Tuesday, 12 April 2016

Nota2 yang berselerakan


Nota nota yang berselerakan itu
dikerjakan oleh seorang gadis
Nota nota yang ditulis pada kertas kitar semula
Dengan aksara kecil seperti tidak mahu dapat dibaca manusia lain

Gadis itu terduduk di atas kertas kertas itu
Terlalu keliru untuk menyusunnya kembali
Terlalu letih untuk meminta bantuan orang lain
Terlalu kecewa dengan kecelaruan yang dialami

Nota nota itu ditulis olehnya sendiri
Bait kata kata impian, harapan satu masa dulu yang memenuhi ruang dada dan mindanya
Bait kata cinta, dongengan dan khayalan masa depan yang tidak pasti

Kini nota itu telah berselerakan
Menjadi timbunan kertas yang tidak berguna
Dia tak mampu perjuangkan apa yang dilakarkan dengan mata pena pada kertas itu
Dia tak mampu untuk menterjemahkan nota nota itu pada yang lain
Kerana bagi mereka ia umpama karya sanskrit yang tidak dapat difahami

Gadis dan kertas yang berselerakan itu
Hanya kaku di ruang waktu dan tempat yang sama

No comments:

Post a Comment