Saturday, 4 January 2025

Bad Memory Eraser Review

 A new drama yang masuk dalam list  'Drama aku akan ulang tengok sehingga muntah'.

This is it.

And I am not expecting Jaejoong to have a VERY good performance in this drama. Aku malah tak sangka sebenarnya dia dah buat comeback secara official di media awam Korea. 


So the story revolve around Lee Goon, the once upon Prince of Tennis gituh. Selepas mengalami kecelakaan yang sebabkan tangannya cedera parah dan tak dapat bermain tenis, dia dipinggirkan dari dunia tenis, keluarga dan juga society.

Fast forward to the future, the tragedy become his lifelong trauma sebab dia bukan saja gagal dalam hidupnya malah terpaksa hidup dalam bayang-bayang adiknya yang tiba-tiba menggantikannya sebagai Prince of Tennis. Dia jadi penganggur yang tak bercakap, bersosial dan sewaktu dengannya.


And then there is the heroine, Joyeon seorang doktor psikatri yang sedang buat kajian tentang procedure membuang memori buruk dari otak seorang manusia. She is very dedicated to her work, a bit clumsy tapi mempunyai arrogant yang tinggi dan sangat cold dengan orang sekelilingnya. I mean dia bukan antisosial mcm Lee Goon cuma dia lebih suka bina tembok dengan semua orang. 

They meet in unexpected way and one thing lead to another menyebabkan Lee Goon menjadi bahan kajian Joyeon without his knowledge. Side effect pembedahan itu adalah personaliti Lee Goon kembali pada dia sebelum kecelakaan iaitu seorang narcistic, proud of himself dan extrovert. Plus, dia tiba-tiba mengingati doktor Joyeon sebagai cinta pertamanya. 

So let stop the synopsis there. Interesting kan? 

1. The first episode really got me hooked sebab Jae Joong somehow suit the sad and gloomy character yang asyik la dibuli plus terikat dengan masa lalu. The only good thing yang dia ingat adalah cinta pertamanya yang pernah selamatkan nyawanya. Cinta pertamanya juga yang membawa kepada kecelakaan kedua yang dia alami sehingga menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan dan menjadi bahan kajian Doktor Joyeon. 

Dengan sejarah Jae Joong sebagai bekas ahli TVXQ yang dibanned media utama Korea sejak 2009, I think he can relate to character Lee Goon. Bezanya, Jae Joong tak pernah putus asa untuk buat comeback ke media, tak kisahlah nyanyian atau lakonan, dia berjaya survive all the hardship sampai sekarang jadi antara 5% penduduk Korea yang ada Black Card (Black card merujuk pada pemegang kad bank yang menjadi VVIP bank di Korea. Maknanya kalau kau ada black card, kau kaya angat angat).

Lagi pula aku rasa 2024 memang tahun dia kerana selain buat comeback dalam lakonan, dia juga buat comeback in singing. He just release an album few month ago.

First episode juga menyaksikan watak Joyeon, yang aku sangatlah suka si pelakon perempuan tu lepas tengok dia dalam Bridal Mask dulu dulu. Tapi dia bukan lagi perempuan innocent yang ayu dan feminim (walaupun dalam Bridal Mask dia banyak fight scene, aku masih rasa dia sgt feminim), tapi jadi seorang yang clumsy in an arrogant way. Which sangat lawak sebab most of the time dia cuba jadi cool tapi bila life dia tak seperti yang dirancang, dia jadi clumsy. 

2. Transisi perubahan watak Lee Goon sangatlah best. Dari introvert kepada extrovert, dari seorang yang attach too much on the past to someone yang sangat eager dengan masa depannya. Dan seorang pencinta tegar Joyeon

Favorite scene

Rasa cam nak lempang je bila dia buat muka camni

Smooth like butter

Tapi kau ingat seorang doktor nak layan permainan cinta kau ni, Lee Goon. Haha Joyeon ni dengan clique dia pun dia buat tak tahu lagilah patient yang nak bermain cinta dengan dia. Lagi pula dia tengah bercinta dengan her colleague (who turn to be an asshole) so memang taklah dilayan si Lee Goon ni. Sampailah Lee Goon ni akhirnya mengalah dan discharge dari hospital.

3. Aku suka the writer try to knot the main lead relationship by making change their status from doctor-patient to ceo-team doctor. so basically goon ni buka syarikat talent management yang fokus pada atlet. so his first athlete is seorang pemain tenis muda Cha Si On. 

