assalamualaikum
greetings
semangat gila aku update blog lepas layan drama ni (marathon 2 hari). terima kasih pada sahabatku farah ayuni yang tiba-tiba mengajakku melayan drama korea yang sudah lama ku ketepikan dari jadual hidupku.
apebenda punya intro.
well, aku admit la, the last time aku follow korean drama secara bersungguh adalah hwayungi and before that, goblin. aku syak drama ni pun ditayangkan semasa hwayungi tengah fresh keluar dari oven, itu pasal aku tak ambil kisah.
back to the point. aku...suka semua benda tentang drama ni. goblin dan hwayungi adalah kategori drama fantasi yang ada susunan plot dan karakter yang menarik, tapi ada beberapa bahagian yang sebenarnya aku boleh questionable lagi sebab ia melibatkan kepercayaan kita pada agama yang kita anuti (Islam). Kita hanya boleh take that as an interesting fantasy, jadi drama BTIMFL adalah terbaik dalam kategori yang berbeza. Aku akui sebenarnya ada je drama lain yang informatif dan bukan setakat romantik komedi semata-mata (Voice, Tunnel) tapi aku rasa malas untuk menonton drama yang pretentious ( aku tak cakap dua drama tu pretentious tapi aku hanya paranoid ianya adalah pretentious). Paham?
Aku setuju dengan tiga karakter perempuan utama yang ditampilkan. Sememangnya dunia ini dipenuhi dengan tiga karakter ini;
1. Soo Ji
Perempuan berkarier. Mereka bijak, mereka berani dan mereka berkahwin dengan kerja. Golongan ini menganggap perkahwinan hanyalah sesuatu yang menyusahkan dan membuatkan bangsa wanita menjadi mundur. Mereka freethinker, outspoken, bebas bersosial dan paling penting realistik tentang perhubungan (takkan terpengaruh dengan fairytale and such). Mereka bencikan perempuan jenis damsel in distress sebab mereka jenis yang berdikari. Tapi deep inside, mereka sebenarnya takkan lari dari kehendak naluri seorang perempuan untuk berkahwin dan mempunyai zuriat. Sehebat mana profil mereka, menjadi seorang isteri dan anak masih menjadi keutamaan mereka walaupun mereka rasa mustahil kerana lelaki zaman sekarang takkan memilih perempuan yang terlalu hebat (jika ya pasti ada muslihat tersendiri). Jadi perempuan seperti ini perlukan lelaki yang seperti mereka juga (direct, berkerjaya) tapi dalam pada masa yang sama ada tahap kesabaran yang tinggi dan rela merendahkan ego mereka beralah dengan golongan wanita sebegini.
2. Ho Rang
Perempuan family oriented. Mereka yang kurang dari segi pendidikan dan kerjaya tetapi mempunyai kehidupan sosial yang menarik. Mereka dianggap 'candy', perempuan ramah tamah yang cantik comel dan disukai ramai kerana karakter mudah mesra mereka. Mereka selalu mendapat perhatian lelaki dan menjadikan perhubungan (percintaan dan kekeluargaan) sebagai objektif hidup mereka yang utama. Mereka tidak kisahkan pencapaian kerjaya yang hebat seperti golongan wanita bekerjaya dan seperti biasa hanya mahu menjadi isteri dan ibu yang baik. Mereka tidak susah untuk mendapat pasangan kerana kebanyakan lelaki sememangnya mahukan perempuan dari golongan ini kerana merasakan mereka lebih mudah. Tetapi berhati-hati dengan skill politik perhubungan yang mereka ada. Mereka ada perintis kepada golongan mak cik bawang yang sentiasa mencanang keburukan rumah tangga orang lain.
Aku suka bagaimana karakter Ho Rang belajar tentang realiti kehidupan dalam cerita ni. Sebenarnya setiap perempuan dilahirkan dengan karakter sebegini. Mereka mahu menjadi Cinderella dan hidup bahagia selamanya dengan lelaki yang mereka cintai dan membina sebuah keluarga bahagia. Cuma cepat atau lambat seseorang perempuan itu pasti akan belajar yang dunia ini tak semudah itu. Realitinya, tak semua orang dilahirkan sebagai seorang puteri dan boleh hidup senang lenang apabila menemui pasangan hidup mereka. Ho Rang sedikit demi sedikit belajar untuk menjadi matang dan berani apabila berhadapan dengan kekecewaan putus hubungan. Mana-mana manusia pasti bersetuju yang putus hubungan adalah satu fasa yang sangat teruk sekuat dan sekental mana seseorang itu. Wanita seperti Ho Rang sangat transparent dalam menunjukkan perasaannya dan itu sebenarnya lebih baik dari golongan perempuan bekerjaya yang bersembunyi disebalik ego mereka.
