Sunday, 14 October 2018

It start with a...

Ia bermula pada tahun 2004.
Dimana aku rasa itulah tahun yang paling membahagiakan bagi aku.
Aku darjah 6 dan bakal menduduki UPSR, tapi aku sentiasa teruja untuk ke sekolah sebab aku ada kawan-kawan yang ohsem. Aku ada si pengawas geliga Syuhada, mak cik pengawas yang drama Farah, Raudhah yang sweet sentiasa, dan Jasmin yang entah apa-apa je.
Paling penting, aku ada Cikgu Fauziah yang pada mulanya aku tak suka kerana terlalu garang dan cerewet tapi lama kelamaan dia sudah seperti ibu ku versi lain.
Tahun itu juga Akademi Fantasia 2 mempertaruhkan bakat-bakat besar seperti Zahid, Farah, Linda, Adam, Kaer dan ramai lagi. Tak sah jika sehari aku tak bergosip tentang apa yang berlaku dalam Diari Akademi Fantasia. Aku sokong Farah Breep-breep, sebab dia comel dan berbakat. Dan aku selalu bergaduh dengan Syuhada yang merasakan Farah tak sesuai dengan Adam.

Aku makin rapat dengan Farah dan Syuhada masa sekolah agama sebab kami duduk satu meja dan selalu pergi sekolah agama sama-sama. Paling nostalgia bila kami buat persembahan kelas semasa jamuan akhir tahun/perpisahan. Semua kelas tambahan juga kami hadiri sama-sama. Bila UPSR tiba, aku tak risau sangat tentang keputusan yang keluar sebab aku rasa aku dah lalui tahun yang terbaik dalam hidup aku. Tapi aku tak nafikan aku jalani peperiksaan dalam keadaan demam yang tidak tahu puncanya.

Tapi akhir tahun 2004,Malaysia dan beberapa negara jiran dilanda Tsunami. Ia satu tragedi yang tak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya kerana ini kali pertama kami diuji dengan tragedi besar.
Awal tahun 2005, aku dan rakan-rakanku berpisah. Aku, Syuhada dan Raudhah masuk STK, Farah bersekolah di Simpang Renggam dan Jasmin ikut keluarga baru ibunya ke Shah Alam. Aku tak dapat move on dengan Jasmin sampai aku sanggup telefon dia hampir satu jam setiap hujung minggu menggunakan telefon rumah. Sampai bapa aku bising. Dengan Farah juga jika dia berkelapangan, dia akan telefon aku dan kami berbalas surat menggunakan khidmat posmen Syafiqah Azman.
Tahun itu kami juga kehilangan Cikgu Fauziah untuk selama-lamanya. Aku tahu aku sangat drama, tapi ia ternyata beri kesan yang sangat mendalam pada aku. Aku banyak menangis bila teringatkan dia dan lihat rakan-rakan aku senang saja untuk move on dengan kehidupan masing-masing.

Tahun 2005. Hari jadi aku jatuh pada tanggal 050505. Tapi aku boleh katakan ia tahun yang kurang baik pada aku. Syuhada mula rapat dengan rakan kelasnya dan tak pedulikan aku, Sara dan Raudhah duduk satu kelas yang sentiasa happening, bukan seperti kelas aku yang lesu. Aku tak reti bergaul dengan pelajar pandai, pelajar popular, pelajar berbangsa lain jadi aku terpaksa hadapi tahun yang sukar itu sendirian. Aku berkenalan dengan Naim tapi seperti biasa aku tak melayannya dengan baik.Akhir tahun itu aku berkawan dengan Hidayah, Aniza, Hikmal dan Arif. Tapi ia tidak lama kerana naik tingkatan dua, kami semua berpecah.

Aku bergaduh dengan Syuhada pada pertengahan tahun 2005 dan aku beri surat padanya tulis apa yang aku tak puas hati dengannya. Dan itu sebenarnya buka mata aku untuk tidak jadi pentingkan diri sendiri. Dia balas surat aku dengan menjelaskan salah faham dan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya pada aku. Kami terus berbaik tanpa ada sesiapa perlu perjelaskan keadaan secara verbal.

2006 tahun yang sedikit bosan. Kecuali aku dah berbaik dengan Syuhada dan selalu bersembahyang dengannya. Aku juga mula rapat dengan kawan dia yang aku cemburui dulu, Fitriana dan Amanina. Dan kami selalu 'mencintai' Abang Ash dari jauh apabila dia pulang dari sekolah. Cerita tentang Abang Ash ternyata menjengkelkan Farah kerana dia rasa Abang Ash jenis lelaki 'lembut'. Syuhada ada mendapatkan nombor Abang Ash dan aku pernah cuba meng-ayat lelaki itu namun gagal seratus peratus. Tahun itu, tahun semua orang ada bermain sms dengan lelaki lain berkongsi cerita. Sarah tahu cara menggunakan khidmat sms secara percuma jadi dia yang mempengaruhi semua orang untuk bermain sms. Kecuali aku. 2006, aku mula selesa di STK.

