Saturday, 26 August 2017

hater gonna love

assalamualaikum.
greetings.

aku baru layan lagu taylor swift dan tiba-tiba terfikirkan tajuk kat atas ni.
benci jadi suka
suka jadi benci

manusia berubah
kerana itu perasaan juga berubah
dan sesekali jangan menilai manusia sebelum kita kenal dia

impressi pertama sangat penting
tapi ia bukanlah segala-galanya

aku hanya nak kongsikan beberapa figura yang aku rasa merubah pemikiran aku dari semasa ke semasa dan seterusnya memberi inspirasi untuk aku
ye, aku bukan buat roket sains atau jadi tokoh berjaya pun
tetapi sekurang-kurangnya pandangan cetek aku berubah dan melucutkan sesuatu stigma negatif dalam masyarakat

1. Hanis Zalikha

Aku kenal dia selepas dia jadi cerita muka depan satu surat khabar mingguan (dulu aku peminat tegar surat khabar tetapi selepas pemerintahan negara yang terbaru ini, aku jadi jengkel dengan media tersebut). Pada masa itu dia hanya seorang pelajar tajaan JPA untuk peringkat asasi kalau aku tak salah (sebab entah kenapa dulu aku salah sangka pelajar tajaan JPA adalah pelajar luar negara padahal si gadis ini hanyalah belajar UiTM Segamat).

Well, cantik (sangat), bijak, banyak bakat (menulis, modelling), kaya (rumah dia nampak cantik) dan  baik (dia kongsikan kisah tentang keluarganya yang aku rasa sangat menarik)..tentu sesiapa saja cemburu. Aku masih tidak puas hati dengan gadis ini, kenapalah dia sempurna sangat. Kenapa blogger macam dia boleh popular & jadi cerita muka depan surat khabar? Sebab dia cantik je ke?

Aku mula ikut blog dia.
Okey, aku mula suka dia.

Maksud aku, ye aku tahu dia macam gadis yang lahir di dunia lain daripada aku. Tapi perbezaan itu tidak semestinya jadi asas untuk aku benci dia. Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku, jadi kenapa nak jadi pembenci (baca:haters). Semua entri dalam blog dia sangat menarik. Kisah hidup dia sebagai fashionista, pencinta kucing, usahawan, pe-makan tegar, traveller tegar, sebagai pelajar, pengacara dan kemudian pelakon. Aku takkan pernah merasakan semua itu jadi aku jadi sangat berminat dengan hidup sepertinya.

Kemudian dia mula popular di kaca tv dan semestinya tidak lari dari gosip. Isu tentang pakaian ketat, lamaran atas pentas dan mungkin banyak lagi. Aku tak kenal dia dan bukanlah peminat tegarnya tetapi aku hanya endah tidak endah. Well banyak lagi manusia teruk kat luar sana.

Kemudian, dia mula berhijrah dengan memakai hijab, kemudian berkahwin dan mempunyai anak lelaki paling comel. Life do her better and sincerely i think she deserve it.

2. Vivy Yusof

Aku sangat kosong tentang Fashion Valet sehinggalah tahun 2015 kalau aku tak silap aku lihat dokumentari tentang wanita berjaya. Sebenarnya aku tertarik dengan cerita dia sebab aku ingat dia adalah pelakon satu drama yang ada Erra Fazira juga tetapi bukan. Dia hanyalah anak orang kaya yang berjaya dalam perniagaan.

Impressi pertama yang teruk dan klise. Ye, kau banyak duit dan kau boleh jadi apa yang kau nak. Tipikal.

Tapi saat aku berfikir tentang kenyataan diatas kebetulan Vivy sedang menceritakan bagaiman stigma sesetengah pihak tentang dirinya.
"..ohh you punya daddy kaya bolehlah you berjaya. This and that but actually no. I tak kacau pun my dad punya business. Actually banyak sebenarnya peluang yang terbuka untuk mulakan perniagaan, you just have to search itu. Rugilah kalau awak sentiasa fikir negatif macam tu.."

Sentap. Okey aku ke orang yang dia cakap tu?

Lepas tu dia tunjuk beberapa babak Vivy sedang membelek satu folio yang ada gambar-gambarnya dan serius aku rasa ia sangat cantik dan kreatif. Bapanya juga ada ditemuramah;
"when she studying in london, i see she spend a lot of money on shoes, bag and clothes. i ask her, why you use my money to buy things? and she said, it actually her money from business card that she been doing in her university"

dia berdiri atas kaki sendiri, yo! cool gila.

"when there is my parents anniversary or birthday, me and my sister always buy cards for them. then my dad cakap why you spend money to buy card kalau you boleh buat sendiri? then it give me idea to make it myself. i decorate my own card and give it to them...saya rasa itu lebih bermakna"

dan dia tunjukkan kad yang dia buat untuk ibu bapanya. okey, cantik gila.
perempuan ini kan (hehe jeles tambah kagum).

paling penting, dan menarik sekali adalah dia hanya tua lima tahun dari aku. how cool is that to have your own company at such young age.

dan aku mula ikut blog dia. aku admire not only her talent in doing everything she love (writing, business, styling herself, blogging) but also her attitude towards her family. she used to have a granny that she is close to that inspire her to study hard and work hard ... its love and blessing from her family that brings her the success in life.

well blow off the bad story about her 'eating in diapers' issue. people make mistakes. and yes, you, me, are people too. she grew up in a businesslike family and her positive strong attitude that support her in her way to success.

at least she is far from the stereotype spoilt rich kid who leech on their family wealth.

perasan tak entri ni mula-mula berbahasa melayu kemudian berubah pula kepada omputih. ahah, aku masih gagal memelayukan penulisan aku. ia hanya, aku rasa aku sangat skema berbahasa melayu  dan tak, aku tak rasa cool berbahasa inggeris (people who know me in real life know this). ia hanya aku rasa aku lebih selesa luahkan pendapat aku dalam bahasa inggeris.

hmm
ngomong saja sih apa yang kalian mahu. gue enggak mahu defend lagi kenyataan gue. udah basi lorh tau.

oh, ya. beberapa dialog dan fakta yang aku kemukakan tentang figura-figura diatas mungkin ada silap sikit. as long as you get the meaning of what i want to say (aku adalah orang yang paling stress untuk buat literature review dalam setiap kertas research. tak boleh ke kita just interpret fakta berdasarkan pandangan dan kefahaman kita?)

konklusinya, tak payah la jadi haters.
benci perlakuan kesalahan atau dosa.
tapi bukan insan yang berbuat dosa itu.
sebab kita bukan Tuhan untuk menghukum.
tapi hanya manusia yang boleh menilai dengan akal fikiran.

haters gonna love love love
shake it off
shake it off

bye!



No comments:

Post a Comment