat tough. Even one day kalau Nisa dah boleh maafkan dia, she can be the paranoid wife yang risau suami dia akan jatuh cinta dengan kakak dia semula. Because Nisa obviously ada kerjaya yang baik and can be independent while dia hanya perempuan muda yang terperangkap dengan seorang lelaki tua yang pernah hot satu ketika dulu. Kalau bukan dengan Nisa, Rani surely akan jealous dgn sesiapa saja perempuan yang rapat dengan Aris as if she KNOW so much how easy that guy is.
Non stoppable insecure, paranoid…take that bitch. Itu belum lagi kena tadah dengan umpatan keluarga, jiran dan kawan kawan.
Why I am mentioning this? Sebab the ending of the film menunjukkan hubungan mereka membuahkan ‘hasil’. Tahniah.
Its either Aris buat keputusan untuk kahwin dengan Rina, bertanggungjawab dan be like the above situation. Atau Rina jadi ibu tunggal yang besarkan anak sendiri dan affecting her future.
Karma is a bitch.
See, kesan paling buruk terjadi pada si perempuan. Sebab tu adik adik dan diri ku sendiri, jaga diri baik baik. Tak, korang bukan cool sebab dapat sailang kakak sendiri, tidur dengan pensyarah hot macam Aris. You just become the most pitiful person on earth.
No comments:
Post a Comment