2007, tahun PMR. Abang Ash dah tak ada jadi hidup aku jadi slow sikit. Syuhada dapat kelas pertama, aku pula kelas ketiga. Kelas ketiga sains tulen (STA) adalah tempat perkumpulan budak-budak bermasalah yang hanya berbekalkan keputusan 5A semasa UPSR. Aku mula berkawan dengan Wafiqah, Naim, Syahirah, Nani dan Naziera. Semua budak-budak pendek dan tak popular dikalangan lelaki (kecuali Wafiqah). Tahun itu, Syahmi (adik ipar tak jadi Farah) buat keputusan untuk keluar dari sekolah itu kerana masalah disiplin. Tahun itu juga menyaksikan bagaimana budak baik Eng Kar Chun menjadi liar kerana berkawan dengan pelajar Melayu yang terjal.Aku, Raudhah dan Sara mula aktif persatuan Silat kerana nama kami tepilih untuk masuk pertandingan. Aku ada crush dengan Alif SB tapi rupanya dia dah bercinta dengan senior silat kami yang aku lupa namanya. Aku ada jumpa senior silat yang hensem dan nak ajar aku olahraga tapi dia gelakkan aku sebab aku pakai kasut high cut. Tahun tu, semua berlumba isi borang MRSM dan SBP. Aku ada isi borang untuk ke MRSM tapi aku tak hantar sebab bapa aku bising bila aku minta cop pengesahan itu ini.

Masa PMR, aku demam sekali lagi. Masa tu bilik aku tengah di cat juga jadi ia memburukkan demam aku lagi. Wafiqah, Naim, Syahirah dapat 8A dan mereka bertiga dapat tawaran ke MRSM Muar. Nani dapat 8A tapi dia stay kat STK. Aku dan Nazira masing-masing 7A 1B, juga tinggal di STK. Syuhada pun 8A dan decide stay kat STK despite kawan-kawan dia yang pandai ramai dah masuk sekolah berasrama penuh.

2008, aku di tingkatan 4. Masa ni kami kena decide nak ambil aliran apa. Walaupun aku benci subjek Sains, aku juga tak nak keluar dari sekolah tu. Aku dapat kelas 4 ST 2 yang mana tahun pertama subjek Literature in English diperkenalkan di STK. Aku duduk sebelah Siti Zulaiha, orang pertama yang aku kenal baca novel Nurul Syahida selain Farah dan Syuhada. Aku rapat dengan Nani yang juga rapat dengan Sakinah anak Cikgu Shaharudin. Mereka budak pandai tapi tak pernah berlagak. Aku je budak yang tak berapa nak pandai dan selalu tidur dalam kelas dan lab. Tahun ni pertama kali aku berkawan dengan lelaki, Fariq.
Dia sepertinya mencabar sifat natural aku yang suka menjauhkan diri dari lelaki, selalu bertanya itu ini dan berkongsi minatnya tentang KPOP. Bila aku beritahunya aku suka lagu T-Ara Time to love, dia beri aku dengar pelbagai lagi muzik KPOP dengan meminjamkan pendrive nya. Aku makin rapat dengan dia kerana kami selalu tunggu bas sama-sama waktu balik. Dia selalu bergaduh dengan Aini, rakan satu vannya dan turut membuatkan Raudhah yang sweet itu kadangkala naik angin. Dia bukan lelaki Melayu tipikal yang tahu untuk bercinta saja. Perempuan pilihan dia adalah yang ada British look macam Keira Knightley. Dia ada minat yang mendalam dalam bidang fesyen dan pernah mereka baju raya Melayu bewarna hitam ditambah dengan hiasan gothic.

Tahun 2009, aku masih dengan geng yang sama. Untuk persatuan silat, kami pelajar tingkatan 5 yang mengetuai segalanya. Jadi senior bukan sesuatu yang seronok. Aku disuruh untuk mengingati langkah silat yang aku belajar dua tahun dahulu...hmm mmg gagallah jadinya.  Sbb nya adik2 junior beria nk masuk. Well aku trima je yg aku ni bkn fevret senior mereka but i try my best. Ini first time aku, raudhah & bdk batch kitaorg lead the club tnpa cikgu (cuti panjang ,sebabnya x ingat). Dari kena cari cikgu pengiring buat medical check up smpai buat jadual latihan, kitaorg try sndiri. Tulah dulu sombong xnk bljr dgn senior kan dah kena. First kekalahan truk aku rs dlm hidup bila praktis dpn cikgu prsatuan.dia kata korang x pyh masuklah, nanti kalah gak. Buat malu je.

Down gila kan. Oh, ms hr prtndingn kitaorg kalah.sekian

Akhirnya spm tiba. Aku demam lagi. Paper mula2 aku steady lagi, masuk add math, bio, chemist,physic, literature eng...aku rs nk muntah hijau.

Tp seronok la lepas hbs paper. Rasa merdeka. Even tahu aku hanya brmimpi di siang hr utk dpt even 7A (out of 10 subject) redha jela.

So knp aku cerita pnjg2 psl zmn sek aku? Ok next post..

No comments:

Post a Comment