Friday, 5 October 2018

Libut Gempa Banjir Taufan (LGBT)

Mungkin aku lebih tenang jika berbicara di sini

Jika kalian mahu baca ya silakan. Jika enggak mahu iya sila berundur.

L.G.B.T
Langit Guruh Banjir Taufan
Semuanya Allah s.w.t sudah tunjuk
Tapi sikit sekali orang yang mahu mempelajarinya

Ia isu paling hangat ketika ini
Dan kalau kau kenal aku, aku aku paling tidak suka pada sesuatu yang terlalu popular atau terlalu hangat
Macam Lee Minho atau Song Joongki
Naa they are not my taste really

Tapi isu ini makin dimomokkan oleh pihak SJW (social justice worker) atau secara general nya pihak liberal yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Aku jadi takut bila ayat Al Quran tidak diendahkan
Aku jadi takut apabila mereka menghina 'Tok Lebai' sebuah parti pimpinan Islam yang mereka tidak tahu mempunyai ilmu agama yang disegani ulama dari Tanah Arab
Aku jadi takut bila mereka lebih sibuk memenangkan tokoh yang sentiasa gilakan kuasa pemerintahan
Aku jadi takut bila orang yang memegang tampuk pemerintahan dan badan kehakiman memberi peluang pada golongan 'free thinker', 'free gender' ini untuk mempengaruhi orang ramai
Jadi ini bukan isu popular atau isu hangat yang biasa

Dengan hati yang terluka,dengan perasaan yang bercampur baur..aku membawa diri pada suatu malam ke satu perkampungan yang aku lama tinggalkan
Perkampungan bulatan gembira
Mereka asing bagiku, tapi sentiasa dekat di hati
Gelarlah mereka apa saja, si pencacai, pengikut buta tuli parti islam itu
Tapi aku tak pernah nampak imej itu pada golongan ini
Aku lihat mereka sebagai adik, kakak,ibu... seperti keluargaku sendiri
Mereka mengingatkanku untuk solat di malam hari
Mereka membetulkan tajwid bacaan Quran ku dengan berhemah
Mereka bercerita denganku sesuatu yang aku tidak pernah tahu
Mereka ada semangat untuk menangkan Islam walaupun mereka tak mampu bersimpuh dengan sempurna walau selama setengah jam

Aku manusia yang prejudis
Tetapi dari dahulu aku tak pernah rasa prejudis dengan mereka
Aku tahu makna lembu yang dicucuk hidung
Sebagaimana aku sedar pentingnya untuk rasa hormat pada pimpinan yang bukan sedikit cabaran yang mereka tempuhi
Aku tahu apa maksud penunggang agama sebagaimana aku sedar golongan yang sentiasa mengutamakan agama dalam setiap hal
Aku tahu kebodohan, kekampungan seseorang sebagaimana aku sedar golongan yang bersikap tawaduk dengan ilmu yang dimilikinya

Kematian enam hero negara semalam,
Kematian beribu mangsa tsunami, banjir, puting beliung,taufan beberapa minggu lepas
Telah menyedarkan aku tentang satu perkara
Kematian adalah pengajaran terbaik yang Tuhan beri pada hambaNya

Golongan yang keliru jantina, pemimpin yang dituduh rasuah, pemimpin yang mahu jadi perdana menteri, perempuan yang memperjuangkan hak liberal di mahk
mahkamah, ustaz yang dicemuh, youtuber yang dicemuh, netizen yang mencemuh dan memuji, ahli perniagaan yang tidak putus asa memasarkan produknya dengan mempopularkan dirinya....semuanya akan jadi mayat satu hari nanti.
Dan saat kematianmu itulah satu kebenaran tentang hina mulia hidup kau di dunia ini

Al araf ayat 196-206
Terima kasih Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment