Tuesday, 16 December 2014

the drama queen rant


i hate myself more than anyone else
i hate to let others down and rather push myself to the limit
i hate to talk to others and suffer alone
i hate to look stupid and annoy everyone
i am very pathetic

if only they read this
i'm acting cold not because i'm angry
but rather i soooo dissapoint with myself
i hate to be a useless person

i know i should rant to Him only
but at least writing this can let them read
the true feeling of myself'
the 'unknown' and 'undefined' miserable that i always had

forgive me, my dear friends.
indeed.

sincerely,
your no-good-procastinate-drama queen-friend
peace.

Wednesday, 10 December 2014

ranting di malam hujan

Lama tak menulis blog.
Bukan ada orang nak baca pun.




Tertangguhnya pertemuan itu kerana mungkin Allah ingin berikan yang lebih baik untuk kita.
Tertangguhnya kejayaan itu kerana Allah ada pelan kejayaan yang lebih.
Akhir cerita, kita sentiasa kena bergantung kepada-Nya. Tak boleh bergantung pada diri sendiri pun. 
Allah-pendent.
Tapi manusia ada dua keadaan je bila dia jauh dari Allah.
Dia rasa malu atas dosa2 dia sampai dia malu nak bertaubat juga atau ego.
Dan mungkin aku ada kedua-duanya. 
Allahurabbi.

Kenapa bila susah saja ingat Dia?
Kenapa masa gelak2 tengok Running Man tak ingat dia?


Siapa yang kejar dunia jadi macam Gwang Soo. 
Dia mungkin boleh gigit benda alah makanan tu, tapi dia nampak sangat bodoh melakukannya.
Tapi siapa yang kejar akhirat jadi macam situasi Jae Suk. Jumpa bidadari syurga. Ahaha =)

Am I suppose to give up?
Buat salah> diam> putus asa.
Bukan camtu caranya sayang.
Buat salah, betulkan. Minta maaf. Kalau tak kuat, mintalah petunjuk dari yang Maha Super Saiya.
Bukan Goku. 
Tapi Allah s.w.t

Takpa, at least usaha. Kalau tak dapat tu then tak dapatlah. Allah tak izinkan. Dunia ni bukan milik ayahanda pun. 
Haih, nak kuat kena makan ubat, kena bubuh adamant dalam badan.
Al-Quran le jawapannya.

Rant yang rasanya tak ada yang faham. Tak apalah, at least kurang skit.
Ikut jejak langkah Mat yang wat buku bila hadapi cabaran getir. At laugh at it through video when succeed to pass through it.
Wassalam. 

Wednesday, 8 October 2014

the bad day

feeling distracted over something

bukan namanya  farhana kalau tak bermasalah

mungkin hari ni hari buruk semua orang kot

okey, back to the topic.

kenapa kadang2 manusia ni... well a human like me...suka sangka buruk, tak suka itu, tak suka ini, rasa dia tu annoy, rasa dia tu menyampah, bodoh ...yeah, i done it a lot of time. but maybe time will heals it.

aku rasa orang yang tulis buku ada potential sangat besar untuk pengaruhi orang.
i love reading.
it's like travelling in a time machine
tapi kenapa ek kat luar tu hanya ada buku sampah?

cerita yang diulang-ulang, hanya nama dan setting ditukar
semua tu macam selfish diri penulis untuk tunjukkan konon mereka berbeza
i really got angry with this scene

yeah, aku pun bukan tahu menulis pun
bahasa pun guna bahasa pasar
aku pun suka menulis
dan pembaca aku adalah orang di sekeliling aku, orang yang aku percaya
takut satu hal,
tapi mungkin aku rasa selfish dalam karya yang aku tulis tu masih ada,
jadi mungkin ia hanya dapat diterima oleh orang yang betul2 kenal aku

well, it's not a novel. i know really hard to produce one
but, sincerely
if u want to write, please write from your heart
benda ni akan ikut kau sampai akhirat

your deeds, your aib..semua tu akan terbukak
termasuk yang tengah menulis ni,
well ramai je kan yang boleh tulis something yang nampak skema, tapi meaningful gila
macam buku2 ramlee awang murshid, ustaz hasrizal jamil,
kalau nak gila2 pun , Nurul Syahida Kamarudin can be the most 'crazy' person when she write, but she also have 'something' that really precious. she write about her thought and connect it with the normal world around her.
Hlovate write from her heart based on the stories that she get from people around her. that's what makes her books so meaningful.
Nadia Khan share with people her helpful thought, maybe a simple issues but she really study everything that she want to write. she's not just nagging about stuff without knowledge.
Emaen..a great observant about current issues. he maybe got the less romantic style than ahadiyat akashah but his thought is brilliant.
Ratu Bulan is like a fantasy writer, her story is full of sweet memory. Maybe some find it's childish, but at least she is being herself . she got the idea of how this world actually can be nice.

okay, maybe i'm biased over something.
different people have different perception.
but if only you can be true to yourself plus having knowledge & thought before you write something.
and the important thing is no plagiarism

no offence to anybody. well maybe no one will read this

Tuesday, 22 July 2014

i wonder..

i start liking syaz johar after reading three of his books



watak utama tiga2 novel ni adalah perempuan. nak lagi spesifik, wanita-wanita terdesak, teraniaya.
mereka terhimpit dengan keadaan sekeliling yang kadang-kadang kejam tak ingat, jadi mereka lost. impression pertama pada mereka, semestinya mereka bukan stok-stok watak baik macam dalam novel klise yang ada tajuk ;"meh duduk kat riba aku" atau "cik skema dan cik gangster".
no no no..

they have problem, they have no way out and they take the left path. short cut.
their lifestyle is not what you wish to read or imagine.

i reallllllllllllllllly dont like that 'lifestyle'. it seem the writer have a negative thought about women. at first i think maybe i should stop reading his book because it is irritating and effect my emotion. maka keluarlah fakta-fakta 'ustazah' dalam fikiran ku ini yang menyuruh mereka sepatutnya buat itu dan buat ini. Aku jadi sangat judgemental pada watak-watak ini. As if kalau aku di tempat mereka aku akan buat keputusan yang lebih baik dan selamat dari natijah buruk.

tak. manusia suka jadi tuhan, judge itu ini. hukum itu ini. as if dorang saja yang betul.
syaz johar membawa kita menyelami watak2 yang desperate ni, macam mana dorang buat keputusan yang desperate & terima kesan yang agak desperate juga.

tak, bukan maksudnya penulis ni  desperate. dia intelligent. haha. dia nak kita sedar, yang masalah sosial meningkat kat luar tu bukan sebab mereka itu yang jahat, tapi kita yang 'baik' ni tak nak tolong mereka. hanya tahu judge, bukan nasihat.

individu muslim itu lebih senang dibentuk jika masyarakat muslim itu dah stabil.
i just realised it today.

 dan akhir sekali, orang yang hebat tu adalah orang yang boleh tengok sesuatu yang mungkin buruk pada pandangan orang lain , tapi pada pandangan mata dia semua tu cantik dan indah. nak lagi up, dia boleh ubah benda buruk tu jadi benda cantik. pergh..memang ohsem.
hehe.
makanya aku bagi 4 bintang pada syaz johar. haha. nak amik sendiri kat langit ye pak cik.




有沒有發現另外二分之一的溫柔

So...where should i start?
i want to spill my craziness about something.

Here! Presenting.... "Fall in love with me".
*ni you meiyou ai guo wo ni you meiyou ai guo wo..ohh baby

yes, that song haunted me over and over.
                                                     Half- Gna & aaron yan

Hero yang arrogant is so out of date. Hero flower boy toksah nak gelak evil, sama juga!
Tapi hero yang mix of them..hemm

*dia tak mencarut tp penonton harap dia mencarut pd heroin
the futuristic, idealistic, charismatic CEO of advertising co.
One half of the hero is arrogant, ego, frown looking, serious and over confident guy.
Name = Lu tian xing *if not mistaken

comel










caring
high fright
Name = Xiao Lu
The other half is soft hearted, caring, nice, helpful...and ofkos the heroine fall in love with him.
but this half of him is a lie.
So his true side want to win the women heart by both personality. Are you kidding me? No innocent women would do so.

i only watch few episode on youtube and read a few review on the website. it is still airing at TVN if not mistaken, so i can just  i'm waiting for the dvd to release.
yeah, tak ada sentimen, babak best atau pengajaran nak dikongsikan. tapi aku suka watak hero punya expression. it just unpredictable.hehe.



okey.fullstop.



Tuesday, 8 July 2014

Rahsia hati


"Macam mana...kalau kita minat seorang lelaki ni dari jauh, tapi kita tak berani nak luahkan?"-Suraya

"Then...coward?"-Fitriana

"Walaupun perempuan memang tak patut mulakan dulu?"

"You know who starts first does not important, right? That is just your lame excuse",

Muka Aya merah padam.Fit ni sangat berterus terang.

"Uh, aku tak tahu. Aku minat dia... sebab dia nampak baik, cool dan aku rasa sesuai dengan diri aku"

"Ouh..." ucap Fit sambil mengangguk faham.

"Dari zaman sekolah aku dah biasa ada crush, abang senior yang join KRS, pengawas dari kelas sains...hanya suka dari jauh. Tak berani nak approach pun sebab aku rasa couple tu bukan style aku"

"Cehh, cakap jelah kau takut diorang rejek"

"Tak, betul. Memang la takut kena rejek, tapi... entahlah aku dikelilingi kawan-kawan yang supportive sampai aku rasa tak perlukan boyfriend. kitaorang gembira pasangkan diri kitaorang dengan sesapa aje tanpa ada halangan."

"Then what is the problem with your new crush? That Adi..what?"

"Adi Mohsin"

"Yeah, Adi. Budak AD (art design) kan?"

"Yup"

Fitriana mencebik. Jadi kertas dinding AdiArt  kat komputer dia tu mamat tu yang lukis la ye. Hemm, ni mesti stalk kat Facebook.

"Budak Mpp jugak kan?"

"Iya"

"So apa fungsi aku disini? Kau nak aku cakapkan kat dia?"

"Tak.. kau ni tak faham lah. Aku nak tanya pendapat kau. Sebab dalam usia sekarang ni, bukan main suka-suka lagi. Kalau kita suka seseorang, kita kena proceed dengan perkahwinan supaya cinta tu jadi halal"

"Hah, pandai pun kau. Maka, perlulah dikau cik Suraya bertanyakan tentang dia pada rakan-rakan perempuan dia, atau sesiapalah kawan dia yang kau kenal. Kau risik dulu dia...."

"Aku dengar cerita dia dah berpunya. Orang hebat macam tu haruslah laku dulu kan"

"Itu kau dengar, belum dapat cop pengesahan lagi"

"So kalau dia belum berpunya, aku nak buat apa? Masuk meminang?"

"Lailahaillallah budak ni. Kau kena guna orang tengah dalam perkara ni. Macam ustaz persatuan korang tu ke.Atau senior yang dah tua or dah kahwin yang boleh dipercayai"

"Aku segan"

"Kau segan kau melepas. Girl, istiharah dulu. Minta petunjuk dan keyakinan diri dari Allah. Kalau memang dia Mr Adam kau, insyaallah segalanya akan dipermudahkan."

"Kalau bukan?"

"Then you can find Marc Adam and write sad and helpless song about it"

Huh, Fit ni dia punya sarcasm memang tak boleh blah.


The Wonderwall

Wonderwall-Oasis

Haha. Tiru sikit ayat Hlovate dalam Rooftop Rant (kalau tak silap);
' ..the wonderwall that you build around you not only keep you from getting hurt, but also from be happy..'

Kita perlukan baju besi Iron Man yang disaluti jubah halimunan untuk melindungi diri kita dari segala marabahaya. Marabahaya dalaman maksudnya.

I am a quite person. I don't talk much because that makes me look stupid.
I am a dependent person. I don't want to be a burden to anybody else.
I have many untold secret. Even to my best friend. Secret should be lock deep in your heart and mind, right? That's why i seldom write on facebook because i am transparent when i write something.

The good thing of having thick and high wonderwall, nobody recognize you and you can just doing your stuff freely.
The bad thing about it is , you just suffered the pain alone. 
Tak sempat nak bukak pintu kecemasan kalau ada kebarakan berlaku.
Tak sempat larikan diri kalau ada gempa bumi.
Tak tahu ribut Katrina nak datang serang sebab dinding tu sangat kalis bunyi, peluru and segala macam benda.

Kalau zaman high school, aku akan kata ;

Aku tak pandai ,cik S pandai. 
Aku tak ramah, cik F ramah.
Aku cuma positif, tapi aku ni manusia biasa juga.
 
Dan akan menambah ketebalan wonderwall tu.
Tapi 'aku' yang sekarang tak mahu macam tu.

'Aku' yang sekarang mahu share dengan orang kebaikan dan kegembiraan dengan orang lain.
'Aku' yang sekarang mahu terbang dan sebarkan kebaikan kepada orang.
'Aku' yang sekarang bukan pentingkan diri sendiri, sorokkan diri.
Walaupun benda-benda yang tak nak dibuat tu kadang-kadang terbuat juga, aku cuba.

Hey, ini aku kan. One in a million.
At least aku tahu aku berharga.
Dan kepada orang yang menghargai aku juga.
Terima kasih.



The Ramadhan

Every Ramadhan, insyaallah i aim to be a more good person.
Good person that always recite annd tadabbur Al-Quran.
Good person who can resist nafs.
Good person who is patient.

Alhamdulillah this Ramadhan, I'm still trying to be good. Yes, dont be a hypocrite to be good only in Ramadhan. But hey, that could be a good start, isn't it?

Year by year, alhamdulillah i see a changes in our society about Ramadhan. When I was a little girl (and high school too), i just thought Ramadhan is about the patience and hardship towards the d-day. But like a quote said, the journey is more beautiful than the destination. I start to see Ramadhan as beautiful and meaningful journey. That's the month where you almost never stop doing ibadah. Fasting in the day, reciting Al-Quran a juz, break-the-fast, tarawih, qiyam and sahur.

Yes, maybe this is a boring entry for some of you. This is something that many of the facebooker share everyday. And MatLuthfi also give his opinion about typical Ramadhan among Malay in his new video. So lets improve our Ramadhan everyday. Maybe you could not do all the things, but dont leave all of them. Maybe other people say you are hypocrite, but only you feel the delicious-ness of the ibadah.

Yeah, i once thought to named after my child Ramadhan, so i can cooly call him Dhan.
(*motive??)

Hahah. Happy Ramadhan.

Sunday, 25 May 2014

random

~random thought from someone..a blogger i guess

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda

Saturday, 24 May 2014

of victims, of little sister & me



Si aku hanya akan update blog bilamana beliau cuti panjang.
Of kos kerana beliau begitu miskin dengan internet & masa.
Dan ye, dalam kepala aku hanya ada dua benda tu saat ini.
Mungkin kena spill kat sini dulu sebelum fikirkan masalah assignment plak.
Duhh..*sigh

Bila mana diri terlalu sibuk dengan urusan diri sendiri yang kononnya payah sangat tu.
Bila mana diri terlupa nak ambil tahu pasal orang lain, pasal dunia sekeliling.
Aku dengar cerita housemate sahabat aku dikejar oleh lelaki berpisau bila dia pulang lewat ke rumah. Bagaimana gadis itu bertindak mengikut rasional dan mengetepikan perasaan giga takut semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Ya, tak tipu. Adegan kejar-mengejar macam dalam gerak khas tu memang menakutkan kalau kita letak diri kita di tempatnya.

Pulang ke rumah, cerita tentang manusia terdesak butuhkan wang sehingga sanggup merompak, mengikat satu keluarga mangsa & mengambil segala-gala yang berharga tidak jauh dari rumah ku.
Aku.. memang tak dapat membayangkan trauma yang terpaksa dihadapi si mangsa. Aku kenal mereka dan aku rasa bersalah, terkilan, kerana tak dapat buat apa-apa.

Kemanusiaan yang hilang bukan salah sesiapa. Bukan salah kerajaan yang menekan rakyat dengan pelbagai cukai dan undang-undang yang culas. Bukan salah rukun tetangga yang kebetulan bukan hari mereka untuk mengadakan rondaan di kawasan terbabit. Bukan salah si tuan rumah yang tak memasang alarm tahap bank dunia. Bukan salah pencuri yang terdesak perlukan duit, samada untuk kebaikan atau kejahatan. Bukan salah masyarakat sekeliling yang menekan dengan masalah gejala sosial lain. Tuding jari itu pada diri sendiri.

Aku hanya pandai menulis, Allah belum uji aku dengan ujian yang sebegitu berat maka aku tak layak untuk menghukum sesiapa.
Versus.
Between good and evil.
We choose.
You choose.
I choose.
And The Mighty Judge should always be Allah s.w.t.
Let's just beg for His mercy and hidayah for every hardship that we had.
Never forget Him.
Never feels bored to pray to Him.
At our happy and unfortunate moment.
We need Him.
That's all is enough to strengthen us.
Remember that nobody, no-syaitan, no whatever creature can hurt us , even ourselves, without His permission.
Allah, I'am a weak person. Astagfirullah.

*i try to speak malay but at the end, my mind just interprete it in english.
oh, yang pasal adik tu post seterusnya. hari ni double post ye.

Tuesday, 25 February 2014

monolog lagi


assalamualaikum.
kembali pada mode normal.
selepas seminggu dilanda kegilaan 'itu'.

i'm that.
rapuh. seperti lagu opick.
kadang2 rasa minat dengan sesuatu 'keduniaan' yang kalau tak dapat, aku akan meratapi macam kucing ilang anak.
dan kegilaan itu akan berterusan sehingga aku bosan
kemudian aku akan lupakan kegilaan itu terus selepas muncul kegilaan baru

si M buat video dakwah cara sempoi. hampir sejuta subscriber
si B buat blog dakwah ala2 street dakwah. dua ribu lebih follower
si R buat lukisan dakwah di facebook. friends & follower berbondong-bondong. tak termasuk pen-likes sekali.
si H tulis novel remaja islamik. pembaca & peminatnya ada di merata dunia.

si 'aku' pula hanya bersembunyi di balik skrin laptop
mengkomen, mencebik, mendengus pada facebooker yg ada kegilaan & kebodohan masing2.
tanpa mengambil sebarang tindakan
si 'aku' cuba menulis, tapi dia tiada pembaca
si 'aku' cuba memberi, tapi tiada siapa menerima
si 'aku' cuba menjerit, tapi hanya pada bantal

dia terlalu takut untuk keluar dari tilam Vono yang empuk itu
terlalu takut untuk berhadapan dengan homo-sapien di luar
dia seperti kura-kura yang hidup dalam cangkerangnya
tak mahu buktikan kuasa si 'ninja turtle'

si 'aku' akan cuba bangkit dari lena yang panjang ini.
terima kasih kepada semua yang memberi inspirasi

My anthem is my syahadah-Hlovate

Thursday, 20 February 2014

i am **** locked

i am in detective mode


-_-' yeah, as if watching detective drama for four hours non stop will get you dean list. but seroiusly, i love detective stories, it make me alert and be observant. practicing the science of deduction gitu.
so here's the drama that i fell like a wrecking ball infront of the television.

1.

yes, of course.encik Benedict (mengingatkan aku pd benedict test) sangatlah charming ditambah dgn kegeniusan watak Sherlock tu sendiri.Sherlock bukan genius sbnrnya (pd pndpt aku), tp dia observant. and being observant my friend, is very important in this ignorant world. i really like his sarcasm, his egoist and humourous character that never bored you (as sherlock always said that other people is bored).
i never read the book and i always want to. but reading classical novel is really....yeah hard for me (mind my english) & my mr imagination (yeah, i really dont have idea about the zaman dahulu kala & cannot imagine it). so maybe this new fresh adaptation can make me defeat that weakness.

2. Quiz of God (season 1,2,3)


 wargh.....
aku nak menangis bila mengingati dvd ku yang sudah hilang itu. the best detective story from korea.
Quiz of God is barely focused on medical investigation. Dr Han is born genius, but somehow being a 'lab rat' of unresponsible people. tapi itu tak bermakna dr han x blh stay dgn personalitinya yg gila2, humourous, penyibuk & etc.
the ending (in season 3) is quit sad, leaving a big question mark in viewers about dr han. but anyways, the content is superb, if sherlock season only have 3-5 cases, i think this drama have near 10 cases for each season. yelah, the toughness of cases is moderate compare to sherlock.
wuu...sapa2 yg nampak dvd cite ni silelah beli ye. mmg tak rugi.

3. detective conan


yes, my first love on detective story. DC is basically inspired from the interest of writer in sherlock holmes. shinichi kudo, the young detective become the 'lab rat' of a secret organisation that turn him into a child. he help his father-in-law-to be solving cases in an interesting way.
i love the comic, the anime, the live action version but still the best is the anime (kerana live action version ada yang kurang sesuai ditonton oleh kanak2 ye adik2 sekalian). but it just got too many episodes (ngalahkan dragon ball) and somehow i just want to know the ending (plez Mr Gosho Aoyama, i had enough).
but as far as i know, the last battle would be shinichi defeating the mysterious white guy.

4. CSI
 yes, i grew up with csi. my friend naim just crazy about it and she infected me. of course my fevret cast would be Grissom, from CSI LA (it didn't mention the LA actually). but he's replaced by other guy and that's the moment i stop watching it. other than that i love CSI NY. never like the miami version (bcoz i think the main guy calmness is annoying. no reason).

yes, i'm waiting for more cases to be solve in my life. sometimes i just want to be the freak calm genious that can counter all types of problem. handling with elegant style gitu.  yes, sometimes i'm too positive but sometimes i'm too weak-freak-stupid. oh, well. we're human right. kalau hidup straight takde bengkak bengkok apalah thrill. =p



Tuesday, 18 February 2014

who next? your mother

a picture tells thousand story
kalau nak tulis karangan berdasarkan gambar mcm skema kbsm mungkin boleh diceritakan begini;

si ibu memandang anak-anaknya yang dikandung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. mereka terlalu muda untuk mengenal erti penderitaan.

"ibu mahu kamu terus hidup dan membesar menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat dan agama. kamulah penyambung rantai-rantai perjuangan Islam, kamu lebih berharga dari berlian paling mahal di dunia".

"ibu, selagi ada ibu kami akan rasa selamat. ibulah dunia kami"

dan si ibu masih memeluk anak-anaknya tatkala maut di hujung nafasnya.

aku mahu menjadi mereka. mahu menjadi si anak. mahu menjadi si ibu. mahu jadi setabah dan sekuat iman mereka. sesungguhnya imanlah yang menguatkan kasih sayang manusia.

