assalamualaikum.
greetings.
jadi raya ni, cuba teka soalan apa paling femes ditanya oleh saudara mara tanpa mengira usia dan jantina bertanya pada orang muda?
"Bila nak kahwin?"
Salah!
Jadi jangan stereotype dengan orang tua ye. Mereka juga sudah matang untuk tidak bertanyakan soal itu kerana takut menjadi bahan umpatan dia Muka Buku mahupun Pencicit.
"Buat apa sekarang?"
"Kerja mana?"
Itu dia soalannya.
Dan ada dua reaksi saja pada soalan diatas.
Mereka yang dikatakan mempunyai kerjaya kukuh dan semat (baca: kerja ofis) akan bangga menjawab soalan tersebut.
Mereka yang masih terumbang-ambing dalam pemilihan kerjaya pula akan berpeluh untuk menjawab soalan tersebut.
Well, aku termasuk dalam kategori kedua. Kadang-kadang aku malas memanjangkan perbualan tersebut kerana tipikal orang tua akan 'cuba' membantu anda menyelesaikan masalah (walhal ia bukanlah satu masalah pun. kerja halal, dapat duit, bayar pt).
"Ohh kenapa tak cari kerja yang sama dengan course belajar?"
"Kawan mak cik ada kerja kat KL dia kata nak pakai orang kat butik dia"
"Buka je Jobstreet takkan takde"
Which kadang-kadang aku menjadikan aku hilang sabar dan pura-pura ambil air di dapur. I won't debate on this (again). They have the right to ask and I have the right to keep quiet.
Maka jangan tanya kenapa aku seperti berura-ura menjadi seorang anti-sosial.
Tapi semalam, aku tengok video baru kyopropaganda (bangga sebab antara yang pertama tengok dalam jarak upload lebih kurang 3 minit yang lalu). Ia adalah sebuah reaction video ( i am glad dia ada sentimen takkan jadi macam youtubers lain yang suka buat reaction video pada benda-benda bodoh). tapi dia still nak ikut trend itu sebab dia rasa ada satu video ni sangat best untuk dikongsi.
Ia video "the opportunity" dari thailand. basically ia sbnrnya iklan tentng insurans tp banyak yang kita boleh belajar daripada situ. Ia berkisar tentang seorang wanita yang bercerita tentang 'peluang' yang dia dapat. Dia bermula dari kosong, sebagai seorang ibu yang kehilangan anaknya yang sakit (kerana tiada duit dan kesempatan untuk merawat anaknya). Tapi dia bangkit dengan bekerja menjual insurans dan dia berharap orang lain takkan rasa penyesalan yang dia rasa. i mean yes kau boleh sembang bertapa pentingnya cinta dan kasih sayang tapi kau juga tak boleh nak gebang besar kalau kau tak ada duit pun nak beri makan, beri perlindungan pada orang yang kau sayang. duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Mak cik ni belajar untuk kongsi peluang yang dia dapat (ada kerja, ada duit) pada orang susah yang lain (dia bagi roti pada pengemis).
Iklan tu tak sedih pun, tapi cukup untuk buat kau berfikir tentang peluang yang datang dalam hidup kau. Quote Kyo, kau boleh jadi apa sahaja yang kau nak tapi mestilah disertai dengan usaha. Dan kalau kau nampak peluang, ambil saja walaupun ia taklah memberi impak besar pun dalam hidup kau.
Ia buat aku fikir, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup. Kita selalu rasa orang lain rendahkan kita sebab kita bukan siapa-siapa (baca: merujuk soalan mak cik pak cik di hari raya), selalu rasa down bila orang lain bercerita kejayaan masing-masing. Kita jadi skeptikal dengan hidup sebab selalu dirundum malang sampai kadangkala kita terlepas banyak peluang. Many door had opens to us but we dont dare to step in because of many reasons. Aku tak sedia lagi, aku tak boleh buat ni, aku tak boleh buat macam tu, apa kata si polan,....too many reasons.
Hati kita tahu bila kita nampak peluang tu. Kita mungkin akan tersalah buat pilihan tapi sebenarnya jalan tulah yang akan jadikan kita lebih baik dari semalam.
If you want to be a writer, write something. Find your own writing style, find a good perspective of life, find a good story yang sebenarnya ada kat sekeliling kau. You will be rejected many times but don't give up.
Itu contoh yang aku rasa paling tepat untuk aku. Tapi kadang-kadang pun aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. Sebab itu bila fikir-fikir balik, soalan mak cik pak cik di hari raya itu tak salah. Malah ia soalan yang paling bernas untuk ditanya pada semua orang.
Apa yang kau nak buat dengan hidup kau? Apa passion kau? Apa yang penting pada kau, kebahagiaan atau kemewahan (dan tidak salah memilih keduanya)? Orang yang pandai akan berfikir dan bertindak. Orang yang bodoh hanya akan meroyan di sosial media.
You yourself should know of yourself. Stop watching drama and hope someone will rescue you.
Itu je untuk kali ni. God, apa ajelah yang aku emosikan ni. Bye.
No comments:
Post a Comment