Jika semua itu hilang
Apa yang kau akan buat?
Jika benda yang kau selalu lupa itu hilang
Apa yang kau akan buat?
Jika hidup kau seteruk itu
Apa yang kau akan buat?
Manusia sering mengelak dengan persoalan 'kalau'
Katanya usah menyangka selain dari apa yang ditakdirkan untuk kau
Tapi tatkala kau jatuh dalam lubang hitam itu
Kau fikir alangkah baiknya aku jadi manusia prejudis
Daripada menjadi manusia sok redha
Sok alim memuat naik status islamik
Yang entah pada siapa ditujukan
Pada Tuhan yang setia menunggu solat dan doamu
Pada diri yang cuba melarikan diri dari masalah
Atau pada teman teman yang mempunyai hidup sok 'indah' di alam maya
Hai diri....aku tidak tahu apa lagi yang harus ku katakan
Pujuklah hatimu, kuatkan iman mu
Pandulah akalmu
Pada makna hidup sebenar di jalan Allah
Ingatlah bait indah dari Dia dalam mukjizat Al-Quran
Yang engkau selalu lupakan
Yang selalu engkau endahkan
Ya menangislah
Bukan kerana engkau lemah
Tapi sekadar melepaskan lelah hati dan fikiran
Berdoalah
Moga rahmat Tuhan sentiasa ada padamu
No comments:
Post a Comment