assalamualaikum.
greetings.
aku pernah ditanya oleh seorang rakan lelaki di universiti (rakan as in working partner)
"macam mana nak tahu awak tengah marah?" (yeah, so skema 'saya-awak'. but we're in formal club meeting that's why it is 'skema')
"saya diam"
dia angguk tapi aku tahu dia masih konfius sebab personaliti aku memang pendiam (especially with man) jadi adakah itu bermakna aku sentiasa marah?
seorang lagi rakan lelaki sewaktu aku di seremban sempat mengutuk aku dihadapan junior kami
"tengok senior awak kak farhana tu. tunggu kami dua jam pun sabar je, tak reti nak marah langsung".
memang kurang asam.
aku teringin nak jadi watak perempuan yang boleh luahkan perasaan dengan jujur; marah sedih gembira. aku bukan nak kata aku tak pernah marah tapi sejujurnya diam ketika marah adalah lebih baik. at least untuk diri aku sebab once aku dah naikkan suara pada seseorang aku akan rasa tubuh aku menggigil dan menangis. i really can't do it.
dan bekerja dalam bidang khidmat pelanggan sangatlah mencabar untuk seorang introvert seperti aku. maksudnya dalam apa-apa situasi yang emosional seorang introvert memerlukan masa bersendirian untuk mengecas segala urat yang berselirat dalam otak dan hatinya. aku pilih untuk diam kalau aku tengah marah dan elakkan diri dari bercakap atau bertembung dengan orang lain.
tapi macam mana kalau kau terpaksa juga berinteraksi dengan orang yang membuatkan emosi kau tak stabil (marah)?
aku bukanlah orang yang terbaik dalam pengurusan emosi tapi mungkin tips2 di bawah aku boleh kongsikan kepada mereka yang rasa mereka sangat emosional dan cepat sentap.
1. dalam semua keadaan, cuba bercakap dengan suara yang rendah (tanpa tone) dan sedikit lambat-lambat. ia akan nampak kau macam malas nak layan orang tu tapi ia lebih baik daripada meninggikan suara. cuba cover dengan senyuman plastik. aku rasa gaya bercakap yang sedemikian boleh buat kau bertenang seketika dan berfikir dengan lebih rasional.
2. kalau perlu diam sebentar, pandang tempat lain. kau kena kawal diri kau dulu sebelum kau nak kawal orang yang sedang melancarkan perang emosi dengan kau. kalau perlu minta bantuan orang lain kalau kau rasa pelempang kau terasa sangat ringan untuk dilekapkan ke pipi manusia tersebut.
3. orang akan jadi emosional jika dia rasa tergugat, kerana itu dia akan cuba menggugat emosi kau juga. dalam customer service line, customer is not always right. but customer is always a customer. jika dia seakan tidak makan saman dengan penerangan berjela kau, jump into the solution of the problem. contoh;
customer: tapi poster promotion tu ada kat bawah buku tu, supposely la buku tu ada promotion
staff: minta maaf tapi puan perlu tengok gambar dan description kat poster tu. ia lain dengan barang yang puan amik ni. setiap promotion yang kami ada akan dilekatkan skali dengan sticker
customer: ah...mana boleh macam ni awak kelirukan customer
kau memang rasa nak cekik bunuh sula manusia jenis ini. percayalah ayat yang mereka lontarkan kadangkala lebih teruk dari ini ditambah carutan. sebab tu kau kena bertenang dulu. orang bodoh bertindak guna emosi, orang pandai guna otak. jadi tak guna berdebat dengan emosi tersebut, just jump to the solution
staff: baik, saya rasa ini semua salah faham. puan tersalah tengok gambar produk ni dan mungkin staff kami juga tak perasan poster ni dah beralih. jadi sekarang puan nak buku yang ada promotion atau yang tak ada?
dalam situasi yang sukar, mereka mungkin takkan mahu mengaku kalah. jadi penting untuk kau jadi tegas dalam lembut.
staff: minta maaf ye puan kami memang tak boleh bagi harga ni. puan boleh decide untuk ambil atau tak
dan semua aksi diatas haruslah dibuat dengan tampalan senyuman plastik saiz A4 dan bahasa tubuh yang polite. kau mungkin akan dianggap kalah jika diukur dengan panjang teks debat dan kelantangan suara namun ketahuilah jika momen itu dirakam dan diulang tayang semula pada masa depan, at least normal human will feel embrassed to see themselves fighting for a little thing.
trust me, itu apa yang aku rasa bila aku pernah marah & tinggikan suara dengan parents aku. masa tu aku rasa aku betul, aku menang tapi bila aku ingat balik serius aku malu dengan diri aku sendiri. what if anak aku pun akan buat macam tu kat aku. situasi yang sama jika kita buat pada orang lain hatta kucing sekalipun. bumi ni bulat bila-bila masa saja kita boleh bertukar kedudukan dengan orang lain.
jadi jangan main angry birds, tak best pun. apa barang tembak khinzir, lebih baik kau tembak askar AS yang ceroboh Iraq tu hah. Fighting like a man, like tentera Al-Qassam.
Dan itu juga buat aku berfikir, kalaulah Rasulullah s.a.w boleh pinjamkan sedikit sabar baginda pada manusia akhir zaman ni. This world would be in peace forever.
k,bye
No comments:
Post a Comment