3. Ji Ho
Perempuan sederhana dan innocent. Ini mungkin adalah golongan perempuan yang paling ramai di dunia. Perempuan sederhana dengan kecantikan sederhana dan harta sederhana. Perempuan seperti inilah yang perlu struggle kuat untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka boleh bersosial seperti perempuan bekerjaya tetapi masih mengekalkan ciri konservatif perempuan family oriented. Mereka mahukan kerjaya dan keluarga mereka seimbang, tapi akan berakhir dengan tahap biasa-biasa.
Karakter innocent mereka lebih terserlah dalam bab percintaan. Mereka percaya yang cinta sejati hanya satu dan akan datang pada mereka pada waktu yang sudah tentukan. Mereka tidak menganggap mempunyai pasangan adalah satu keperluan (seperti perempuan family oriented) tapi bukanlah seseorang yang mampu berdikari sekukuh perempuan bekerjaya.
Kelebihan golongan ini adalah jika tiba peluang atau satu saat keemasan, mereka boleh melakukan kejutan yang tidak dijangka. Ia mungkin bukan sesuatu yang besar, namun itu sudah cukup untuk mereka anggap sebagai pencapaian diri yang membanggakan.
Aku pun berpendapat yang sama seperti Ji Ho dan See Hee tentang perhubungan lelaki dan perempuan. Label suami-isteri atau boyfriend-girlfriend hanyalah akan membuatkan hubungan itu jadi lebih kekok. Apabila kita dalam fasa hubungan asing atau berkawan, kita mudah bercerita dan berkongsi perasaan dengan orang tersebut. Tetapi apabila kita mula memberi label suami-isteri atau kekasih, kita berhadapan dengan konflik perasaan yang bercampur baur. Kita takut untuk meluahkan sesuatu kerana takut ia akan menyakitkan perasaan, kita lebih senang berdiam diri dan menganggap pasangan kita boleh membaca fikiran dan perasaan kita. Semua itu hanya akan mengundang konflik yang jika tidak ditangani dengan baik akan mengakibatkan perpisahan.
Perkahwinan adalah tanggungjawab. Itu adalah sesuatu yang mereka tidak perasan sebelum berkahwin. Mereka tidak sedar walaupun mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain, ikatan perkahwinan itu sendiri melibatkan banyak hati dan perasaan yang perlu mereka jaga. Aku pun sebenarnya setuju saja kalau majlis perkahwinan itu tidak perlu dilaksanakan kerana akan membuang duit saja. Tapi aku juga baru sedar perasaan seorang ibu seperti ibu Ji Ho yang merasakan anak perempuannya tidak dihargai atau diraikan untuk masuk ke dalam keluarga bakal suaminya. Kita golongan muda boleh berfikiran bebas tetapi seringkali kita lupa untuk mengambil berat soal hati dan perasaan golongan tua yang lebih makan garam berbanding kita.
Benar, perkahwinan akan jadi satu rutin yang membosankan. Tapi kita perlu ada 'star pocket' atau satu kenangan/momen yang boleh menguatkan kita saat diberi dugaan. Dimana-mana negara, pasangan berkahwin akan terikat dengan adat sistem kekeluargaan yang sebenarnya lebih menjarakkan hubungan cinta antara pasangan. Isteri perlu membuat kerja rumah di rumah mertua, suami perlu membantu kewangan keluarga mertua, waktu perayaan perlu balik secara bergilir dan bermacam lagi yang sebenarnya lebih banyak dilakukan dalam keadaan terpaksa berbanding rela.
BTIMFL cuba untuk mengajar penonton untuk tidak mengikat cinta mereka pada sesuatu sistem. Lakukan sesuatu kerana cinta, kerana suka. Bukan kerana ia sesuatu yang sudah terikat pada sistem keluarga dan masyarakat.
Mungkin jika ada benda yang boleh dibahaskan adalah perkara ini. Sebab aku percaya tiada cinta tanpa tanggungjawab dan begitu juga sebaliknya. Jika kita cinta seseorang kita akan lindunginya dan kita sentiasa dalam keadaan suka untuk lakukannya. Cinta hanya ada satu dan tanggungkawab ada banyak. Tapi cinta itulah yang akan menguatkan semua diatas. Dan pemilik cinta yang hakiki sudah pastinya Allah s.w.t. Kalau kau ada cinta Dia, semuanya akan lebih jelas.
Because this is my first..and only life. Love it. Treasure it.
No comments:
Post a Comment