Starting from this, we get the sport vibe more. Aku jadi teringat kat Love All Play & twenty five twenty one. I would say the storyline regarding the sports matter tak adalah best sangat but bearable la. I mean kau takkan rasa patriotik bila tengok atlet bertanding macam dalam twenty five twenty one tapi kau juga tak adalah rasa the storyline poyo ke apa. It is okay, but can be improved.

4. 



The next good thing after the main lead is the second lead couple. Aku suka the vibe in both character and wonder why the writer tak bring their relationship to the next level. Kudos to the actor and actress. At the end, waktu Lee Shin selamatkan Sae Yan, seriously aku rasa walaupun mereka tak bercinta, tp kalau aku kat tempat Sae Yan akupun syukur sangat-sangat boleh kenal dengan lelaki yang bukan saja jadi lawan bercakap bertumbuk tapi lelaki yang boleh dipercayai macam Lee Shin. 

Hahah maybe Lee Shin bayar deeds Sae Yan lepas kejadian 'ular'.

5. 

Aku suka hubungan brotherhood Lee Goon dengan Lee Shin. Lee Shin mula-mula tak ubah seperti bayang-bayang kepada Lee Goon. But later that we know dia pun sebenarnya ada struggle dia yang sendiri. Aku sukaaaaaaa gila babak yang mereka berdebat kat jambatan pada malam kecelakaan kedua, iaitu sebelum Lee Goon buat pembedahan buang memori. 

"Kau tak puas hati lagi ke kau dah ambil semua yang aku punya",-Lee Goon
"Memang kaulah yang terpaling tersakiti kan? Kau tu yang hanya fikir diri kau. Kau duduk dalam dunia kau sendiri dan salahkan semua orang. Kau lemah gila dowh. Sebab kau lemah, aku yang kena kerja dua kali ganda untuk penuhi impian mak ayah. Aku kerja dari kecik tak pernah berehat sampai sekarang, kalau aku sakit pun aku paksa dan dipaksa untuk teruskan. Ada aku merengek macam kau? Kau pernah tahu tak semua tu"- Lee Shin
"Aku tak pernah suruh kau ganti tempat aku. Kalau kau tak nak main tenis cakap sajalah! Kau berhak teruskan hidup macam yang kau nak.Tapi kau tahu apa masalah kau? Kau ni tak ada cita-cita. Dari dulu kau memang jadi bayang-bayang aku, ikut mana aku pergi, buat apa aku buat. Kau tu pun si gagal, penakut!"-Lee Goon

Despite apa yang jadi lepas tu, I can feel Lee Shin hanya nak abang dia balik. Dia hilang abang dia selama berbelas tahun. Orang tengok dia di puncak kejayaan tapi orang tak tahu bertapa kosongnya dia tanpa orang yang jadi sumber inspirasi dia selama ni. Bila Lee Goon dah berubah personaliti, dia sangat sukakan Lee Goon yang itu yang buatkan dia buat semua benda asalkan Lee Goon tak teringat pada masa lalunya yang menyakitkan. 

At the same time, bila karier Lee Shin hampir ke penghujung sebab satu skandal, Lee Goon tolak tepi semua rasa marah dia pada Lee Shin (asbab hal berkaitan Joyeon) dan berusaha nak pulihkan keadaan. Their brotherhood is realistic sbb gitulah adik beradik. Boleh gaduh sebab benda kecik tapi boleh berbaik sebab masalah besar.

6. Last but not least, aku suka tema mental health yang dibawa. How a analytic people like Jo Yeon think a depression can be heal when the memory is deleted. And there is Lee Goon yang despite having a good life after pembedahan buang memory, dia sentiasa value more on his core self, his back story sampai on many occasion dia sendiri cuba selesaikan puzzle of his lost memory.

On the first round aku tengok cite ni, aku tengok laju-laju sebab lebih interested dengan hubungan Lee Goon & Jo Yeon. Pastu aku cam mengeluh sebab their romantic scene tak banyak pun plus ending pun cam alaa camtu je.

Tapi bila the next round aku tengok, aku rasa aku suka dengan the ending. memang ia banyak fokus pada bagaimana lee goon dan keluarganya buat closure tentang memory buruk yang jadi dalam hidup mereka dulu. Lee Goon boleh terus bersedih sebab memori buruk tu dah kembali, tapi memori boleh dicipta lagi kan, dan kali ni buat memori yang bahagia pula. as long as they alive and be together. Keluarga macam mana buruk pun, merekalah yang ada masa kita susah. 