Tuesday, 11 February 2014

Yūjin or tomodachi

my latest post i write about my primary schools friends that all have osem story. i met them at my friend wedding.
a few days ago, i attend a funeral. of one of my friend, my really good friend. she involve in an accident in front of her house and having coma for two days before really saying goodbye to the world. she is my high school friend, and that event gather all of our good friends from high school.

i feel so dissapoint in myself for not bother to sms or call her as i always do whenever sem breaks. i'm too busy with my life (sarcasticly).
it make me so sad to think that someone has to be die to gather our friends. why all of us being so selfish for not even care with her that did not further study in order to work for her family.
she might be hit from a car but i think it's our fault, especially me, for forgetting her.

but yeah, i know this is Allah's fate, He know the best for us human. the only thing i can do is praying for her, i really hope she's including in Allah's rahmat. then i remember a quotes from Hlovate in Schubert Serenade
Hanya satu garisan antara hidup dan mati. Satu-satunya penghubung kita dengan dunia lagi satu tu hanyalah doa.

then at that gathering, i barely know that one of my best friend is high school had losing her mother quit a short time ago. i did'nt know she has to struggle to take care of her sick mom and watch her died. a day with many shocking news from my high school friends.

so that event give an electric shock to me to appreciate my life and people around me. we can stop ranting about our life if we take lesson from other people life.
itu baru aje org sekeliling, kalau nak banding dgn org kat somalia, palestin.. haih mmg tutup muka dgn bantal lah malu gile.

so to someone yg tgh gaduh dgn kawan baik tu, think about it again. life is too short to be egoistic and hate other. kita pun bkn perfect kan. sebelum kita kehilangan dia, hargailah dia. begitu juga ibu bapa anda dan guru2 serta lecturer yg dikasihi sekalian.
('-_- kau ckp mcm org tua)
fara, syud, raudhah (aku tukang amik gamba) =)
geng racing beskal jasmine (dia xde beskal -_-')
sbnrnya byk lagi geng tp penat nk upload, jd korang pilihlah karakter mana yg suka


Saturday, 1 February 2014

my lady~


seperti
asiah yang berhadapan dengan firaun...
sumayyah yang tegar syahid dalam kalimah syahadah...

la  tahzan ya ukhti
hatimu rapuh seperti kristal
namun usah dipertikai kekuatan semangatmu
yang lebih membara dari api kaum majusi
usah dipertikai kelembutan hatimu
yang bisa meleburkan larva yang mendidih
tulus kasih sayangmu
tak bisa ditandingi

Jadilah seperti mujahidah di zaman Rasulullah
yang menjadi tulang belakang kepada pahlawan-pahlawan Islam
Jadilah seperti Rabiatul Adawiyah
yang menyimpan hatinya demi Allah s.w.t



Tuesday, 28 January 2014

accept differences


What makes us different?

Recently, i met my friends from primary school. Imagine from the not matured, childish student are now had become a grown up man and woman. Most of them are still studying and some of them had become workers. It make me realised how fast time is passing by.

Baik, cakap bahasa melayu pula. Intro saje gempak -_-'
Jadi aku dan kwn2 sebaya aku melalui fasa kehidupan yang hampir sama.
Sekolah rendah, sekolah menengah, matrix/ diploma/form 6, degree dan akan datang alam pekerjaan.

A few of them are attending the same high school as me, riding the same school van and involving in the same curriculum activities.
Tapi at the end bila masuk pengajian tinggi, we are different.

The current people that evolves around us, the issues that we concern, the fashion that we wears and the movies that we like are different. I'm not offended about the difference, but i do amaze about how we can still get along. These are some of my primary school stories;

Cik SF; currently waiting to pursue her study at UUM. She's much kawai dess ka.
Cik AR; currently a kindergarden teacher. I suspect she is dating someone (stalk facebook).
Cik KA; changing her title to madame, i think she still study in UTM. Last place work is KFC.
Cik NS; had changing her path from medic to statistics. She's very passionate to gain her own pocket money that she always work whenever she free.
Cik FA; having troubled with the degree life, but manage to going through the first hell semester
Cik SR; a chemistry student, still cheerful and bright as she always be
Cik FS; USM student (i forgot what she's taking but in science field), a girl that always update to the current issues and brave

Me? A statistic student who always had multiple personality.

Itu baru kawan sekolah rendah, belum sekolah menengah lagi. Hidup ni akan jadi sangat bewarna warni jika kita ambil tahu hal sekeliling kita. Everybody has a great story, so appreciate them. Walaupun dia hanya tukang sapu sampah sekolah. Mungkin seseorang yang kita rasa annoy sebab banyak cakap ialah orang yang pernah kehilangan orang tersayang.

Jadi sebelum kita jadi seseorang yang pentingkan diri sendiri atau nak hakimi orang tanpa usul periksa, dengar dulu cerita mereka. Yang sebenarnya kalau difilemkan lebih bermutu dari cerita2 sampah kat tv tu.

So friends, i love you all. Eventhough if we never been close, or eventhough we had no chance  to hang out...yeah, you're still something very meaningful to me. At least my jigsaw puzzle of life wont completed without the pieces  from you.

Wednesday, 8 January 2014

quotes

i like these quotes.
my facebook has full, and my stick-on-notes too.
so i put it here so i can always see it.

"Seorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari suka bersikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya.

Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mahupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, citi-citanya, keperluannya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan mahupun hujung kehidupannya.
KEBANGKITAN KEDUA 

"I dont have time to waste time~AL-AKH"
TOMATO

 It's not about superiority tapi indifference. Mcm yg Balkis sendiri kata,dia mcm lalang yg berubah ikut keadaan (atau what Lilee called as chameleon). jadi superior tak penting. knowing who you are n staying true to yourself, is. 
NSK

 "Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada."
SYED QUTB

And yes.. most beautiful quotes come from Allah azza wajalla. Let's al-mulk sahabat.









 


random

Tahun ni aku dah 2* tahun.
Kadang2 aku rasa aku matang sangat.
Kadang2 jgk aku rasa mcm budak tadika.
Normallah kan.

Aku rasa aku macam gambar kat atas ni. Heck only God know how much things i think about everyday, every seconds. Fantasy and reality always fight in my head. Rasa macam pesakit jiwa aje.

"Hidup ni memang hospital gila dan kita semua adalah pesakitnya"
Lebih kurang macam tu la ayat Roul dalam 'Aku Kan Novelis-NSK'.

Hidup aku dipengaruhi oleh banyak benda. Dari benda-benda melaghakan seperti MLM (*oh i only watching sepahtu and shiro), kepada ceramah Ustaz Hasrizal & UAI atau Ustaz Nuruddin (& many more.ikut mood semasa).
Daripada tulisan inspiring-cool-motivate Nurul Syahida ke inspiring religion thought Hlovate ke coolness motivate Nadia Khan (& many more actually.english aku hari ni ke laut).
Daripada MatLuthfi (dan sekutu-sekutunya) ke Maria Elena ke Wangfu.

Mereka2 di sekeliling aku juga sangat mempengaruhi aku. Thanx to university's life.
Daripada influencer ni, aku try untuk speak my own mind, idea and thought. I think for now being positive is my master but to spread the positive is my biggest weakness. So i write to express them. Blogging, Facebooking, Sms-ing.

Makanya...aku tak tahu resolusi yang boleh dibuat utk entri ni.
Nanti dah dpt idea aku tulis.
But konklusi rough aku dapat buat:

finish.tq

Friday, 3 January 2014

Pagi yang gelap 3


Tipikal heroin filem Malaya, aku tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam hidup aku. 'The plain jane' orang putih kata. Satu-satunya cara untuk aku jadi lain daripada orang lain adalah melalui pelajaran. Aku si ulat buku, tapi bukan si otak cair. Bukan hyperaktif dan bukan anti-sosial juga. Tapi aku berjaya buktikan diri aku sebaris dengan kehebatan si ketua pengawas, si ketua atlet sekolah bahkan juga si ketua budak skema peringkat daerah . Setelah hampir 10 tahun di bangku sekolah, aku lulus dengan cemerlang dalam SPM.Straight A's.

Aku macam 'buzzer beat', pemain yang jaringkan gol di saat-saat akhir. Budak plain jane ni naik pentas ambil anugerah, duduk di sebelah si ketua pengawas yang pandai tu. Yang dapat sok-sek sok sek dari guru dan pelajar lain yang tak sedar pun kewujudan aku kat sekolah selama ni. Kawan-kawan aku yang sama-sama memprotes dalam Myspace tentang kesukaran soalan SPM Matematik Tambahan turut ternganga melihat keputusanku.

Aku puas hati. Sekurang-kurangnya zaman persekolahan aku yang dipenuhi dengan pembulian secara psikologi berakhir dengan jayanya. Aku dapat tawaran Asasi dalam bidang Sains Fizik dan terimanya walaupun aku was-was juga dengan kepakaran aku dalam subjek nan satu itu. Aku berjaya buktikan sekali lagi aku mampu cemerlang dalam pelajaran. Perfect 4 flat. 

Itu zaman sekolah dan asasi. Aku mahu lakukan perubahan untuk zaman ijazah nanti. Aku tak mahu jadi orang yang terus memulun buku.
"Chase after excellent, and success will ran after you"- 3 idiots.

Aku nampak diri aku seperti Farhan. Bidang sains fizik hanyalah satu angan-angan ayah aku untuk tengok anaknya jadi seorang jurutera. Aku tahu bidang kejuruteraan itu sangat jauh dari minat dan cita-cita aku. Aku buat keputusan untuk pilih bidang Aktuari. Dan itulah permulaan kepada 'Aku' yang hari ini..

"Kau dengar tak apa yang aku cakap?",soal Halimah menepuk bahu Aminah. Sahabatnya itu tersedar dari lamunan yang panjang. Tidak sedar Halimah berdiri di sebelahnya dan ada parang di tangannya.