Bercakap tentang mental health, aku just terfikir kalau nak diikutkan, TVXQ adalah antara idol yang ada peminat saesang yang teruk. Perempuan hantar pad penuh darah, perempuan pecah masuk rumah dan ambil gambar waktu mereka tidur, perempuan hantar mesej bukan-bukan malah Jaejoong pernah cerita ada peminat pecah masuk dan cium dia masa dia tidur. 

Scary isnt?

Tak cukup dengan tu, Jae Joong, Yoochun & Junsu have really hell time lepas mereka keluar TVXQ, which is not what they intend to do. Mereka hanya nak tuntut hak mereka sebagai employee, sebagai manusia tapi the top management just give them hell. Sorry to say, Jae Joong can say he already in 'good relationship' with President Soo Man but not to me. Aku yang bukan hardcore fan TVXQ pun sakit hati gila babeng. I mean yeah, aku boleh baik dengan kau tapi itu jela. Kalau nak harap aku cakap benda baik pasal kau atau kenang jasa-jasa kau memang minta maaf zahir batin. 

Jae Joong take whatever chance he get, berlakon watak sampingan, teruskan karier di Jepun, dan mula buat business. Macam tu juga dengan Yoochun & Junsu. Masa tu sorang artis pun tak berani dedah they actually in good relationship with three of them. Malah dua ekor lagi dalam TVXQ tu pun diharamkan sebut pasal mereka. 

In early 2012-2015 camtu Yoochun byk menyinar kat drama. Aku suka gila Sungkyungkwan Scandal, Rooftop Prince, Girl Who See Smells ...semua tu memang list drama yang aku ulang tengok. Tapi few years later dia terlibat dengan few accusation melibatkan sexual assault. He turn out to be innocent tapi the impact is he is been banned from the mainstream media for a while. 2024, macam Jae Joong dia buat comeback in both singing and acting, tapi di Jepun.

Apa yang aku nak cakap is, kalau nak diikutkan pengalaman, memori or such, mereka bertiga ni kalau nak diikutkan dengan peraturan tak bertulis gen z, sepatutnya mengalami masalah kesihatan mental. Worst might take suicide. But one thing yang aku suka tentang gen y, second generation idol, kebanyakan dorang going through hell but still survive. And those three especially, juga boleh berubah jadi orang yang jahat macam Seunggi, JJY dan Jonghyun (CNBLUE) (if you dont know what happen, those 3 terlibat dengan isu Burning Sun (jenayah seks)). Aku tak tahu kebenaran, maybe dorang pun dua kali lima je tapi apa yang aku tengok, 2024 they just prove SM & Lee Soo Man wrong. 

Mereka survive la weyh. Mereka si jebat yang memberontak dan dihalau istana tapi sekarang, they build their own castle. They pave a new way for idol untuk dapat hak sebagai employee dan manusia. 

Oh lagi satu kan, ini pendapat peribadi aku. Sebab lately aku hanya tengok Jae Joong, aku pun tak tahu kenapa aku rasa dia antara orang yang paling banyak diambil kesempatan. Even dalam cerita Bad Memory Eraser ni, ada babak yang dia terpaksa naked. Kalau tengok babak tu aku rasa kalau dia pakai seluar je pun boleh sebab memang dia tunjuk bahagian atas badan je on camera. 

Tapi bila dengar mereka punya interview kat radio, memang babak tu dibuat naked sampai si main actress tu memang tak pandang langsung pada Jae joong sebab malu. I mean alahai tak payah la nak beria sangat buat realistic. Ai kan ada. 

Kalau kat Malaysia ni pun ada kes artis lelaki digrooming, apatah lagi Korea. Man, dunia dah gila weh. 

Done review. Aku nak check out When the Phone Rings pula. Apa yang pasti WTPR tak masuk dalam senarai drama yang aku ulang tengok. Aku appreciate Hee Joo dan berbaik dengan Paik Saeon tapi sepanjang masa nak buat babak berkhayal apakebenda. And now it getting too much sampai aku annoy. Orang lain pun kahwin tapi kau chill boleh? 

Aku lagi anticipate dengan second main lead couple sebab obviously the man is falling for the girl. Dan la dua-dua karakter best. 

Chiao.


No comments:

Post a Comment