"Weh, kau nak buat apa parang ni?",soal Aminah terkejut.
"Lah, kau yang minta tadi. Rasanya tadi kau ada bagitau nak potong dahan pokok depan rumah tu",ucap Halimah.
"Oh, ye ke? Okey",itu saja yang mampu dijawab Aminah yang masih terpinga-pinga. Dia mengambil parang di tangan Halimah.
"Kau ni, boleh pula hilang akal petang-petang macam ni. Kau ada tidur waktu asar tadi ke?"
"Tak adalah. Aku tengah fikir pasal sesuatu tadi.",ucap Aminah. Dia berfikir seketika, apa yang menyebabkan dia berfikir sejauh itu..
"Weh, kurang ajar posmen ni main campak je surat-surat kat bawah pagar ni. Macamlah rumah kita tak ada peti pos..", Halimah membebel sambil mengambil beberapa pucuk surat yang bertaburan di lantai.

Aminah baru teringat. Dia sedang membuka pagar untuk menebang pokok di luar rumah (setelah melaung meminta Halimah yang sedang terbongkang di ruang tamu mengambil parang). Dia terpandang surat-surat itu dan mengambilnya. Satu surat hutang pembiayaan pembelajaran yang tertunggak,yang membuatkan dia berfikir jauh.

"..aku macam risau je semak samun kat rumah sebelah ni. Rasanya kalau ada anaconda duduk kat situ pun orang takkan sedar..", Halimah membebel pula tentang jiran sebelah rumah mereka sambil menyarung sarung tangan. Mak cik ni memang suka membebel dan mengumpat tentang jiran mereka nan satu itu. Lelaki bujang yang jarang nampak mukanya, jika tak seharian berkurung di rumah, pasti keluar berhari-hari lamanya. Keadaan rumahnya jadi tak terurus, macam rumah terbiar pun ada.

"..kalau kita dapat rumah lot tepi macam tu boleh juga buat tanam cili ke..",ucap Halimah yang mencekak pinggang menunggu untuk Aminah memotong dahan pokok yang menganggu permandangan dan menyukarkannya sewaktu ingin mengundurkan kereta.

"Lebih baik aku yang pakai sarung tangan tu, aku yang nak potong pokok ni",
"Alah..aku tolong kutip dahan-dahan tu, tangan aku yang kotor nanti",ucap Halimah.
Aminah sekadar menggeleng, mengalah dengan sahabatnya nan satu itu.
..............................................



love at the second sight


Aku rindu sekolah. Aku rindu kebodohan, kesengalan dan kecetekan akal time sekolah dulu. The wannabees, the hot guy (kononlah), peel pelik dorang, the bullies, the weak kids. Macam-macam orang ada. At least dorang innocent, be themself walaupun banyak buat kacau, bawa masalah.

And here we goes, Cinta Pandang Ke-2. 
Jalan cerita simple (setakat yg aku tahu). Budak gemuk yang dah jadi cantik nak balas dendam.
Haha. Aku suka cerita balas dendam.

Sebenarnya tiap kali pergi POPULAR buku ni ada je kat rak, menarik2 tangkai hatiku untuk membeli. Tapi sebab poket gue kosong & there's other book i have to buy, aku lupakan.
Tapi aku suka versi drama. Terutama watak Ainurr time sekolah.

Tipikal budak2 sekolah kan, memberontak, stress dengan kawan yang buli (realiti zaman skrg budak2 pembuli ni biasanya guna taktik psikologi. dah tak main dah bentes kaki orang kat kantin). Ainurr pun pelajar tipikal yang stress dgn kekurangan diri, create an escapnism through EATING & ignore the whole world. Dia sgt sensetif, cepat melenting. Dan satu hari jumpalah perempuan ni dengan knight shining armor nya , the so called prince in disguised Zairul.

Tipikal budak lelaki yang suka usik perempuan, Zairul buat Ainurr darah tinggi tapi dia juga sgt baik hati selamatkan Ainurr dari mat rempit Jalan Leng Seng. Maka adalah bunga2 cinta dalam diri Ainurr, lgpun dia rs bersalah sbb dah buat something kat Zairul. But somehow, Zairul join the bullies and hurt her feelings. Macam bongek betul budak2 tak cukup akal ni. Budak sekolah katakan.

& the rest is the plan to take revenge to that guy (i wonder kenapa tak sumpah je mak cik wannabees Melawati tu sekali). Macam2 berlaku (seriously ada unsur Lagenda Budak Setan di situ & The Biggest Loser sekali kot)nsehingga menjadikan Ainurr di masa sekarang.

The drama is simple, not overact..aku rasa Ainurr time sekolah tu jujur sgt lakonan dia, not much not less.The 'namja' also not seen awkward, sempoi je lakonan. Macam budak lelaki biasa kelas anda yang aneh2 tu. 

Ok, stop reviewing drama. 2 days before the next war. & I'm broken leg already.
ok, lastly terimalah MEAN-Taylor Swift